Berita Harian
16/1/2010
KOTA BHARU: Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendedahkan kira-kira 1,000 kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK) yang kontrak mereka ditamatkan pada 2008 dan tahun lalu, menagih pembelaan. Berikutan itu, Cuepacs akan mengatur pertemuan dengan bekas pekerja berkenaan pada awal Mac ini bagi membincangkan masalah mereka. Pada masa yang sama Cuepacs berharap JPNK menimbang keputusan menyambung semula kontrak pekerja berkenaan yang kini mengalami tekanan hidup.
Pengerusinya, Omar Osman berkata pihaknya diberitahu ada antara bekas pekerja itu meminjam daripada ceti haram atau along untuk menyara keluarga dan membiayai perbelanjaan persekolahan anak. Ketika dihubungi Berita Harian, Omar menjelaskan ada yang gagal membayar balik pinjaman along dan terpaksa menghilangkan diri buat sementara waktu kerana bimbang keselamatan diri. Katanya, kebanyakan pekerja yang ditamatkan kontrak perkhidmatan itu sudah bekerja lebih 20 tahun. Disebabkan faktor usia, mereka sukar mendapat pekerjaan baru.
"Ada antara mereka menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan menelefon saya sambil menangis mengadu masalah termasuk mahu meminjam wang bagi membantu membayar keperluan persekolahan anak. "Bagi yang terdesak, mereka meminjam wang daripada along sehingga RM5,000, selain bank untuk membiayai keperluan hidup dan persekolahan anak-anak. "Sekarang along dan bank sudah kejar mereka untuk menuntut bayaran berkenaan, malah ada kereta yang ditarik akibat gagal membayar ansuran bulanan," katanya.

pohon kerjasama kerajaan negeri kelantan untuk memberikan peluang pekerjaan kepada mereka ini.
BalasPadamminta pada ECER la.. wang ehsan berlambak-lambak, lagi nak bebankan kerajaan negeri.. Syaitoonn.. buat kilang pastu amik indon/nepal
BalasPadam(Majid hamburger)
Memang memilukan terpias keseluruh negeri dan negara, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, ayuh....bangun semua....
BalasPadammasa pilihanraya undi pakatan. bila susah mintak tolong BN. ironic
BalasPadam1,000 kakitangan tu lebih elok jumpa Ketua Menteri Kelate...Minta bantu......dah undi Pakatan nilah masa nak minta balas jasa undi PAKATAN
BalasPadamjumpa saya pun boleh. cable saya kuat sangat di MOF. jangan kisah COLA kena tarik, yang penting kami polis yang gigih sangat ini perlu lah dinaikkan ke gred 41 dengan segera. jangan marah kerajaan kelantan, mereka bagus tapi BN juga sebenar lagi bagus macam rumah kami di putrajaya sangat cantik amat. mana ada undi pakatan, tapi BN dapat undi lah. jawatan lain kena potong sebab tak sibuk amcam polis, kami nak baca paper pun tak sempat pagi dan petang
BalasPadamikhlas sungguh
-konstabel hampir pencen (senawang)
:D
BalasPadamkorang cite kt kelantan je...
BalasPadamkat negeri lain pn berlambak gak kena tamat kontrak...
cittt...
to : mr big
BalasPadambodoh punya statement...
negeri lain pn ramai gk yg kena tamamt kontrak..
bak email ko..
biar akan jelaskan kt mana..
org yg bodoh ternyata org yg tak reti membezakan fahaman, idealogi, kambing hitam dan anjing menyalak. ko bleh duduk dalam mana mana 4 kategori nih.
BalasPadamkerajaan negeri sendiri ada pejabat pentadbiran kerajaan. kenapa tak mintak kat situ. kenapa perlu bising kat kerajaan persekutuan? kan korang anti kerajaan? bukan ke ko kata haram makan duit org kerajaan? so makan la duit halal kerajaan negeri kelantan. selain membantu anak jati negeri kelantan. bleh gak kurangkan penggantungan kepada sumber dari SPA secara menyeluruh. melainkan ketua jabatan ko tak suka ko pasal tu dia tak buat sokongan utk kau pohon jawatan tetap. apa pun pegi la tanya Ketua jabatan ko tu. apsal ko kecoh kat sini plak??
buduh is obviously buduh
Rakyat harus digalakkan untuk berusah, kerja yang berkaitan berbudi pada tanah. Jangan harapkan makan gaji. Makanan merupakan sumber ekonomi yang utama, penggerak kepada ekonomi yang lain jadi ceburilah bidang pertanian. Ajaran Islam juga banyak menekankan dan memuliakan pekerjaan seperti ini
BalasPadam