22 Januari 2010

CUEPACS NAFI COLA DITARIK BALIK

Utusan Malaysia
21/1/2010




KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan khabar angin kononnya elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan elaun perumahan akan ditarik balik oleh kerajaan.
Presidennya, Omar Osman berkata, sekiranya ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta kakitangan awam.
''Perkara baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan perlu mempunyai surat dan tarikh kuat kuasa dan ia tidak akan sah tanpanya,'' ujar beliau ketika dihubungi malam ini.
Omar mengulas berita yang tersebar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun tersebut akan ditarik balik oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.
"Semalam saya ada bertemu dengan pegawai tertinggi Perbendaharaan dan Pegawai Akauntan Negara mengenai perkara itu dan mereka tidak tahu mengenai pemotongan tersebut," katanya.
Katanya, jika benar elaun itu ditarik balik, ia akan menjadi masalah besar kepada kakitangan awam kerana bonus tahun 2009 juga tidak diberi kepada mereka.

13 ulasan:

  1. jika ditarik balik, akan memberi kesan negatif kepada BN

    BalasPadam
  2. Terima kasih Tuan Presiden atas penjelasan CUEPACS. Semoga akan meredakan kabar angin dikalangan kakitangan awam yang menyatakan bahawa cola akan ditarik balik. Terima kasih kepada majikan kita.

    BalasPadam
  3. selarskan cola. Now barang mahal.hidup susah

    BalasPadam
  4. harap tuan omar boleh memperjuangkan kebajikan PA lagi

    BalasPadam
  5. saya sokong tanpa nama selaraskan COLA kerana kos sara hidup sekarang ni meningkat di pekan2 kecil tak kan le lihat orang di bandaraya jer lihat2 juga le di pekan kecil.. harga brangan naik ,kjaan kata tak naik.

    BalasPadam
  6. Presiden,.. saya merasa harian mengapa jabatan persekutan di negeri sabah tidak dibenarkan untuk membuat pinjaman kewangan dari mana2 banak. Pinjaman kewangan dari bank hanya dibenarkan jika melalui broker/ org tengah. dan org tengahnya pula mengenakan bayaran yang terlalu tinggi sehingga mencapai 30% daripada pinjaman yang dibuat. apabila orang tengah tersebut ditanya mengapa terlalu besar bayarannya.. di kata majikan encik minta sewa tandatangan kelulusan permohonan, sebab itulah sya kena minta 30% sebagai proses kelulusan. kalu bole tolong siasat perkara ini kerana ianya amat menyusakan dan membebankan.

    BalasPadam
  7. hidup BN Banyak banyak terimah kasih

    BalasPadam
  8. Sya menyokong apa yang dikatakan oleh saudara/i "mohon simpati" tu. klu bole buat siasatan menganai perkara ini dengan segara sebab kesihan org yang memerlukan dianiyah seperti ini. dengar cerita., ada org yg mau kahwin dan membuat pinjaman tetapi tidak disokong, akhirnya org itu tidak jadi kahwin.

    BalasPadam
  9. klu komen sya tak di layan lebih baik masa akan datang sya cakap hidup PKR.

    BalasPadam
  10. boleh start letak jawatan dan mohon jawatan di pejabat negeri selangor. sana PKR memerintah. ada berani buat? ke tin kosong saja?

    BalasPadam
  11. saudara joseph stalin.. sama ada tin itu kosong atau berisi kita akan tahu apa kesudahannya selepas tiga tahun akan datang. engkau sendiri belum tentu berada dilandasan yg betul sebab klu ikut cara kau bercakap memang jenis ular beludak lida bercabang 4.. jadi engkau fahamlah klu lida bercabang 4 sebab itu lida iblis. klu kau dipehak kerajaan kau tidak akan bercakap spt batu api jahanam. belum tentu kau berada didalam dikandang pkr dan kau bole makan percuma tanpa bekerja. sepatutnya kita membetulkan setuasi yg salah supaya masalah selesai dan bukannya menikam pemikiran dgn cara licik spt syaitan. tapi klu betul kau dipehak kerajaan sya berani cakap bahawa kaulah pengomen yg paling bodoh tidak tahu menggunakan akal pikiran.. maaf ya saudara saya memang tidak setuju dgn cara mu.

    BalasPadam
  12. org pkr keje kat sgor, pas kat klate dan lain2.. sempit sungguh joseph stalin ni, sama ngok dgn mentor dia mendiang stalin komunis al-nerakawi tu.

    abih tu malaun umno yg byk2 kat pej kerajaan s'gor ni nape x resign2 lg? ramai sungguh rakyat m'sia esp UMNOes amat jahil apa itu konsep kerajaan dan parti memerintah...

    BalasPadam