23 Januari 2010

JPA NAFI COLA DAN ITP DITARIK BALIK

Bernama
23/1/2010




PUTRAJAYA, 22 Jan (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jumaat menafikan laporan yang mendakwa pembayaran elaun sara hidup (COLA) dan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang dinikmati penjawat awam akan ditarik balik.Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam ketika dihubungi Bernama di sini berkata: "Itu semua khabar angin dan tidak benar".Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan laman blog dan penyebaran SMS yang mendakwa bahawa kerajaan akan menghapuskan pembayaran COLA dan ITP penjawat awam sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman menafikan khabar angin itu dan berkata jika ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta penjawat awam.-- BERNAMA

11 ulasan:

  1. Penyebaran Berita dan sms ini adalah dari pihak yang mahu Penjawat Awam merasa gelisah.
    Pihak yang tidak bertanggungjawab ini wajar di ambil tindakan.

    Ini adalah sebahagian Perang Saraf untuk menjatuhkan Kerajaan yang ada kini.

    Kepada Penjawat Awam, janganlah mudah percaya akan khabar-khabar angin ini kerana sejak dulu lagi khabar angin yang negatif ini tidak benar.

    BalasPadam
  2. Betoi tu PA Veteran, ada pihak tertentu yang hendak membuat semua Penjawat Awam gelisah.

    Kepada Semua Penjawat Awam, Berfikirlah dengan waras sebelum menerima khabar-khabar angin yang tidak tahu puncanya.

    BalasPadam
  3. sepatutnya plis dah lama dinaikkan ke gred 41 kerana kerja sangat sibuk. ahad pun kena kerja. bila naik 41 barulah tidak rasuah. cola mau potong dan lain-lain elaun tak cukup untuk kami. jangan zalim sangat. kami juga ingin membeli mpv untuk keluarga kami

    ikhlas sungguh
    -Konstabel hampir pencen (senawang)

    BalasPadam
  4. kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang....

    ps: teringat kata2 seorang ahli politik bahawa beruk yang mengoyangkan pokok itu....

    BalasPadam
  5. kenapa perlu gelisah tentang penarikan cola dan itp? bukankah kita sebagai PA bergaji rendah berbelanja secara berhemah?

    kurangkan atau hapuskan terus pembelian rokok. kurangkan atau hapuskan terus nafsu untuk membeli iphone 3gs.

    anda sebenarnya ada gaji yg cukup walaupun selepas menolak potongan rumah dan kereta. namun begitu janganlah kita berbelanja melebihi had yg sepatutnya. n17 tidak layak memandu proton waja rm800 sebulan. sebaliknya beralih kepada preodua viva rm300 sebulan.

    sebenarnya andalah yg tidak tahu menguruskan kewangan bulanan anda.

    BalasPadam
  6. pandai la.. nak suruh berbelanja secara berhemah..
    ni kira habis berhemah dah la.. pakai pun keta second hand..nak luruh kat jalan.
    aku mmg la tak isap rokok... tp kalau cola kena tarik.. tenganga u...

    BalasPadam
  7. Itulah Melayu..........yang mudah di pengaruhi oleh khabar angin.

    Ada Otak Fikirlah.........

    BalasPadam
  8. masalahnya cola tak kena tarik pun. apsal nak kecoh sangat. adoi. n17 ni ada bayar cukai tak?

    BalasPadam
  9. sungguh bongkak si joseph tu

    BalasPadam
  10. tu la i sudah cakap lama, gaji kami polis mana cukup nak pakai kereta besar. kami faham bahawa semua kakitangan awam sangat mensokong tuntutan kami supaya polis dinaikkan gred ke 41 serta merta. kami juga ingin memakai exora seperti orang lain.

    hisap rokok mengapa mesti berhenti? dengki kah? hanya yang ada otak hisap rokok. terima kasih atas sokongan anda semua sekelian ini


    ikhlas sungguh
    -Konstabel hampir pencen (senawang)

    BalasPadam
  11. Sampai bila kita nak sentiasa hidup susah? Sampai bila kita nak mendera diri kita sendiri? Berapa lama sangat kita nak merasa kesenangan? Harta bukan segalanya tetapi ia amat perlu. Siapa yang tidak mahu hidup senang, mewah kalau ada peluang. Kita bukan materialistik tapi zaman memaksa kita begitu. Saya sokong PA yang nak pakai MPV bukan sekadar Exora kalau mampu pa salahnya pakai Alphard ke... Estima... Stream...Wish dan sebagainya. Kalau PA mampu setiap PA mesti ambil perlindungan insuran supaya masa sakit tidak terlantar di hospital gomen yang kurang selesa... sebaliknya di Hospital Pakar di mana bila masuk wad dibayar setiap hari berada di wad dan bil ditanggung. ( jangan salah anggap... saya tak jual insuran )
    Tapi INGAT..!!! Jauhi Rasuah. Jangan Main Judi. Dapatkan rezeki yang halal untuk anak dan isteri.

    BalasPadam