Berita Harian
Oleh Ahmad Naim Nawawi
6/1/2009
Pengurangan pemanduan sendiri mampu tingkat sistem lalu lintas di bandar raya bestari ISU berkaitan masalah sistem pengangkutan awam, termasuk kegagalannya di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di Putrajaya, mengundang banyak reaksi. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada pihak berkuasa kononnya tidak komited menjayakannya, sama ada melalui tindakan yang tidak menyeluruh atau masalah sistem dilaksanakan itu tidak mampu menampung permintaan. Tanpa hasrat membela pihak berkuasa yang terbabit, beberapa fakta harus dibincangkan secara mendalam untuk membantu semua pihak memahami dengan lebih tepat kedudukan sebenar perkara berkaitan isu terbabit. Jika fakta itu diperhalusi sebaiknya, mungkin timbul cetusan perspektif baru yang dapat membantu memahami seterusnya menyelesaikan kemelut berkenaan. Satu komen Presiden Cuepacs, Omar Osman yang disiarkan dalam akhbar pada 1 Januari lalu menarik perhatian. Kata beliau, kebanyakan jalan di Putrajaya adalah laluan sehala yang menjadi punca kelemahan sistem pengangkutan di situ.
Tanpa ingin menyangkal dakwaan atau memperincikan sama ada Omar sering ke Putrajaya atau tidak, hakikatnya di Presint 1 (lokasi jabatan dan kementerian) saja yang menggunakan sistem jalan sehala. Semua jalan ke Presint 1 bertaraf lebuh raya dan menggunakan sistem dua hala. Kemudian ada jalan-jalan susur di Presint 2, 3 dan 4 yang dijadikan jalan sehala, tetapi dengan laluan yang luas dan papan tanda arah yang banyak. Juga ada jalan dalam kawasan kompleks kementerian tertentu (bukan semua) yang perlu dijadikan sehala untuk mengawal aliran lalu lintas. Oleh sebab itu, kenyataan beliau mungkin tidak tepat dalam konteks isu yang sedang diperkatakan. Putrajaya adalah bandar raya bestari yang pertama di negara ini yang dirancang khusus untuk menjadi pusat pentadbiran kerajaan. Pelbagai infrastruktur disediakan dengan matlamat menjadikannya bandar raya serba lengkap dan berkualiti tinggi.
Sistem perparitan, bekalan elektrik, bekalan air, kamera televisyen litar tertutup (CCTV), perhubungan, pengangkutan dan sebagainya dirancang begitu teliti supaya menjadi prasarana yang dapat menyokong kawasan kediaman dan penduduknya. Namun, hasilnya kelihatan tidak menggembirakan walaupun banyak pelaburan dibuat. Bas-bas Nadiputra yang semuanya menggunakan bahan api gas NGV untuk alam persekitaran yang lebih bersih hanya penuh pada waktu puncak. Pada masa lain, bilangan penumpangnya kadangkala kurang 10 orang. Apakah yang sebenarnya tidak kena dengan Putrajaya ini? Satu faktor yang tidak diberi pertimbangan sewaktu semua perancangan ini dibuat lebih sedekad dulu, ialah manusia atau mereka yang bakal menghuni bandar raya ini. Apakah dengan membina infrastruktur kelas pertama, kita mengharapkan penduduk yang datangnya daripada segenap pelusuk negara ini secara automatik akan mengubah cara hidup mereka menjadi penduduk kelas pertama? Memang ada benarnya jika dikatakan ketidakseimbangan antara kemudahan dengan pemikiran penduduk inilah yang menjadi punca kegagalan yang dibincangkan ini.
Mengubah perangai atau tabiat lama itu sememangnya amat susah. Walaupun bas yang bersih, selesa dan lebih tepat waktu perjalanannya sudah ada memberi perkhidmatan, kita masih memilih untuk memandu kereta sendiri ke tempat kerja. Alasannya? Kereta lebih fleksibel, yakni boleh membuat perjalanan pada bila-bila masa. Macam lah waktu perjalanan bas-bas itu terlalu lama antara satu sama lain. Atau bas tidak sampai ke kawasan perumahan? Atau apakah kita masih dibelenggu sindrom kereta melambangkan status sosial seseorang? Lagi kurang bilangan penumpang dalam kereta, lagi tinggi martabat kita? Kalau masing-masing kita memandu ke tempat kerja, apa akan terjadi dengan ruang meletak kereta yang sememangnya disediakan pada tahap minimum di kompleks kementerian dan jabatan? Kita masih mahu menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak menyediakan kemudahan meletak kereta yang mencukupi? Atau salahnya terletak pada diri kita sendiri yang masih terbawa-bawa dengan tabiat lama di tempat baru? Sistem 'Park & Ride' yang tersedia tidak mendapat sambutan menggalakkan, sama ada di kalangan pekerja, mahupun pengunjung. Sepatutnya dengan pelaksanaan sistem ini, kawasan pusat (Presint 1) menjadi lebih selesa. Berapa penumpang yang ada dalam bas yang terbabit dengan sistem ini? Banyak lagi perkara yang boleh diperkatakan mengenai hal ini. Pada satu pihak, segala perancangan sudah dibuat untuk mewujudkan utopia Malaysia. Di pihak lain, kekurangan pelbagai kemudahan yang tidak setanding dengan jumlah penduduk juga dikatakan sebagai kegagalan sistem. Pokok pangkalnya, adakah kita yang tinggal di kawasan infrastruktur kelas pertama ini sanggup meninggalkan mentaliti dunia ketiga? Tepuk dada, tanya selera! Penulis ialah Perunding Perancangan Pengangkutan yang memegang Sarjana Sains dalam perancangan pengangkutan dari United Kingdom

Penjawat Awam sudah mulai marah akan Kerajaan.
BalasPadamKerajaan Indonesia dan Filipina pun mampu bayar Bonus Sebulan kepada Penjawat Awam mereka.
Takkanlah Malaysia yang kaya dan makmur ni tak mampu bayar bonus.
Lu orang fikirlah sendiri.
pemikiran orang atasan pun kena fikir masalah orang bawahan..sistem rel juga yang bagus dan berkesan..
BalasPadamsepatutnya lah itu polis mendapat anjakan gaji sekurang2nya gred 41, kerana tugas polislah yang banyak susah dalam dunia. susah sangat.
BalasPadamayooo, takat juruteknik yg kuat mengular, setiausaha yang hanya tahu membodek bos ( ramai yg sanggup buat hubungan seks dengan bos) demi naik pangkat dan bonus dan jururawat yang malas, guru yang sepatutnya diberi gred R1 sahaja sebab kerja senang, malahan banyak lagi PA ynag cuma menipu dan melepak kuat mcm kerani tak sepatutnya diberi apa-apa bonus dan ganjaran.
hanya polis sahaja yang berusaha keras tanpa mengira masa dan gaji. itu macam harap pertimbangkan bonus khas untuk polis kerana gaji dan elaun khas terlalu sedikit, kami nak elaun khas rm1000 dan gred 41 dengan segera dari CUEPACS. selain itu banyakkan pengambilan polis dan PA dari kaum india sekurang-kurangnya 50%, baru polis dan kerajaan menjadi banyak cekap.
ikhlas sungguh:
(Konstabel hampir pencen,
senawang)
Kesian konstabel yang hampir pencen...tak naik-naik pangkat..maklumlah tak ada kerja lain, asyik mengutuk orang lain tak ada kerjalah...malaslah...
BalasPadamHai....cermin diri sendiri dululah...siapa yang paling malas...rasuah....penjenayah tanpa lesen....siapa ahhhh... bukanya semualah....tapi mungkin konstabel hampir pencen ya....
kpd konstabel..
BalasPadamjgn berangan nak gaji lbih..tgk kelayakan tu..betul ke polis betul2 buat keje..betul ke polis menjaga keselamatan org awam.dulu aku respect polis..tp lepas kena pow kt polis aku dh pandang hina polis ni..ingat kan baik tp lbh kurang kaki peragut..soriiii..
Pengerusi Cuepacs,Mohon jasabaik untuk memperjuangkan nasib Pembantu tadbir Gred N/W17. kami rasa terpinggir. Macam ibaratkan jadi kakitangan sokongan 2.padahal makin lama,kerja makin bertambah.....
BalasPadamCuepacs,Mohon jasabaik utk naitaraf jawatan Pembantu tadbir.Masih ditakuk lama...Saya ingat Pek.Perkhidmatan ini naik gred utk N17/W17....Bantulah nasib kami yang selalu tertindas...Org lain...selalu terima naik gred....Kami..yang keje kat pejabat dah nak masuk golongan Sokongan 2.
BalasPadamCuepacs, tolonglah kami..
BalasPadamkepada penjawat awam lain, janganlah meminta lagi.. cukup lah gaji kamu untuk membeli gula, beras dan kopi.
kami ni polis yang sangat susah, macam mana kami nak sahut seruan kerajaan beli kereta tempatan kalau elaun tak naik rm1000? kami juga ingin membeli exora seperti golongan guru dan pekerja lain. polis kereta besar, barulah kena respect olih masyarakat.
naikkan gred kami ke 41 dan elaun. right now!
konstabil muniandy x abis2 nk berangan naik 41..
BalasPadamtopik ini adalah penggunaan bas awam di PUtrajaya bukan di senawang atau pun bukit kayu hitam. tolong baca dengan teliti segala pernyataan diatas sebelum memberi komen
BalasPadameh macam mana pulak pasal PA letak kereta kat parking kementerian. atau bawak balik kereta jabatan ke rumah?
BalasPadamAgak2nyer berapa kerat pegawai2 kerajaan gred B ke atas yang guna kenderaan awam untuk ke tempat kerja?
BalasPadamcakap mau serupa bikin ma...kepimpinan melalui teladan.
salam..
BalasPadamsaya memohon agar pihak cuepacs dapat membantu kami yang sedang berkhimat dengan kerajaan, tetapi atas jawatan skim perkhidmatan singkat, kami sedih bila mendapat tahu kami tidak layak untuk diserapkan ke tetap,kami juga ada pengalaman bekerja selama kami berkhidmat, bila kami diberhentikan, kami ingin bekerja di mana? dan adakah dengan pengalaman kami ini dapat membantu kami untuk bekerja di jabatan kerajaan yang lain? kami memohon agar cuepacs dapat memanjangkan perkara ini... sekian, terima kasih..
saya juga bekerja di jabatan yang mengeluarkan jawatan skim perkhidmatan singkat ini, kami rasa amat susah hati kerana perkhidmatan kami akan ditamatkan pada hujung tahun 2010 ini.. dan tidak dapat diserapkan atau di sambungkan konrak kami, di manakah kami ingin bekerja selepas ini, sedangkan peluang pekerjaan semakin susah untuk kami dapat, tambahan pula kami ada pengalaman selama kami berkhidmat, diharapkan agar pihak cuepacs dapat membantu kami.. terima kasih.
BalasPadam