Bernama
27/1/2010
KUALA LUMPUR, Jan 27 (Bernama) -- Kerajaan telah menerima rayuan CUEPACS dan melanjutkan perkhidmatan "beberapa ratus" pegawai kontrak untuk setahun lagi, kata Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin.
Beliau memberitahu Bernama bahawa sesetengah para pegawai ini berada dalam perkhidmatan kontrak lebih daripada 20 tahun dan diambil bekerja berdasarkan setahun ke setahun.
"Sementara kita menghargai usaha kerajaan membaharui kontrak mereka, kami menggesa supaya para pegawai ini diserapkan dalam perkhidmatan tetap," katanya.
Terdapat kira-kira 50,000 pegawai kontrak berkhidmat dalam pelbagai jabatan kerajaan, pihak berkuasa dan badan-badan berkanun.
Katanya CUEPACS masih berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) untuk mencari jalan terbaik bagaimana isu berhubung isu pegawai kontrak dapat diselesaikan.
Sementara itu, seorang jurucakap JPA berkata masalah para pegawai kontrak merupakan isu yang sedang berjalan yang sedang ditangani jabatan itu.
-- BERNAMA

syukur, sekurang kurangnya nasib mereka terbela.
BalasPadamterima kasih atas keperihatinan JPA.
apa bela? bodoh biri biri seperti kambing. jika kami tak naik gred 41 segera mana ada boleh disebut terbela. JPA takmau bela lain-lain takpa, kami kami ini kasihan sangat nak pakai mpv atau accord pun susah sebab belum naik ke 41 lagi
BalasPadamikhlas sungguh
-Konstabel hampir pencen (senawang)