11 Februari 2010

CUEPACS TUNTUT KERJA LEBIH MASA DIBAYAR TUNAI

Bernama
11/2/2010





KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding diberi cuti rehat. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata hampir 50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun lalu. Katanya, untuk setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti.
"Kami menganggap ia satu ekspoitasi, dan mahu kerajaan membuat tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan melunturkan semangat pekerja dan menjejaskan produktiviti mereka," katanya kepada Bernama. Beliau berkata, Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, untuk menyelesaikan isu itu. Bernama difahamkan langkah sedemikian dilaksanakan untuk "mengurangkan kos" dan juga untuk "meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan" jabatan berkenaan.
Seorang ketua jabatan berkata, sasaran kerja kini adalah lebih tinggi dan memerlukan kerjasama kakitangan untuk bekerja lebih masa. Katanya, disebabkan peruntukan untuk kerja lebih masa tidak mencukupi, jabatan memperkenalkan sistem menawarkan cuti. "Kecuali untuk beberapa orang pekerja, kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan peraturan itu kerana mahu mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dan meningkatkan sistem penyampaian sejajar dengan dasar kerajaan sekarang," katanya. - Bernama

10 ulasan:

  1. CUEPACS kena fikirkan mekanisme lain tanpa melibatkan monetary burden kepada kerajaan. Jika ditinjau dengan teliti, setakat mana sangat peningkatan penyampaian kerajaan boleh tercapai dengan membuat kerja lebih masa beberapa jam. Sebab penyalahgunaan over time tersebut tiada pula dibuat pemantauan. Saya berpendapat budaya meminta-minta CUEPACS harus digantikan dengan compensation non-mpnetary yang lebih bernilai kepada penjawat awa.

    BalasPadam
  2. gaya pegawai kumpulan A. dengki tak leh claim ot duit.

    BalasPadam
  3. pegawai dan kakitangan kontrak bila lagi dapat pembelaan? polis dah naik gaji, tentera tak lama lagi akan naik jugak.

    BalasPadam
  4. adoi pembelaan apa nih? suruh la admin bukak satu artikel pasal pembelaan. ni cerita pasal OT la samdol. baca la dulu nak post ke apa pun

    BalasPadam
  5. Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”

    “Sebesar biji gandum,” jawabnya.

    Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol.

    Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.

    “Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.

    “Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut.

    “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”

    Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata.

    Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata.

    Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan; sementara dalam Zat Allah sifat mutlak dan absolut.

    Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung.

    Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman.

    Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya.

    Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.

    SO, KEPADA SEMUA PEGAWAI TETAP YANG SOMBONG HIDUNG TINGGI, JANGAN BERLAGAK KERANA BERJAWATAN TETAP. REZEKI KONTRAK KER, TETAP KER, SEMUANYA DARIPADA ALLAH... INGAT TUUU!!!!

    PEGAWAI KONTRAK KERAJAAN

    Jumaat, Februari 12, 2010 10:31:00 AM

    ----- mcm best jer kisah ni, aku bejawatan tetap insaf.......

    BalasPadam
  6. mengapa perlu lakukan kerja lebih masa?Apakah waktu bekerja 9 jam sehari masih tidak mencukupi untuk menguruskan tugas yang di berikan?
    Cuba semak semula piagam pelanggan dan Manual Prosedur Kerja.Pihak Atasan cubalah pantau PA buat kerja.

    BalasPadam
  7. Kumpulan sokongan yang bertugas di bhg pengurusan sudah tidak relevan lagi untuk melakukan tugas lebih masa.Tidak cukup anggota,tambahlah! penganggur yang berkelulusan masih ramai!
    Minta pihak atasan pantau senarai tugas yang diberi dan anggota yang selalu tuntut kerja lebih masa.
    Banyak terjadi,waktu pejabat buat kerja main-main,berborak, bergurau hingga mengganggu tugas,jawap telefon berjam-jam,kerja hakiki tunggu lepas pejabat baru buat buat

    BalasPadam
  8. itu gaji haraamm.. ms wktu keja mana bole buat benda lain melainkan keje yg ditanggungjawabkan. kalo sebab sembang tu kita x siap keje, maka haramlah setiap minit gaji yg bjalan disebabkan kelalaian kita tu..

    sebab tu anak2 skang makin susah diajar, makin bengap sbb makan hasil haram yg x disedari ni..

    esp kump sokongan, kat opis m,enyembang sakan, pastu keje x siap.. dengki plak pada org atasan.. haram jadah tul.. biar semua pemalas tu turunkan ke gred R1 br padan muka

    BalasPadam
  9. asyik2 merungut, tu la cuma nak bergaya je tanpa ukur baju sdiri.. dengki pulak tu bila tgk ada org lain bergaji tinggi terutama gred 41 keatas

    kakitangan swasta kerja lagi lama n kadar upah lagi rendah, jadi wang KWAPM tu utk mmbantu mereka.. yg gomen dah ada COLA n lain2 imbuhan pn nak lagi,, tamak haloba..

    mana2 kakitngan sokongan yg asyik merungut itu ini perlulah mengisytiharkan harta, adalah menggunakan kenderaan jenis apa dan tinggal di rumah jenis apa, dan apa lagi yg dibelanjakan dlm sebulan..

    byk kakitangan sokongan ni sbnarnya berlagak, org lain nk kete diorang pn nk pakai, padahal patutnya kancil @ wira @ nissan sunny second hand shja;lah ikut kemampuan. ini tidak, kat ptrajaya ramai pakat pakai kete baru mcm MYVI, SAGA BLM, tambah menjelikkan ada beli avanza, alza dan exora.. pastu menjerit2 nk minta tambah gaji sbb x larat tanggung maintenance dan byaran bulanan.

    tujuan nk naik gaji 90% lebih kepada utk bergaya lebih, bkn nk bagi anak2 pn.. kalo x xdela cikgu2 kat forum kena maki sebab minta yuran yg cuma bape ringgit tu. sebab tu ms paklah bg naik gaji, jualan kete naik mencanak, terutama dr gol sokongan nih. ingatkan nk labur kat pelajaran anak tapi haram xguna.... sia2 ja bagi

    aku yg gaji lebih rm2k pn pki saga buruk je hehehe

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama berkata...
    mengapa perlu lakukan kerja lebih masa?Apakah waktu bekerja 9 jam sehari masih tidak mencukupi untuk menguruskan tugas yang di berikan?
    Cuba semak semula piagam pelanggan dan Manual Prosedur Kerja.Pihak Atasan cubalah pantau PA buat kerja.

    jAWAPANNYA:-
    DI JABATAN KAMI, MEMANG KAMI TIDAK SUKA SGT DGN KERJA LEBIH MASA NIE, TAAAAPIII... PENGURUSAN TERTINGGI KAMI YG TETAPKAN YG KAMI MISTI KERJA KAUNTER HARI SABTU DAN AHAD..KERANA INGIN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA PELANGGAN...KONONNYA..
    DAN AKIBATNYA.. MASA BERSAMA KELUARGA TU...AMAAAT-AMAT TERBATAS (SEHINGGAKAN, ANAK SAYA SERING BERTANYA KNPA SAYA SELALU TIDAK ADA DI RMH PD HARI 6&7) ...SEDANGKAN BHGN PENGURUSAN TERTINGGI KAMI SEDAP2 JA BERSAMA KELUARGA DI RMH..
    SUDA TU ELAUN KERJA LEBIH MASA KADANG2 BYR, KDG2 TIDAK SEBAB BAJET ABIS.....

    SAPA-SAPA PIHAK YG MEMPUNYAI KUASA...TOLONG SIASAT PERKARA NIE... DI NEGERI SABAH...
    SELAMA SY PERATIKAN, JAB.NI KONONNYA TERLALU MEMENTINGKAN PELANGGAN TETAPI UTK KEBAJIKAN PEKERJA..huh..!! soriii...
    Untuk makluman lagi, cuti gantian tu kami tidak boleh beli beras di kedai...
    Kerja sampingan..??!! cuti tu terpaksa kami gunakan untuk berehat dirumah, pada musim sekolah anak-anak...sebab masa anak2 cuti sekolah kami terpaksa kerja, jab.kami tmpt tumpuan org awam terutamanya murid2

    BalasPadam