04 Februari 2010

CUTI TANPA REKOD 42 HARI UNTUK PENJAWAT AWAM DERMA ORGAN

Bernama
4/2/2010





KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang menderma organ kepada mereka yang memerlukan akan diberikan cuti tanpa rekod selama 42 hari, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam. Beliau berkata, menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2010, cuti berkenaan diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak, sangkut dan guru sandaran. "Kadar Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut mana yang lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am,"
"Cuti ini bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah menjalani proses pemulihan," katanya dalam pekeliling itu yang difakskan kepada Bernama hari ini. Ismail berkata, sepanjang tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum discaj dari hospital, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Sakit berdasarkan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital. "Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini hanya terpakai untuk pembedahan yang dijalankan di dalam negara sahaja, " katanya. - Bernama

11 ulasan:

  1. dapat gaji rendah tak cukup untuk makan anak banyak harga barang naik
    lagi derma apo......

    BalasPadam
  2. ni org bagi kemudahan la. ish sampai tak mau baca langsung pastu kalau boleh semua artikel entry mak komplen. apa nak jadi la korang nih?

    BalasPadam
  3. Jgn nak cuti je tuan puan..Bagi sedikit kemudahan kpd staf yang menderma darah.... eg time off 1/2 hari ke,,,,

    BalasPadam
  4. Aku agak sokong cadangan tu.

    Lebih2 lg kera ani yg dh gemuk dan kuat makan dan bila duduk kt kerusi melimpah lelemak yg ada disekitar punggung. Wajibkan mereka! Jgn tau nk berjoget, menari2, menyanyi, senam robik, poco2, dgr ceramah berbondong2 tp mengumpat di belakang, berikrar menjerit2 tp keje hampeh gak dan paling teruk kuat minum dan mengeluar.

    Wajibkan mereka derma darah. Bukan derma tp paksa darah. Setuju!

    BalasPadam
  5. oleh sebab semua kat sini esp kakitangan sokongan gemar sgt nak naik gaji setaraf pegawai, kita cadangkan hanya mereka saja yg derma darah. dah kerja malas, kuat makan dan mengumpat je 24 jam.. natang.. keje malas pastu asyik merungut, ada org datang pun nk layan muka muncung.. dh typist tu naik dr gred 11 ke 17 pn x syukur, nak plak gaji pegawai gred 41.. sikit x sedar diri, suh amik PTK xmau n malas

    BalasPadam
  6. Kalau nak komen biar lah bijaksana,jangan ikut emosi- kalau tak suka cakap baik-baik, kalau setuju pun cakap baik-baik - harap kita mahu jadi orang baik-baik

    BalasPadam
  7. Ini lah sebab utama kenapa PA bawahan sepatutnya menerima gaji, elaun, kemudahan dan status seperti pegawai2. Mentang2lah kami pelajaran rendah dan gaji rendah serta duduk di partition shj (xde bilek spt pegawai2 41), ramai yg pandah rendah pada kami.

    Kalau iye pon kami hanya fotostat dan failkan dokumen dan jaga kaunter, takkan kami x layak nikmati apa yg pegawai2 41 muda dan mentah dapat. Kami dh lama bangunkan negara dan mereka dpt nikmat terus pulak dpt gaji tinggi dan arah2kan kami.

    Tak adil. Sepatut sama rata sahaja gaji kt di bawah ni. Bila kami nk rehat sahaja 9-10.30 ada sahaja yg disuruh fotostat atau cari dlm fail. Itu belum lg jam 2.00 ptg belum sempat nk bernafas dah suruh mcm2.

    Biarlah kami yg jaga kaunter dan bergelumang dgn fail merasa juga apa yg budak2 muda ni rasa. Baru adil!!!

    BalasPadam
  8. POLIS NAIK GAJI!!!
    KAMI KAKITANGAN SOKONGAN BILA.....

    BalasPadam
  9. bila korang semua tingkatkan produktiviti, tak minum pagi lama lama. tak tengking pelanggan, angkat telefon (NI YG PALING PENTING)bila berdering, hormat staff bawahan. kurangkan berhutang dgn serius. berhenti nak berlagak org lain pakai myvi kita pun nak pakai jugak

    BalasPadam
  10. bagus la minorin.. ni la penyakit kakitangan sokongan 17 kebawah, pastu nak dengki kat pegawai/pen.pegawai...

    kalo kat swasta, susun fail, jaga kaunter, fotostet + menyembang/mengumpat/mengular kuat tu taraf produktivitinya rm400 je sebulan layak..

    ada hati nak mintak lebih.. ngok ke hapa

    BalasPadam
  11. Saya mencadangkan
    (1) Cuti tanpa rekod 2 hari diberi kepada kakitangan yang telah menderma darah. (tidak termasuk hari menderma darah). Ini adalah untuk menggalakkan orang awam menderma darah mereka. Lagipun, kan ke bekalan darah semakin berkurangan..

    (2) Bagi mereka yang menderma darah di berikan sagu hati sebanyak RM50, setiap kali menderma darah. Apalah sangat RM50 tu, kalau nak dibandingkan nyawa yang dapat diselamatkan dengan darah yang didermakan tu. ini dapat menggalakkan lagi orang awam menderma darah. Lagipun kan ke bekalan darah semakin berkurangan. Lagipun aku dah muak, setiap kali derma darah cuma dapat makan biskut kering dengan air milo, dari dulu, kini, selamanya.. rasa tak berbaloi.. sebab tu orang malas nak derma darah. dahla jarum cucuk darah tu besar gilerrr....

    BalasPadam