13 Mac 2010

PENJAWAT AWAM PERLU LEBIH RESPONSIF TERHADAP AWSPIRASI KERAJAAN- MAHYIDDIN

Bernama
12/3/2010



PUTRAJAYA, 12 Mac (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu penjawat awam menjadi lebih responsif terhadap aspirasi kerajaan dan lebih prihatin terhadap denyut nadi rakyat melalui Program Transformasi Kerajaan.Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri berkata dalam usaha membawa negara ke arah kecemerlangan, penjawat awam tidak boleh berada di takuk lama."Jika kepantasan perlu dalam menjalankan tugas harian, maka sikap penjawat awam juga harus berubah dan mereka seharusnya bersikap positif dan bersama berganding bahu bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis malam mesra Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Muhyiddin berkata penjawat awam juga seharusnya lebih bersifat kreatif dan inovatif serta proaktif dalam menjalankan tugas harian mereka."Ditambah pula dengan kepantasan seperti yang diseru oleh Perdana Menteri kita, menjadikan kita lebih berdaya saing di peringkat global," katanya.Beliau berkata kesemua itu akan memberi kesan dan impak positif kepada pentadbiran kerajaan dan perkara itulah yang dimahukan oleh rakyat.Muhyiddin berkata rakyat negara ini juga amat bertuah kerana mempunyai sebuah kerajaan yang stabil, kukuh dan progresif yang didukung oleh penjawat awam yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing."Berdasarkan peranan JPM, slogan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", tidak akan menjadi kenyataan jika tidak mendapat sokongan anda semua."Pemimpin kita (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengambil berat setiap pandangan anda semua, baik dalam kapasiti anda sebagai penjawat awam mahu pun (sebagai) rakyat Malaysia."Kita mahu menjadi kerajaan yang prihatin dengan kehendak rakyat di samping bergerak ke hadapan mencapai kejayaan kukuh pada masa hadapan," katanya.Dalam pada itu, Muhyiddin berkata sebagai jabatan utama kepada kerajaan, setiap warga JPM bukan sahaja memberikan perkhidmatan sokongan pentadbiran, kewangan, pengurusan sumber manusia, keselamatan dan lain-lain kepada kakitangan JPM.Malah, katanya, mereka juga bertanggungjawab menjadi pusat agensi utama bagi memantau pelaksanaan dasar, strategi, program dan projek pembangunan selaras dengan matlamat kerajaan.Selain itu, katanya, mereka juga perlu memastikan kualiti perkhidmatan awam cekap, responsif dan berintegriti dalam membentuk pentadbiran supaya bersifat objektif, jelas dan berhala tuju sejajar dengan saranan Perdana Menteri menerusi empat tiang utama iaitu Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10.-- BERNAMA

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum w.b.t..Salam 1Malaysia saya ucapkan kepada semua warga penjawat awam yang tidak kira dimana ada berada.Saya rasa terpanggil untuk mengulas serba sedikit tentang artikal yang dipaparkan ini sekadar satu pendapat yang lemah bagi diri saya yang telah sekian lama berkhidmat dalam bidang penjawat awam ini.
    Seperti yang diketahui umum.Ramai penjawat awam kini telah memberi komitmen yang cukup memberangsangkan pada semua agenda dan susun atur bidang tugas yang telah ditetapkan bagi setiap Jabatan dan kementerian.Malah dengan bidang tugas yang diamanah kepada semua penjawat awam kini telah berusaha dengan gigih untuk menaik dan mengharumkan nama negara seterusnya menjadikan Malaysia ini setanding negara-negara maju untuk mencapai wawasan 2020 yang sekian lama telah menjadi semakin sayup-sayup kedengaran.Hari ini menunjukkan kita seakan-akan tidak mempu mencapai target yang kita sasarkan sendiri itu.Mengapa ini berlaku ?Anatara sebab utama yang berani saya kemukakan disini adalah..kita lebih mementingkan "program dari kesan jangka panjang" tanpa membuat plan strategik yang menyeluruh dan mantap bagi menjayakannya.Apa yang lebih mengecewakan lagi...setiap kali pemimpin bertukar maka timbullah satu idea baru dimana kita hanya sekadar ingin mendapat nama dan populariti.Yang menjadi mangsa adalah golongan penjawat awam yang berkerja keras ini.setiap program yang dilaksanakan juga memerlukan sumber perbelanjaan yang amat besar bagi memantapkan lagi program tersebut.maka jika program ini tidak berjaya maka satu pembaziran yang besar akan berlaku.Saya mengambil contoh mudah iaitu Islam Hadhari..Pada hari ini masih tiada kesan yang kita nampak,Apa yang berlaku kini..kadar jenayah dan berita pembunuhan kerap berlaku malah setiap hari.Jika kita fikirkan program Islam hadhari dahulu kita mantapkan dan kita jelaskan kepada umum bahawa "way Of Islam" ini boleh menyelamatkan umat negara kita.Untuk mengelakkan kelemahan pada program yang lepas maka adalah lebih baik jika kita gabungkan semula segala agenda dan program yang telah kerajaan war-warkan dahulu sebagai cabang-cabang untuk menuju kearah matlamat awal kita iaitu menuju kearah Malaysia Maju pada 2020.

    BalasPadam
  2. saya sokong.... mai PM satu lg plak nanti ni apa plak slogan x taw ler...nampak gaya x halatuju yang btol la...suma gila glamor dah mcm artis tiap tiap ari nampak muka depa...heran klu wat keja x menunjuk tu dapat dosa ker..huhuhu ni pendapat jer...adoi..sakit...semut gigit..

    BalasPadam
  3. sedih.. ramai guru dan murid akan masuk neraka kerana belajar ilmu kafir di sekolah.

    polis sebab ramai ringan tangan nak minta wang kopi. hanya orang yang belkajar ilmu islam seperti ambil Dip. Islam/syariah dan BA syariah/islam/usuluddin sahaja selamat dan sepatutnya mengisi kekosongan jawatan utama kerajaan

    BalasPadam
  4. sebenarnya pendidikan perlu bermula dari ibu bapa. kalau ibu bapa dapat mengawal anak mereka dari kecil lagi, sudah tentu anak itu membesar menjadi anak yang berdisiplin. sebab itulah, walaupun pemimpin mengunakan selogan islam hadari atau apa-apa program yang bertujuan untuk membentuk rakyat yang berdisiplin, mengamalkan nilai-nilai murni atau menyokong aspirasi kerajaan pun, sukar menjadi kenyataan. Ini disebabkan rakyat hari ini sudah tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup mereka, lebih kepada pro barat yang suka mengamalkan gaya hidup bebas dan liar sehinggakan melupakan batas-batas agama mereka dan sekaligus menjadikan mereka hidup ala kebinatangan yang mengikut hawa nafsu semata-mata.Sayangnya, walaupun manusia dikurniakan akal, tapi tak mampu berfikir dengan baik.

    BalasPadam