Berita Harian
Oleh S Anand Kumar dan Adli Shahar
2010/05/29
Kerajaan perlu tingkat penguatkuasaan elak peniaga ambil kesempatan
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak yang mewakili golongan masyarakat di negara ini termasuk kesatuan sekerja dan persatuan pengguna meminta kerajaan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan bagi membendung kenaikan harga apabila subsidi dikurangkan secara berperingkat mulai tahun ini. Mereka berpendapat, langkah sedemikian untuk memastikan golongan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan melampaui batas atau bertindak menyorokkan bahan makanan seperti gula, tepung dan minyak masak.
Pemimpin persatuan pengguna yakin langkah pengurangan subsidi itu bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan menyeru rakyat memberi sokongan padu kepada kerajaan dalam perkara ini.
Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata pihaknya amat berharap kerajaan akan meneliti pelbagai perkara selain mendapatkan pandangan banyak pihak sebelum mengurangkan subsidi secara berperingkat. “Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memantapkan lagi aktiviti penguatkuasaan kerana kami risau sekiranya subsidi dikurangkan, ada peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga gula, tepung dan minyak masak. “Bilangan anggota penguat kuasa perlu ditambah di seluruh negara kerana peniaga bukannya kelompok kecil. Kementerian perlu memberi tumpuan serius kepada perkara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata rakyat perlu melihat secara positif pemansuhan subsidi itu kerana ia bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi negara pada masa akan datang. Mohd Yusof berkata, pihaknya amat berharap keuntungan yang diperoleh kerajaan menerusi pengurangan subsidi itu dapat dimanfaatkan untuk mempertingkatkan kualiti pengangkutan awam. “Kami faham rakyat akan berasa beban dari segi kewangan sekiranya kerajaan memansuhkan subsidi itu tetapi orang ramai perlu melihat perkara ini sebagai satu langkah positif bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan negara selain mengelak negara muflis,” katanya. “Pengurangan subsidi ini juga banyak memberi kelebihan kepada rakyat dari segi kesihatan dan juga penjimatan tenaga elektrik. Contohnya, kita boleh mengurangkan pengambil gula secara berlebihan,” katanya. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata pihaknya menyokong penuh langkah kerajaan itu kerana berpendapat melalui pemansuhan subsidi, rakyat akan mula memberi tumpuan kepada kaedah berjimat-cermat tanpa membazirkan wang mereka. “Hasil penjimatan daripada subsidi itu, kerajaan boleh gunakan untuk membangunkan industri tenaga yang menggunakan sumber alternatif seperti tenaga hidro, solar dan angin kerana ia mampu menjimatkan elektrik,” katanya. Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Datuk Dr Jacob George, berkata peruntukan subsidi pada masa sekarang bukan saja disalurkan kepada golongan sasaran yang berpendapatan rendah malam turut dinikmati semua lapisan masyarakat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan