24 Mei 2010

CUEPACS TIDAK BELA SEMUA KATEGORI PENJAWAT AWAM

Berita Harian
2010/05/24




AKHBAR ini pada 20 Mei lalu, melaporkan kira-kira 600,000 kakitangan awam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua akan menerima durian runtuh apabila kerajaan bersedia menyemak tangga gaji bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat perlu melepasi RM48,000 dan sebagai permulaan semakan gaji dilakukan.
Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beliau berkata, ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500. Apakah sebenarnya hala tuju perjuangan Cuepacs. Saya rasa Cuepacs patut ditukar nama kepada ‘Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Kategori Kumpulan Sokongan.’ Selama ini Cuepacs tidak mewakili semua kategori penjawat awam. Jika kumpulan sokongan menerima gaji minimum RM1,500, apakah gaji permulaan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan dinaikkan kepada RM3,000. Saya harap Presiden Cuepacs dapat menjawabnya.

WONG KHOO LA,
Kulai, Johor
.

67 ulasan:

  1. Saya rasa penyelesaiannya mudah saja, kalau nak bagi gaji tinggi sangat kat gred 1 - 16 ni atau kelayakan PMR, beri mereka kenaikkan sekali ganda dan beri juga kenaikkan kepada semua jawatan lain sekali ganda juga, saya pasti tiada yg bising nanti, persoalannya orang pertikaikan patutkah sama permulaan gaji kelayakan PMR dengan kelayakan Diploma.

    BalasPadam
  2. pegawai gaji tinggi nk jgak ker.. belas kasihan kt golongan bwhan la..

    BalasPadam
  3. durian runtuh ape bendanye....KUP di lembaga perindustrian kayu malaysia pun macam2 syarat ditambah .....jangan haraplah...nanti bertimbun-timbun pulak syaratnye..

    BalasPadam
  4. Kepada golongan pengurusan dan profesional, bersyukurlah dengan apa yang anda miliki sekarang ini. Kadang-kala kalau berada tinggi diatas, kadang kala boleh melupakan kami yang berada di bawah.....
    Cuba kita ambil statistik jumlah penjawat awam yang berada dalam kumpulan sokongan, berapa ramai agak-agaknya?? Purata gaji golongan manakah yang agaknya lebih tinggi?? Ya, memang benar golongan anda patut mendapat habuan yang tinggi oleh kerana anda adalah pembuat keputusan. Tapi siapa yang menggerakkan?? Siapakah golongan pelaksana??
    Tapi apa yang saya ingin tegaskan disini, kita semuanya penting dalam menggerakkan jentera kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat jelata.
    Berkenaan pemansuhan kelayakan UPSR dan PMR, rasanya telah tiba waktunya untuk dilaksanakan cadangan tersebut oleh kerana purata rakyat di negara kita kini telah menerima pendidikan setidak-tidaknya hingga ke peringkat SPM. Jadi tindakan ini dapat membuka lebih peluang kepada golongan muda dan mengurangkan kadar pengangguran dalam negara selain dapat memberi peluang gaji yang lebih lumayan kepada mereka. Jika ini berlaku sudah tentulah semakan akan dibuat terdapat keseluruhan skim perjawatan dalam perkhidmatan awam. (Fikir logic la..)
    Jadi tidak timbul isu CEUPACS tidak bela semua kategori penjawat awam. Sebagai contoh, semasa semakan gaji pada tahun 2007, anda juga turut sama diberikan kenaikan gaji. Dah lupa ke?? (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil.7/2007) walaupun peratusan kenaikan kecil, tapi jumlahnya besar jika dikira daripada gaji tuan-tuan sekalian. Oleh yang demikian, saya amat-amat tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan berpendapat ini adalah kenyataan tidak patut dikeluarkan. Kalaulah golongan PRA, PAP, Pemandu dll membaca kenyataan anda, pasti mereka 'terluka'....
    wallahualam.....

    BalasPadam
  5. Saya amat bersetuju gred 1-16 dinaikkan TAPI jangan lupa gred lain. Kesian tengok yang ada Dip/Degree. Yang bawah dinaikkan... yang di tengah tak naik-naik... so kena sondol dengan yang di bawah dan akhir tembus ke atas. Dia orang ni perjuangkan macam tak pakai otak... biarlah adil bila perjuangkan sesuatu...so orang tak marah.

    BalasPadam
  6. Wong Khoo Lai....
    saya pun ada diploma, tapi keje pembantu tadbir jer... tak penah bising pon. tapi bila kamu dah bising, aku nak 'tiuu' kamu plak...
    nasib ko mungkin baik dapat keje yang sesuai dengan kelayakan kamu... tapi kalo jadi mcm aku mcm mana??
    dok tengah² dan tak sesuai dengan kelayakan... ko jgn pikir diri sendiri jer.. pikir org lain sama.... ko ingat senang² ke nak sondol naik ke atas?? ko pikir logik laa....

    BalasPadam
  7. Saya adalah penulis komen "Ceupacs Tidak Bela Semua Kategori Penjawat Awam". Kalau anda berada di tempat kami sudah pasti anda juga akan terluka. Jalan penyelesaian terbaik adalah apa yang saya sarankan dalam komen saya. Kalau nak naikkan gaji peratus mesti sama walaupun saya tidak berhak menentukan tapi saya menyatakan berhak untuk menulis.

    BalasPadam
  8. Dulu saya pun bukan graduate tapi disebabkan nak perbaiki taraf hidup saya buat PJJ dengan pinjaman PTPTN. Kami dah berkorban masa, wang ringgit dan tenaga. Adakah pengorbanan saya tiada nilainya sedangkan mereka yang tidak sambung belajar dapat lebih atau sama dengan saya? Lu fikir lah sendiri... Bukan pentingkan diri sendiri... tapi menuntut keadilan.

    BalasPadam
  9. Bila Gaji Sokongan 1 &2 naik, gaji P&P juga naik, harga barang juga naik, semua pun naik, akhirnya sama je...

    BalasPadam
  10. ko ingat ko sorang je ada pinjaman PTPTN?? aku boleh dapatkan ramai kawan² aku yang berkhidmat sama ngan kita yang ada pinjaman PTPTN. Jadi apa maksudnya?? Maksudnya masih ramai lagi penjawat awam yang ada dip/degree mcm ko gak. jadi bersabar la skit... kalo sume nak jadi raja, sapa nak jadi kuli... sume org nak keadilan.... tapi TUHAN sudah tetapkan kita dapat rezeki mcm nie je... bersyukur la... daripada ko menganggur dan merempat tah kemana....lagi baik kita kerja mcm nie. Mmg TUHAN suruh kita usaha suh perbaiki diri dan tingkatkan kemampuan diri... tapi kita kena realistik la skit ngan keadaan skrg... xkan la sume yg ada degree akan jadi bos dlm kerajaan... hahahaha... lu pikir sendiri maa...

    BalasPadam
  11. ko jgn menghina org yang tak berpeluang sambung pelajaran...statement ko "Adakah pengorbanan saya tiada nilainya sedangkan mereka yang tidak sambung belajar dapat lebih atau sama dengan saya? Lu fikir lah sendiri..." keras betoi... jgn anggap org yang tak sambung blajar xde ilmu... pikir btl²...

    BalasPadam
  12. mr.president kupeks...tolong2 la jengok kat Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) tu..staf penguatkuasa dan 20 tahun kejer pun tak dapat kenaikan KUP tu..kena ambik exam tambahan 9 paper dulu baru layak dapat walaupun syarat2 lain dah dipenuhi...
    peraturan memandai2 ni yang buat staff jabatan hilang motivasi nak kejer...

    yang dok nganga buat kejer boleh pulak naik B kanan tertinggi...sebabnya ..kaki bodek pengarah PSM..

    BalasPadam
  13. Saya tidak kata orang yang tak sambung belajar tak de ilmu. Bayangkan anda ada anak. Anda bersusah payah membiayai pengajian mereka dan tiba-tiba gaji yang anak anda terima tak jauh beza dengan orang lain yang setakat ada SPM. Adakah anda tidak kecewa...?Adakah anda tidak merasa pengorbanan anda tidak berbaloi.Sama seperti saya... ayah saya mengharapkan saya akan hidup senang dari orang lain bila saya masuk "U" tapi anak rakan mereka yang setakat SPM mendapat gaji yang hampir sama dengan anda tanpa bersusah payah masuk "U".

    BalasPadam
  14. Saya rasa penyelesaiannya mudah sahaja. Kita samakan sahaja gred gaji semua kakitangan awam tanpa mengira sijil. Barulah semua orang mendapat gaji yang sama. Jangan lupa jga untuk bubarkan semua universitiyang ada kat Malaysia ni ye.

    BalasPadam
  15. bayar gaji ikut apa yg kita aqda lebih adil rasanya.kalau org tu ada diploma tp kerka kerani, bayar la gaji diploma,ni kalau PMR pun dah 1500 apa guna masuk U?baik kerja terus jer, technician kilang pun 1500, nk kena bayar hutang pinjaman lagi, memang tak adil la gitu. Baik yg ada diploma mintak jadi PAP atau PAR je, kerja senang, tp gaji sama ngan technician,harap bayar gaji base on ilmu yg ada pada seseorang,

    BalasPadam
  16. Takkan baru tahu je..
    Nak naikkan gaji kumpulan sokongan sehingga RM5000 sebulan pun..naiklah..tapi kenalah naikkan juga gaji kump profesional jadi RM8000.
    CUEPACS yang menyekat kenaikan gaji kumpulan pengurusan.
    Tu yang dipertikaikan.HAK kumpulan ini tidak dibela.

    BalasPadam
  17. Kalau yang ada diploma/degree tapi jawatan pembantu tandir dan dibayar gaji ikut diploma/degree... baik saya jadi pembantu tadbir aje... tanggungjawab kurang... balik rumah tak yah fikir fasal ofis. Saya rela jadi peon kalau gaji ikut degree.

    BalasPadam
  18. Syukur kepada Tuhan kerana ada juga golongan yang celik mengenai isu kenaikan gaji ini yang seakan-akan memperlekehkan sumbangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional kepada kecemerlangan organisasi. Keadilan harus diletak kena pada tempatnya. Janganlah isu dg29-dg32 berulang kembali.

    BalasPadam
  19. Usah bising laa...kalau kerajaan BN tak mampu bagi keadilan..cukuplah pangkah BN tu..
    tak reti reti

    BalasPadam
  20. Tunggu n lihat dulu, belum pun ada apa2 mekanisme kenaikan gaji dah kecoh kalangan penjawat awam. Baik SOK 1 n 2 n PnP pembahagian pasti sama rata...sabarlah teman-teman... DEGREEnDIP

    BalasPadam
  21. apa susah... u all bukak la kesatuan sendiri... bela la apa yang u all nak pon...

    BalasPadam
  22. Wong Khoo Lai

    jadi apa matlamat sebenar kamu menulis comment dlm blog nie? tolong jelaskan dulu....

    BalasPadam
  23. Encik Wong Khoo Lai dan lain2, smoga kenaikan gaji ni menjadi kenyataan dan dapat dinikmati oleh semua golonga penjawat awam...

    tak Payahlah nak berdebat, kenaikan gaji ni pun belum termaktub lagi. Saya pembantu Tadbir aje... ada diploma... x bising pun.

    Sbb saya tau saya mintak keje PT ni dulu mmg dah gaji die mcm tu. Tapi skrg kalau kerajaan nak bagi kenaikan gaji mmg saya bersyukur dan mengharap...

    BalasPadam
  24. en wong saya cuma nak tanya. dulu masa mohon keja guna dip ke spm? spm bukan?? so apa masalahnya. sbb cuepacs nak perjuangkan gaji minima utk kumpulan sokongan paling kurang rm1500. sepatutnya kita bersyukur. sekarang en ada dip tpi belum ada rezeki nnaik pangkat tpi paling tidak kalau berjaya en wong pun dapat rasa sama. sepatutnya en wong bersyukur dan terima kasih pada cuepacs. tulis tue biarlah fikir perasaan orang lain dulu barulah orang respek.

    BalasPadam
  25. sepatutnya golong pro tak perlu iri hati sbb mereka ini golongan yang membuat keputusan dan lebih banyak mengunakan akal manakala kami golongan skongan adalah yang melaksanakan banyak menggunakan tangan.. adakala kami kena buat kerja hingga bermandi peluh apabila diperlukan tenaga sedangkan yang pro hanya bagi arahan. cubalah amalkan timbang rasa. baru cadang gaji rm1500 dah ramai yang tak puas hati. anda yang dah merasa bersyukurlah..

    BalasPadam
  26. Saya berpendapat tidak timbul soal iri hati di sini, cuma menuntut hak masing-masing. Seperti kumpulan sokongan yang mahukan gaji lebih (mungkin sekali ganda), tidakkah sepatutnya juga kumpulan profesional memperjuangkan bahagian mereka? Kalau tidak biar sahaja semua kumpulan tidak mendapat apa-apa. Atau beri sahaja kempada kumpulan profesional yang mendapat kenaikan gaji yang sedikit sahaja (15%) beberapa tahun dulu dan biarkan kumpulan sokongan tidak mendapa apa-apa. Kita tengok pula siapa pula yang dikatakan "iri hati" nanti.

    BalasPadam
  27. Kalau nak naikkan gaji, kena naikkan semua kumpulan sama ada sokongan atau p&p supaya semua dapat merasakan penat lelah mereka dihargai. Namun peratusan kenaikan sepatutnya adalah lebih tinggi untuk gred 1-16. Yang tak sepatutnya dapat kenaikan gaji adalah jawatan JUSA sahaja.

    BalasPadam
  28. di forum inilah kita boleh menilai sikap-sikap kakitangan awam di malaysia...yang berjawatan tinggi pun tak boleh nak bersyukur, apatah lagi nak membantu orang misikin. mungkin nak minta media hiburan datang tangkap gambar diaorang barulah nak menderma.....sebenarnya langkah cuepacs memperjuangkan nasib golongan bawahan ni, disebabkan gaji yang tidak diterima adalah tidak releven dengan kos hidup semasa.....entahlah jika orang professional ni ada saudara-mara yang miskin, mereka bantu ka tak ya? saya nak orang professional jawab soalan saya ni. silap-silap, pandang pun tidak....kamu tak rasa susah pun, sebab gaji pun dah lumayan. yang di bawah, terpaksa menanggung hutang dan kos sara hidup tinggi sekarang...adakah ada terfikir nak menghulurkan bantuan? fikirlah nasib kakitangan bawahan, dan anggaplah mereka seperti adik beradik anda. bukannya musuh ketat. mereka yang berkhidmat di bawah berhempas pula, anda dalam tempoh beberapa tahun saja dinaikkan gred dan pangkat oleh kerajaan. sedangkan kakitangan awam yang bekerja bermati-matian, dan kadang-kadang mereka ini memiliki kelulusan tinggi tapi terpaksa menjawat jawatan rendah sebab peluang perkerjaan amat sedikit terpaksa menunggu 15 tahun untuk naik pangkat. itupun kalau dapat. ada juga sampai pencen pun tak naik pangkat.....cuba lah fikirkan nasib rakyat sendiri...

    BalasPadam
  29. Walau pun saya bukan JUSA namun mereka juga patut menerima peratusan kenaikan yang sama. Itu hak mereka dan saya tak irihati.

    BalasPadam
  30. Cikgu Wong.. tak payah dok bising atau dok komen laa.., kalu bawah naik, atas turut naik laa.., pegawai kumpulan atas buat dasar don't worry Cikgu, nak buat bising minta-minta jaga standard laa sikit.

    Harap cikgu jangan dok dengki dengan apa yang orang bawah dapat, orang atas tak payah berjuang akan dapat juga - sporting laa sikit buat malu kumpulan kita

    BalasPadam
  31. bagi kumpulan sokong II dulunya kumpulan C ketingglan dari semua segi kenaikan gaji/ pangkat nak KUP pun susah kalau tak lulus peperikasaan PTK keja nk pencen pun tak dapat 22 tu pun berkhidmat selama 30th.. tapi bagi kumpulan profesional 41 keja 3/4 tahun dah dapat 44..dan seterusnya kalau berkhimat 25th mungkin dapat JUSA

    BalasPadam
  32. Saya setuju Cuepacs tidak bela semua kategori penjawat awam kerana ahli Cuepacs dianggotai penjawat awam Kumpulan Sokongan manakala bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Professional mempunyai persatuan masing-masing untuk mengemukakan masalah sekim perkhidmatan mereka. Selalunya apa yang dipohon oleh Cuepacs, pihak kerajaan JPA khasnya tidak akan lupa kepada Kumpulan ini. Walaubagaima pun CUEPACS tidak seharusnya menumpukan soal tuntutan gaji sahaja banyak perkara lain yang harus diperjuangkan seperti kenaikan gaji maksima, kenaikan pangkat bagi pegawai yang akan bersara, pingat dan bintang bagi pekerja lama berkhidmat, serta kemudahan untuk penjawat awam.

    BalasPadam
  33. pada pendapat saya, yang paling adil sekali gaji dinaikkan ialah berdasarkan sijil yang mereka ada dan diiktiraf kerajaan...

    contoh, Si A ada degree..seorang kerani..masa minta kerani dulu pakai SPM..tapi oleh kerana rajin..buat PLK atau PJJ..akhirnya dapat degree..

    memandangkan Si A sudah ada degree..kerajaan patut bagi pada Si A kenaikan gaji automatik ke gred degree tersebut iaitu DG41..biar pun Si A masih lagi berjawatan kerani..

    cara di atas lebih profesional..

    bagi penjawat awam lain, contoh kerani dsbnya, kenaikan gaji tetap diselaraskan..dinaikkan..cuma pergerakan tersebut tidak mengikut gred tertentu cuma anjakan gaji atau tambahan gaji berdasarkan persen yang ditetapkan..

    contoh, kenaikan 10% dari gaji pokok atau pendapatan keseluruhan..

    begitu juga kumpulan profesional..golongan ini juga boleh ikut formula seperti di atas.

    saya rasa itu lebih adil..

    ini kerana gaji awal profesional ialah RM1600.00 saja (degree). kalau asalnya staf beliau bergaji RM800.00, bila kerajaan naikkan gaji staf tersebut sekali ganda, bermakna staf tersebut sudah sama gaji dengan pegawai dia. jadi ada logik ka?

    jadi say aberpendapat paling logik sekali cara naikkan gaji ialah berdasarkan kelulusan yang diperolehi oleh mana2 pekerja awam tersebut dari kumpulan bawahan sehinggalah kumpulan atasan.

    TQ

    BalasPadam
  34. cuepacs juga patut kemukakan kepada kerajaan agar mana2 staf yg telah lama berkhidmat, contohnya melebihi 20 tahun, patut diberi pergerakan gaji istimewa khas selain kenaikan2 yg lain serta anugerah tertentu kepada mereka.

    ini misalnya, memberi anjakan gaji khas kepada mereka yg telah berkhidmat 20 tahun dan ke atas sebagai mengnang jasa staf tersebut yg rata2nya sudah tua. lagi pun, staf2 tersebut bermula dengan gaji yg rendah semasa mereka mula2 bekerja/berkhidmat dahulu.

    sebagai mengenang jasa2 mereka yg lama berkhidmat itu, kerajaan wajar memberi inisiatif pergerakan gaji khas atau apa2 imbuhan kepada golongan tersebut.

    mohon pertimbangan...

    BalasPadam
  35. tanpa nama:x semua gred 41 time based 3 hingga 4 tahun. Kami kena tungu 10-15 tahun...

    yg 3 hingga 4 tahun tu, ptd je!!

    Jangan la main sedap mulut je

    BalasPadam
  36. Salam semua,

    Tak payah nak gaduh2 sesama penjawat awam, kita semua tetap macam ini juga.Penyelesaian untuk jangka panjang tidak ada, semua itu hanya penyelesaian jangka pendek sahaja. Walau bagaimana pun tetap bersyukur jika ada kenaikan gaji.

    Kita kena ingat kembali sebab utama kita awal-awal lagi masuk dan memohon untuk berkhidmat di perkhidmatan awam. Saya rasa rata- rata di antara anda sudah tahu kelebihan dan kelemahan berkhidmat dalam kerajaan.

    Golongan pengurusan dan professional tidak semuanya sama. Kena lihat gred dan jawatan mereka terlebih dahulu. Ada yang senang naik pangkat dan ada juga yang tidak.Kekadang wujud kekosongan dan juga tidak. Ada yang mempunyai kenalan rapat dengan pegawai yang mempunyai jawatan lebih tinggi senang untuk naik. Walau apapun saya pasti tangga gaji golongan ini melebihi dari kumpulan sokongan.

    Golongan profesional mungkin pakai kereta mewah dan mungkin mempunyai rumah bernilai lebih RM100 000. Mungkin satu atau dua hak milik. Gaji masih tidak mengcukupi.

    Glongan sokongan pula hanya mungkin mampu memiliki kereta buatan malaysia dan mungkin sebuah rumah kos rendah. Gaji pun masih tidak mengcukupi.

    Nampak apa perbezaan di situ?

    Glongan sokongan pula pun ada juga PTK dan KPSL. Sama sehaja dengan golongan profesional. Setahu saya PTK sekarang mula menggunakan kaedah baru. Saya tak pasti apa respon dari mereka yang mengambil exam dari kaedah ini. KPSL walaupun anda lulus dan layak terpaksa pula tunggu kekosongn jawatan di mana-mana tempat.

    Jawatan kosong untuk berkhidmat di dalam kerajaan terhad walaupun hakikat sebenarnya kita memerlukan lebih ramai lagi penjawat awam. Semuanya kerana kerajaan berhati-hati di dalam urusan kewangan negara.

    Apa lagi saya mahu cakap? Baik kumpulan profesional dan sokongan masing-masing ada sahaja kekurangan dan kelebihan mereka sendiri. Sama- sama memerlukan.

    Saya sendiri pun ada diploma dan ijazah tapi mampu dipilih bekerja sebagai kumpulan sokongan gred 17 sahaja. Dah banyak saya dengar dan berbagai pengalaman diperolehi sejak berkhidmat di dalam kerajaan. Jika anda boikot dan buat demonstrasi sekalipun belum pasti nasib kita sebagai penjawat awam akan terbela.

    Siapa kita untuk kita berkata adil dan tidak adil dalam hal ini?

    Biarlah kita buat sesuatu pekerjaan sebagai satu ibadah. Jika ada pihak menafikan hak kita sekalipun biar sahaja Allah SWT yang menentukan nasib mereka.

    BalasPadam
  37. Salam semua,

    Tak payah nak gaduh2 sesama penjawat awam, kita semua tetap macam ini juga.Penyelesaian untuk jangka panjang tidak ada, semua itu hanya penyelesaian jangka pendek sahaja. Walau bagaimana pun tetap bersyukur jika ada kenaikan gaji.

    Kita kena ingat kembali sebab utama kita awal-awal lagi masuk dan memohon untuk berkhidmat di perkhidmatan awam. Saya rasa rata- rata di antara anda sudah tahu kelebihan dan kelemahan berkhidmat dalam kerajaan.

    Golongan pengurusan dan professional tidak semuanya sama. Kena lihat gred dan jawatan mereka terlebih dahulu. Ada yang senang naik pangkat dan ada juga yang tidak.Kekadang wujud kekosongan dan juga tidak. Ada yang mempunyai kenalan rapat dengan pegawai yang mempunyai jawatan lebih tinggi senang untuk naik. Walau apapun saya pasti tangga gaji golongan ini melebihi dari kumpulan sokongan.

    Golongan profesional mungkin pakai kereta mewah dan mungkin mempunyai rumah bernilai lebih RM100 000. Mungkin satu atau dua hak milik. Gaji masih tidak mengcukupi.

    Glongan sokongan pula hanya mungkin mampu memiliki kereta buatan malaysia dan mungkin sebuah rumah kos rendah. Gaji pun masih tidak mengcukupi.

    Nampak apa perbezaan di situ?

    Glongan sokongan pula pun ada juga PTK dan KPSL. Sama sehaja dengan golongan profesional. Setahu saya PTK sekarang mula menggunakan kaedah baru. Saya tak pasti apa respon dari mereka yang mengambil exam dari kaedah ini. KPSL walaupun anda lulus dan layak terpaksa pula tunggu kekosongn jawatan di mana-mana tempat.

    Jawatan kosong untuk berkhidmat di dalam kerajaan terhad walaupun hakikat sebenarnya kita memerlukan lebih ramai lagi penjawat awam. Semuanya kerana kerajaan berhati-hati di dalam urusan kewangan negara.

    Apa lagi saya mahu cakap? Baik kumpulan profesional dan sokongan masing-masing ada sahaja kekurangan dan kelebihan mereka sendiri. Sama- sama memerlukan.

    Saya sendiri pun ada diploma dan ijazah tapi mampu dipilih bekerja sebagai kumpulan sokongan gred 17 sahaja. Dah banyak saya dengar dan berbagai pengalaman diperolehi sejak berkhidmat di dalam kerajaan. Jika anda boikot dan buat demonstrasi sekalipun belum pasti nasib kita sebagai penjawat awam akan terbela.

    Siapa kita untuk kita berkata adil dan tidak adil dalam hal ini?

    Biarlah kita buat sesuatu pekerjaan sebagai satu ibadah. Jika ada pihak menafikan hak kita sekalipun biar sahaja Allah SWT yang menentukan nasib mereka.

    BalasPadam
  38. tiada siapapun sekat golongan sokongan naik gaji, apekehal pulak nak sekat kump dg14 ke atas sampai jusa naik gaji.
    Tu la mentaliti cuepac yangmesti diubah. Tak pun jadilah Kesatuan Sekerja Kumpulan Sokongan Dalam Perkhidmatan Awam ,.. kan senang

    BalasPadam
  39. Salam semua warga penjawat awam....aku rasa biarlah CUEPACS buat kerja diorang,respons dari perkara ni semestinya datang dari kesatuan2 sekerja yang bernaung dibawah CUEPACS dan majoritinya adalah pekerja bawahan atau gred sokongan....Mulianya hati tuan2 nak bela sesama kita namun kita jangan lupa,semakin banyak kerja semakin teruklah orang bawahan yang kena.....pada yang gred diatas tu pikir2 la,ni bukan perjuang gred anda saja tapi keseluruhan warga perkhidmatan awam....sabar dan lihat....tak semestinya apa yang CUEPACS cakap hari ini boleh dapat hari esok...CUEPACS bukan nya MAGICIAN...dan pastinya semua dari kita dapat merasa...InsyaAllah....gaduh takleh setel prob bro...

    BalasPadam
  40. SAYA SOKONG....GRED 1-16 DIBERI KENAIKAN... TAPI KENAIKAN HENDAKLAH DIAMBIL KIRA...SECARA TELITI... CONTOHNYE...MEREKA YG MENJAWAT JAWATAN DI GRED 1-16 TETAPI MEMPUNYAI KELAYAKAN SPM DAN KEATAS ADALAH YG PALING LAYAK MENERIMA KENAIKAN INI.... !!!!

    BalasPadam
  41. Segelintir para pegawai (Kumpulan profesional) akan berasa kecewa sekiranya hanya gaji 1-16 yang naik.

    Alasannya adalah kerana apabila gaji kerani misalannya naik maka jurang antara pegawai dengan kerani akan menjadi rapat.

    Perkara ini agak sukar diterima kebanyakan pegawai kerana mereka menganggap pengorbanan mereka belajar tinggi-tinggi tidak setimpal dengan pendapatan mereka disebabkan gaji kerani-pegawai agak hampir.

    BalasPadam
  42. Pegawai (Kumpulan pro.) akan berasa adil dan berpuas hati sekiranya gaji gred 41 keatas dinaikkan juga.

    Barulah mereka akan berasa selesa kerana jurang pendapatan, contohnya kerani (Kumpulan pelaksana) dengan pegawai, jauh berbeza iaitu sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pegawai berijazah........

    BalasPadam
  43. ramai tak yg x bersetuju dengan kenyataan di atas? :) :)

    BalasPadam
  44. setuju.. xkan gaji aku sama dgn korg lak, jejas la imej aku

    BalasPadam
  45. jejas tak jejas imej...kita bagi kenaikan ikut kelayakan sebenar iaitu ikut kelulusan seseorang..habis cerita..

    nak gaji tinggi...sila pegi sambung belajar...buat PLK atau PJJ atau full time...berkorban jiwa dan raga, masa dan wang ringgit, kodrat dan semua pengorbanan lain...insya alllah semua syarat terpenuhi...

    kahakahakah...

    BalasPadam
  46. Saya memang setuju semua tuntutan ceupacs memang menyebelahi golongan sokongan dan mengabaikan kumpulan profesional dan pengurusan. Sepatut wakil kumpulan profesional dan pengurusan keluar dari ceupacs dan menubuhkan persatuan sendiri yang dapat menuntut kebajikan kumpulan profesional dan pengurusan

    BalasPadam
  47. Ahli Jawatankuasa CUEPACS ni termasuklah presidennya kump sokongan..sebenarnya mka bjuang untuk periuk nasi dia je...sama la mcm semua kesatuan guru...banyak AJK nya DG38 kebawah...mka bjuang utk mke je...puit...keji punya orang..

    BalasPadam
  48. memang patut apa yang kump sokongan dapat.. tengok plak kelayakan kamu...takkan SRP/LCE/PMR/SPM nak gaji tinggi drp org yang ada gegree...dulu-dulu tak nk belajar rajin2..

    BalasPadam
  49. kump sokongan suruh kump pro supaya bersyukur dgn gaji yg mereka ada tp kump depa x juga bersyukur dgn gaji yg depa dapat.minta naik gaji dan elaun lg adala....mmmm.saya pula rasa bersyukur sekiranya semua kakitangn dapat manfaat drp kenaikan gaji asalkan harga barang runcit dan minyak x naik menggila...

    BalasPadam
  50. banyak2 bersabar semua...semua akan dapat merasa kenaikan gaji tak kira kump atasan atau kump bawahan..macam bonus yang lepas semua kan dapat merasa rm 500 cuma cepat ngan lambat je..

    BalasPadam
  51. Walaupun saya hanya kumpulan pelaksana, tapi saya menyokong kenaikan gaji mesti melibatkan untuk semua gred 1 - turus 3 ke atas...

    Barulah penjawat awam akan berasa adil dan dihargai mengikut kelayakan sebenar mereka.

    Kalau tidak silap saya, semakan gaji untuk polis baru2 ini melibatkan semua pangkat. :)

    BalasPadam
  52. kakitangan rendah yang hentam pegawai tu tak payahlah hantar anak belajar tinggi-tinggi. buat habis duit je. SRP & SPM pun dapat gaji sama dengan pemegang diploma & ijazah gak. Itu kelebihan orang belajar bersunguh-sunguh. Kalau dah ada diploma buat apa mintak kerja gred 17. Lepas tu bising kerja tak setaraf dengan kelulusan. berhenti aje lah

    BalasPadam
  53. pendapat saya..

    biarlah adil untuk semua pihak...kenaikan hendaklah berdasarkan kelayakan dan percentage kenaikan tidaklah sama..

    cth:
    gred 1-16 = 30%
    17-36 = 20%
    41 ke atas = 15%

    BalasPadam
  54. Kerani gred 17 dapat gaji RM2k. Pegawai gred 41 dapat RM2K jugak. orang gila pun kata tak logik. Lebih baik ambik SPM je. Ada akal ke. Presiden CUEPACS ni apalah cakap pun tak berapa nak faham. Mintak naik gaji untuk golangan dia je. Suruh sekolah mandi dalam kolah

    BalasPadam
  55. tak payah pakai peratus kenaikan. Naik je RM500 setiap orang tanpa mengira pangkat. barulah adil. golongan sokongan dapat ot lagi. apa lagi nak. belajar malas. bukan tak ada ilmu. nak senang-senang dahulu. bila susah kemudian barulah bising

    BalasPadam
  56. Susah payah kamu gaduh buang masa. kamu fikir KSN mau kasi naik gaji hahahahahahaha.........bikin panas itu KSN

    BalasPadam
  57. >>"kakitangan rendah yang hentam pegawai tu tak payahlah hantar anak belajar tinggi-tinggi. buat habis duit je. SRP & SPM pun dapat gaji sama dengan pemegang diploma & ijazah gak. Itu kelebihan orang belajar bersunguh-sunguh. Kalau dah ada diploma buat apa mintak kerja gred 17. Lepas tu bising kerja tak setaraf dengan kelulusan. berhenti aje lah"<<..... KENYATAAN DARIPADA PnP YANG TAK PROFESIONAL.... NAMA JE PnP, AKAL LETAK KAT LUTUT.... REZEKI MASING²... TUHAN TENTUKAN.... JGN MENGHINA REZEKI PEMBERIAN ALLAH.... IBARAT KAMU TIDAK BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN ALLAH..... PULANG LAH KE PANGKAL JALAN.... KALO SEMUA NAK BEREBUT JADI PEGAWAI GUNA DIP DAN IJAZAH, MAKIN RAMAI LAH PENGANGGUR.... BERSYUKUR LAH ANDA DAPAT JAWATAN YANG SETARAF DENGAN KELAYAKAN ANDA. JANGAN MENGHINA KAMI GOLONGAN BAWAHAN.... KAMU BELUM TAHU APA REZKI UNTUK KAMU DAN ANAK² KAMU DI KEMUDIAN HARI.... "TiAdA KaMi, TiAdA aNdA... TiAdA aNdA, TiAdA KaMi"... KITA SEMUA HAMBA ALLAH YANG LEMAH... BERINGAT LAH ANDA...

    BalasPadam
  58. Saya dlm kategori 41 merasakan bahwa kami merupakan golongan yang sering terpinggir dlm stiap kali penyelarasan. Satu ketika dulu gaji saya pernah lebih tinggi drp staff gred 29/32. Tetapi slpas pelarasan gaji kini gaji merka lebih tinggi dr sy sbnyak RM 120 lebih....sy heran knpa perkra ini boleh berlaku...apa yg sya hadapi mrka lebih bernasib baik dan pendapatan mrk lebih tinggi krn dibenarkan menuntut eleaun lebih masa...tpi kami gred 41..hanya kerja scr sukarela....di mana keadilan bg kami

    BalasPadam
  59. sebab apa gaji you lebih rendah daripada kawan2 lain selepas pelarasan??..nak tau jawapan dia??

    mungkin presiden cuepacs tak tau nak kira dengan betul...

    nasib la..

    yang jelas...kalau nak naik gaji biar guna taraf kelulusan..habis cerita..semua adil...

    BalasPadam
  60. Kalau betul2 nak difikirkan, perbezaan orang degree dgn orang SPM bagaikan beza orang SPM dengan UPSR. Orang UPSR hanya perlu lulus 5 subjek tapi orang SPM kena kredit 9 hingga 10 subjek dengan tambahan 5 subjek masa UPSR iaitu 15 subjek.
    UPSR = 5 subjek
    PMR = 8 subjek (PMR) + 5 (UPSR) = 13 subjek
    SPM = 10 subjek (SPM) + 8 subjek (PMR) + 5 subjek (UPSR) = 23 subjek
    Degree = 50 subjek (degree)+10 subjek (SPM)+8 subjek (PMR) + 5 (UPSR) = 73 subjek

    Beza SPM dengan UPSR = 23 - 5 = 18 subjek
    Beza SPM dengan PMR = 23 - 13 = 10 subjek

    Ini bermakna orang SPM perlu menguasai 18 jenis cabang ilmu lebih berbanding orang PMR dan 10 jenis cabang ilmu lebih dari orang PMR. Maka patutkah orang SPM disamakan dengan PMR mahupun UPSR. Tentu sahaja mereka berhak dapat lebih sejajar dengan potensi sumbangan yang mereka dapat curahkan kepada organisasi.

    Beza Degree dengan UPSR = 73 - 5 = 68 subjek
    Beza Degree dengan PMR = 73 - 13 = 60 subjek
    Beza Degree dengan SPM = 73 - 23 = 50 subjek

    Maka orang Degree menguasai 68 cabang ilmu lebih daripada orang UPSR, 60 lebih daripada PMR dan 50 subjek lebih cabang ilmu daripada orang SPM. Sudah semestinya potensi untuk membangunkan organisasi dan negara secara keseluruhannya lebih besar. Ini bermakna mereka berhak untuk mendapat ganjaran lebih. Malahan jika berlaku juga kenaikan gaji mereka juga berhak untuk mendapat lebih sejajar dengan perubahan ekonomi negara.

    BalasPadam
  61. keluarkan kenyataan kat akhbar. Kat sini untuk Cuepac je. Depa ni bukan boleh pakai.
    Takyah ubah CUEPAC, ubah persepsi kerajaan lagi baik.
    Tunjukkan bahawa CUEPAC tidak adil kepada semua kakitangan kerajaan.

    BalasPadam
  62. >>"kakitangan rendah yang hentam pegawai tu tak payahlah hantar anak belajar tinggi-tinggi. buat habis duit je. SRP & SPM pun dapat gaji sama dengan pemegang diploma & ijazah gak. Itu kelebihan orang belajar bersunguh-sunguh. Kalau dah ada diploma buat apa mintak kerja gred 17. Lepas tu bising kerja tak setaraf dengan kelulusan. berhenti aje lah"<<..... KENYATAAN DARIPADA PnP YANG TAK PROFESIONAL.... NAMA JE PnP, AKAL LETAK KAT LUTUT.... REZEKI MASING²... TUHAN TENTUKAN.... JGN MENGHINA REZEKI PEMBERIAN ALLAH.... IBARAT KAMU TIDAK BERSYUKUR DENGAN PEMBERIAN ALLAH..... PULANG LAH KE PANGKAL JALAN.... KALO SEMUA NAK BEREBUT JADI PEGAWAI GUNA DIP DAN IJAZAH, MAKIN RAMAI LAH PENGANGGUR.... BERSYUKUR LAH ANDA DAPAT JAWATAN YANG SETARAF DENGAN KELAYAKAN ANDA. JANGAN MENGHINA KAMI GOLONGAN BAWAHAN.... KAMU BELUM TAHU APA REZKI UNTUK KAMU DAN ANAK² KAMU DI KEMUDIAN HARI.... "TiAdA KaMi, TiAdA aNdA... TiAdA aNdA, TiAdA KaMi"... KITA SEMUA HAMBA ALLAH YANG LEMAH... BERINGAT LAH ANDA...

    HABIS DULU MASA TEMUDUGA PASAL SANGGUP TERIMA JAWATAN TERSEBUT. KENA SEDAR DIRILAH

    BalasPadam
  63. Kelulusan SPM tapi nak jadi Doktor. Doktor sendiri bolehlah. Kakitangan kerajaan gred 17 lah yang nampak hidup mewah. kereta mewah, ekzos besar. malam-malam merempit. minyak bukan murah. kata tak ada duit, tapi membazir. Maklumlah belajar tak habis

    BalasPadam
  64. Berdasarkan beberapa maklumbalas yang di baca, saya melihat sebahagian komen daripada pegawai pro. berbau penghinaan kepada kumpulan pelaksana.

    Saya bersetuju, jika kump pro. tidak berpuas hati kerana ketidak adilan.

    Apa yang perlu dibuat adalah sepatutnya kump. pro yg tidak berpuashati perlu meminta/mendesak kerajaan menaikkan gaji kum. pro. selaras dengan kenaikan gaji kum. pelaksana.

    Tidak sepatutnya dan tidak wajar ketidakpuasan ditunjukkan dengan memburuk-burukkan atau mencari kelemahan kumpulan pelaksana.

    Jikalau kum. pro. tersebut berasa penuh yakin yang mereka tiada langsung kekurangan 'Tak dapek den nak menolong'...

    BalasPadam
  65. Herm... Isu macamni tak yah la dipening2kan... Kalau cakap pasal pelajaran,semua manusia ada kelebihan dan kekurangan yang tuhan dah bagi... pasal gaji, memang la hangat coz manusia takkan penah puas dengan apa yg telah ada, nafsu.... kalo ari ni gaji 2000, esok2 nak 3000 n seterusnya.... so jgn hina menghina sesama kita... takder makne pon... Memang la dari segi tugasan kerja membebankan... kalo taknak terbeban asyik2 xpuas hati, baik takyah keje... dok je umah tunggu duit jatuh dari langit... buat pe kecoh beb? Bersyukur la dpt keje nih bandingkan dengan kwn2 kita yang xde keje kat luar tu... rezeki tuhan beb... syukur je la... P&P jgn terlalu ego dengan kelebihan anda, coz tuhan boleh tarik sekelip mata... Yang sokongan, jgn terlalu meminta2, fikirkan sumbangan anda samaada ikhlas membantu ataupun tidak... samer jer kan? so takyah gado2... tunggu jer keputusan kerajaan kita... namer pun penjawat awam,so ikut ler kerajaan memerintah... :)

    BalasPadam
  66. apa kejadah bergaduh soal gaji...kami kaitangan kontrak nih patut diutamakan...apa dah nak jadi dengan kakitangan tetap nih...toksah ungkit soal degree ka...spm ka.atau diploma...pirority sekarang kontrak ke tetap....mengganggur ke sektor awam....jangan ngada-ngada nak gaji lebih aja....kalau minyak mahal....pakai kereta elektrik paham....kalau daging mahal...makan sayur aja...kalau semua mahal tanam sendiri...bahalul....

    BalasPadam
  67. kepada smau pejawat awm usah la kita mendabik dada dan inginkan segalanya lbih,jangan kta bandingkan dangan kelulusan apa yang kta ada dan juga jangan kta bandingkan apa kementerian kita ataupun jabatan kita,setiap jabatan atau kementerian mempunyai skop kerja yang tersendiri dan berbeza. jika penjawat awm smau nk naik gaji itu akan melambatkan kelulusan kerana tidak mudah untuk naik gaji bejet harus di kira setiap tahun kerana ia melibatkan negara dan rakyat,kerajaan sudah memikirkan smua bagaimana untuk meningkatkan taraf hdup rakyatnya, cuba kita penjawat awam membezakan cara kerja dan sistem yang kita gunakan dangan individu atau pun kumpulan yang berkerja di sektor swasta,sektor swasta bnyak mementingkan kualiti dan kerja yang di lakukan memenuhi kehendak pelangan,tetapi ada di antara mereka masih dahagakan kemudahan2 yang di berikan kepada sektor awm bebanan tatap di tangung sama seperti penjawat awam,mereka juga tingal di bandar2 besar dan menpunyai tangungan tersendiri,jadi bersyukur la anda sebagai penjawat awam,setiap individu yang berkhidmat tidak kira mana pun jabatan ataupun kementerian,anda menpunyai kepentingan lakukan lah kerja dangan tanda bersyukur dan yang paling pnting kita tingkatkan kualiti kita dan memperkemaskan sistem pentabiran kita

    BalasPadam