27 Mei 2010

SEMAKAN GAJI AWAM DINANTI

Berita Harian
2010/05/27



AKHBAR ini pada 20 Mei lalu, melaporkan kira-kira 600,000 kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua akan menerima durian runtuh apabila kerajaan bersedia menyemak tangga gaji membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun berdasarkan Model Ekonomi Baru (MEB). Perkara ini amat dipuji kerana nilai titik peluh dan daya usaha kakitangan kumpulan ini dapat dihargai. Harus juga diberi perhatian bahawa kakitangan kumpulan ini adalah tulang belakang kerajaan. Jika kita bandingkan gaji sekarang memang tidak memadai kerana jauh ketinggalan zaman.
Jika diikut taraf hidup sekarang, gaji kumpulan ini adalah jauh berbeza dan wujud jurang perbezaan ketara. Kita tidak menafikan bahawa kumpulan pengurusan dan profesional memang menikmati gaji setanding dengan taraf hidup sekarang, namun kami jauh ketinggalan.

Malah kumpulan ini menjadi nadi perkhidmatan awam. Ada juga pihak yang mengatakan gaji kumpulan ini adalah memadai mengikut taraf pendidikan mereka. Kita juga ingin meningkatkan taraf pendidikan masing-masing, namun gaji sekarang memang tidak memadai untuk melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa mahupun separuh masa. Di samping itu, pendidikan tinggi sekarang memang memerlukan kos tinggi. Jika keadaan sedemikian bagaimana kita hendak memajukan diri kita dengan gaji yang sangat minimum ini. Oleh itu, keputusan kerajaan untuk mengkaji kenaikan gaji kumpulan ini secara menyeluruh dan setiap aspek harus diambil kira. Keadaan ini akan membawa satu dimensi baru dalam perkhidmatan awam. Perjuangan Cuepacs harus dipuji dan dihargai atas keprihatinan mereka.

K SARAVANA KUMAR,
Ipoh, Perak.

28 ulasan:

  1. ya..kita tunggu dan lihat ajelah semakan gaji yg akan dibuat...tapi adakah ia akan di ikuti oleh semua agensi..contohnya kawan kita di lembaga perindustrian kayu malaysia walaupun telah lulus semua syarat2 untuk dapat KUP tapi pihak pengurusan powernya lebih drp DS najib telah menambah syarat untuk menidakkannya staff bawahan mendapat apa yang harus dia dapat..

    BalasPadam
  2. itu lah kadang2 benda yg mudah dijadikan susah ha.....pandai sangat buat syarat.

    BalasPadam
  3. kenapa pula pihak pengurusan
    itu lebih powernya dari pada perdana menteri sampaipula menindak
    staff kita kan sudah akur janji
    dulu dan berkerja menjaga kepentingan kakitangan dibawahan
    dan orang awam kalau pihak pengurusan menindak staff itu bukan kerajaan satu malaysia itu
    nama kerajaan dibawah pemerintahan
    jepun

    BalasPadam
  4. parah-parah..

    itu belum lagi cerita isu sesetengah ketua agensi/jabatan yang mengharamkan kumpulan pelaksana terlibat dengan aktiviti cuepack..

    BalasPadam
  5. adakah semua peringkat gaji kakitangan akan disemak??? sebab gaji tahunan saya, dg41 pun RM27600.

    BalasPadam
  6. Hang baru kerja tok sah dok bising la, aku dah 21 tahun dah kerja tak cakap apa pun, kerja kerajaan ni kena sabar sebab gaji naik sikit-sikit, dah dekat nak pencen nanti banyak la gaji hang.

    BalasPadam
  7. rasanya yg menyebabkan jurang gaji antara kumpulan sokongan dan P&P menjadi besar adalah bila gaji dinaikan mengikut peratus (seperti pelarasan gaji sebelum tahun 2007) gaji P&P yang memang dah tinggi akan menjadi lebih tinggi dan sokongan akan mendapat kenaikan gaji yang kecil (fikir2 dan renung2 kan......sekadar pendapat saje.

    BalasPadam
  8. encik Tanpa Nama 8.53.00

    Kenapa teruk sangat pengurusan Lembaga Perindustrian Perkayuan tu?report je kat JPA atau pun SPRM...biar padan muka ketua Jabatan tu..

    BalasPadam
  9. kumpulan p&p ni walau pun tak diberi kenaikan... tetapi mereka mempunyai kelebihann, mcm kat pejabat sya.... kerja 5thn lebih dah bole naik dari j41 ke j44...anda semua tahu tak perbezaan kenaikan adalah tinggi rm400+ pertambahn gaji.cuba semak skim gaji klu sy salah....

    jadi walaupun kami kumpulan sokongan ni dapat kenaikan pun...masih tidak dapat menandingi kumpulan p&p.....etc j17 ke j22 kenaikan adalah dlam rm60+ shj....

    fikir2kan lahhh

    kenaikan tahunan kump sokongan ni kecik jika nak dibandingkan dgn p&p

    BalasPadam
  10. kerajaan sedar saya rasa masalah ini...tapi mungkin cuepacs sendiri tak pernah ambil tahu atau tak tahu nak berhujah dengan najib..maka itulah jadinya..kerajaan buat tak tahu sajalah...

    kumpulan sokongan bawah, sekali naik gaji ciput...tapi dia punya riuh...kalahkan bunyi petir...

    BalasPadam
  11. MASALAHNYA...BILA KERAJAAN NAK UMUM NAIK GAJI NI...

    BINCANG..BINCANG DAH..BILA LAGI..?

    HARAP2 ADA FORMULA YG HEBAT LA KALI NI...

    YANG LAYAK NAIK IKUT GRED LAGI BAGUS...GRED GAJI BERDASARKAN KELULUSAN...

    INI KERANA MEREKA YANG BERKORBAN WANG RINGGIT, MASA, CUTI, TINGGAL ANAK BINI, PINJAM DUIT DAN SEBAGAINYA NAK SAMBUNG BELAJAR (plk, pjj) AMAT BESAR PENGORBANAN ITU..

    JADI KALAU KERAJAAN TAK HARGAI...NAYA LA...RUGI TAK BERSEBAB...

    YANG KITA TAHU TAHUN NI KERAJAAN AKAN NAIKKAN HARGA MINYAK LAGI SEBANYAK 15 SEN...

    KAHKAHKAH...

    BalasPadam
  12. patut juga kejaan pikir macam tu..buatlah dasar yang lebih profesional..biarlah tindakan atau perubahan yang kerajaan nak lakukan dalam menaikkan gaji itu nampak lebih profesional dan lebih berdaya saing..bukan sesenang itu saja naikkkan gaji..main persen2 saja dan lupa pulak pada yang bertungkus lumus belajar untuk berjaya..

    mohon pertimbangan yang lebih profesional dan matang daripada pihak kerajaan.

    ameen..

    BalasPadam
  13. bayangkan..hanya ada SRP atu SPM..tup tup gaji sama/hampir sama ataupun lebih lagi pada yang dah ada dgree..bayangkan..

    pertimbangan yang waras perlu diutamakan..

    tapi kalau golongan sokongan ada diploma/degree/master..lainlah...biarkanlah mereka naik gaji ikut standard tersebut..biarkanlah..

    kami P&P tak heran sangat kalau kawan2 yg ada kelulusan spt dinyatakan tersebut mahu naik gaji tinggi ikut standard tersebut...tak kisah...

    yang musykil...tak ada apa2 kelulusan..tup2 nak naik sekali ganda???...BIOR BOTOLLL.....

    BalasPadam
  14. memang apa yg dinyatakan oleh penulis asal, SARAVANAKUMAR itu betul...

    memang tak cukup duit nak sambung belajar...dengan gaji kecil, kemudian nak sambungbelajar lagi..memang tak cukup...

    itulah hakikat yg dihadapi oleh ribuan staf yg ambil PLK atau PJJ untuk sanbung belajar..

    dari yg tak ada diploma...buat diploma..dari yang tak ada ijazah..buat ijazah..dari yg tak ada master..buat master...semua tu perlukan pengorbanan...

    semua kelulusan tersebut bukan datang bergolek begitu saja..semuanya perlukan pembelajaran yg hampir sama dengan pelajar full time...perluka masa 4, 5 tahun untuk habiskan sesatu pengajian (diploma atau degree)...ambil masa 5 hingga 10 tahun baru nak habiskan semua pengajian...bayang betapa besar pengorbanan demi untuk membaiki diri dalam sektor awam...

    semuanya perlukan bajet..
    bajet??..carilah di mana2...PTPTN, along..ceti mana2..kawan2..mak bapa..gadai harta..duit bini..duit anak..pajak gadai...carilah mana2 pun...pinjam bank ke...itulah pengorbanan...

    cuti, masa, dan sebagainya hanya ada pada nama saja...

    jadi apa yg sivakumar cakap itu mmg betul..

    oleh yg demikian, kerajaan wajar memperakukan kepada semua pengorbana yg dilakukan oleh staf2 sokongan yg sanggup bersengkang mata, masa, wang ringgit, dan sebagainya itu untuk diberi gaji yg lebih layak sesuai dgn pengorbanan dan kelulusan yg mereka miliki...

    hargailah golongan tersebut...

    BalasPadam
  15. MUDAH2AN KERAJAAN TERBUKA MATA LAA...

    BalasPadam
  16. kerajaan sibuk nak membantu golongan kakitangan bawahan yang susah, ada pula yang sakit hati, gaji kakitangan atasan pun dinaikkan jugalah, sedarlah, bukan kamu yang bayar gaji staff bawahan yang kamu handle sekarang ni....mungkin kalau bos-bos ni yang keluar duit sendiri bagi gaji pada kerani, mungkin terasa juga sakitnya..ini mereka pula yang sakit hati pula....kalau ada sepupu atau anak anda kerja rendah taraf nya pun di dalam kerajaan, engko orang nak berkira kerajaan naikkan gaji tu? heranlah kakitangan awam yang dah hidup senang ni....langsung tak senang tengok keperihatian kerajaan...macam lah kamu yang bayar gaji staff bawahan kamu sekarang ni..sendiri pun dibayar gaji juga oleh kerajaan. jangan berlagak bila dah jadi bos di dalam satu-satu jabatan. jabatan tu bapa kamu yang punya...lepas kamu pencen pun kamu tak ada peranan lagi di dalam jabatan tu...sama dengan kakitangan awam lain yang telah berpencen..

    BalasPadam
  17. aku ader bau2 org iri hati lew....isk3..dunia2

    BalasPadam
  18. hello beb...gaji P7P punciput je..bukan puluh ribu pun...

    gred 41 (kerja beberapa tahun)(lebih rendah gaji dari gred 22 kerani...

    tak gitu...

    BalasPadam
  19. Kerajaan tak payah pening2 bagi je gaji sama rata. Kami pun nak hidup spt org digree juga. Makan,minum,pakaian,rumah keta n seumpamanya. Engko yg belaja tinggi2 cari tambahan jln lain pasal engko pandai.Kami takat kerajaan bg je. He he he he lulus dorjah 6 tun 60an.

    BalasPadam
  20. "Kita tidak menafikan bahawa kumpulan pengurusan dan profesional memang menikmati gaji setanding dengan taraf hidup sekarang, namun kami jauh ketinggalan."

    ...Jangan nak merapu. Taraf hidup golongan mana ni yg dikatakan setaraf? Pegawai berijazah berada dibawah taraf hidup sebenar golongan pertengahan...
    Kump sokongan yg taraf hidup mereka sekarang berada di atas taraf hidup yg sepatutnya bagi kump ini.

    Pseudon

    BalasPadam
  21. Gred 41 kerje umur 24 tahun sebab pandai sangat, terpaksa masuk U dulu,
    Gred bawah lagi tu, lepas SPM terus kerje, umur 18 tahun...
    Takkan nak banding pengalaman kerje, dahlah bidang tak sama, kerje pulak tak sama, apa lagi kelulusan..

    BalasPadam
  22. semua dok sibuk paksai gaji...kakitangan awam yang kerja kat sekolah lagi pening...terutama cikgu...kerja tak kira kelulusan.SPM ka? STPM ka? Dip ka? Degree ka? Master ka? semua kerja sama berat....walaupun bos gred 32 atau 34. staff gred 41 atau 44 kena akur ketua,,, kami tak bekira pun. Jabatan lain gred 41 mesti jadi boss...tapi kami kalau kira gred boss...semua gred boss kat sekolah..hihi..kat sekolah rendah pun dah hampir 50% staf gred 41 sedangkan boss gred 34...kami tak kisah pun. Tapi berharap kenaikan gaji ikutlah kelulusan akademik tertinggi baru boleh lebih sistematik sikit sistem penggajian kita sbgai kktgn awam.

    BalasPadam
  23. Salam sejahtera,
    Saya seorang kakitangan kerajaan persekutuan, rakyat Malaysia dan telah berkhidmat lebih dari 20 tahun.
    Saya amat yakin, Kerajaan Najib akan melakukan `revolusi' kenaikan kaji untuk keselesaan rakyat khususnya kakitangan awam. Mengikuti sejarah kepimpinannya dari dulu hingga sekarang, beliau seorang yang telah banyak kali mampu merubah pendapatan pegawai kerajaan (gaji kakitangan awam). Ketika itu, beliau belum berkuasa penuh. Beliau hanya seorang menteri biasa. Sama seperti rakan-rakan menterinya yang lain. Namun, kini beliau di puncak. Kuasa penuh di tangannya. Jadi, saudara jgn risau..keyakinan saya amat pasti beliau akan melakukannya.

    Saya dahulukan dengan ucapan Jutaan Terima Kasih kepada YAB PM Najib.

    Hj Ahmad.
    Alor Star.

    BalasPadam
  24. Saya tidak faham macam mana sesetengah golongan manusia ni berfikir.

    ni ada teka-teki:

    Rakan anda telah bekerja 25 tahun dan anda 1 tahun.

    Rakan anda telah mengambil 5 kali PTK DAN LULUS semuanya dan anda tidak pernah lulus PTK.

    Gaji nak bandingkan gred 38 dengan gred 41 yg baru nak mula hidup?

    Nak dapatkan gred 44 pun dah tercungap2.

    Anda mahu gaji rakan anda yang dah berpuluh tahun kerja itu SAMA dengan gaji anda yang baru 3 tahun kerja?

    ...'Anda bagus'?(gred 41 yg cemburu dengan gred 38).

    Saya yakin gred 48 xkan cemburu dengan gred 38 sebab mereka telah faham sistem kenaikan pangkat.

    Yang banyak komen merapu dan x puas hati gaji gred bawah die lbih tinggi siapa??

    Sape yg terasa, munasabahlah diri anda.;.

    BalasPadam
  25. bg kami yg sokongan memang lah berharap sangat... tapi jangan lah kata yg sokongan ni iq rendah n gj kene layak ngan pendidikan... kalu selidik ramai gol sokongan ni ada yg sijil,diploma dan ijazah pun ada... cth di tmpt km.. post profesional.. pendidikan tinggi.. tapi tak tau wat kerja wat apa.. gj besar.. sampai kerja kat bilik mereka.. just minit tolong sediakn..tlg buat byrn..abis bila yg sokongan ni tak der baru menggelabah... jadi km rasa logik kalu gj kami di semak... sebenarnya kami kat bwh ni lg banyak kerjanya dr yg atas... kita wat kerja dari akar... yg atas dah berdaun baru sambung kerja kita.. tak caya p lah tanya mereka... kalu nak kata kerja overtime pun banyak yer yg sokongan...mana ada group p&p nak wat overtime..

    BalasPadam
  26. pada yg P&P jangan banding kan kome yg baru kerje 1 tahun ngan gred 22 yang dah kerje 20 tahun memang le gaji gred 22 lgi besar dari dema sesuai ngan tahun bekerja... kata p&p... pk la yer......
    Semoga keputusan dapat di buat dengan kadar segera... sebelum harga brg naik,minyak naik,takrif elektrik naik... semua lah naik... pertimbangkan lah kami...

    BalasPadam
  27. k/tangan sokongan tak puas hati ngan P&p nampak nya. dah tu keje korang buat jer la. keje malas komplen lebih. kalau takde p&p ko ingat korang nak buat keje? buleh blah la. nama pun pengurusan, memang keje nyer la mengurus. abih ko ingat nak suruh bos hang buat payment semua tu. cuba la jadi bos tengok senang ke tak nak jaga orang cam korang ni, cakap mulut lagi laju dari tangan yg buat keje. banyak pulak tu, bos sorang jer. kalay tak puas hati pegi la sambung belajar. ingat p&p tak berkorban masa belajar dulu-dulu. jangan tahu mengata jer.

    BalasPadam
  28. yang saya tau dorg ni menggunakan nama kumpulan sokongan 1&2 yang minta.. gaji naik.. tapi yang dapat banyak adalah pihak2 atasan. kumpulan sokongan 1&2 cuma jadi bahan untuk di raga2 demi kepentingan orang lain.

    BalasPadam