Berita Harian
2010/05/31
SEJAK kebelakangan ini pelbagai isu membabitkan kakitangan awam banyak dibicarakan. Bermula dari kakitangan sokongan hinggalah di kalangan pengurusan dan profesional. Terbaru, isu penipuan sijil sakit kakitangan awam. Pelbagai pihak memberikan pandangan mereka dan memberikan pelbagai cadangan untuk mengatasi masalah ini.
Namun, bagi saya secara jujurnya hanya sikap kakitangan awam itu yang mampu mengubah situasi ini. Selagi ada sikap berasa selesa dengan kedudukan dan jaminan dalam perjawatan dipegang selagi itulah penipuan akan terus berlaku.
Sebelum isu penipuan sijil cuti sakit ini, kakitangan awam ada mengutarakan isu jadual gaji mereka melalui Cuepacs dan meminta kerajaan mengkaji semula pendapatan mereka. Alasan masih sama seperti tuntutan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu sebagai dorongan dan memberikan semangat kepada mereka untuk bekerja dengan lebih gigih lagi. Namun, apa yang pasti mutu perkhidmatan kakitangan awam masih lagi berada di takuk lama. Sebelum ini, mereka ada juga menuntut pelbagai insentif, dan apabila kerajaan memenuhi tuntutan mereka adakah ia berbaloi? Adakah mutu perkhidmatan kita dalam perkhidmatan awam meningkat? Saya tidak bermaksud untuk menyatakan tuntutan yang dibuat itu salah dan menuding kepada keseluruhan kakitangan awam, tetapi biarlah dengan apa yang kerajaan berikan berbaloi dan berkesan. Rakyat di negara ini juga sedia maklum bahawa mutu perkhidmatan kakitangan awam sememangnya masih tidak memuaskan kerana kita juga pernah berurusan dengan mereka. Dalam sebuah lagu Inggeris ada menyebut What you give, you get back. Sepatutnya kita semua perlu faham bahawa setiap yang kita berikan, kita akan mendapat kembali walau dalam apa bentuk sekalipun. Namun, kita dalam perkhidmatan awam sekarang sudah terbalik, kita ingin mendapatkan dulu baru kita memberi. Walhal apa yang kita berikan itu tidak setimpal dengan apa yang kita dapat. Tanya dan lihatlah sendiri di tempat bertugas kita berapa ramai antara kita apabila masuk waktu bekerja kita sudah berada di tempat duduk dan memegang pen untuk memulakan tugasan? Akhir sekali, saya berharap kita semua boleh bermuhasabah diri. Jika kita berasa kita teruk dengan tugasan kita, berbanding gaji dibayar ingatlah ada orang lebih teruk daripada kita di luar sana. Jujurlah dalam kehidupan dan pekerjaan kerana melalui kejujuran keberkatan rezeki akan datang dan membolehkan kita merasa cukup dengan apa yang kita terima. JAI, Bandar Jengka, Pahang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan