Bernama
11/10/2010
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Penjawat awam perlu bersedia menyahut cabaran dan menggunakan peluang pembiayaan yang disediakan kerajaan untuk meningkatkan kemahiran mereka.Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman berkata peluang yang diberikan itu sekaligus dapat membantu meningkatkan taraf penjawat awam."Gunakan peluang diberikan sebaik mungkin terutamanya bekerjasama dengan pihak swasta sekaligus ia dapat meningkatkan pencapaian penjawat awam setanding pihak swasta," katanya ketika dihubungi di sini.Beliau mengulas Rancangan Malaysia Ke-10 yang turut mengandungi bantuan kewangan RM500 juta di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dalam bentuk pinjaman kepada penjawat awam yang mahu mengikuti latihan untuk peningkatan kelayakan.Omar turut menyambut baik rancangan kerajaan untuk menubuhkan Perbadanan Bakat (TC) yang dianggap peluang terbaik bagi kepada penjawat awam menjadi lebih mahir dan berinovasi."Melalui TC juga penjawat awam dapat berkongsi pengalaman dan kemahiran untuk bersama-sama memacu negara ke arah negara berpendapatan tinggi," katanya.Omar berkata sama ada suka atau tidak, penjawat awam perlu bersedia berubah menjadi pekerja mahir, meningkatkan produktiviti dan integriti kerana keberkesanan RMK-10 kelak akan memberikan kesan positif kepada pendapatan penjawat awam.TC akan ditubuhkan pada 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan mandat untuk menarik, memotivasi dan mengekalkan modal insan berkepakaran bertaraf dunia melalui kerjasama sektor awam dan swasta.Sementara itu Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata perluasan pelaksanan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang melibatkan 70 peratus kerja secara langsung di tempat kerja dan 30 peratus latihan teori di institusi latihan adalah langkah baik.Beliau berkata TC dijangka mampu menarik minat lebih ramai pekerja-pekerja berbakat dan berkemahiran yang kini bertugas di luar negara untuk kembali berkhidmat di negara ini.-- BERNAMA

Tuan Presiden..kami amat tertarik dengan issue ini..dan kami mohon agar Tuan Presiden tengok2 dan intai2 dibawah..ramai diantara kami Tukang K2r11,K2r22(sepatut nama PENJAGA JENTERA MEKANIKAL r22) yang sedang berkhidmat di woksyop2 seperti Jkr, Bandaraya2,Jps Majlis2 Bandaraya, Majlis2 Perbandaran, Kem.Pertahanan Jab.Pertanian yang mempunyai pekerja2 mahir yang mempunyai sijil2 kemahiran seperti MLVK,SKM,sijil yang diiktiraf sebagai mekanik dan Juruteknik kenderaan bermotor,dibebani dengan tugas2 yang memastikan kenderaan kerajaan selamat digunakan dijalanraya dan melibatkan nyawa dan lain2,kami juga ada sijil akademik SPM, sudah lah nama jawatan kami kedengaran seperti nama anjing perang (K3,K2,K1),K9 ialah nama anjing perang,maaf...kami seperti dianak tirikan,sepatutnya orang2 seperti kami yang berkemahiran ini dinaikan taraf dan Gred dahulu,baru lah motivasi kami meningkat dan terus berinovasi..mungkin ramai diantasa kami boleh mereka cipta sesuatu kika di beri peluang..peduli apa mereka2 yang lari berkhidmat diluar negara itu..kami rasa mereka tidak setia pada negara,diharap Tuan Presiden dan JPA melihat perkara2 ini dan menimbang sewajarnya..tkasih dan mohon maaf jika terkasar bahasa..
BalasPadamTuan Presiden..kami amat tertarik dengan issue ini..dan kami mohon agar Tuan Presiden tengok2 dan intai2 dibawah..ramai diantara kami Tukang K2r11,K2r22(sepatut nama PENJAGA JENTERA MEKANIKAL r22) yang sedang berkhidmat di woksyop2 seperti Jkr, Bandaraya2,Jps Majlis2 Bandaraya, Majlis2 Perbandaran, Kem.Pertahanan Jab.Pertanian yang mempunyai pekerja2 mahir yang mempunyai sijil2 kemahiran seperti MLVK,SKM,sijil yang diiktiraf sebagai mekanik dan Juruteknik kenderaan bermotor,dibebani dengan tugas2 yang memastikan kenderaan kerajaan selamat digunakan dijalanraya dan melibatkan nyawa dan lain2,kami juga ada sijil akademik SPM, sudah lah nama jawatan kami kedengaran seperti nama anjing perang (K3,K2,K1),K9 ialah nama anjing perang,maaf...kami seperti dianak tirikan,sepatutnya orang2 seperti kami yang berkemahiran ini dinaikan taraf dan Gred dahulu,baru lah motivasi kami meningkat dan terus berinovasi..mungkin ramai diantasa kami boleh mereka cipta sesuatu kika di beri peluang..peduli apa mereka2 yang lari berkhidmat diluar negara itu..kami rasa mereka tidak setia pada negara,diharap Tuan Presiden dan JPA melihat perkara2 ini dan menimbang sewajarnya..tkasih dan mohon maaf jika terkasar bahasa..
BalasPadamaku sokong cadangan di atas..tukang di tukar kepada juruteknik jer..pastu yang gred juruteknik di naikkan kepada pen.jurutera...sebab juruteknik mmg layak dinaikkan sebab mempunyai sijil setaraf STPM....dan banyak juga juruteknik yg dah ada diploma....harap2 ceupacs peka terdapat skim tersebut.....sekian
BalasPadamjuruteknik yang ada sijil dan kelayakan perlu dinaikan taraf atau diberi gaji yang setimpal. begitu juga dengan penolong pegawai yg ada ijazah perlu diberi gaji yang bersesuaian dgn sijil...bagi pegawai 41 yang ada master atau phd perlu diberi gaji yang lebih tinggi sebagaimana taraf pendidikan yg dimiliki..
BalasPadampendek kata mana2 penjawat awam yg ada sijil, kerajaan patut bayar gaji ikut sijil tersebut. beres...
BalasPadamsesiapa yg ada sijil..diikltiraf...sila bawa ke pejabat pentadbiran masing2 untuk di update...bila update...dalam masa 3 bulan akan dapat gaji baru serta tunggakan...beres....
so, itu lebih adil dalam pengagihan gaji...
susah belajar beb.....
Ramai Pegawai Kerajaan Kumpulan B yang telah memperolehi Ijazah dengan inisiatif sendiri mengambil kelas malam di Universiti Tempatan. Kos melanjutkan pelajaran pula diperolehi melalui pinjaman bank dan pinjaman majikan. Tetapi setelah mendapat segulung ijazah dan memohon perjawatan yang lebih tinggi, permohonan mereka telah diabaikan. Pengurusan Sumber Manusia di Organisasi sewajarnya memikirkan insentif yang boleh diberi kepada mereka2 ini kerana telah berkorban masa, tenaga dan wang untuk Peningkatan Kerjaya di Organisasi masing2. Kami bukan hendakkan kenaikan pangkat sekiranya perjawatan terhad, tapi pertimbangkanlah anjakan/peningkatan gaji ke tanggagaji yang sewajarnya. At least ada something diperolehi atas usaha yang telah dilaksanakan. Ilmu yang diperolehi boleh digunakan dalam urusan kerja seharian dan meningkatkan kualiti kerja mereka.
BalasPadamTuan Presiden...harap dapat tuan renungkan betapa kami Pegawai Kerajaan Kumpulan B yang mengambil kelas malam dan weekend untuk mendapatkan ijazah dengan tujuan majikan memberi keistimewaan kepada kami untuk kenaikan pangkat. Pekeliling JPA tahun 2005 ada menyatakan supaya keistimewaan diberi kepada golongan seperti kami untuk naik pangkat. Setelah bertahun2 menamatkan pengajian bayangan untuk naik pangkat tak nampak langsung. Kalau tak naik pangkat pun, dapat anjakan gajipun oklah sebab pegawai dah ambil inisiatif untuk peningkatan kerjaya dan dapat menggunakan ilmu yang diperolehi untuk meningkatkan kualiti kerja yang dihasilkan. Organisasi juga beruntung kerana ada Pegawai Kumpulan B yang berijazah dan berilmu yang kadang-kadang melaksanakan tugasan Pegawai Kumpulan A di Jabatan masing2. Tolonglah pertimbangkan perkara ini. Mohon maaf sekiranya ada perkataan yang menyentuh hati.
BalasPadamsaya bersetuju dengan Cuepacs kerana mengutamakan tentang jawatan tukang K1, K2, K3. kami pun ade SPM serta sijil lagi kot..tetapi kalau boleh Cuepacs usur mohon tukarkan la nama 2..TUKANG macam x sesuai pun ade, jd juruteknik ke.. kelayakan dan syarat sijil gak..cuma dr politeknik jelh..sama je kot kalau nak banding dgn komuniti, ikm, ilp dan lain2 la..yang penting saya mohon pihak cuepacs usurkan tukang nama jawatan dan gaji setimpal dgn adanaya orang ada sijil..bukan SPM yek..sbb jawatan Tukang bukan dari orang2 yang PMR malah lebih pun ada Dip.
BalasPadamsaya bersyukur kerana cuepacs mengutamakan penjawat awam yang mempunyai sijil. tambah2 jawatan tukang SKM tahap 2, tetapi gred kelayakan sama orang yang PMR..kami bukan belajar x habis, xde SPM ini bukan zaman cerita P. Ramlee 60 an belajar sampai darjah 6 boleh jadi cikgu atau guru besar, dah nak masuk tahun wawasan 2020 kot..semua jawatan Tukang ade SPM..kasi la gaji naik setimpal dan harap pihak Cuepacs mohon usurkan tukar nama jawatan jd juruteknik ke..yang juruteknik nak letak nama ape..kelayakan sijil gak..
BalasPadam