23 Julai 2010

GUAN ENG SERANG KSN

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Amin Ridzuan Ishak
bhnews@bharian.com.my
2010/07/23






Pertelingkahan Ketua Menteri dengan Pegawai Kemajuan Pulau Pinang melarat ke Putrajaya

KUALA LUMPUR: Pertelingkahan antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus, kini melarat ke Putrajaya apabila Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pula dikritik Setiausaha Agung DAP itu. “KSN sering mengatakan kerajaan tidak mahu wujud ‘Little Napoleon’ dalam sistem perkhidmatan awam, tetapi dia mempertahankan pula golongan itu. Beliau harus sedar Nik Ali adalah ‘Little Napoleon’ yang selama dua tahun ini tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

“Kini, timbul persoalan adakah Mohd Sidek benar-benar serius mahu mewujudkan sistem penyampaian awam cekap tanpa wujudnya ‘Little Napoleon’, sedangkan beliau membelanya,” katanya.

Little Napoleon bermaksud orang yang kedudukan sebenarnya tidak tinggi, tetapi mempunyai kuasa seolah-olah berkedudukan tinggi.

Sementara itu, Mohd Sidek ketika dihubungi Berita Harian, menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak akan menukar atau mengambil tindakan disiplin terhadap Nik Ali.
“Beliau adalah lantikan Kerajaan Persekutuan untuk mengetuai pejabat Persekutuan di negeri itu. Tiada sebab untuk menggantikannya dengan pegawai lain,” katanya.

Pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Forum Garis Panduan Pemerolehan Nasional di sini pula, Mohd Sidek berkata, tindakan Nik Ali mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan berhubung kritikan Guan Eng terhadapnya adalah wajar.

Katanya, perkara itu dibincangkan oleh Jemaah Menteri kelmarin yang berpendapat perbuatan mengkritik penjawat awam di khalayak ramai mengenai suatu yang tidak benar, patut dihentikan.

“Ketua Menteri tidak sepatutnya menyalahkan Nik Ali kerana isu berbangkit bukan di bawah tanggungjawab beliau. Mengapa pegawai kerajaan (Nik Ali) balas balik... jika dihentam seperti itu berkali-kali, beliau pun ada nilai diri juga. Sekiranya tidak jawab, nanti orang kata beliau yang bersalah,” katanya.

Ditanya kemungkinan tindakan disiplin dikenakan terhadap Nik Ali, Mohd Sidek mempersoalkan apakah kesalahan dilakukan pegawai Persekutuan itu hingga memerlukan tindakan itu diambil.

Mengenai pertikaian terhadap kehadiran beberapa pemimpin UMNO pada sidang media Nik Ali, Mohd Sidek berkata: “Adakah menjadi satu kesalahan untuk saya mengadakan sidang media bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, jika itu tugas beliau sebagai Perdana Menteri dan tugas saya selaku Ketua Setiausaha Negara?”

Pertelingkahan antara Guan Eng dan Nik Ali memuncak kelmarin apabila mesyuarat Exco Pulau Pinang memutuskan perkhidmatan SDO itu tidak lagi diperlukan di negeri itu. Nik Ali juga diminta memohon maaf secara terbuka serta menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Guan Eng sebagai dayus dan biadab.

Kenyataan itu dibuat Nik Ali selepas Guan Eng beberapa kali menyerangnya, termasuk menuduh SDO itu tidak menyediakan tempat duduk untuknya pada majlis pelancaran projek Kereta Api Bukit Bendera, 20 Oktober lalu. Tuduhan Guan Eng bagaimanapun disangkal beberapa pegawai kerajaan yang turut hadir pada majlis itu.

Seorang pegawai di pejabat SDO menjelaskan kerusi disediakan untuk Guan Eng di bahagian tetamu kehormat sebaris dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

“Nik Ali pun duduk di barisan belakang. Sebab itu, saya hairan apabila Ketua Menteri membuat tuduhan itu.

“Ketua Menteri turut diberi cenderahati berbentuk gambar lama kereta api Bukit Bendera pada akhir majlis,” katanya.

16 ulasan:

  1. beginilah kualiti dan cara bertindak ketua setiausaha kita..cakap pada kakitangan awam bawahan..lain bunyinya...tetapi tindakan pula lain jadinya..inilah kualiti kepimpinan di negara kita.

    BalasPadam
  2. saya sarankan pada PM kita supaya carilah orang lain yg lebih berwibawa dlm menerajui ketua setiausaha ini.

    mana2 pegawai yg lawan pegawai yg lebih tinggi dari dia, kena tindakan.

    macam kes inilah..pegawai lawan ketua menteri..kena..bukan di 'cover'.

    ok tak idea ini...

    ketua setiausaha jangan buat tindakan atau statement yg boleh membuat 1Malaysia ketawa berdekah2...

    malu jadinya...

    BalasPadam
  3. mana2 negeri pakatan msti ada kekacauan camni. Pusat antar pegawainya yg pro UMNO contohnya Nik Ali dan KSU Perak yg terang2 anti MB/KM Pakatan. mungkin pasni mereka dapat la habuan apa2, perangai UMNO sapa x tahu kan... semua GAMPANG!!!

    BalasPadam
  4. sebagai kakitangan kerajaan kita tidak boleh terlibat dengan politik.. walaupun siapa yang memerintah kita kenalah akur dengan dasar yang diputuskan bukannya mengikut hati atau pemimpin yang kita sokong. jika itupun tak tau baik letak jawatan saja dan mintak kerja dengan parti politik... dimana profesionalnyer jika dengan ketua sendiri pun nak lawan... ketua menteri adalah ketua bagi sebuah negeri walaupun dia adalah dari parti yang kita tidak suka tetapi dia adalah ketua menteri jadi adalah wajib kita taat dengan dasar yang diputuskan walaupun kita tidak setuju dengan dasar tersebut

    BalasPadam
  5. kelepuk kene batang hidung ..kuang kuang kuang

    BalasPadam
  6. Setuju dgn korg semua....bila keluar statement "kita sbg kakitgn awam mesti bersikap neutral & tak memihak mana2"........tapi tindakkan pro-BN....patut Nik Ali kena profesional la dlm buat keje....ckp x serupa bikin.

    BalasPadam
  7. Setuju jgk....nak2 ikan2 jaws kat atas2 sana....statement lebih kepada jaga periuk nasi sendiri (pangkat)...

    BalasPadam
  8. politik macam itulah..jangan tak faham pulak...

    BalasPadam
  9. hanya politik UMNO sahaja camtu.. yang herannya, ramai jugak tu yang sokong UMNO ni esp kat kampung2 dan felda, padahl depalah yang paling banyak memaki kaum lain ms meeting sesama UMNO, menyebat duit komisen projek disebalik mengaku ikhlas pada negara, menggadai tanah melayu disebalik mngaku amat cintakan melayu.. kalo di negara lain, dah lama UMNO ni dikapan dan disemadikan.. tetapi org MELAYU ni terlalu malas utk berfikir menggunakan akal

    BalasPadam
  10. UMNO memang penakut dgn bangsa China.. tapi bila bab komisen dialah kehahadapan..Keje nak senang mengangkang. Sedarlah bangsa ku.

    BalasPadam
  11. nampaknya banyak penyokong katagori "Menang Sorak Kampung Tergadai" beri komen tang isu GE ni.

    BalasPadam
  12. penyokong pembangkang mmg gampang!!!

    BalasPadam
  13. gampang tak gampang pun general order kena baca juga..

    apa saja yg ditulis dlm general order..tapi tak ikut..apa cerita..

    kena pro la beb...

    BalasPadam
  14. penyokong pembangkang dikata gampang sebab membantah cara UMNO jual melayu kepada cina. Umno ni berdegar2 sokong melayu riuh rendah sekampung, tapi dalam senyap2 menggadai jutaan tanah melayu terutama tanah rizab melayu. nasib org Kg Baru bijak, kalo x dah lama Umno lelong Kg Baru kepada tokey cina.

    Cina x jahat sebab depa berniaga nak untung, tp UMNO lah yg berdosa kerana bersetongkol dengan cina tokey sehingga melayu jahanam sejahanamnya. kalo kat negara yg rakyatnya sedar diri, dh lama Umno ni dilupus tanpa nisan

    BalasPadam
  15. aku sangat..sangat..sangat setuju dgn hang Ustaz. Kalau pergi program motivasi suruh nyanyi patriotik tapi pempimpin menghancurkan orang Melayu. Kahak Hijau betol..tuiii

    BalasPadam
  16. lagu patriotik tu saya pun tahu..depan..anak..belakang api..

    apa kata kita nyanyi lagu rabbani pula..'pergi tak kembali'..baru best..semua orang akan insaf dan segala pekerjaan jadi ikhlas dan amanah..

    BalasPadam