Utusan Malaysia
2010/07/08
Kerajaan kena bijak buat keputusan sedia pakar majukan negara tanpa jejas peluang rakyatPENGUMUMAN Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa kerajaan mengkaji cadangan untuk menawarkan pemberian status penduduk tetap (PR) kepada pelajar luar negara cemerlang yang mendapat biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencetuskan pelbagai reaksi pelbagai pihak.Hampir semua pihak yang memberikan maklum balas tidak begitu bersetuju dan senang hati dengan cadangan berkenaan. Alasan yang dikemukakan memang ada kebenarannya dan logik serta rasional untuk dipertimbangkan. Antaranya maklum balas daripada Presiden Cuepacs yang berkata, pihaknya kurang senang dengan tawaran status PR kerana ia membabitkan isu kerakyatan dan tahap kesetiaan warga asing terhadap raja dan negara yang boleh dipersoalkan.
Soal pemberian kerakyatan memang perkara serius dan tidak boleh diambil mudah atau sewenang-wenangnya dianugerahkan kepada pihak yang belum tentu kesetiaannya kepada negara. Namun, cadangan pemberian PR kepada pelajar antarabangsa ini perlu dilihat dari perspektif berbeza dan lebih menyeluruh. KPT bercadang memberi PR kepada sebahagian pelajar tajaan mereka yang cemerlang sebagai daya tarikan untuk kekal berkhidmat dalam negara selepas menamatkan pengajian sarjana dan doktor falsafah (PhD).
Melalui pendekatan ini, KPT percaya kepakaran pelajar itu dapat digembleng dan diterjemahkan untuk pembangunan negara dalam pelbagai bidang sama ada di sektor awam mahupun swasta. Kita perlu melihat cadangan ini dari konteks lebih positif dengan minda lebih terbuka. Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 yang hanya berbaki 10 tahun lagi, kita perlu tenaga mahir yang berkemahiran tinggi dan profesional dalam segenap bidang.Dalam hal ini, kita perlu terima hakikat tidak boleh hanya bergantung kepada tenaga mahir rakyat tempatan semata-mata. Untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi juga kita perlukan modal insan luar biasa kemampuannya yang boleh berfikir di luar kotak dan menterjemahkan segala transformasi yang dirangka kerajaan.Dalam keadaan ini, negara kita sebenarnya kekurangan tenaga pakar dan mahir pelbagai bidang kritikal yang memerlukan penerokaan ilmu baru melalui pembudayaan elemen inovatif dan kreatif. Seperti kata Khaled, pelajar ini akan ditawarkan menjadi penyelidik dalam usaha mengekalkan mereka yang kebanyakannya sedang melakukan penyelidikan dalam bidang masing-masing. Katanya, usaha ini bertepatan pada era global yang mementingkan ilmu dan pemikiran sebagai penyumbang pembangunan ekonomi negara kerana semua orang boleh bekerja di mana-mana sekarang. Ini jelas menunjukkan KPT berada di landasan betul dan ia langkah progresif dan maju dalam menyediakan sumber modal insan diperlukan negara.Apakah kita lupa dengan pendedahan tidak lama dulu mengenai penghijrahan graduan perubatan ke luar negara jiran, Singapura. Malah masih ramai rakyat kita yang boleh dikategorikan sebagai profesional dan mahir berkhidmat di pelosok dunia dan belum terbuka pintu hati untuk kembali menyumbang bakti fi tanah air. Ramai juga yang menjadi penduduk tetap negara terbabit.Senario ini jelas menunjukkan budaya bekerja di mana-mana adalah suatu yang normal dan untuk itu tawaran disediakan negara yang berhasrat mendapatkan perkhidmatan tenaga profesional selalunya cukup menarik dan lumayan. Olej itu, cadangan pemberian PR oleh KPT ini bukan perkara yang mengejutkan atau luar biasa. Pada masa sama kita mengharapkan pihak berkenaan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menguruskan pemberian PR dan KPT yang akan mengemukakan cadangan nama pelajar yang layak dan untuk dipertimbangkan perlu duduk semeja untuk berbincang dan meneliti cadangan ini, di samping kaedah pelaksanaannya kelak. Hal ini penting kerana sudah pastinya kita tidak mahu tersalah pilih calon untuk dianugerahkan PR kerana implikasinya cukup besar malah turut membabitkan aspek keselamatan dan kedaulatan negara.Segala maklum balas daripada khalayak juga perlu diambil kira supaya kita dapat merumuskan satu keputusan yang menang-menang kepada kedua-dua pihak iaitu pelajar luar dan negara kita.Jika benar cadangan ini diluluskan kerajaan, kita percaya KDN membuat tapisan sewajarnya terhadap calon pelajar, apatah lagi dalam keadaan sekarang yang menunjukkan ramai warga asing terbabit jenayah di negara kita. namun, ini adalah cadangan cukup berani dan boleh ditafsirkan sebagai langkah bijak daripada KPT. Penulis ialah Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Kesihatan Universiti, UPM, Serdang

Tiada ulasan:
Catat Ulasan