GERIK, 6 Julai (Bernama) -- Penjawat awam perlu menukar cara melaksanakan kerja dan berfikir bagi mencapai sasaran serta matlamat program transformasi kerajaan merealisasikan Wawasan 2020 serta status negara pendapatan tinggi, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata penjawat awam perlu prihatin kepada keperluan rakyat dengan mendapat maklumat secara terus dan melaksanakan pembangunan untuk mereka.
"Dalam konteks Jabatan kerja Raya (JKR), jabatan ini perlu merangsang untuk mencapai sasaran lebih baik dan lebih tinggi dengan idea baru yang lebih bernas. JKR perlu melakukan tugas secara telus kerana rakyat akan menilai dan membuat penentuan sama ada JKR dapat memenuhi janji atau sebaliknya," katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan JKR daerah Hulu Perak dan Jamuan Rakyat di Jalan Air Suda di sini pada Selasa.
Sultan Perak Sultan Azlan Shah berkenan menyempurnakan perasmian bangunan yang mula dibina pada Februari 2007 dengan kos sebanyak RM3.36 juta itu.
Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah turut berangkat ke majlis yang dimeriahkan kira-kira 1,000 hadirin.
Zambry berkata adalah menjadi harapan kerajaan Perak dalam aspek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dapat diagihkan dengan seimbang di setiap daerah dan lapisan masyarakat untuk menikmatinya secara adil dan saksama.
"Untuk mencapai aspirasi ini kerajaan negeri akan melaksanakan jaringan insfrastruktur dan kemudahan awam keperluan setempat mengikut kesesuaian yang merupakan antara bidang keberhasilan utama dalam wawasan Perak Amanjaya," katanya.
Beliau turut berkata daripada segi Indeks Pemajuan Jalanraya, Perak masih jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
"Perak memerlukan pembangunan dan pembinaan jalan raya yang dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pembangunan negeri dengan mengadakan akses kepada kawasan pedalaman serta pusat pembangunan setempat," katanya.
Bagi merealisasikan pembangunan daerah seimbang, beberapa projek di bawah program inisiatif kewangan swasta (PFI) seperti projek pembinaan jalan raya Jelapang-Selama dengan kos anggaran RM2.6 bilion dan jalan raya Bagan Datoh-Slim River bernilai kira-kira RM2 bilion dilaksanakan.
-- BERNAMA
sapa pun tak nak komen pasai apaa.
BalasPadamsuh kita kerja pulun dia sendiri kerja rampas kuasa, nak komen pun x guna
BalasPadamJengjengjeng... kehkehkeh... dan... hehehe...
BalasPadampandangan... dan... pendapat...
kehkehkeh...
cakap2 mahu ajar org. dia sendiri pun apa jadi MB pun guna cara paksa tidak betul rampas kuasa dpd org. cuba buatlah cara jujur, kalau org. benar mahu sokong kenapa tidak buat dgn betul suruh rakyat buat undian baru di Perak. cakap ajaeeeeeeeeelahhh
BalasPadamSebab tulah dia suruh tukar cara pikir.... dia pikir.. kan senang dia jadi MB.
BalasPadamyey na dey mat zombi ..
BalasPadambukan tak nak komen tapi...ntah ler...tak rasa yg dia tu MB kita, rasa lain macam je...heeee....
BalasPadam