Berita Harian
Oleh Alzahrin Alias
2010/08/26
KUALA LUMPUR: Kakitangan awam dan pesara menyifatkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sempena Aidilfitri ini sebagai tanda prihatin kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat bagi membuat persiapan hari lebaran.
Kakitangan kerajaan, Saifuddin Jaafar, 31, berkata pemberian bantuan kewangan itu amat berbaloi dan kena pada masanya ketika rakyat sedang berjimat cermat berikutan kenaikan harga beberapa barang keperluan ketika ini. Memang bagus...kami yang setiap hari bekerja mengharapkan supaya wang ihsan ini dapat mengurangkan beban kami menyambut hari lebaran dan sekali gus meringankan beban kewangan semasa.
Gembira sangat, walaupun hanya RM500 diberikan. Namun, harapan kami supaya jumlah wang ihsan ini ditambah lagi pada masa akan datang, katanya di sini, semalam.
G Gunasilan, 30, yang juga kakitangan kerajaan mengakui pemberian sebanyak RM500 itu melegakan ramai golongan terutama yang berpendapatan rendah, berikutan peningkatan kos untuk menyambut hari raya.
Bantuan kewangan ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Islam membuat persiapan membeli barangan keperluan menyambut raya. Walaupun saya bukan beragama Islam, atas dasar 1Malaysia saya tetap prihatin dengan keperluan
rakan yang lain, katanya.
Pesara kerajaan, Aswad Tasman, 66, berkata pemberian wang ihsan itu sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan dan membolehkannya menyambut hari lebaran dengan selesa.
Langkah ini untuk kebaikan semua dan dalam jangka panjang, yang mana pelbagai keperluan raya boleh dibeli dengan lebihan wang yang diberikan kerajaan ini, katanya
Suri rumah Rakizah Ahmad, 49, berkata pemberian bantuan kewangan itu sebagai tanda prihatin kerajaan melakukan pembaharuan dalam pelbagai segi untuk kesenangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Dengan suami saya seorang kakitangan kerajaan, pemberian wang ini sudah tentu juga memberi manfaat kepada seorang suri rumah seperti saya, katanya

bantuan ringan beban kenaikan harga barangan kepada penjawat awam ini sekali lagi di media menyebut sebagai durian runtuh dan kakitangan awam perlu bersyukur, kenapa perlu sebut durian runtuh sepatuhnya disebut kuasa beli penjawat awam runtuh sebabkan pendapatan sidikit tak seimbang dengan harga barangan yang msningkat
BalasPadamshukor alhamdulillah... RM500 ajea...?
BalasPadamkami rakyat apa yang pemimpin buat pun kami kena terima aje tapi jangan lupa kuasa kami apabila tiba waktu memangkah nanti.
BalasPadamTahun lepas Rm 500 jugak dan itulah bonus kami sebagai penjawat awam.
Bagi yang anak seorang tak jadi kudis,jika yang mempunyai anak 5 atau 6,BAGAIMANA?pemimpin kena memikirkan kami yang menjawat jawatan rendah.
kami tak memikirkan hal perayaan sangat,kami hanya memikirkan bila tiba waktu sekolah anak di buka.
Cukupkah dengan Rm 500 tu?
mana duit yuran lagi,
mana duit nak beli peralatan sekolah,
mana duit belanja anak ke sekolah.
kami bukan tamak tp kenalah berbaloi dengan tenaga yang kami taburkan untuk memastikan agar pemimpin terus memimpin.
sekian terima kasih.
bantuan tu untuk kakitangan PERSEKUTUAN.. kakitangan negeri di Sabah tak undi BN..
BalasPadamhehe...
saya lucu bila terdengar di radio, salah seorang kakitangan persekutuan apabila ditemuramah berkata " inilah 1 Malaysia"
PTUIHHH...!!
Apalah adanya dengan RM500 tu...kau orang bodoh la...kena tipu je dengan pak njib tu..apa boleh buat dengan RM500..sekali masuk bandar shooping..baju raya,bahan kuih raya,mingayk kereta..habis lah RM500.....heheheee....cuba pula RM500 tu dibahagikan dengan 365 hari...berapa sen jer PA dapat...itu pun dah syok 1 Malaysia...ttuuuiiihhhhh..!!!..akai ada ka...?
BalasPadamthanks ya infonya !!!
BalasPadamwww.bisnistiket.co.id