Berita Harian
2/8/2010
PEKELILING Perkhidmatan Awam Bilangan Dua, 1998 memperuntukkan cuti bersalin 60 hari kepada semua penjawat awam di Malaysia. Kemudahan ini seterusnya dilaksanakan oleh kebanyakan sektor swasta apabila peruntukan ini dikuatkuasakan mengikut Akta Kerja 1955.
Peruntukan ini dikira sebagai hak kepada wanita dan bukanlah satu keuntungan yang perlu dipertikaikan. Terkini, selepas Kelantan dan Selangor melanjutkan cuti bersalin kepada 90 hari, rakyat terus mendesak supaya pelaksanaan itu diperluas kepada semua sektor di Malaysia. Wajarkah perlanjutan cuti bersalin ini dilaksanakan?Sebagai pandangan individu, proses mengandung dan bersalin bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh diambil kira sebagai satu perkara remeh. Mengandung selama kira-kira sembilan bulan 10 hari, membentuk wanita kepada pelbagai perubahan, bukan saja dari aspek fizikal dan biologi, malah spiritual, emosional dan psikologi.Justeru, diperuntukkan 60 hari cuti kepada wanita bagi proses pemulihan selepas bersalin. Namun, dari segi kepercayaan tradisi bagi seorang wanita yang benar-benar pulih adalah selama 100 hari dan 90 hari dikira hampir dan wajar diberikan sekiranya pengiraan ini hanya dibuat berdasarkan justifikasi berkenaan.
Tetapi adakah dengan perlanjutan kepada 90 hari masalah wanita selepas melahirkan anak akan selesai?
Tidak sama sekali. Wanita tetap perlu melihat kepada kesan lain selepas cuti bersalin tamat.
Antara faktor yang perlu diambil kira selepas bulan madu tamat termasuk pengurusan penjagaan bagi bayi yang dilahirkan sama ada dihantar kepada penjaga di pusat asuhan atau pusat jagaan yang berdekatan atau perlu diupah pengasuh atau pembantu rumah.
Malah kemudahan bilik penyusuan, waktu kerja anjal dan pelbagai faktor lain perlu diambil kira. Selepas tamat tempoh bersalin, tidak kira sama ada 90 atau 100 hari, wanita tetap mengambil masa senggang untuk membawa bayi untuk imunisasi, cuti sakit (MC) apabila bayi demam, selesema dan lain-lain penyakit yang menyebabkan kepentingan perlanjutan cuti bersalin ini perlu dipertimbangkan.
Perkara ini seterusnya mendatangkan kesan kepada pelbagai pihak khususnya sektor swasta untuk mengelak pembayaran gaji kepada wanita sekiranya tempoh cuti bersalin dilanjutkan kepada 90 hari. Akibatnya kepakaran wanita tidak digunakan sepenuhnya dalam organisasi dan kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh berkurangan secara berterusan.
Justeru, pihak kerajaan perlu menyediakan persekitaran kerja yang kondusif untuk memastikan wanita yang berkemahiran dan mempunyai daya saing tinggi ini dapat terus menyumbang ke arah pembangunan negara.
Setakat dilanjutkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari tidak menjanjikan peningkatan kepada produktiviti negara sekiranya sistem sokongan yang lengkap tidak disediakan sepenuhnya. Faktor waktu anjal kepada wanita perlu diambil kira.
Kepada wanita, peganglah amanah, tanggungjawab serta kepercayaan majikan sewajarnya supaya peranan kita tidak diperlekehkan dan diambil mudah seterusnya melihat kita sebagai khalifah bermaruah.
IBU BEKERJAYA,
Kuala Lumpur.
saya tak fikir semua orang asyik fikir kewajaran cuti bersalin 90 hari tu..saya yakin ramai yg berfikir kewajaran kenaikan gaji dan elaun untuk kakitangan awam yg kelihatan seperti semakin sesak nafas untuk hidup...
BalasPadamkakitangan awam juga mungkin sering berfikir soal penstrukturan semula gaji kakitangan awam, bukan kewajaran cuti 90 hari yg diputar berkali2.
ini sebab...kos hidup tinggi beb..
setakat gaji kerani, juruteknik, pembantu am, juru foto, pembantu hospital dan sebagainya...tak cukup beb...zaman millinium ni...
si ibu mungkin sering fikir nak cuti 90 hari lepas bersalin...si ayah pula syik fikir bagaimana nak beri makan pada anak2 yg sedia ada dan yg bakal lahir...
duit beb...
belum lagi benda2 lain..
kehkehkehkeh....
kakitangan awam bawahan ni..bukan setakat nak pergi bercuti luar negeri...macam...macam sape ye..tapi nak pegi cuti 'tepi tepi' rumah pun fikir puluh kali...
BalasPadamkehkehkeh...
negara berpendapatan tinggi..?
BalasPadamharap2 jadi sungguh la..bukan sekadar 'di pinggiran' macam lagu p ramlee..
heeeee...
eh..eh...
BalasPadambukankah di kelantan sudah dilaksanakan...
cepat pula tindakan kerajaan negeri pimpinan tok guru..
mana cukup 90 hari 1 tahun baru cukup.
BalasPadamjengjengjeng...............
aaahhh... 1 tahun mana cukup juga... cuti terus laa cukup..
BalasPadamgyntemcm2 ada..
BalasPadamcuti bersalin 90hari tidak bermakna dapat menyelesaikan semua masalah. yang penting sekarang kerajaan perlu selaraskan gaji kakitangan awam gred 1-17.anda bayangkan pembantu tadbir gred n17 gaji pokok masih rm820.38.sedang tukang masak dulu gred rendah dah naik gred n17.gaji sama dgn.padahal pembantu tadbir le utama dlm pentadbiran kerajaan dan paling ramai dlm semua kementerian serta persatuannya x kuat...kalo semua pt mogok..siapa yang nak buat keje semua?sekarng semua jawatan bawah nak up grade jawatn ke n17..kalo difikir2 kalo semua nak up grade gred n gaji..maknanya semua jawatn pemandu,pekerja awam n pembantu am pejabat n lain2 nak mohon kerja kena guna spm le lepas ni..ni x silap pembantu perawatan kesihatan kemungkinan up grade dari U3 ke U12..allahhuaallam..
BalasPadamrenung2kan fikir2kan lah sejenak..
Kepada Tanpa Nama Berkata,Ahad, Ogos 22, 2010 9:59:00 AM.
BalasPadamsaya sokong.... ada kaktngan gred N11 yg dinaikan/dijumudkan ke N17 xnak buat kerja N17... buat kerja typist sahaja.. sedangkan pd ms tersbut mereka tahu kerja N17 sgt mmbebankan. kdg2 ada ketua jabatan yang memaksa N17 utk melakukan kerja Ketua2 Unit atau pegawai pengurusan, penolong pengarah... sepeti contoh menguruskan data yg terlalu complicated, mendraf surat dan y sewaktu denganya. apabila kesilapan berlaku, pihak N17 akn dipersalahkan sedangkan KU,PP tadi langsung tidak menjalankan tugas mereka smda menyemak kerja tersbut sebelum dihantar kpd pihak2 yg berkenaan.
satu lagi alasan yg biasa diberi oleh golongan KJ, KU, PP ini, nanti saya bagi markah y tinggi dlm LNPT. sedangkan kerja tersebut tugas beliau. bila kerja sempurna, KJ, KU, PP inilah yg akan dpt nama.... bila salah, hah habislah N17 dipsersalahkan... adil ke begitu?
Halo,
BalasPadamSaya Puan Elina Johnson, dari ELINA JOHNSON GLOBAL LOAN FIRM, di sini datang pinjaman asli yang akan mengubah hidup anda menjadi yang lebih baik, sebuah syarikat pinjaman pinjaman, Diberikan dan Berlesen untuk menawarkan pinjaman kepada individu, syarikat swasta dan orang yang memerlukan Kewangan bantuan dalam tahap faedah yang rendah sebanyak 2%.
Saya Puan Elina Johnson, akan memberikan yang terbaik kepada penghormatan kami kepada semua pemohon yang sah. Anda tidak akan kecewa dengan saya dalam urusan perniagaan ini kerana syarikat itu akan memastikan pinjaman anda sampai kepada anda, ia tidak juga berakhir di sana, kami mempunyai pasukan expatrate yang memahami undang-undang melabur, mereka akan membantu anda, memberi anda petua yang akan menguruskan pelaburan anda yang anda melabur pinjaman anda, jadi anda tidak akan bangkrut lagi dalam hidup anda dan tawaran hebat ini datang dengan pinjaman anda, Hubungi kami hari ini melalui e-mel elinajohnson22@gmail.com
Perkhidmatan kami termasuk yang berikut:
* Pinjaman peribadi
* Pinjaman Bercagar
* Pinjaman tidak berpagar
* Hasil pinjaman
* Latihan Pinjaman
* Pinjaman ikrar pinjaman
* Bayaran pinjaman
* Pinjaman pelajar
* Pinjaman Komersial
* Pinjaman Auto
* Resolusi Pinjaman
* Pinjaman Pembangunan
* Pinjaman pinjaman Jabatan
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman pendidikan
* Pelantikan patah
Sila isi borang permohonan pinjaman di bawah dan kembalikan kepada kami untuk memberi kami lebih baik melalui e-mel:
elinajohnson22@gmail.com
DATA PEMOHON
1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Nyatakan:
5) Jantina:
6) Status Perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor Telefon:
9) Kedudukan semasa di tempat kerja:
10) Pendapatan bulanan:
11) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Tujuan Pinjaman:
14) Agama:
15) Pernahkah anda memohon sebelum:
16) Tarikh lahir:
terima kasih,
Puan Elina Johnson (elinajohnson22@gmail.com)