31 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA PENJAWAT AWAM KUARTES JPM JALAN COCHRANE BERSAMA PRESIDEN CUEPACS

Media Cuepacs
31/8/2010



KUALA LUMPUR: Perjumpaan Presiden Cuepacs Tuan Haji Omar Osman dengan Penjawat Awam Kuartes JPM dan AJK Penduduk Jalan Cochrane telah diadakan dengan jamuan berbuka puasa serta solat tarawih. Perjumpaan dan dialog ini adalah rintihan masalah semua penjawat awam dikawasan tersebut dikehendaki berpindah sebelum 15 Disember 2010.

Arahan perpindahan ini datang dari Jabatan Perumahan Negara (JPN). Jawatankuasa bertindak telah diketuai oleh Sdr. Bustaman dan beberapa jawatankuasa bertindak. Presiden Cuepacs kecewa kerana tindakan JPN memberi notis terlalu singkat dan tanpa ada apa-apa pampasan. Suatu memorandun akan dihantar kepada Perdana Menteri untuk meminta menangguhkan perpindahan ini. Presiden meminta jika ada yang mengarah dan menyuruh pindah, maklum bahawa kami telah menyerahkan perkara tersebut kepada Cuepacs untuk tindaka selanjutnya kata Tuan Haji Omar Osman.


Presiden Cuepacs tidak menghalang kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut tapi biar lah dilakukan secara bijak sana. kebajikan penjawat awam jalan cochrane hendaklah dijaga katanya. Seramai 150 orang yang hadir mendengar taklimat dan dialog. Turut hadir Puan Lok Yik Pheng (Setiausaha Agung NUTP merangkap Timbalan Setiausaha Agung I Cuepacs), Sdr Jaafar Mansor (Bendahari Kesatuan Pegawai Kastam merangkap Timbalan Setiausaha Kewangan Cuepacs), Sdr. Hamzah Masri (Presiden Kesatuan JPJ merangkap Penolong Gred Pentadbiran dan Sosial Cuepacs), Sdr. Abdul Rahman Mohd Nordin (Naib Presiden KESUKMA UKM, merangkap pegawai media Cuepacs ) dan Sdr. Mahamad Baharom Naib Presiden PACSU.
_________________________________________________________________

1 ulasan:

  1. Saya salah saorang yg telah menghadhiri perjumpaan tersebut. Tuan Presiden telah memberi kata2 semangat kepada penghuni kuarters supaya jangan berpindah sehingga mendapat kata putus oleh pihak JPM (Bhg Hartanah).

    Kini baru aku tahu bahawa Tuan Presiden adalah saorang yang bertanggungjawab kepada setiap ahli dibawah kemimpinan beliau. Syabas Tuan Presiden Tn Hj.Omar Osman.
    " Ada sinar dihujung terowong " dan " Bulat air kerana pembetung , bulat kata kerana muafakat".

    Semoga perjuangan ini membawa hasil yang diharap2kan.

    Sekian.

    Bagak.

    BalasPadam