Bernama
02/08/2010 6:43pm
KUALA TERENGGANU 2 Ogos - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, masalah ”curi tulang” dalam kalangan penjawat awam tidak serius dan hanya berlaku sekali-sekala.
"Di kalangan 1.2 juta penjawat awam mungkin ada sekali sekala tidak melaksanakan apa yang patut dilaksanakan tetapi ia (masalah curi tulang) tidaklah serius,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai penubuhan dua pasukan pemantau dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan pejabat Ketua Setiausaha Negara bagi mengesan sesetengah penjawat awam di Putrajaya yang didakwa orang ramai banyak membuang masa di lokasi-lokasi tertentu di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.
Mohd Sidek berkata, penubuhan skuad pemantau warga perkhidmatan awam itu juga tidak perlu jika masing-masing tahu menjalankan tugas dan tanggungjawab.
”...seperti saudara saudarilah (pemberita) kalau ditugaskan ke sini tapi tidak datang itu sudah curi tulang. Jadi ini bukanlah soal menubuhkan skuad, tetapi lebih kepada soal diri kita sendiri,” katanya.
Mohd Sidek sebelum itu bersama-sama Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor melawat tapak projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 di sini. - Bernama
ini semua keja gila dah tak de idea lagi atau perancangan lain oleh peg atasan yg rasa cukop pasif ni, macam manelah nak maju negara ni kalau peg. gred atasan ni mempunyai idea lapok carilah idea2 yg proaktive serta inovatif utk memajukan kerja atau jabatan dan negara, sekarang ni kan semua jabatan dah ada skt, piagam pelanggan dan sebagainya.
BalasPadamsepatutnya memikirkan antaranya berusaha minta JPA upgradekan tangga gaji atau elauan kerana kakitangan awam sekarang ni tertekan dgn tekanan hidup yg semuanya dah meningkat naik ditambah pula anak2 yg masih menuntut, pendek kata sara hidup sekarang semuanya dah meningkat.
Dgn kenaikan gaji atau elaun dpt sekurang2nya dapat membantu penjawat awam berhadapan kos sara hidup yg tinggi serta dapat bekerja lebih produktif serta inovatif bagi mencapai sasaran misi dan visi jabatan dan negara.
Encik Tanpa Nama,
BalasPadamBerusaha minta upgrade gaji n elaun sebab tekanan hidup tu bukan saja gila, tapi langsung x proaktif n inovatif. Lapuk sungguh dan takde keje lain, dok nak mengharap kerajaan menyuap engkau n anak bini jer.
Kalo nak naik gaji, nak naik elaun, tunjukkan yang duit yang diberi lebih tu setimpal dengan kerja hang. Dapat gaji banyak, tapi kerja monteng, kerja malas, kerja bertangguh, pastu nak bagi makan anak bini gaji haram tu?
Kita ni keje kerajaan, bukannya x dijaga, sepital free, yang ada uniform, uniform free, kuarters boleh mohon, pinjaman sana sini senang dapat, kerja malas, kluar minum pukul 10, amik antar anak bini masa waktu keja pun susah nak kena buang. Hang takut ka skuad yg memantau tu tangkap hang? Kalo x buat salah, buat apa hang nak takut? Sekurang-kurangnya nampak la kerajaan ni serius nak kakitangan dia yg terkena pemalas n lembap tu dipantau lebih ketat.
Ini semua minda klas ke 33 macam manelah boleh jadi peg macam ni, tulah dasar pelajaran byk tertumpu cara menghafal sebab tu yang bejaya tu lahir kalangan pegawai minda klas 33 ni dapat elaun kraian tinggi duk seminar-seminar sana sini kat pusat-pusat perangin hotel mewah, lepas tu klim sana sini, bengkel2 lepas tu beri idea lapuk hu hu malulah jd pegawai cam ni, macam manelah negara nak maju ni dan bersaing dgn negara maju sebab tulah kakitangan kerajaan tak dpt naik gaji sebab tak berinovatif dalam kerjaya disebabkan lahir dari pegawai atasan yg pasif, nampak aja begaya poorah, tp minta maaf kalau ada peg2 yg benar2 berjaya dlm kerjaya yg benar2 beri sumbangan kepada negara.apa yg saya katakan ditujukan kpd siapa makan cili dia terasa pedasnya
BalasPadamaik takkan nak tubuh skuad pantau kakitangan bawahan ja..nu yang pegawai2,menteri2 yg dok curi tulang,daging belambak-lambak,skuad mana lak nak pantau??
BalasPadam