Utusan Malaysia
23/8/2010
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kakitangan awam diberi nasihat dan dipantau sebelum tindakan menghalau mereka dari kuarters kerajaan diambil atas kesalahan tertentu.
Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, tindakan yang membawa kepada disingkir dari kuarters ataupun dibuang kerja perlu dielakkan dengan memberi peluang kepada kakitangan awam tersebut berubah terlebih dahulu.
"Tindakan menyingkir dari kuarters ini bukan satu hukuman baru atau untuk kes khalwat sahaja, ia juga boleh dikenakan ke atas kakitangan awam yang terlibat dengan dadah, judi ataupun menjejaskan imej (jabatan atau kerajaan).
"Jika sudah terbukti mereka melanggar peraturan yang ditetapkan di kuarters masing-masing, tindakan menyingkir mereka dari kuarters tersebut memang boleh diambil.
"Namun, kita berharap itu menjadi pilihan akhir dengan memberi pengajaran melalui kaunseling, amaran akhir secara bertulis atau menahan kenaikan gaji terutamanya di kalangan mereka yang berkeluarga (mengikut jenis kesalahan)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali yang mahu kakitangan awam disingkir dari kuarters kerajaan di Putrajaya sekiranya didapati bersalah melakukan kegiatan tidak bermoral dan maksiat.
Semalam, Che Mat turut memaklumkan Jawi dan Badan Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan kerjasama bagi mengambil tindakan terhadap mereka yang sudah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Syariah sejak awal tahun ini.
Omar turut menasihatkan semua kakitangan awam yang menerima kemudahan kuarters kerajaan mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya tidak menjejaskan imej diri dan kerajaan seterusnya menyusahkan hidup mereka sendiri.
"Saya cadangkan mereka yang terbukti melakukan kesalahan membuat surat pengakuan tidak akan mengulanginya lagi.
"Surat ini boleh dijadikan bukti jika mereka mengulangi kesalahan supaya tindakan tegas seperti disingkir dari kuarters boleh dikenakan," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak), Rahimuddin Md. Harun berharap saranan Jawi itu bukan hanya untuk kakitangan bawahan malahan melibatkan pegawai kerajaan.
"Kami merasakan tindakan mengusir ini agak berat bagi kakitangan awam. Tetapi, jika diteruskan juga, tindakan menyingkir kakitangan awam yang terbukti bersalah perlu meliputi semua pangkat termasuk jawatan tinggi kerajaan.
"Jika kita boleh meluluskan hukuman mati untuk membuang bayi, tindakan menyingkir ini juga boleh diterima dan digunakan sebagai satu cara mencegah gejala sosial daripada terus menular di negara ini," tegasnya.

kerja paramedic lagi gila...kerja jam 8pg hingga 5ptg...lepas tue oncall sampai 8 pg esok...katakan setiap jam ada kes...tak ke gila..ngantuk bagai nak rak. logik tak..x buat rakyat tau komplain sebab tak mau tengok kes. Apa ingat kami pun tak pernah sakit ker....elaun suruh oncall x bayar..memang benggap. So JPA dan Kerajaan dan rakyat jelata cuba fikirkan.
BalasPadamBagaimana pula kami yang menghuni di Kuarters Kerajaan Di Jalan Cochrane telah dibei notis utk mengosongkan kuaters tersebut sehingga tamat pd 15/12/2010 tahun ini. kami telah diarahkan keluar tanpa memberi apa-apa pampasan. Paham2 aje lah hujung tahun banyak nak pakai duit ditambah pula dgn kos pemindahan rumah semuanya memerlukan tunai. Sudahlah bonus tidak diberikan , fikir2lah sebelum membuat keputusan. Menyusahkan kami yg berpendapatan rendah ni. Janganlah nak pikirkan projek mewah saje .Inilah yg di katakan Rakyat Didahulukan dan pencapaian diutamakan.
BalasPadamAsal nak jadi pemimpin aje nak buat projek mewah-mewah.
Bosanlah !!!!!
Prihatin lah Sikit wahai Pak Najib.
BalasPadamKata Malaysia 10 terbaik Ekonomi Dunia.
Pirahhhhh..............
Bagi saya, semua penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan ini adalah orang-orang yang terpilih dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Tidak kiralah samada dari golongan profesional mahupun golongan sokongan.Ketika memohon pekerjaan, mereka perlu sihat tubuh badan dan sihat fikiran.Mereka boleh menilai dengan baik apa yang akan mendatangkan kesan buruk dan baik. Jadi, sepanjang mereka bekerja dengan kerajaan, mereka wajar menjaga imej diri dan imej kerajaan.Semestinya mereka tahu sekiranya mereka terjebak dengan kegiatan tidak bermoral dan ditangkap, alamat gelaplah masa depan mereka. Kerajaan telah beri amaran dari awal2 lagi. Maka, tidak perlu timbul lagi kerajaan perlu bagi amaran bertulis/ amaran keras untuk SECOND TIME.Kenapa pihak kerajaan perlu menjaga lagi kebajikan mereka sedangkan mereka sendiri yang menempah laluan yang begitu?Jika kerajaan masih berlembut, saya khuatir denda ini akan dipandang remeh.
BalasPadamkita harap malaysia buat perubahanlah bab2 gaji ni...
BalasPadamjangan biarkan kisah gaji ni duduk ditakok lama...
aku heran Omar Osman ni sokong orng buat maksiat ker...
BalasPadam