19 September 2010

RAKYAT MALAYSIA PERLU SUMBANG TENAGA TRANSFORMASI, KATA NAJIB

Bernama
19/9/2010




KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Setiap rakyat Malaysia perlu bekerjasama dan menyumbang kekuatan masing-masing bagi menyokong transformasi negara kearah mencapai status negara maju pada abad ke-21, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata semasa mengilhamkan konsep 1Malaysia, beliau memutuskan bahawa semua rakyat Malaysia seharusnya menjadi sebahagian daripada pihak yang terbabit dalam mengharungi usaha mencapai transformasi yang mantap dalam negara.

Beliau berkata perpaduan nasional bukan sahaja berkisar kepada aspek menerima serta meraikan kepelbagaian, di mana dalam konteks kepelbagaian budaya, ia juga merujuk kepada cara rakyat Malaysia mengenal pasti kekuatan setiap komuniti.

"Saya ingin melihat di Malaysia, tenaga yang dijana setiap individu, kekuatan, kemahiran serta keupayaan, digembleng ke arah menjadikan transformasi ini satu kejayaan," katanya semasa berucap pada majlis Jamuan Komuniti Malayali di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa (MIECC), Seri Kembangan, dekat sini pada Ahad.

Beliau berkata dengan kemahiran, sumbangan, ilmu pengetahuan, idea dan keupayaan inovatif setiap rakyat Malaysia dan berbekalkan semangat 1Malaysia, tidak mustahil bagi Malaysia mencapai sasaran maju pada tahun 2020.

"Rakyat mahu menjadi sebahagian daripada transformasi besar negara, supaya di penghujung perjalanan ini nanti sebuah negara yang moden, progresif, dinamik dan benar-benar berjaya di abad ke-21 yang bernama Malaysia dapat dilahirkan," katanya.

Najib berkata pengetahuan dan beberapa nilai universal yang dipupuk akan meletakkan Malaysia di kedudukan yang mantap untuk bergerak maju sebagai sebuah negara.

Beliau memberi contoh komuniti Malayalis yang amat komited terhadap aspek pendidikan, di mana di Kerala, India, misalnya, mereka meletakkan pendidikan sebagai agenda peribadi yang baling utama.

"Orang Melayu dan lain-lain kaum boleh belajar daripada komuniti Malayalis ini, bukan hanya dari segi kepelbagaian budaya, tapi memang menjadi kenyataan apabila merujuk kepada komitmen mereka terhadap pendidikan.

Dengan penguasaan bidang pendidikan dan beberapa nilai universal, ia akan memantapkan rakyat untuk bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara," katanya.

Najib berkata kerajaan turut merangka pelbagai program seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MEB) -- untuk membawa perubahan kepada rakyat Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

Beliau berkata komuniti Malayalis di Malaysia memainkan peranan penting dalam menyumbang ke arah pembangunan Malaysia sejak abad ke-19 lagi.

Menurutnya ada beberapa sumbangan besar komuniti Malayali kepada Malaysia sejak lama, antaranya di bidang perladangan, pengurusan, perdagangan, keusahawanan, di samping mencipta sejarah dalam industri getah negara, pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja, doktor dan juga penjawat awam.

"Bagi pihak kerajaan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kaum Malayalis yang menyumbang kearah pembangunan Malaysia. Saya harap menerusi AMMA, anda akan terus menyumbang ke arah kebajikan komuniti ini, dan juga komuniti Malaysia keseluruhannya," katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Presiden Persatuan Malayali Malaysia (AMMA) Tan Sri Ravindran Menon, Presiden MIC Datuk Seri S Samy Velly, Presiden PPP Datuk M.Kayveas dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia Vijay K Gokhale.

-- BERNAMA

5 ulasan:

  1. Penyertaan 1.2 juta penjawat awam dalam tranformasi ini merupakan satu pelaburan yang amat nesar dalam kerajaan, mungkin kerajaan telah pun merancang bagi pelan A, Pelan B dan Pelan C dalam mengatur strategi kearah tranformasi tersebut.

    Dalam negara2 membangun bidang teknikal ternyata telah berjaya mengangkat kemajuan ekonomi di negara tersebut.Sistem pendidikan di negara membangun juga telah ditingkatkan lagi keamajuan pendidikan dalam bidang teknologi inovatif dan teknologi tinggi serta berdaya maju.Lahirnya lulusan dalam bidang ini akan diserapkan ke sektor awasta dan sektor awam

    Begitu juga di negara kita ini skim teknikal di sektor awam ternyata telah berjaya menjayakan infratruktur serta prasarana bagi kemudahan bagi menjana ekonomi negra khusnya menarik pelabur serta pembangunan negara.

    Kerajaan diharapkan dapat memberi pengiktirafan kepada skim teknikal ini standing dengan negara jiran kita Singapura agar ianya terus berkembang serta berdaya maju.

    BalasPadam
  2. kuat betul pengaruh filem transformer..sekarang mana2 perkataan transformasi..transformasi.

    pokok ceritanya, sudah bersediakah penjawat awam sekelian terhadap lambakan transformasi transformasi yang diwawarkan?

    tahukah anda pada kekuatan yang ada untuk hadapi transformasi?

    Seiringkah niat dan cara menghadapi transformasi?

    jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran sudah la yer...

    BalasPadam
  3. Dalam membuat dasar ni, untuk mentadbir sebuah negara, hendaklah melihat secara menyeluruh, dasar mesti dibuat, 1.2 juta kakitangan awam mesti patuhi, harapan kerajaan kalau tak dapat 100%, 90% pun jadilah, waima 10% pun dah kira o.k.

    Kakitangan awam ni ada banyak pe'el, Komited, baik, culas, korup, beriman, jahil, berpendidikan tinggi dan rendah, ada kuasa dan tiada kuasa, berpuak puak, kroni dan sebagainya.

    Maka berusahalah menjadi yang terbaik.

    BalasPadam
  4. Kita sebagai umat Islam pun disuruh selalu taranformasi kearah yg lebih baik begiti juga dalam doa2 kita kita berdoa semuga hario ini lebih baik dari hari semalam,
    mudaha2an tranformasi yg akan dibentang oleh PM pada 26 Okt. ini di PWTC akan ada berita yang baik bagi hampir 1.2 juta penjawat awam begitu juga diharapkan pada pembentangan bujet 2011 yg akan datang

    BalasPadam
  5. Kami dari Skim Teknikal berharap ada berita baik bagi Skim teknikal mudah2an realitinya begitu diharapkan spt sdr diatas nyatakan

    BalasPadam