16 Oktober 2010

KAKITANGAN AWAM BOLEH PILIH CUTI BERSALIN 90 HARI

Berita Harian
2010/10/16




PROGRAM PERMATA mendapat peruntukan sebanyak RM111 juta bagi memastikan pendidikan awal berkualiti untuk kanak-kanak.Dana RM30j tingkat penyertaan wanita dalam keusahawanan








KUALA LUMPUR: Penjawat awam wanita kini boleh memilih untuk cuti bersalin sehingga 90 hari dan menerima gaji penuh berbanding 60 hari sebelum ini.

Mengumumkan perkara itu menerusi pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan memberi fleksibiliti kepada penjawat awam wanita untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin, tertakluk pada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Kerajaan mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita. Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutama anak yang baru dilahirkan,” katanya. Mengiktiraf sumbangan wanita dalam kemajuan negara, kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta bagi meningkatkan penyertaan golongan itu dalam bidang keusahawanan.
Katanya, antara langkah diambil adalah memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan serta Tokoh Aktivis Wanita bersempena Hari Wanita. Najib juga meminta sektor swasta mengambil pekerja separuh masa wanita, terutama mereka yang sudah berumah tangga sejajar langkah kerajaan menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita sebagai pekerja separuh masa, termasuk menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Oktober lalu. Beliau turut meminta pihak swasta memberi lebih banyak peluang untuk wanita memegang jawatan pada peringkat pembuat keputusan, khususnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif. Sementara itu, peruntukan RM111 juta diberi untuk program PERMATA bagi memastikan pendidikan awal berkualiti untuk kanak-kanak di negara ini. Ia merangkumi pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap serta meneruskan program PERMATA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. “Pendidikan anak adalah sesuatu yang dekat di hati saya.
Justeru, kerajaan tidak berdikit dalam soal pendidikan mereka dan kita tidak akan berkompromi dengan kualiti sistemnya. Mereka mesti disediakan dengan segala kelebihan untuk bersaing menghadapi zaman penuh mencabar,” katanya. Selain itu, bagi terus membantu meringankan kos membiayai perbelanjaan penjagaan ibu bapa, kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga RM5,000 yang sedia ada, diperluaskan bagi meliputi perbelanjaan lain seperti bayaran menghantar ibu bapa ke rumah jagaan harian, bayaran menggaji pembantu khusus menjaga ibu bapa dan perbelanjaan keperluan harian yang lain seperti lampin pakai buang. Ketika ini, pelepasan cukai itu terhad pada perubatan di klinik dan hospital, termasuk rawatan di nursing home serta rawatan pergigian.

9 ulasan:

  1. Alahai... berlakon...berlakon... ni umpama tarik kain tutup muka ternampak kaki... tarik kain tutup kaki ternampak muka... hahahahahaha...
    terbatal hasrat Tun M nak melihat rakyat Malaysia memcecah 70 Juta menjelang 2020.. satu keluarga 3 anak je..... hahahahaha.... terima kasih banyak2

    BalasPadam
  2. hmmm RM111 juta kalau diberi bonus kepada p.a, cukup tak? ada sapa2 leh tolong kirakan...terima kasih

    BalasPadam
  3. pompuan puaka punya angkara..mencampuri urusan negara

    BalasPadam
  4. tertipu lagi nampaknya kita...asyik2 kena kencing aje kita ni..hatiku telah tertutup untuk mu wahai Penipu dalam PRU13 nanti..

    BalasPadam
  5. kenapa budget asyik2 bagi duit kat tokey batu permata...tak cukup lagi ke komisen sebelum ni???

    BalasPadam
  6. Ha ha ha..tak de bezanya pun cuti bersalin 60hari dengan cuti bersalin 90hari..kaedahnya same gak dengan cuti kelayakan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan..ha ha..cuti 60 hari..dapat anak 5 orang..cuti 90 hari dapat anak 3 orang je..org tempatan tak cecah 70 juta..tapi menjelang 2020..negara kita akan dibanjiri oleh warga ASING..ha ha..kelakar cuti bersalin ni..terutama yang belum ada anak dan belum berkahwin..pandai2 la plan klu mau anak lebih dari 3..cuti bersalin ditangan kita..so sebagai penjawat awam..adakah patut kita di hadkan untuk mendapatkan lebih dari 3 orang anak?....

    BalasPadam
  7. Biasa la ni semua taktik je...nak bagi macam tak nak bagi..pi mai pi mai tang tu jugak..kalau anak ramai bermakna banyaklah modal nak hantar kat pengasuh/taska...harap kerajaan pantau2 la taska yang menetapkan harga berbeza2..yang pastinya mahal belaka..tahap penjagaan biasa aje jgn asyik sibuk dengan permata..

    BalasPadam
  8. kalau putar putaran memng umno bijak...90 hari konon..cakap le 60 hari ja..

    kalau nak 90 hari cuti beranak 3 orang je jgn lebih.

    hai...kena je selalu PA ni...

    BalasPadam
  9. Berkenaan PERMATA (sekiranya ada pihak2 yg berkenaan membaca posting ini); Ada Pusat Anak Permata Negara (PAPN) yg mggunakn duit kutipan dr ibubapa utk mnjlnkn aktiviti bulanan. Sbg sebuah agensi kerajaan, bknkh spttnya mndpt peruntukan dr kementerian terbabit. Mgknkh juga pembelian barangan keperluan harian (dapur,tandas dsb..) mggunakn duit tabung @ staff kluarkn duit sndiri? Ke mana pergi RM111juta?

    BalasPadam