16/11/2010
KUALA PILAH 15 Nov. - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) mengingatkan semua penjawat awam, khususnya yang beragama Islam supaya menjadikan pekerjaan itu satu ibadah agar ia mendapat keberkatan.
Katanya, apabila ciri itu menjadi amalan, maka tidak akan berlakulah penyelewengan dalam kerja yang diamanahkan sehingga boleh membawa kemudaratan dalam diri sendiri.
''Dalam pekerjaan ini kita haruslah mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi. Kalau pekerjaan dianggap satu ibadah, maka tidak berlakulah tabiat 'curi tulang', mahupun melakukan pekerjaan lain, selain tugas yang diamanahkan," katanya di Johol, dekat sini hari ini.
Mohamad bercakap demikian ketika berucap pada majlis Seminar Profesionalisme Keguruan dan Adat Perpatih bagi guru Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR), Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Kelas Agama Petang (KAP) seluruh negeri di Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Johol, dekat sini hari ini.
Katanya, penjawat awam yang beragama Islam harus membetulkan niat dalam melakukan pekerjaan itu kerana niat yang baik, bersih serta tulus kerana Allah, akan mendapat keredaan daripadanya.
Pada majlis itu juga, Mohamad turut mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya tidak bersikap apologetik mahupun defensif dalam memperjuangkan hak beragama ini.
''Sepatutnya umat Islam harus berani ke hadapan mempertahankan haknya daripada ditindas, serta mengemukakan pendapat dan pandangan dalam banyak isu antarabangsa dan agama ini.
''Kita tidak harus merasa rendah diri, mahupun terlalu membela diri setiap kali menerima ancaman daripada musuh Islam, sedangkan kita merupakan 'khairul ummah' iaitu umat yang terbaik daripada segalanya," kata Mohamad.
Sementara itu, pada majlis yang dihadiri lebih 500 guru pendidikan agama Islam itu, Mohamad menasihatkan mereka supaya menjadikan agenda pendidikan sebagai teras membentuk jati diri dan ketakwaan di kalangan anak didik mereka.
''Kita mahu melihat lebih ramai anak-anak yang dilahirkan melalui pendidikan Islam ini menjadi insan berketerampilan dalam semua aspek pendidikan.
''Sebagai contoh, jika mereka lahir kelak sebagai doktor, kita mahu doktor itu mempunyai pendidikan Islam yang baik dan mampu menjadikan pekerjaan itu sebagai ibadah yang tulus kerana Allah swt," katanya.
Mohamad mahu golongan pendidik memastikan supaya anak didik mereka menjadi insan yang cerdik dalam ilmu agamanya kerana mereka adalah calon yang akan mengisi pelbagai jawatan besar di peringkat negeri dan persekutuan suatu hari kelak.
''Negeri Sembilan akan melahirkan insan berilmu itu. Kita akan menjadi penyumbang besar kepada kekosongan itu kelak. Sebab itulah, kita serius menjadikan negeri ini sebagai Lembah Ilmu.
''Tidak mustahil suatu hati nanti Negeri Sembilan akan menjadi lubuk para cendekiawan dan golongan intelektual di mana pada masa yang sama turut mempunyai insan diisi jiwanya dengan ketakwaan," kata Mohamad.
Seorang tokoh pembangkang hari ini menyelar keputusan kerajaan tidak memberikan elaun khas kepada penjawat awam tetapi sebaliknya mampu berbelanja mewah.
BalasPadamDatuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, untuk membantu penjawat awam kerajaan selalu menggunakan hujah masalah kewangan tapi pada masa yang sama, kerajaan sanggup berbelanja besar untuk projek-projek lain.
"Kos untuk ubahsuai dan membina bangunan tambahan di kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana sahaja kerajaan sanggup membelanjakan sebanyak RM65 juta.
"Rumah ini dibina pada 1997 atau 1999 dengan kos R24 juta. Ketika pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kos ubahsuai ialah RM6 juta.
"Apa keperluan kehidupan Perdana Menteri untuk keluarga yang tidak sebesar mana tapi mempunyai rumah sebesar itu?," soal beliau ketika sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Pusara RM140,000 bagi orang sudah mati?
Beliau mengulas jawaban Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam dewan semalam bahawa kerajaan tidak mampu memberi elaun khas kepada pejawat awam kerana masalah kewangan.
Bagaimanapun, mereka hanya menerima RM500 sahaja seorang bagi meringankan beban kehidupan.
Mahfuz juga mengulas mengenai cadangan kerajaan membina Pusara Warisan berdekatan Tugu Negara untuk golongan kenamaan yang bernilai RM70 juta.
"Jika pusara itu untuk 500 orang bermakna seorang menelan belanja RM140,000. Sama dengan harga sebuah rumah rakyat, jadi apa perlunya orang yang sudah mati untuk mempunyai pusara seperti itu," katanya.
Sedak mulut nasihat ke orang..dia balun duit nogori be juta juta sape nak tangkap?ibadah kepala bapak dia..
BalasPadamMB bengang kau cakap suruh PA beragama Islam menganggap kerja itu satu Ibadah yg kerajaan membazir duit rakyat buat projek tidak berfaedah itu kau tidak tegur dasar MB tunggul mati
BalasPadamcakap cam baguih...meh keje kerani dapat gaji kerani...bagi die test keje 3 bulan je...tgk pe die cakap....
BalasPadamDato Muhamad Hasan adalah pemimpin ummah terbaik, seperti rakannya Datuk Ali Rustam, merupakan contoh pada umat Islam Malaysia krana amat prihatin nasib rakyat, serta sentiasa tunduk merendah diri dan mesra pada sesiapa jua. Beliau tidak seperti pemmpin pembangkang yg selalu inginkan jawatan, tetapi ikhlas berjuang dan tidak suka bermewah. Beliau mementingkan ketelusan dan integriti dan tidak bertolak ansur kepada rasuah dan penyelewengan.
BalasPadamBeliau selalu mngingatkan agar tidak mencontohi pemimpin pembangkang yang suka menyeleweng duit rakyat, sebaliknya kita mestilah berpegang teguh pada Sunnah Nabi