04 Disember 2010

BANGGA DENGAN PRESIDEN CUEPACS

Detikdaily
Mohd Zaidi Idris
4/12/2010



Saya merasa terpanggil untuk mengulas berkaitan dengan surat saudara Mohd Adlan Mohd Shariffuddin berkaitan dengan tajuk malu presiden Cuepacs tidak bersyukur.

Bagi saya sebagai Presiden Cuepacs beliau hanya memperjuangkan hak-hak ahli iaitu seluruh penjawat awam bagi memohon kepada kerajaan untuk memberi sedikit imbuhan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam.

Bagi saya tidak salah apa yang diperjuangkan oleh Omar Osman sebagai presiden. Apa yang beliau tuntut bukan untuk kepentingan peribadi tapi bagi penjawat awam keseluruhannya.


Dari apa yang saya baca saudara Mohd Adlan ini mungkin seorang pegawai tinggi kerajaan jadi beliau telah mendapat gaji yang selesa dan kehidupan pun senang tapi apakah beliau fikirkan orang yang bergaji kecil dan mempunyai bilangan ahli keluarga yang besar, mereka ini hanya menunggu imbuhan setiap hujung tahun untuk digunakan bagi membeli peralatan persekolahan anak-anak dan membayar yuran.

Saya merasa kesal di atas apa yang beliau utarakan di mana beliau malu dengan tindakan Presiden Cuepacs itu.Saudara mungkin tidak merasa tertekan dengan kenaikan harga barang dan persekolahan anak-anak kerana saudara hidup senang lenang tapi fikirkanlah bagi mereka yang bergaji kecil.

Bagi saya mereka yang terjejas akibat tuntutan perjalanan, peruntukan untuk aktivit dan lain-lain adalah mereka yang berjawatan tinggi dan sentiasa membuat tuntutan setiap bulan.

Tapi apa nasib kami yang berjawatan rendah ini pernahkah saudara fikirkan. saya merasa bangga mempunyai seorang presiden yang berani memperjuangkan hak-hak pekerja seperti saudara Omar Osman.

Jangan kerana nyamuk kelambu dibakar dan jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Saudara tanyalah setiap penjawat awan yang berjawatan rendah apakah mereka suka dengan kenyataan saudara itu?

Omar Osman tidak memperjuangkan sesuatu untuk diri beliau tapi untuk penjawat awam keseluruhannya. Kalau saudara seorang berasa malu dengan tindakan Presiden Cuepacs kami yang berada di bawah ini merasa bangga dengan orang yang bernama Presiden Cuepacs kerana keberanian beliau.

6 ulasan:

  1. semoga Cuepacs segera memohon ahli gabungan BN, satiu tindakan murni dan patriotik utk memastikan PA semua taat pada negara dan bangsa

    BalasPadam
  2. Sebagai Insan beragama Islam khususnya, mari kita fikirkan fitrah Allah. Semua insan mesti bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya. Keberkatan yang perlu dicari. Ingat, semua ini adalah pinjaman dan sementara sahaja. Mati ... semua tinggal. Yang dibawa 3 saja, amalan, ilmu yg disebarkan dan doa anak2.

    BalasPadam
  3. Semuga Presiden Baru CUEPACS 2010 - 2013 akan bertindak dengan lebih "SMART" dan bercakap dengan lebih "berhemah" serta membuat keputusan secara "kolektif" dan mengutamakan "kebijaksanaan dalam mengurus".
    tERIMA KASIH oMAR oSMAN, JASAMU TETAP DIKENANG.

    SELAMAT BERSARA OMAR OSMAN

    BalasPadam
  4. Pegi JAHANAM Pak Omar

    BalasPadam
  5. Sumbangan Tn Hj Omar Osman tetap dikenang dan diucapkan jutaan terima kasih. Namun program transformasi negara menuntut pemimpin kesatuan yang berani bersuara menjaga kebajikan yang dipimpin serta berpengetahuan dan berpandangan ke hadapan serta mempunyai skil perundingan yang tinggi dalam mencapai keputusan menang-menang.

    BalasPadam
  6. presiden pun kesian jugak..dia pun usaha juga tu..jangan ketepikan jasa dia...cuma sekarang ni kerajaan tak berapa gerun dah dengan cuepacs..maksudnya bukan takut tapi hormat..kalau dulu kerajaan pasti akan hormat dan minta masa untuk semak..tapi sekarang ni tak berapa jadi macam dulu dah...kerajaan tahu kita macam mana marah pun tapi tetap sokong BN...

    BalasPadam