Bernama
14/12/2010
GEORGETOWN: Seramai 350 pekerja Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang yang berstatus kontrak bakal ditamatkan perkhidmatan mereka akhir tahun ini, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Othman.
Beliau berkata, ada di antara pekerja berkenaan yang sudah berkhidmat melebihi 15 tahun.

Katanya, keadaan ini turut bakal dihadapi kira-kira 2,000 pekerja Am Rendah di seluruh negara. "CUEPACS mengharap jasa baik kerajaan negeri, Jabatan Pelajaran Negeri serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran untuk membantu menyelesaikan masalah berkenaan.
"Sekiranya tidak dapat diserapkan menjadi pekerja tetap sekalipun, sekurang-kurangnya pekerja ini dapat dibantu dengan melanjutkan perkhidmatan mereka sehingga umur 58 tahun biarpun berstatus kontrak, ataupun memberi pampasan setimpal kepada mereka yang diberhentikan agar tidak mendatangkan pelbagai masalah kepada mereka kelak," katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri seminar bertajuk Transformasi Penjawat Awam Ke Arah Negara Maju, di sini hari ini.
Omar berkata, CUEPACS berharap ia turut dipanggil menyertai perbincangan ke arah memperkenalkan sistem baru untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dijangka dikemukakan Julai tahun depan.
"CUEPACS berharap sistem penilaian prestasi penjawat awam yang baru itu akan lebih baik serta memberi lebih kesamaan kepada penjawat awam dari segi kenaikan pangkat dan sebagainya," katanya.
Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2011 pada Oktober lalu mengumumkan pemansuhan PTK selepas lapan tahun dilaksanakan. - BERNAMA

Petikan ucapan Najib semasa Konvensyen BN baru2 ini diterjemahkan Bahasa Mandarin kedalam bahasa Melayu .
BalasPadam“Selesaikanlah masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka, Bahagiakanlah hidup rakyat sebelum semua dapat hidup bahagia“.
umno/BN dah tak merupakan payung dah pada PA sekarang..tak macam dulu..kita pun jangan jadi payung pada hari mengundi nanti pada umno...
BalasPadamkami PA berikrar akan terus mendukung Umno selagi ada langit dan matahari. Marilah kita menunjukkan ketaatan pada negara dan agama dengan menjadi ahli
BalasPadamkita perlu menyokong Umno agar keamanan terpelihara, ingatlah tragedi 13 Mei dimana org2 pembangkang merusuh sesama sendiri dan menuduh Umno tanpa usul periksa. Akak harap keamanan Malaysia dibawah naungan Umno berterusan untuk anak cucu kita juga
BalasPadam-hasnah jaafar, N22, pencinta keamanan
Tahniah lah buat hasnah N22 tahun depan insallah akansaya naikan
BalasPadamke N36 tapi kena janji kempen untuk UMNO dan BN kena kuat lagi lah, walaupu UMNO sekarang dah tak dapat sambutan oleh orang2 muda kerana mereka semua celik it tapi kita kena kempen teruskan pemikiran orang2 tua supaya mereka terus menyokong BN, saya ni juga org kuat bahgian juga tgh kempen juga dua2 sekali
Saya dulu UMNO kini dah tukar ke Pakatan Rakyat , kerana mereka memperjuangkan kebenaran dan keadilan, "jgn kita cendrong kearah kezaliman nescaya kita akan disentuh oleh api neraka" (diantara mahfum ayat quraan)
BalasPadamHahaha Najib dh nak kena timpa bala... berrkat doa PA2 yang ditindas! Tunggu laporan dari wikileaks hal Altantuya... mampos la kau Najis dan konco2 nya! Kat dunia juga kena bayar CASH!!!
BalasPadamwahai encik halim jempol dan puan hasnah jaafar, bukalah mata. sepatutnya dah tua la kena jadi makin cerdik.
BalasPadamkalau dulu kita kekurangan sumber media. tapi sekarang dah ada pilihan untuk dapatkan media yang benar, jadi takkan lah masih nak jadi buta perot kot?
dah terang2 berlaku penyelewengan dalam umno/bn.. lagi mau sokong ka?
yang dah buruk tu tak payah la makan.. kenapa la jadi dayus sangat. fikiran kita ni la yang buatkan melayu jadi mudah lupa. tak cerdik..
selalu sangat kena tipu.. tak nampak lagi ka, muka org yang sama ja yg kaya2 keluar dalam tv? ketua proton,air asia,felda,menteri2 yg korupsi,. isk.. kalau anda sebagai mak bapak macam ni, bagaimanala anak2 hampa ni kan..
dah jauh sangat terpesong ni.. sembahyang hari2 pon tak guna pakcik makcik oii kalau dok sokong umno/bn. banyak kisah2 pemerintah zalim, takkan la kita dok tahap percaya pada umno/bn dari dulu sampai sekarang tak blh berubah2 kot?
kita ni lagi teruk la daripada bani israel kalau macm tu..(bca kisah pemerintah thalut)
Ya pemerintah sekarang ni bukan kejam tapi mahu pilih yg terbaik yg mereka fikir anda mesti lihat jawatan anda kalau kontrak mesti cepat2 cari kerja lain sebab perkhidmatan anda ditamatkan bila kontrak dah habis. Kerajaan sekarang hanya bersimpati dgn golongan tertentu saja terutama sekali penyokong UMNO saja
BalasPadamkalau kerajaan sekarang bersimpati dengan penyokongnya yang sedia ada..pasti mereka diberi kelebihan2 tertentu..
BalasPadamok..sekarang kroni adalah penyokong kerajaan umno/bn..
tetapi golongan2 bawahan daripada kalangan rakyat juga adalah penyokong umno/bn..tetapi adakah mereka diberi kelebihan? jawapannya sudah pasti tidak!!
mereka pun terpaksa bayar harga minyak gula yang sama dengan kita!!!
pikirlaaa..dah selalu sangat kena tipu..takkan takut dan bodoh sangat untuk hadapi perubahan!!!
rakyat punya kuasa untuk perubahan!!!
saya anggota PA tetapi saya xsokong BN..saya mahu kerajaan yang telus/bersih
BalasPadam