07 Disember 2010

PENANGGUHAN PERPINDAHAN KUARTERS JALAN COCHRANE DITANGGUH SEHINGGA 30 NOVEMBER 2011

Media Cuepacs
5/12/2010



Kuala Lumpur: Jawatankuasa bertindak penangguhan perpindahan kuarters JPM Jalan Cochrane Kuala Lumpur telah mengadakan perjumpaan dengan penghuni jalan Cochrane pada5 Disember 2010 di Perkarangan Surau. Turut hadir Presiden Cuepacs Tuan Haji Omar Omar Osman, Timbahan Setiausaha I Puan Lok Yeng Pheng, Timbalan Setiausaha II En. Adnan Mat , Media Cuepacs En. Abdul Rahman Hj Mohd Nordin dan turut hadir juga wakil parlimen Titiwangsa. Seramai 300 penghuni yang hadir sama untuk mendengar taklimat tersebut.

Pengurusi Jawatankuasa bertindak iaitu En. Boestaman mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cuepacs kerana berjaya dalam tuntutan ini. Mesyuarat perundingan bersama JPN ini telah diadakan pada 30 November 2010 di Putrajaya. Turut hadir dalam perjumpaan di JPN dari Cuepacs adalah Timbalan Presiden I En. Azih Muda dan Timbalan Setiausaha I Pn Lok Yeng Pheng.

Perkara- Perkara yang dapat di tuntut:

1. Dapat tangguh sehingga 31 Mac 2011

2. Pengangkutan perpindahan disediakan oleh LTAT

3. Pampasan dari Kementerian Kewangan RM2,000 setiap keluarga

4. Boleh membuat tuntutan perpindahan keluar kuarters dari Jabatan masing-masing.

5. Memdapat rumah sementara (Transit) di PPR Bukit Jalil sementera Kuarters baru berjumpah 1000 unit yang bernilai 200juta di Bangunkan semula di Cochrane di Plot C

6. Jaminan diberi keutamaan menduduki/memasuki semula kuarters baru tanpa mengira kemana penghuni berpindah samada PPR, Putrajaya, rumah sendiri atau rumah sewa.

7. Jaminan boleh menduduki rumah PPR sehingga kuarters baru siap dibina.

8. LTAT akan membina kuarters baru dalam tempoh 30 bulan dari tarikh kelulusan plan dari DBKL.

9. Jaminan pertukaran sekolah anak tanpa menghadapi masalah dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.




21 ulasan:

  1. Tuntutan bonus 2 bulan macam mana pula? Brg2 dah naik...kalau dulu dapat bonus brg naik, tp skarang bonus tadak brg2 naik harga jugak! Sapa yang bangang?? Najib sial tu la bangang!!!!

    BalasPadam
  2. mcm setinggan yg menghuni tanah kerajaan la pulak.... nak suh pindah pun kerajaan masih kena bayar........

    BalasPadam
  3. Muka macam pelarian dari dunia ketiga.... PA Malaysia memang tak ada kualiti. Padan muka tak dapat bonus. Parasit.

    BalasPadam
  4. Mana janji2 pemimpin BN selama ni yang mengatakan barangan pengguna dapat dikawal tak kan naik lagi juga janji menteri pengguna kata minyak tak kan dinaikan lagi, semuanya tu bohong berlaka, sedangkan gaji penjawat awam masih ditahap lama, bonus tak dapat bantuan kewangan 500 tu tak cukop

    BalasPadam
  5. kata rayat didahulukan
    tapi ni lain jadi nyer,rakyat yang kene dulu,mcm mane klu org kurang upaya @ lumpuh xkan nak bg duk flat gak,pk same lah

    BalasPadam
  6. BONUS?
    kENA KERJA RAJIN-RAJIN DULU.
    JANGAN ASYIK MENGULAR DAN MINTA KAWAN-KAWAN PUNCH KAD PERGI DAN BALIK KERJA.

    KERAJAAN BAYAR PINDAH?
    KERAJAAN TAK PERNAH BAYAR PUN, JABATAN BAYAR MENGIKUT PEKELILING SEDIA ADA DAN SUMBER KEWWANGAN JABATAN MASING-MASING.

    PELARIAN?
    SAYA PUN MUKA MACAM PELARIAN DAN MUKA PECAH RUMAH SERTA MUKA TIDAK SIAP PUN SAYA.

    JANJI MINYAK TIDAK NAIK?
    APA JUA KEPUTUSAN ATAU PERKARA, SEMUA YANG TINGGAL DI TANAH MELAYU ATAU MALAYSIA KENA IKUTKAN? PEMERINTAH TERPAKSA BUAT KEPUTUSAN TIDAK POPULAR WALAUPUN DI BENCI.
    HAK RAKYAT HANYA TERIMA. KOMEN DAN PROTES HANYA BUANG MASA SAHAJA.
    SIAPA PEMIMPIN RAKYAT? RAKYAT JUGA YANG PILIH BUKAN? KUASA DI TANGAN RAKYAT HANYA DI WAKTU PILIHANRAYA.
    BUATLAH KIRA-KIRA SEKARANG!

    BONUS RM500?
    UNTUK MAKLUMAN TUAN/PUAN. ITU SAHAJA DUIT YANG ADA DI'SAKU'. SUMBER YANG LAIN BELUM DI AUDIT. KITA MENJANGKAKAN SUMBER TERBESAR DARIPADA BAYARAN PELBAGAI SAMAN TRAFFIC DARIPADA POLIS ATAU JPJ. KITA MENGARAHKAN PEGAWAI-PEGAWAI DI BAHAGIAN PENGUATKUASA AGAR MEMPERGIATKAN LAGI AKTIVITI MENGELUARKAN 'VOUCER-VOUCER' SAMAN.

    ORANG OKU?
    KALAU BAGI SEMUA OKU DUDUK RUMAH BAWAH. SIAPA NAK DUDUK RUMAH ATAS?
    SEBAGAI SYARAT PEMBINAAN SESEBUAH BANGUNAN ATAU RUMAH MELEBIHI 5 TINGKAT. KEMUDAHAN OKU DI UTAMAKAN UNTUK KELULUSAN PEMBINAAN.
    SEBAGAIMANA PEMBINAAN LIFT, IA BERTUJUAN BAGI KEMUDAHAN MEMBAWA TURUN MAYAT TUAN/PUAN APABILA TUAN/PUAN MATI!

    KESIMPULAN;
    RUMAH DAN DUNIA HANYA SEMNTARA.
    MERIAHKAN SURAU DAN MASJID DI TEMPAT TINGGAL TUAN/PUAN 5 WAKTU SEHARI SEMALAM.

    BalasPadam
  7. Kadar gaji dan upah di malaysia terutama penjawat awam adalah amat mencukupi, tetapi kerana rakyat terlalu suka boros seperti membeli TV, laptop dan kereta yang mahal maka gaji yang diterima itu dirasakan tidak mencukupi.

    Kerajaan BN amat prihatin dan telah mengkaji secukupnya sebelum menetapkan kadar upah PA semasa, oleh itu kita perlulah mengukur baju di badan sendiri.

    Janganlah kita terpengaruh dengan fitnah dan dakyah palsu pembangkang kononnya ada harga barang naik, kerana kenaikan petrol adalah hanya RM0.05 sahaja, tiada efek walau kita bergaji RM700.

    BalasPadam
  8. Kepala Bapak Nayan:

    Gaji tak padan dgn harga barang. Jgn la engko dok buat bagus kat sini... konon gaji cukup, padahal hutang keliling pinggang! Hahaha beli kereta mahal tengkorak mu...mmg harga kereta kat Msia mahal kalau banding dgn negara jiran...mu sebelum ni dok mana?? Buduh lagi nk berlagak pandai...orang mcm mu laa yg rosakkan negara...

    BalasPadam
  9. Tuan Rahman,

    Kalau upah PA mencukupi, kenapa pula perlu itu Talent Coporation untuk pikat balik pakar-pakar tempatan yang berkerja di luar negara? Mestilah gaji luar jauh lebih lumayan.

    Itu fakta yang tidak dapat dinafikan. Jangan tunjuk kebodohan tuan semata-mata untuk sokong BN. Kalau terpaksa sokong pun, fikirkanlah alasan lain yang lebih munasabah.

    BalasPadam
  10. Tambahan lagi untuk tuan Rahman,

    Memang pun kenaikan petrol hanya 5sen. Tapi jangan kamu lupa, kita beli petrol bukan kira setitik atau beberapa ml, berpuluh-puluh liter seminggu. Cuba kira berapa perbezaan wang yang perlu dibelanja seminggu, sebulan?

    Janagn jangan kamu ni memang tidak pandai kira, pandai ampu aje.

    BalasPadam
  11. aku rasa betui jugak cakap en.rahman tu, mmg ramai PA x reti kontrol duit pastu salahkan BN, padahal Umno yg susah2 cr duit byk gaji kita

    ada kawan aku yg sama2 N17 asyik kata x cukup duit dan marah2 Umno, sokong Pas pulak tu.. bila aku pi rumah oo patut la x cukup asyik derma kat surau masjid, pastu pakai TV Plasma, beli lagi pakaian baru setiap bulan, bwk anak keluar makan setiap bulan, kan membazir namanya tu.. duduk pun rumah teres... berlagak mcm org kaya..

    org pembangkang mmg camtu, dia antara 0.1% PT Persekutuan yg membelot pada raja dan negara dengan menyokong Pas

    BalasPadam
  12. Umno cari duit bayar gaji PA??
    Bila parti politik jadi pembiaya gaji PA?
    Lepas tu, MCA bayar gaji PA vina dan MIC bayar gaji PA India ke?
    Bisnes apa Umno buat? Kalau tak sah makna gaji tu tak halal tau.

    BalasPadam
  13. Ingat Senapi tu pegawai 54 ke JUSA ke. Kononya N17 gred bawahan... Hahahahaahah katak bawah tempurung.

    Tinggal rumah teres dah kira orang kaya. Kamu orang zaman apa?

    BalasPadam
  14. Jangan duk layan Rahman dgn Senapi tu..dua org nie paler dah x boleh ejas doh..bio kan aje dua orang nie melalak kat ini jgn di layan..takut jadi bangang mcm diaorg..kahkahkahkah

    BalasPadam
  15. Kesan kenaikan harga minyak dan gula akan memberi kesan kenaikan semua barangan pengguna termasuk harga teh tarik dikedai mamak, perlu dingat alasan peniaga adalah kos pengangkutan begitu juga barangan yg melibatkan harga gula secara otomatik akan dinaikan peniaga.

    Sebab tulah rakyat membantah diatas kenaikan tersebut ini yang dikatakan rakyat didahulukan.

    Bila harga minyak dunia naik petronas dapat untung termasuk kerajaan Malaysia kenapa pula rakyat dibebankan dengan kos kenaikan tu, itu petandanya rakyat didahulukan pencapaian diutamakan

    BalasPadam
  16. nak naek kan arga coli,suar dalam,suar jean,semen,besi,atau yg bukan keperluan harian rakyat x kesah... asal kan jgn naek kan brg2asasi rakyat...myk petrol diesel gula beras myk masak dsb..

    BalasPadam
  17. Kerajaan dah jadi bangang dan tak pandai jaga hati rakyat pastu suh rakyat menyokong kerajaan..poorahhh lah..puiii

    BalasPadam
  18. bersatulah kita, heran la rakyat kenapa xnak percaya bahawa pelarasan harga adalah utk mnyelamatkan negara dami agama, bangsa dan negara? ingat sikit gaji kita UMNO yg bayar...!! hari2 dlm berita dah beritahu betapa jahatnya pembangkang, tu pun ada lagi PA yg percaya?

    BalasPadam
  19. MEMANG BETUL PEMBANGKANG TU JAHAT DIA KATA HARGA MINYAK NAIK HARGA BARANG SEMUA NAIK ADA BETUL APA KENA MENGENA MINYAK DENAGAN HARGA BARANG, BODOH BETUL PEMBANGKANG NI, ITU SEBABKITA SEMUA MESTI TETAP SOKONG BN UNTUK KEMAJUAN NEGARA, NANTI KALAU BN MENANG LAGI LEPAS PILIHANRAYA YG KE13 NI INSALLAH ADA BONUS ATAU SEMAKAN GAJI BARU .HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP KETUANAN MELAYU

    BalasPadam
  20. kenaikan harga minyak menyebabkan kuasa beli penjawat awam makin merosot sebab harga barangan semua naik sampai garam pun dah naik harga, harga ayer dalam diam2 pun dah naik, begitu juga bil elektrik kena caj2 tambahan,
    apa tindakan kamu kalu tak cukop belanja, kena jimat, dah pun jimat, macam mana pula keperluan lain tu anak sedang belajar, musim persekolahan dan pengajian akan bermula, rata-rata persiapan perlu disediakan

    BalasPadam
  21. suruh keluar kuarters jalan cochrane...suruh pindah putrajaya..pikir la sikit kalo laki bini kerja kuala lumpur.. apa kejadah nak pi duduk kt putra jaya nun.. pertimbangkanlah sikit..pakai otak...harga ptrol makin hari makin naik.. kalo keta isi air tak pe lah duduk jauh jauh..ni belum masuk tol lagi...kalo 5 hari ulang alik bapa gaji yang tinggal...nak makan lagi ..anak sekolah lagi...pemimpin juga senang lenang...rakyat dok kebuluq...kuarters kosong kat jalan duta semua dok tunggu suku sakat dia ..anak sedara nak kawin tahun depan pun dah ada nama kat kuarters jalan duta....kita yg tak de sedara ..bila tanya kata tak de kosong...tp bila g tengok sendiri banyak yang kosong...ye la rumah kosong dah ada nama..masing2 dok simpan kat suku sakat sendiri...takut lah pada ALLAH.. ..

    BalasPadam