31 Disember 2010

PRESIDEN CUEPACS ENGGAN ULAS ADUAN PERTIKAI PEMILIHAN

The Malaysian Insider
December 30, 2010


KUALA LUMPUR, 30 Dis — Presiden Cuepacs Omar Osman enggan mengulas pemilihan yang kini dipertikaikan sambil berkata segala bantahan yang dikemukakan beberapa kesatuan gabungannya semalam tidak menghalang beliau meneruskan amanah yang diberikan.

Beliau yang dipilih buat penggal kedua bagi sesi 2010-2013 pada Persidangan Tritahunan Ke-25 minggu lepas tidak mahu memberikan apa-apa komen mengenai bantahan itu.

“Fokus utama kepimpinan baru Cuepacs adalah untuk tahun depan, mengenai bantahan itu saya tidak mahu komen apa-apa,” kata beliau dipetik Bernama selepas mesyuarat khas di Wisma Cuepacs di sini.

Semalam beberapa kesatuan anggota gabungan Cuepacs mengemukakan bantahan mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan di konvensyen pemilihan yang berlangsung dari 21 hingga 23 Disember lepas.

Sementara itu Omar berkata tahun depan Cuepacs akan berusaha membanyakkan jumlah anggota gabungan selain mahu semua penjawat awam yang layak menganggotai kesatuan.

Beberapa kesatuan ahli gabungan Cuepacs mengemukakan bantahan mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan pada Konvensyen Cuepacs ke-25 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Disember lalu.

Surat bantahan itu disampaikan oleh bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai.

Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya berkata, bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959.

“Misalnya notis konvensyen yang diberikan kepada ahli gabungan tidak mengikut perlembagaan iaitu tidak mencukupi tempoh, dan wujud kepincangan tatacara ketika pelaksanaan proses pengundian.

“Ia seperti calon memancing undi semasa perwakilan sedang beratur menunggu giliran untuk mendapatkan kertas undi dan keputusan pengundian tidak diumumkan setelah proses pengiraan undi selesai tetapi ditangguhkan hingga keesokan pagi,” katanya.

Husain, yang kesal dengan insiden berkenaan, menyifatkan kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku sepanjang pemilihan diadakan sebelum ini.

Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Universiti Utara Malaysia (UUM), katanya.

Husain berharap Jabatan Hal Ehwal Kesatuan akan melakukan siasatan dengan segera untuk menentukan kedudukan Konvensyen Cuepacs kedua itu.

11 ulasan:

  1. Isu SMS, cek perlu ditandantangani oleh 3 orang ie Presiden, SUA dan SUK. Rujuk Perkara 22.2 dan 22.8 buku Perlembagaan Cuepacs. Ketiga mereka perlu bertanggongjawab. Bukan SUA seorang. Majlis Tertinggi 9 orang tuu lagi perlu bertanggongjawab.

    ISU INI KENAPA TIDAK DIBAWA KE PENDAFTAR PERTUBUHAN PEEERAH.....ASYIK NAK MELOBI JAWATAN

    BalasPadam
  2. tukar je gambar-gambar banner diatas tu dah kepimpinan baru meluat rasanya tgk mereka ni

    BalasPadam
  3. baliklah ...omar//////

    BalasPadam
  4. wah agak2 bangsa apa orang yang cakap meluat tengok gambar-gambar banner diatas tu dah kepimpinan baru meluat rasanya tgk mereka ni..
    Awak orang omar ke orang azih ke atau orang LOK... yang mana satu.. tapi kalu awak agama islam saya nak pesan kena pastikan jangan ALLAH meluat tengok muka awak sudah.. nanti jalan ke neraka pulak. Hidup sementara. jangan banyak membangkang sangat kalu tak tau apa2

    BalasPadam
  5. Kalu benar apa yang omar buat dipatut ulas apa yang dipertikaikan...jangan diam ajer.. kalu diam maknanya omar mengiakan tentang pertikaian itu..

    BalasPadam
  6. lu orang tak tau apa hal cuepac jgn masuk campur... biar lah,berilah peluang pada mereka ,najib pun baru bagi duit 2,3, juta.... sapa yang nak habiskan kalau pegawai2 utamaaa...masyukkkkkkk

    BalasPadam
  7. Maznah bt Abdullah SaniSabtu, Januari 01, 2011 1:51:00 PG

    minta kerajaan segera selaraskan semua PA ahli Umno supaya naik ke gred 44 segera, sempena kejayaan Malaysia memenangi piala AFF, hasil usaha Umno dan BN selama ini.

    BalasPadam
  8. Oii Bapuk!!! Jawab laa... dapat 'rasuah' 3 juta...isu bonus PA langsung senyap! Skang dh timbul pulak isu pemilihan tidak sah. Dasar Presiden DAYUS...mcm ni nak suruh 1.2 juta PA jd AHLI CUEPACS??? Cermin diri tu dulu laa...layak ke tak jd PRESIDEN! Sebelum bertambah meluat org ramai...pi melingkup letak jawatan la!

    BalasPadam
  9. Weiii...dah takde calon lain yg layak ke nak jd Presiden Cuepacs ni? Cari laa yg well educated skit. Takde la asyik dgn nk antar telegram, memo saja. Sedih siot, dlm ramai2 ahli Cuepacs, spesis mcm ni je yg leh jd Presiden! Malu aku... takleh bayangkan mcm mana laa tuan punya badan masih nk pertahan jawatan tu lagi??? Kalau aku....perghh buat malu kaum kerabat saja! Tolong lahhhh cari orang lain jd Presiden...

    BalasPadam
  10. perangai manusia mmang ramai yg suka mengata tp tdk lihat diri sendiri. Benarlah firman Allah. Sesungguhnya manusia itu bodoh dan zalim. Inilah apa yg diperkatakan oleh NC UM dalam seminar pendidikan CUEPACS.

    BalasPadam