Bernama
29/1/2011
PUTRAJAYA, 27 Januari 2011 -
Kempen berbasikal yang dilaksanakan di Putrajaya selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebagai pusat bandar hijau yang dinamik. Insiatif Perbadanan Putrajaya turut bertujuan menggalakkan penggunaan kenderaan tidak bermotor.
Pada pandangan saya inisiatif ini dapat dilihat dari berbagai sudut yang berbeza yang boleh mendatangkan pelbagai kesan yang positif. Misalnya ianya dapat mendidik warga Putrajaya untuk mengenengahkan aktiviti kecergasan, sebagai gaya hidup baharu mereka. Idean berbasikal sungguh kreatif dan inovatif. Banyak Bandar-bandar besar di dunia Warga kotanya berbasikal di Ibukota mereka masing-masing misalnya di Beijing, China. Berbasikal dapat mengelakkan kesesakan disamping tidak memerlukan ruang pakir yang luas berbanding sebuah kereta.
Putrajaya dibina mengambil kira semua aspek kemudahan dan infra kelas pertama, seperti kemudahan trek yang terbaik dan terpanjang untuk aktiviti berjoging, bereakreasi serta berbasikal akan menyokong kejayaan kempen itu nanti.
Kebelakangan ini tidak ramai warga Putrajaya yang berminat untuk pergi ke gimnasium setiap hari. Faktor ini ada kemungkinan disebabkan suasana di gimnasium sangat berbeda berbanding di luar dan agak membosankan untuk dikunjungi pada setiap hari.
Kementerian Belia dan Sukan kagum dengan langkah pertama yang dimulakan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Seri Samsudin Osman bersama beberapa pegawai kanannya mengayuh basikal untuk menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet di Kementerianya baru baru ini.
Langkah tersebut tersebut sebagai sesi warming up kempen, sudahpun bermula dan dirasakan betapa seriusnya Perbadanan Putrajaya untuk mengotakan apa yang dikatanya, sehinggakan Tan Seri Presiden sanggup berbasikal sejauh dua kilometer.
Dalam perkembangan yang sama, mendorong warga Putrajaya memiliki basikal sendiri sudah tentu permintaan terhadap basikal akan meningkat. Keadaan ini akan menyuburkan industri basikal. Berbasikal juga akan menyokong teras dalam industri sukan yang mula dilaksanakan oleh KBS mulai tahun ini dan tahun hadapan.
Kepada Warga Putrajaya yang kreatif akan sudah tentu akan memanfaatkan usaha ini bagi menjadi usahawan basikal di Putrajaya. Ini suatu lagi cara untuk meningkatkan punca pendapatan baharu rakyat selaras menyokong usaha dalam Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA).
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa menyokong kempen ini kerana dengan cara berbasikal akan mendorong meningkatakan peratusan rakyat Malaysia yang mengamalkan budaya sukan dan kecergasan. Harga basikal tidaklah mahal berbanding dengan kos rawatan perubatan jika terkena penyakit yang kronik. Dilaporkan bahawa, penyebab penyakit kronik seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, strok, kencing manis serta kegagalan buah pinggang berpunca dari gaya hidup tidak cergas tanpa bersenam dan ketagihan rokok dan arak.
KBS juga kini mempunyai 100 buah basikal sedia ada di gimnasium yang boleh dipinjamkan kepada orang ramai bagi memulakan kempen berbasikal di Putrajaya.
Kini didapati bahawa, peratusan kakitangan awam yang obesiti juga dilihat semakin meningkat di Putrajaya. Diperingkat nasional juga peratusnya juga adalah membimbangkan. Punca obesiti adalah mengambil makanan dalam kalori yang berlebihan serta ketiadaan aktiviti kecergasan misalnya bersenam.
Sikap kakitangan awam yang malas bersenam juga perlu diubah dan ditransformasikan. Misalnya didapati kebanyakan mereka menggunakan kenderaan dari pintu rumah ke pintu pejabat, jarang benar yang menggunakan tangga, penggunaan lif sudah menjadi suatu gaya hidup baharu memasuki bangunan tinggi.
KBS mensasarkan 60 peratus rakyat Malaysia menjadikan sukan sebagai budaya hidup menjelang tahun 2020 berbanding 40 peratus yang sudah dicapai pada masa kini. Untuk meningkatkan sebanyak 20 peratus lagi dalam tempoh 10 tahun yang akan datang bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan tanpa perancangan yang teratur dan memerlukan ianya dipantau setiap tahun.
Menurut KBS, definisi budaya sukan dan kecergasan ialah sekurang-kurang setiap orang menggunakan kira-kira tiga jam seminggu melakukan aktiviti kecergasan secara terancang dan sistematik. Ianya mudah dicapai dengan berbasikal ke pejabat, menggunakan tangga, berjoging, serta bermain selama sekurang-kurang setengah jam setiap hari, selama lima kali seminggu, sudah terkumpul tiga jam setengah dan ini, melepasi indeks kecergasan yang diperlukan.
Berdiet sahaja dan meminum herba tertentu tanpa bersenam adalah tidak mencukupi. Marilah kita bersama-sama di samping menjimatkan penggunaan petrol menunggang basikal secara pilihan ke tempat kerja. Bandar Putrajaya perlu kekal hijau untuk diwarisi oleh generasi akan datang.
SUMBER: Kementerian Belia dan Sukan
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA: YOSRI ABU MAHSIN
PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN
TEL : 03 8871 3405
EMEL: yosri@kbs.gov.my
TARIKH SIARAN: 27 JANUARI 2011
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA (MREM)

ha.....lucu....kala nak mulakan dari yg atas...jangan hanya panas kejap je...... nak juga tengok org kita bercod bertali leher mengayuh basikal, kalau di korea biasa sebab sejuk.
BalasPadamKepimpinan melalui teladan mestilah bermula dari pihak atasan..polisi juga perlu bagi memastikan transformasi ini berjaya. Harap bukan sekadar hangat2 tahi ayam..
BalasPadamCantik saya sokong penuh, kerana dapat meningkatkan kecergasan dan dapat mengelakan dari kesakan lalulintas dan parking
BalasPadammak mah dan puteri umno sanggup x berbasikal sambil menutup aurat?
BalasPadammohon kedai repair basikal di putrajaya...
BalasPadamSaya sokong, sebesar besar putrajaya ni, sebiji kedai baiki basikal pun tak ada. Kesian kat budak budak masa cuti sekolah ni, bila basikal rosak jer, pakat2 dok diam la kat rumah
PadamAlah; KSN tu naek beskal apa?
BalasPadamHangpa pi tengok betoi2 kat gambaq nu.....kang tertipu kang.....kalau korang percaya surat kabar pembohong nih memang masakla....
Besikal elektriklaaa...yang pakai beteri charge 6 jam tu.....dia bukannya mengayuh sangat; kecuali habis bateri jek....
Setakat nak kelentong orang baek tak payah.......
Nak pakai kot/ blazer nak kayuh besikal mini macam tu? Sampai opis bau badan dah macam bangkai dah.......
Elaun KSN jek dah mampu beli besikal tu; Lingkungan RM 1200-2500 jek besikal tu......
Nak sokong pun agak2lah, kalau dekat okehlah lagi.......kalau jauh memang masak.....
Kalau nak buat jugak, kena bawak beg yang siap pakaian pejabat dan mandi kat sana sebelum memulakan kerja......
Najib patut berbasikal dari Seri Perdana ke Jabatan Perdana Menteri. Rosmah First Lady of Malaysia mesti ikut berbasikal di Putra Jaya. Jangan hangat-hangat tahi kucing, udah le... Lihat di Ulan Batur Monggolia, rakyatnya sentiasa berbasikal. Sori... sampai ke Monggolia pulak!
BalasPadammengarut..baik cadangkan ramai orang belajar dan ambil lesen motorsikal..dan ramai2 bawa motor baru le kurangkan jem di lembah klang tu..
BalasPadammula mula suruh rosmah dan najib berbasikal ke office dahulu,,, baru pemimpin satu malaysia,,
BalasPadamelok jgk tu...sbb pas berpuluh da masuk opis yg ade aircond..xkn panas lg kot :)
BalasPadam