26 Januari 2011
KUALA LUMPUR, 26 Jan — Beberapa anggota gabungan Cuepacs, yang akhir tahun lalu mempertikaikan keputusan pemilihan badan induk kesatuan sektor awam itu, mahu Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja menggantung segala aktivitinya sementara hasil siasatan diumumkan kelak.
Ramli Omar, yang mewakili kesatuan-kesatuan gabungan terbabit berkata, pihaknya berharap jabatan itu akan mengarahkan agar segala aktiviti Cuepacs digantung bagi mengelakkan implikasi pengurusan dan pentadbiran.
“Sekarang siasatan sedang dijalankan, jadi sepatutnya Cuepacs tidak menjalankan sebarang aktiviti . . . itu yang sepatutnya berlaku, kita belum tahu lagi apa hasil siasatan, sama ada positif atau negatif,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.
Ramli berkata, jabatan itu telah pun menjalankan siasatan dengan menemu bual kesatuan-kesatuan yang membuat aduan sepanjang tiga minggu lalu.
Bagaimanapun Ramli mengakui pihaknya tidak membuat permintaan rasmi kepada jabatan itu agar mengambil tindakan sedemikian.
“Kami tidak hantar surat permintaan kepada jabatan, tapi kami anggap bahawa sebaik sahaja siasatan dijalankan, Cuepacs tidak sepatutnya mengadakan aktivitinya, semua aktiviti kena dihentikan.
“Selagi keputusan tidak dibuat oleh jabatan, kami mengandaikan keputusan-keputusan yang dibuat oleh barisan kepimpinan yang menang, apa jua keputusan dibuat akan memberi kesan ke atas Cuepacs,” kata beliau yang bertanding jawatan presiden tetapi tewas di tangan Datuk Omar Osman.
Kesatuan-kesatuan terbabit mengemukakan bantahan mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan pada Konvensyen Cuepacs ke-25 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Disember lalu.
Surat bantahan itu disampaikan oleh bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai pada 29 Disember lalu.
Ketika itu, Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya berkata, bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Misalnya notis konvensyen yang diberikan kepada ahli gabungan tidak mengikut perlembagaan iaitu tidak mencukupi tempoh, dan wujud kepincangan tatacara ketika pelaksanaan proses pengundian.
Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Universiti Utara Malaysia.
salam semua..semasa pemilihan pucuk pimpinan cuepacs tempoh hari rata2 mengatakan pemilihan dijalankan secara telus dan adil..cuma semasa pengumuman pemenang berlaku kesilapan kecil saja..kan dah ada jk pengiraan undi yang mengesahkan pemenang2..so nak apa lagi..cuma apa yang dapat saya simpulkan disini mereka2 ni yang protest adalah yang kalah dalam pemilihan..xpuas hati..so saya dan rakan2 dalam gabungan cuepacs ingin megesyorkan kepada saudara2 yang tidak puas hati tu supaya menarik diri saja dari gabungan cuepacs..maksudnya keluar lah..toksah lah buat kecoh2..aktiviti cuepacs perlu dijalankan kerana banyak lagi masaalah yang masih tertangguh..gentleman la..terima lah kekalan saudara2 dengan hati terbuka..adat bertanding sudah pasti ada yang menang dan yang kalah...mohon maaf kerana menegur...dari ahli akar umbi.
BalasPadamSalam saya menyokong pandangan saudara..yang kalah bertanding
BalasPadamkena terima hakikat....perwakilan memilih calon yang benar menjalankan tugas.
aku hairan, yang beria-ia sangat nal jawatan tu buat apa, macam bertanding jawatan politik nak jadi YB ADUN pula, hairan, adakah jawatan tersebut membawa apa-apa yg lumayan
BalasPadampertikaian dibuat sebab ada yg salah...kalau dah duduk dlm persatuan tapi taknak betulkan yg mana salah..lebih baik keluar dr gabungan...jgn ada sikap yes bos...yg salah betulkan..yg betul kita biarkan...bnyk sgt yg berlaku..calon meraih undi ketika perwakilan ingin memangkah..perwakilan minta wang habuan jika mahu mereka mengundi calon...dan mcm2 lg...
BalasPadamIni Semua pasal PM bagi 3juta pada cuepacs...kalau tak tak jadi bergini. Yang membuat bantahan elok benarkah tingkahlakunya....
BalasPadamelok ke tak elok..itu biar perwakilan yang tentukan..
BalasPadamyg penting bersuara..bukan soal 3 juta..tapi soal pengurusan konvensyen yg tak betul...tender katering,pewakilan mintak duit,(haram sial mkn duit lendir)..
INILAH SENARIO DI MALAYSIA. RUMAH DAH SIAP PAHAT MASIH BERBUNYI. UDAH-UDAH LAH TU. PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN .
BalasPadamBORINNNNNNG.
BalasPadaminilah padahnya apabila ada org yg enggan menyokong BN. penat2 ahli umno cr duit utk negara, senang2 disapu pembangkang. HANYA AHLI UMNO YG LAYAK MENJADI WARGANEGARA
BalasPadamNajib kata nak jadikan negara berpendapatan tinggi, ok. Tapi nak bagi sebulan bonus pun dah menggigil. Kemudian hadiah RM3 juta kepada Cuepacs. Akan berkobar-kobar ke perjuangan Cuepacs selepas ni? Atau telah lena di kerusi empuk di pejabat yang dilimpahi kemewahan...tanya Omar!
BalasPadamAbang kassim!! Kome ingat, harta negara Malaysia ni dan kewarganegaraan hak milik emak bapak UMNO ke? UMNO lambang kehancuran Melayu. Tak percaya cuba tanya Khir Toyo!!
BalasPadamSelepas saya pergi BTN hari tu..selepas tgk tanyangan kemerdekaan tu..tetiba saya rasa kesian plak kat Dato Onn..dia yang sepatutnya jadi bapa kemerdekaan..tetapi org lain plak dapat nama..mcm Tunku Abdul Rahman merampas je..mcm menaguk di air yang keruh..ahli2 umno yg lain pom berpaling tadah menyokong Tunku sedangkan yang buat asas tu adalah Dato Onn..tak setia pada ketua..or video tu ada kesilapan??
BalasPadamini komen dari saya..tak kira lah sapa kalah atau menang..kalau dah langgar undang2 kenalah siasat..
BalasPadamcontohnya..kalau time PRU 13 nanti..pihak BN kalah dan pembangkang menang..dan diumumkan pada keesokan harinya..agak2nya ahli umno akan duk diam dak?begitulah sebaliknya..
tat's y kita kene buat perkara yg betul at the first place..supaya tiada org yg boleh mempertikaikan keputusan tu..tat's y ada undang2..tak kira lah kecik atau besar..kalau tak nak follow undang2 tu..baik buang je dlm perlembagaan..
Kalau ada perselisihan majoriti undi yang agak kecil, perlulah ada pengiraan semula undi. Macam amalan SPR. Yang pentingnya undang-undang dan peraturan dipatuhi dan pandangan ahli-ahli perlu diberi perhatian dan maklumbalas yang sewajarnya. Sikap berdiam diri hanya menyulitkan keadaan kerana akan timbul spekulasi-spekulasi negatif. Kepimpinan baru CUEPACS perlu responsif..
BalasPadammasa saya pergi BTN, saya tersentuh dgn tayangan video yg jelas mengatakan anwar pengkhianat negara dan ejen israel. sya bertambah yakin dgn umno selepas mendengar ceramah dan penerangan disana. x sia2 org umno berjihad menentang pas, umno nk menegakkan islam tetapi pas lah batu penghalang, sikit2 nk hukum hudud, sikit2 nk suruh tutp kedai ekor, sikit2 nk suruh naik gaji, sikit2 nak suruh kurangkan tol.. ini semua agenda yahudi..
BalasPadammemang benar apa yg Halim Jempol katakan kerana dia dah kena brain wash kat BTN aku juga pernah kursus kat BTN tapi aku tak mudah ditipu dalam kursus sebaliknya aku soal balik mereka yg jadi fasilitator tu terkejut beruk mereka nak jawab akhirnya mereka akur dengan pertanyaan aku tu secara ilmiah, tulah kerana ada elemen yg sengaja dicapur untuk mengelirukan antara kerajaan dengan parti politik.
BalasPadamkita penjawat awam kena perlu bijaksana dan bersifat berkecuali dalam menjalankan tugas tanpa berpihak dan adil dalam sistem penyampaian sebagai kakitangan awam,usah terikut2 denagn gejala yg tak sihat dan memecahbelahkan masyarakat tu. Sebagai umat Islam kita perlu bersatu dengan memegang tali Allah iaitu alquraan dan sunnah jika ingin selamat didunia dan diakhirat.
Dalam peroses undi tu hal lain, itu hak masing2 mana nak pangkah siapa pun tak kan soal perkara tu kerana hak anda semua.
Ennntahlahhh....!!!
BalasPadamyang kalah perlu belajar menerima kekalahan.....yang menang perlu teruskan perjuangan...jika tidak puas hati sila bertanding lagi 3 tahun nanti.....jika tidakpun buat kongres sendiri dikalangan kesatuan yang KECEWA...dan buat pemilihan...so boleh cepat2 jadi PRESIDEN...cara senang kan....x payah nak sakitkan hati orang dan menyusahkan kesatuan yang begitu setia dengan cuepacs....
BalasPadamSalam Perpaduan Untuk Semua.
BalasPadamKenapa perlu kita mempertikaikan selepas konvensyen berakhir. Yang mempertikaikan tu kalau x silap, ada yang merupakan Urusetia Konvensyen. Jadi, mengapa tidak menolong memastikan perjalanan konvensyen mengikut perlembagaan.
Dan mungkin individu yang kalah dalam pemilihan yang lalu seharusnya menerima hakikat bahawa adalah adat ada yng terpilih dan ada yang tidak. Dan diharap jangan menggunakan Kesatuan masing-masing demi kepentingan peribadi anda dengan menyalurkan ketidak puas hatian anda dan menjadikan Kesatuan anda sebagai mangsa perpecahan dgn Cuepacs. Hormatilah undi perwakilan yang telah hadir. Jika ANDA iklhas, seharunya PERJUANGAN Cuepacs lebih diutamakan. Sekian
JAWATAN KOSONG
BalasPadamKEMASUKAN SEGERA
Sebuah syarikat beroperasi lebih 10 tahun di bidang perbankan, insuran dan kewangan,
berpusat di Kuala lumpur memerlukan individu berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sepenuh masa.
OUTBOUND CUSTOMER SERVICE
• Kelulusan min SPM 5 KREDIT / Diploma / Degree
• Lelaki / perempuan
• Minimum 1 tahun pengalaman kerja berkaitan
• Umur 18 – 40 tahun
• Bekerja waktu pejabat. (Isnin-Jumaat)
• Gaji basic + insentif sebanyak RM 2000 – RM 4000 keatas sebulan
• Rajin, berdedikasi, dan bersungguh sungguh
• Calon yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan juga dialu-alukan memohon.
TEMUDUGA TERBUKA
Hari : Isnin – Jumaat
Masa 10 pagi – 4 petang
FAEDAH FAEDAH :
Gaji pokok + elaun + skim komisyen yang lumayan
Caruman KWSP & PERKESO
Latihan disediakan
Peluang untuk meningkatkan karier & taraf hidup
Lokasi kerja berhampiran LRT
BERMINAT, sila email resume ke email zulyahya12@yahoo.com
Atau hubungi : En Zulyahya 012 9771525
Cik Nora 012 9771529
http://jawatankosong2012.blog.com
JAWATAN KOSONG
BalasPadamKEMASUKAN SEGERA
Sebuah syarikat beroperasi lebih 10 tahun di bidang perbankan, insuran dan kewangan,
berpusat di Kuala lumpur memerlukan individu berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sepenuh masa.
OUTBOUND CUSTOMER SERVICE
• Kelulusan min SPM 5 KREDIT / Diploma / Degree
• Lelaki / perempuan
• Minimum 1 tahun pengalaman kerja berkaitan
• Umur 18 – 40 tahun
• Bekerja waktu pejabat. (Isnin-Jumaat)
• Gaji basic + insentif sebanyak RM 2000 – RM 4000 keatas sebulan
• Rajin, berdedikasi, dan bersungguh sungguh
• Calon yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan juga dialu-alukan memohon.
TEMUDUGA TERBUKA
Hari : Isnin – Jumaat
Masa 10 pagi – 4 petang
FAEDAH FAEDAH :
Gaji pokok + elaun + skim komisyen yang lumayan
Caruman KWSP & PERKESO
Latihan disediakan
Peluang untuk meningkatkan karier & taraf hidup
Lokasi kerja berhampiran LRT
BERMINAT, sila email resume ke email zulyahya12@yahoo.com
Atau hubungi : En Zulyahya 012 9771525
Cik Nora 012 9771529
http://jawatankosong2012.blog.com