Berita Harian
2011/01/06
TAHUN baru tetapi gejala lama tetap berulang saban tahun. Dalam sambutan tahun baru lalu, ramai anak muda termasuk penjawat awam, pelajar IPT dan remaja belasan tahun dicekup terbabit dengan pelbagai gejala sosial.
Ironinya, anak Melayu juara berkelakuan tidak senonoh pada ambang tahun baru. Belum lagi ratusan kes ditangkap khalwat, positif dadah dan minum arak di seluruh negara. Apa sudah jadi? Ke mana perginya pihak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu?

Walhal, remaja Melayu adalah aset penting untuk muncul sebagai bangsa perkasa pada masa depan. Jika moral dan sahsiah mereka parah alamat bangsa kita kelak binasa! Dewasa ini jika kita menaip perkataan ‘Melayu’ pada enjin carian Google makan akan keluar segala gabungan kata selepas itu yang berkonotasi lucah.
Sehingga pagi 4 Januari lalu carian yang saya lakukan pada enjin carian Google menunjukkan frasa ‘Melayu seks’ mempunyai dua juta maklumat dalam pelbagai bentuk sama ada laman web, blog dan forum.
Perkara ini amat mengejutkan berikutan bangsa Melayu dilabel dan dikaitkan dengan perkara negatif dan memalukan seperti ini.
Saya berpendapat akan rosak bangsa dan punah negara jika gejala seks di kalangan anak Malaysia yang bermula pada peringkat dewasa, belia dan remaja belasan tahun terutamanya anak Melayu terus dibiarkan berleluasa tanpa sebarang langkah diambil untuk mengatasinya
Ini masa sesuai bertindak tegas membendung penyebaran bahan lucah seperti dalam laman video Youtube yang mudah diakses oleh remaja kita.
Baru-baru ini, China dengan tegas menutup 60,000 laman sesawang lucah dan menahan 5,000 suspek, manakala 58 orang dipenjara kerana terbabit dalam penyebaran bahan lucah di internet dan telefon bimbit.
Malaysia yang kini mempunyai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bila lagi hendak bertindak begitu dalam kemelut seks bebas termasuk bawah umur dan buang bayi yang makin menjadi-jadi sekarang ini?
Kita tidak mahu negara ini runtuh kerana kerakusan maksiat di kalangan generasi muda yang lalai pula ditangani oleh golongan dewasa dan pihak berwajib.
Jadikan tahun baru ini iltizam kuat kita untuk memerangi bahan lucah dalam pelbagai bentuk sebelum bangsa dan negara ditimpa bala.
M ARIF,
Pantai Dalam,

Pendekar Berkata:
BalasPadamyang susahnya, walaupun orang melayu ni rata-rata beragama Islam, namun penghayatan dan pengisian ajaran agama tu kurang dan ada yang tak mengamalkan langsung ajaran Islam. sebab itu golongan melayu yang terlibat di dalam maksiat ni hanyut tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka....seharusnya, bukan bangsa melayu yang dipersalahkan. Tetapi, anak-anak kita sendiri yang gagal mengamalkan nilai-nilai yang baik yang ada pada agama yang kita anuti. Disamping itu juga, kurangnya pemantauan dan perhatian daripada ibubapa menambahkan lagi gejala sosial ini dan terus merebak. namun, inilah keburukan zaman moden di mana nilai-nilai murni sudah tidak ada dan mudah terikut-ikut budaya songsang yang kononnya lebih up-to-date menjadi pegangan hidup manusia moden sekarang ni. sepatutnya, makin berpendidikan manusia, maka lebih bijak berfikir dan memilih antara baik dan buruk sesuatu tindakan. tetapi, disebabkan terlalu mengejar keseronokan dan hasutan hawa nafsu, manusia gagal menggunakan akalnya yang waras untuk mengawal diri dan seterusnya membiarkan diri terjebak ke dalam lembah maksiat dan kerosakkan....
dah jadi perkara biasa dah sekarang nie...kalau tak nak gejala seks bebas di Malaysia, buat hukum hudud jer...,kalau nak menentang hukum hudud, terima jer lah masalah seks bebas nie...
BalasPadamSEMEMANGNYA MEMBIMBINGKAN ..LAGI MEMBIMBANGKAN IALAH MENTERI-MENTERI YG BERAGAMA ISLAM. ISLAM DIKETEPIKAN
BalasPadamTEMBOLOK DAN KUASA DIUTAMAKAN.
laksanakan hudud adalah jalan penyelesaiannya...toksah nak citer melayu ke apa ke.kembali kepada undang2 Allah..
BalasPadampunca utama masalh sosial ialah kerana org Pas yg x sedar diri, melaung2kan hukum hudud sebenarnya merekalah yang banyak jadi bohsia bohjan. Niat suci Umno mendidik masyarakat disukarkan lagi dengan pemerintahan pembangkang di Penang, Kdah, Selangor dan Kelantan.
BalasPadamPembangkang demi berkuasa sanggup mlakukan rasuah, membiarkan zina merata2, hanya Umno yg berusaha membawa masyarakat kearah jalan yang syumul. Di Kedah, semakin ramai rakyat menyokong BN kerana insaf hanya BN mampu membayar gaji, mebuat jalan dan juga membei elektrik
Bukan setakat remaja saja, penjawat awam yg muda2 terutamanya kerani2 ramai yg buat kerja part time tak bermoral! Ada yg jd GRO, Tukang Urut, Pelacur etc. Ni semua sebab kesempitan hidup...ye la gaji ciput dok bandar2 besar, sewa umah, kenderaan, makan minum, pakaian, tol sana sini, minyak naik....
BalasPadamBODOH punya KERAJAAN! Nasib rakyat tak dipandang...bila nak mengundi baru ada itu, ini..
BILA NAK NAIK GAJI?? Negara berpendapatan tinggi konon! BULLSHIT!!!!
Ini adalah akibatnya atau kesan dari fahaman sirkular yg telah pun menyerap dalam nadi org2 melayu, kembalilah kepada kitibaullah dan dan sunnah rasul jika nak selamat
BalasPadamAda menteri yg terlibat dgn memperkosa bini orang seberang...jeng jeng
BalasPadamKenapa perkara seperti ini selalunya mesti dikaitkan dengan agama Islam? Adakah agama Islam satu-satunya cara penyelesaian masalah sosial?
BalasPadamAdakah remaja bukan Islam semua akan terlibat dengan masalah sosial dan seks bebas? Cuba selidik.
Jangan lupa agama Islam hanya salah satu agama yang dianuti. Terdapat banyak lagi agama di muka bumi ini.
kepada RAKYAT MALAYSIA YANG BERKATA:
BalasPadampaham kah apa yang pendekar tulis tu? saya tak kata seperti yang RAKYAT MALAYSIA BERKATA tu fikirkan. kalau kita berpegang kepada ajaran agama dan mengamalkan serta menjadikkan nya cara hidup, sudah tentu tidak timbul maksiat-maksiat ni...semua agama pun ajar kita ni berbuat baik. tapi, menerusi tajuk yang timbul ni, lebih menjurus kepada orang melayu...di sini lah kita kena buka minda dan balik kepada ajaran agama kita masing-masing agar kita menjadi umat yang berdisiplin dan mampu menghindarkan diri daripada segala perlakuan yang dilarang oleh agama kita......itu RAKYAT MALAYSIA BERKATA kena paham apa yang saya tulis. Agama Islam adalah agama yang tegas dan mementingkan disiplin. hanya yang berpegang dan mengamalkan segala ajarannya sahaja yang akan selamat di dunia dan akhirat ni...InsyaAllah
Mungkin 'RAKYAT MALAYSIA' ialah org bukan Islam, jadi tidak mengapa kalau dia tidak faham..., tapi kalau 'Rahman Nanyan' yg tak faham kena rotan kat bontot nie...
BalasPadamBagi org2 yg kufur dengan fahaman Melayu sirkular yang Fanatik ini, boleh juga diumpakan seperti di ayat alquraan anatara mahtfhumnya samaada engakau beri ancam atau tidak engakau beri ancam sama sahaja mereka tidak akan beriman,
BalasPadambegitu juga bagi ayat yg lain disurah baqarah antara mathfumnya mereka juga berkata mereka beriman dengan hari akhirat sebenarnya mereka ini tidak terdiri orang2 yg beriman.
Fahman sikular inilah yg menjadi penhalang bagi mendaulatkan hukum allah yg akan menjadi suatu perundangan yg dapat memelihara kemeslahatan dan menjamin kebaikan kepada untuk semua umat manusia
fikir2kanlah org yg melayu yg fanatik sirkular ini untuk bertaubat kembali kejalan yang sebenarnya mudah2an kamu termasuk dan tergolong bersama orang2 yang mukmin, waullah hu alam
umno terukkk...
BalasPadamkalau laksana hukum hudud, masalah sosial seperti seks bebas pasti takkan berlaku..sbb hukuman yang diberikan sangat berat..
BalasPadamtakutnye saya baca statement Rahman nanyan tu...macam dah terpesong akidah je..macam menolak hukum Allah je..bukan ke kalau menolak hukum Allah bermakna menolak ajaran agama Islam..
BalasPadamTapi kalo Rahman Nanyan ni bukan Islam tak per laa kalo nak buat statement camtu..tapi nama macam org Islam..baik byk2 bertaubat Rahman..jgn ikut hati..jgn sesekali cuba utk menolak hukum Allah...nanti neraka lah tempat kamu...
Rahman Nanyan & Senapi adalah penjilat Jubo najib dan UMNO...Duit yang UMNO&BN dapat tu pun Allah yang bagi kau jangan nak sombong la....
BalasPadamWat hukum hudud jer...itu cra terbaik utk kekang smua msalah yg tjadi skang ni...
BalasPadamhudud aja...terutama kat orang Islam...yang kafir tu pegi mampus lah apa nak jadi
BalasPadam