27 Februari 2011

CUEPACS MINTA SEMAK GAJI 5 BIDANG

Berita Harian
2011/02/26



KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyemak semula skim gaji penjawat awam beruniform iaitu bomba, Jabatan Kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan pendapatan mereka setaraf anggota polis dan tentera.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata skim gaji bagi lima bidang penjawat awam beruniform itu tidak sesuai dengan bidang tugas dan tanggungjawab dipikul. > “Jika kita lihat lima bidang penjawat awam itu, tugas mereka perlukan ketahanan fizikal dan mental di mana mereka perlu berhadapan dengan berjaga sehingga lewat malam, berkawal di sempadan negara dan semua ini berkaitan dengan risiko serta tanggungjawab mereka.

“Saya berharap kerajaan semak dan menilai semula skim gaji mereka dan menyelesaikannya dalam tahun ini,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina dan pertemuan pertamanya bersama Exco Kanan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) di sini, semalam.

Selain itu, Omar turut mengingatkan orang ramai bahawa Koperasi CUEPACS Berhad adalah satu badan yang berbeza dengan CUEPACS dan mereka tiada hak menyentuh isu berkaitan kongres itu.

Ini berikutan aduan diterima CUEPACS berhubung koperasi itu.
“Saya ada menerima beberapa aduan orang ramai dan saya ingatkan kepada semua, koperasi itu di bawah satu badan lain dan tiada kena mengena dengan CUEPACS,” katanya

58 ulasan:

  1. Tn. Hj, kalu nak semak jangan setakat yang uniform je.Buat la penyelarasan semua sekali.Dia orang pun ada elaun khas sendiri. Keje sampai malam pun ikut shif..dan ada yang boleh OT atau dapat cuti gantian. Ni yang kita orang bukan pakaian seragam pun semput jugak.Fikir2 la...jangan fikir berat sebelah.

    BalasPadam
  2. ok la 2..haha seronok aku...

    BalasPadam
  3. gaji kami skim j khususnya pelukis pelan msih dtangga p1t1..mengikut kelulusan SPM..sepatutnya gaji kami dselaraskan dgn sijil2 politeknik..mana ada orang yang bpendidikan spm boleh melukis drawing mengunakan autocad dan lukisan persembahan mengunakan adobe phtoshop?..

    BalasPadam
  4. mana keadilan untuk semua jawatan nie? kenapa mesti ada anak emas dan anak tiri?

    BalasPadam
  5. untung orang gomen ni..asik kena semak gaji je.. kami diswasta memang takda semak pon.. syukur dan terus bersyukur pekerja awam kerana ada pihak yg selalu ambil berat terhadap anda

    BalasPadam
  6. ala setakat semak...jadi apa..dh lama sangat dengar semak, kaji...tp sampai le ni pelaksanaan hampeh.Org swasta pun takkan gj tiap2 thn xnaik?Dl aku keje swasta gak..ot blh buat..gj tiap2thn naik, bonus 2bln sdh semestinya...kalu servis lbh 7thn siap dpt syer lg.Aku berhenti pun sbb xde kekosongan jwtn aku di cawgn yg aku nk. Tp aku bersyukur gak sbb dpt keje kerajaan sekali aply je.Rezeki dinamakan...

    BalasPadam
  7. To Myvitrd, kamu diam la... kamu kerja swasta ......c.n.a... cuba minta kerja kat Petronas ka paling koman kilang elektronik... gaji depa mak ohh... itu tak termasuk bonus 6 bulan tu... Lagi satu kamu tak mengalami dan merasai apa yang kami rasa kerja dari zaman 1980an gaji lani hanya RM1800.00. Fikir dulu sebelum nak masuk forum ni. Ada faham....

    BalasPadam
  8. Dato' Omar semak gaji biarlah semua skim...xyah pilih pakai seragam ke x.Yang pakai seragam dah la dapat baju free, kasut dll lg free.Yg kami ni beli kain psg rm20 uph aje dh kena rm40.Mana keadilannya.Susah semua skim sush terutama yg kump sokongan ni.Asyik semak n kaji...pelaksanaan xtau bilanya...Bunyi je sedap...

    BalasPadam
  9. perkara utama yg perlu djaga oleh kta semua sbagai hambaNya ialah ingat Allah..klu kita ingat Allah tntu Allah ingat kita..jgn duk gado gaji kecik..klu kita sentiasa bersyukur Allah akan bgi rezeki lebih,rezeki Allah itu luas..dan akan terbuka hati pemimpin2 kita,Tn Hj Omar atau YAB PM Najib mendengar masalah rakyat,InsyaAllah..

    BalasPadam
  10. AKU TGK STRATEGI DATO NI TK STRAKTEGIK UTK PERTINGKATKAN KEBAJIKAN PA. . ASIK GUNA TAKTIK LAMA, SEMAK. .SEMAK. .SEMAK

    PASTU BUAT KERJA / CADANGAN TK HOLISTIK. MEMBAZIRKAN MASA DAN KERTAS A4. PATUTNYA NAIKKAN SEMUA SKIM TANPA DISKRIMINASI. . BIAT CADANGAN YG KONKRIT MCM MANA SEKALIGUS DPT KURANGKAN BEBAN KERAJAAN MENAMPUNG KOS KAKITGN AWAM. . . DATO NAK TAU KE CADANGAN SAYA? HENTIKAN LAH CADANGAN ALA-ALA ZORRO. . .(tlg sana sikit, tlg sini ckit. . . .hehe)

    "LAUNGKAN LALUAN KERJAYA UTK SEMUA PA TANPA DISKRIMINASI" Spt doc, farmasi, doc gigi. . Keja 8 tahun terus melompat dr gred 41 ke 52-54 dgn gaji > 7k

    My Name is Puteratahan Khan

    BalasPadam
  11. Salam tuan haji kalau nak semak janagan semak setakat mereka yang beruniform sahaja.kalau nak semak semaklah semua sekali,bukan mereka yang beruniform sahaja yang mempunyai risiko,bagi mereka yang bertugas dengan pasukan ambulan juga berdepan dengan risiko,yang bukan beruniform pula tidak mempunyai elaun kerja lebih masa bagaimana?jangan berat sebelah...kami juga penjawat awam

    BalasPadam
  12. jangan berat sebelah............

    BalasPadam
  13. PENJAWAT AWAM TERPINGGIR BERKATA:

    BAGUS TAK PAYAH SEMAK KALAU SKIM TERTENTU SAHAJA DIAMBIL KIRA...PERLU ADIL UNTUK SEMUA PENJAWAT AWAM YANG MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK UNTUK RAKYAT DI NEGARA INI...KAKITANGAN DI BAHAGAIAN PENTADBIRAN YANG MENJADI TULANG BELAKANG KEPADA ASPEK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SESEBUAH JABATAN DAN ORGANISASI JUGA PERLU DIAMBILKIRA. JANGAN TENGOK SEBELAH MATA SAHAJA...INI BUKAN PERJUANGAN UNTUK PASUKAN BERUNIFORM SAJA. TAPI UNTUK SEMUA PENJAWAT AWAM YANG BERKHIDMAT...LEBIH BAIK JANGAN JADI AHLI CUEPACS LAH KALAU MACAM NI...

    BalasPadam
  14. Ingat sama ngan anggota keselamatan dibawah KDN , JPM dan Pengawal Keselamatan di Pusat Serenti.. Gaji dah jauh ketinggalan..skim lain 6 thn berkhidmat dah naik pangkat.. Pengawal..????? Tolonglahhhhh..

    BalasPadam
  15. Naik tarafkan Gred KP 11 kepada KP 17
    ianya merupakan Bonus yang baik kepada Anggota Keselamatan khususnya dibawah JPM , KDN , AADK dan lain2 lagi..Syabas Cuepacs... kami disini inginkan perubahan...baru kerja bertambah semangattt..

    BalasPadam
  16. ingat pada UMNO dan BN itulah yg paling penting, apa lagi BN bijak menjaga PA, wajib kita sertai UMNO sekarang

    BalasPadam
  17. oMAR... OMAR .. MASIH ditakuk lama cara pemikiran kau.
    Kalau dah bergelar PENCEN, pencen ajelah Omar. Jangan dok merengek nak sambung-sambung.
    Nii dok merapu apa pulak, PA Malaysia ni terdiri dpd pelbagai skim, takkan kau tak tau. Dia orang pun ada OT, elaun.
    Kau tu staf kontrak, bukan staf tetap UPM.
    Pandailah-pandailah kau undur diri.
    Masa untuk berubah telah tiba Omar, undur diri ajelah ...

    BalasPadam
  18. Sokong dato omar sila undur diri mcm pemimpin2 di rantau arab! All PA sila laungkan PERUBAHAN DLM PA!!!

    BalasPadam
  19. Bantu Kami Penjawat Awam .........kami mahukan perubahan bukanya penyeksaan....kalau tak dapat buat letakkan jawatan jangan pandang skim beruniform sahaja tapi semua...kami semua miskin....korang kaya tambah kaya.....kmi PA yang merana.

    BalasPadam
  20. Dato' Omar berat sebelah!!, pilih kasih!!, pilih bulu!! kami menuntut keadilan samarata semakan gaji untuk semua skim perkhidmatan penjawat awam!!!! .....semak gaji untuk semua bidang!!!!!

    BalasPadam
  21. setuju...semak skim semua bidang.Tapi jangan asyik semak aje, pelaksanaan nya bila.

    BalasPadam
  22. setuju...semak skim semua bidang.Tapi jangan asyik semak aje, pelaksanaan nya bila.

    BalasPadam
  23. aku cadangkan dato presiden omar ni jd cikgu plak..
    sebab di suka buat keje semak2 ni..
    dah bertahun2 aku deganr di nak semak..
    nati tiap2 hari ble semak keja rumah budak2..

    semak2 jgk..nti semak kepala beb

    BalasPadam
  24. SEMAK-SEMAK NAIK SEMAK KEPALA AKU.........Laksanakan Bukan Setakat Semak epas tu lempar dalam semak.....ada Paham.

    BalasPadam
  25. cuepacs elok menghantas surat kepada PM tentang hasrat ini, jgn jadi tolol mcm pembangkang nak berdemontrasi pula, kita dalam Umno menolak budaya jahiliah begitu.

    Minta semak semua gaji la, terutamanya PT N17 yg ternyata lebih setia kepada Umno berbanding lain2, seperti kata saudara Talib, BN itulah yang paling utama dalam hidup

    BalasPadam
  26. Dok cakap dah lama dah pasal gaji tapi HARAM tak naik2. Omar oiii minta gaji naik dah leee.

    BalasPadam
  27. Dok cakap dah lama dah pasal gaji tapi HARAM tak naik2. Omar oiii minta gaji HANG naik dah leee.

    BalasPadam
  28. Dasar kepala hotak J17 jadi Presiden tu la jadinya! Buat malu dgn title Dato' saja! Oiiii...nk semak semak semua skali laa...ni asyik2 badan berunifom! Apa kami yg lain ni tak perlu naik gaji ka??? Presiden Otak Udang!!!

    BalasPadam
  29. Hoi...apa kejadahnya si mamat omar ni...dah lama dok menyepi,tiba2 muncul dgn idea lama dan lapok...semak gaji...sampai hujung tahun dok semak...semak...semak....semak...puki mak la..

    BalasPadam
  30. Dato jgn lupa niat utama dulu yg ingin diperjuangkan mudah2an niat utama itu tidak ditangguh2kan lagi semuga benar menjadi kenyataan pada tahun ini juga.

    Kita tengok laporan ekonomi dinegara ini sentiasa keadaan baik dan peningkatan harga minyak memberi pulangan keuntongan kepada negara sebagai negera pengeluar minyak tetapi rakyat khasnya penjawat awam sentiasa dalam terhimpit hidup dengan kos sara yg tidak lagi relevan kos sebenar sara hidup masa kini yg sentiasa serta terus meningkat.

    masaalah ini telah melibatkan gangguan mental dan fizikal kepada prestasi penjawat awam, justru kajian semula kenaikan gaji perlu diambil kira dgn kos sebenar kos pengguana kos sara hidup isi rumah masa kini agar perkara ini tidak sentiasa membelenggu dan mengangu prestasi penjawat awam yg telah banyak memberi sumbangan besar kepada negara.

    BalasPadam
  31. Tuan hj, kalau nak semak tu buat la semua jng uniform je, kami pun kakitangann awam gak. Banyak keistimewan uniform ni baju,kasut, stokin dah sah-sah free kami kumpulan sokongan terutamanya gred 17 ke atas apa yg free kami dapat.Tolong la tuan hj fikir2....

    BalasPadam
  32. Bodoh laa Nik Zubaidah ni..sure tak tahu agama..haa...cuba ko baca ni..

    Demonstrasi Aman
    Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:
    “Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
    Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.


    sapa cakap buat demontrasi tu salah?bukan ke ade beberapa kali pihak UMNO buat demontrasi kat Penang dek tak puas hati ngn pemerintahan Lim Guang Eng?Adakah itu bermakna UMNO pom berada dlm zaman jahililah??

    BalasPadam
  33. skim J dah 19 tahun tak pernah disemak...ni semak ke semak nih...

    BalasPadam
  34. sya sokong skim j disemak semula khususnya pelukis pelan.mana ada orang yang bpendidikan spm boleh melukis drawing mengunakan autocad dan lukisan persembahan mengunakan adobe phtoshop?..

    BalasPadam
  35. kalau nak kira beruniform,banyak lagi kakitangan yg beruniform seperti penjara,kesihatan,pengawal keselamatan(puspen) dan sebagainya.kenapa tidak kesemuanya sekali disemak.kenapa berpilih-pilih.semua tugasan mencabar dalam bidang masing2.contohnya kakitangan penjara dan pengawal keselamatan(polis bantuan puspen),dulu gaji lebih kurang sama tapi setelah gaji penjara dijumudkan ke gred 17,gaji p.keselamatan puspen ketinggalan jauh sedangkan bidang tugas hampir sama.bagaimana tu Dato?

    BalasPadam
  36. Tu la jangan berkuasa terlalu lama cukup 2 penggal je, kita mulakan dari yg paling atas sekali (hem3.. termasuk le para menteri) supaya tak seperti di negara arab tu... apa macam ok tak @ sanggup tak? ha.....

    BalasPadam
  37. cuba la cuepacs ni fikir...semua ada hari tuk naik gaji...polis ada hari polis....askar ada hari tentera...cikgu ada hari guru....kami yang pekerja kerajaan yang takde hari nak naik gaji ape cite...hari buruh pun masih pihak yang same yang naik gaji...gaji dah la tak lebih rm 1000.00 nak makan ape...pikirkan orang asing tapi rakyat yang bekerja naikkan gaji orang lain tapi gaji kami tak naik2...kami pilih cuepacs untuk tolong kami bukan tolong tengok dan dengar je...akai ada??????

    BalasPadam
  38. berat sebelah haper nya, jgn fikir keja pegawai uniform ni duduk senang lenang,... buleh buat OT byk2, dapat kasut/uniform free... tak semua macam tu... Tn Hj pun pelan2 la buat tuntutan untuk kumpulan2 lain... kalo semua nak tuntut alamatnya, tak dapat langsung la.... ada paham?

    BalasPadam
  39. ENCIK ZAIDE........DIA BUAT UNTUK KORANG JE AKAI ADA KA?

    BalasPadam
  40. Terima kjasih kpd cuepacs.Kami dr imigresen memang menanti kenaikan gaji.kami ni jaga keselamatan negara selepas polis.tapi gaji pegawai imigresen lebih rendah dr konstebel walaupun kelulusan tok jawatan ini tinggi drpd polis.kami terdedah dgn penyakit di depoh,pintu masuk kerana berurusan dengan warga asing yang x tau masalah kesihatan mereka.Gred kp 17 perlu dinaikan ke kp 19.terima kasih

    BalasPadam
  41. Cara berfikiran kolot! Tak profesional langsung! Mcm ni ka Presiden? Mcm dah tadak org lain yg layak...dh tua nyanyuk patutnya abiskan sisa2 hidup kt masjid/surau. Jd Presiden, dh dapat Datuk, asal usul semua dah lupa...

    MANA BONUS KAKITANGAN AWAM?? JANGAN JADI ANAK HARAM... DAPAT PANGKAT SEMUA TUTUP MULUT! CILAKA PUNYA PRESIDEN CUEPACS!!!!

    BalasPadam
  42. Anda semua pok pek pok pek bercakap. Tahukah anda semua berapa elaun jadi presiden cuepac? Kalau tak silap aku RM25000. mana tak seronok jadi presiden ooi.......meh kita jadi calon.

    BalasPadam
  43. Jebatakdurhaka rasa Dato Presiden CUEPACS kena jawab dengan ikhlas tuduhan ini.

    BalasPadam
  44. JABATAN PENJARA X SEBUT PUN CUEPEX NI KAMI PUN UNIFORM JUGA KEJA LAGI RISIKO MCM2 PENYAKIT TAU

    BalasPadam
  45. pengawal keselamatan aadk pun tak disebut.kami pun unit keselamatan juga seperti penjara.berisiko juga.

    BalasPadam
  46. Tn. Haji, kami warga imigresen menyokong hasrat Tn. Haji untuk menyemak gaji 5 bidang yang amat berisiko tinggi dari bidang yang lain...... Terutamanya jabatan kami ler..... Rasa2nyer dah patut dari dulu buat bender ni.......... Perjawatan "Pegawai" tapi gaji sama macam kerani....... saper kater imigresen keje tak risiko...... kami ni kalau buat operasi menangkap PATI tak bawa aper2 pun...... cume dapat aper yang boleh kat lokasi...... tak macam yang lain ader pistol ler, ader senapang patah ler, dan sewaktu dengan nye gak...... Lagi satu, sebelum ni asyik panas jer nama imigresen ni....... ni sume pasal si ATIP ni...... tak pasal2 nama kiter panas..... rasanyer diorang masuk tak lalu pun imigresen, last2 imigresen kene sebab boloskan diorang....... padahal yang kat tengah laut tu dengan bot2 canggih ler entah beraper kuasa kude, helikopter ler dan macam2 ler tak buat keje ker?????? Tu ler Tn. Haji, cadangkan plak perjawatan kami ader di tengah laut...... tak syok ler...... imigresen kat darat jer..... pening kepaler......

    BalasPadam
  47. Kepada Penjara dan AADK..... Jangan ler terburu2..... Tn. Haji nanti pening..... Macam Penjara, risiko aper dier tu???? Penjara pun skang dah canggih2....... bukak pintu pakai remote (sg. udang)...... nasib baik tak dikurangkan perjawatan sebab kerja sume pakai mesin..... banduan pun dah takut nak lari...... lagi pun skang, banduan pun macam suke jer duduk kat penjara..... banyak penjara cantik2......

    BalasPadam
  48. Kaji juga lah bidang IT yang sekarang ni menjadi pemangkin negara..

    BalasPadam
  49. bagus lah di kaji semula 5 bidang tuh..mmg patut di beri gaji standard polis..tp jgn di lupakan PA yg lain..5 bidang tuh mmg byk perbezaannya dgn kumpulan yg lain..kerja2 yg berisiko semasa bertugas dan terdedah pd mala petaka yg di jana sendiri oleh manusia lain..uniform mereka mencerminkan kedaulatan negara kite walaupon ada jgk di kalangan PA yg benci..anda tido,mereka berjaga..tiada mereka,sapa yg nak jaga??

    BalasPadam
  50. Betol2...bukan polis jer berjaga malam.kami jbtn lain pun berjaga siang malam.cuma org je x tau.bila mlm g keje org pun npk pelik...harap2 dapat selaraskan gaji dgn polis...jangan pertikaikan keje polis 2 risiko...sapa suh masuk polis...da minat polis 2 korbanlah....

    BalasPadam
  51. Dato' Omar berat sebelah!!, pilih kasih!!, pilih bulu!! ...semak gaji untuk semua bidang!!!!!Patut le dapat sambung lagi setahun lagi konon nak juang kumpulan sokongan IPTA naik gaji.....OMAR ... Oh OMAR ...kami ni dari Jusa sampai ke bawah pencen dah kalau 58 tahun..Sebagai PRESIDEN
    KESATUAN SEKERJA SEKTOR AWAM jadilah tauladan kepada yang lain jangan nak jadi presiden LIBYA.
    Badan berkanun dapat rawatan klinik swasta. Kalau Badan Berkanun bayar sendiri boleh la minta naik gaji juga,jangan minta kerajaan.Yang beruniform tu OT je sebulan gaji itu yg minimum kadang sampai 2/3 bulan gaji OT sebulan. Lagi maaasuuuk lagi....ta'kira. Kemalangan bukan sikit lagi banyak, pendatang lagi tambah boleh niaga pula tu, Masa untuk berubah telah tiba Omar, undur diri ajelah kalau dah pentingkan diri je...anda ta'boleh jadi contoh pada PA yg lain.

    BalasPadam
  52. untuk pengetahuan tn Hj, ada juga pjwt awam beruniform yg tidak mendapat kemudahan-kemudahan seperti yg dijanjikan,elaun shift pula tidak diberi,lagipun penjawat-penjawat beruniform ini lah yang memikul tugas menjaga keamanan serta keselamatan negara,kami sanggup berkorban dan berpanas hujan demi menjalankan tugas,berbeza dgn bhgn pentadbiran,mereka tidak mempunyai sebarang risiko,kesimpulannya saya rasa menaikkan gaji penjawat awam beruniform selaras dgn gaji polis dan tentera adalah munasabah,
    sekian.

    BalasPadam
  53. .kami imigresen apa yg ada.elaun syif malam x da..ot kadang2 je ada 2 pun bahagian operasi je...keje berisiko...pegi operasi bawak kayu jumpa kat tepi jalan je...polis p operasi pati ada pistol..kami apa ada..ingat sikit kami ni jbtn penyumbang pendapatan negara ke 2 selepas LHDN..tp kebajikan kami x terjaga..semua ingat gj kami besar..nk tau gj kami p tanya peg imigresen sendiri..gaji tukang gunting lg tinggi dr kami...

    BalasPadam
  54. Nik Zubaidah dgn Talib bodoh!!! Presiden Kayu bila nak pencen pun tak tau la..

    BalasPadam
  55. Mohon CUEPACS usulkan kepada YAB Perdana Menteri untuk menyemak skim perkhidmatan pegawai PTD..skim ini telah wujud sejak zaman penjajahan dan puak2 PTD inilah yg menguasai hal ehwal berkaitan perkhidmatan di negara ini. mereka hanya perjuangkan hak2 yg memihak golongn PTD sahaja. Lihat sahaja bagai mana pegawai2 PTD ini boleh naik dengan begitu cepat. Umur 30 thn pun ada yg gred 48.

    BalasPadam
  56. saya seorang pelukis pelan J17, pada usia 38 tahun (oktober 2007) saya mendapat tawaran sebagai pelukis pelan di Jabatan Kerajaan. Saya memiliki pengalaman sebagai pelukis pelan beberapa syarikat swasta selama 13 tahun. Saya juga mempunyai sijil kemahiran Malaysia peringakat asas dan pertengan. Tapi gaji yang saya terima hanyalah pada tahap P1T1. dan kini setelah 3 tahun lebih gaji saya cuma ditahap P1T4. Saya pernah membuat permohonan penetapan gaji permulaan tetapi tidak berjaya.
    Bagaimanakah cara untuk saya mendapat gaji yang lebih tinggi setimpal dengan pengalaman dan sijil Kemahiran Malaysia yang saya miliki? Saya mempunyai anak 5 dan sememangnya gaji saya yang seciput itu tidak memcukupi.
    minta sesiapa yg boleh membantu bagilah pendapat. terima kasih.

    BalasPadam
  57. Kenaikan gaji bagi skim tertentu didapati kurang seimbang dengan kelayakan akademik dan tahap risiko pekerjaan. Tumpuan hanya diberikan kepada golongan guru, polis dan tentera. Perkhidmatan lain juga menyumbang kepada perkhidmatan awam.
    Kerajaan mesti membuat pelarasan kepada semua kategori. Jika ada elaun pedalaman beri kepada semua penjawat awam tanpa mengira kategori perkhidmatan. Bukan guru dan jururawat sahaja yang bekerja di pedalaman.
    Inilah yang menyebabkan lain-lain penjawat awam mula membuka mulut menuntut keadilan.
    Memburukkan keadaan bila pekerjaan berkelayakan ijazah dan setaraf gajinya lebih rendah dari STPM atau diploma. JPA mesti mengkaji semua ini termasuk elaun khidmat awam dan lain-lain tuntutan.
    Bertugas di kawasan pedalaman bukan bermakna semua kos hidup murah. Contohnya harga rumah sewa dan makanan di Kapit, Sarawak lebih mahal dari Kuala Lumpur kerana tiada pengangkutan darat kecuali sungai untuk sampai kesana.
    Persepsi sedemikian mesti diambil kira sebelum menetapkan sebarang elaun. Bukan hanya memandang secara kasar polis bertugas penuh berisiko tapi kastam dan imigresen juga ada risiko dalam tugasan mereka. Begitu juga penjara dan lain-lain perkhidmatan barisan hadapan.
    Jika ada pekerja swasta yang menganggap gaji kakitangan awam tinggi, sila mohon kerja di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Biar sama-sama kita menikmati bonus tahunan setakat 1 bulan setengah tapi keluar berita utama macam bonus 10 bulan.
    Rakan-rakan di TNB, Telekom dan bank senyap saja dengan bonus 4-7 bulan gaji. Tidak pula keluar dalam akhbar harian.
    Kesimpulannya, kerajaan harus membela semua penjawat awam tanpa mengira kategori kerana mereka inilah yang mendukung aspirasi kerajaan. Jika mereka terasa dipinggirkan tidak mustahil ada yang berpaling tadah memangkah parti pembangkang. Fikirkanlah....

    BalasPadam
  58. sy sokong semak gaji terutama imigresen.rasenye x pernah pun ade lg semakan dr dulu..kami x dpt ape2 elaun pun kecuali yg tetap dan elaun uniform.ot kalu xde peruntukan terpaksa amik time off.senjata x dibekalkan semasa operasi.bwk je ape yg ade.keselamatan mmg x terjamin lgsung.duk kt depoh cume de kayu baton dan gari.PATI pun gelak2 tgok kami.kalu de rusuhan pakat lari je la slamatkan diri masing2.kebajikan hmmm...sgt sedih padahal kami penyumbang kedua pas lhdn.kalu duk kt kaunter kene thn maki hamun.x puas ati sket memaki x ingat dunia.patot ade elaun tahan maki jugak.padahal dh ckp elok still dpt public yg cam haram hmmm...sabtu ahad kene keje.yg mane shift pn same.dpt clain ep dan ot saje.terdedah pd penyakit berhadapan ngan PATI yg x tau sejarah kesihatan.buat mcm2 keje gaji still sama ngan n17.lebih rendah dr penjara,kastam,bomba.x caya?semak kt spa tu..

    BalasPadam