08 Februari 2011

GURU TIDAK TERBEBAN KERJA

Utusan Malaysia
8/2/2011




SAYA ingin memberi reaksi kepada pandangan saudara Norhisyam Mohamad dari Kuala Kedah di ruangan ini pada 3 Februari 2011 mengenai Jawatankuasa Khas mengkaji beban tugas guru.

Masyarakat Malaysia sering kali diperdengarkan dengan keluh-kesah warga guru yang mengatakan mereka banyak kerja, kerja sampai ke rumah, waktu cuti pun dipanggil bekerja dan seribu macam lagi. Namun tidak ada statistik sebenar yang menunjukkan bahawa warga guru ini adalah benar-benar dalam keadaan tertekan.

Saya telah berkhidmat sebagai guru mulai Disember 1992 sehingga kini. Saya berasa malu dan bersalah jika mengaku terbeban dengan kerja mendidik. Rasionalnya:

* Hampir setiap guru hanya akan diberikan tanggungjawab mengajar minimum dengan enam waktu seminggu dan maksimum 25 waktu seminggu. Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sekolah rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja. Purata waktu mengajar guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam seminggu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.

* Tugas-tugas khas selain daripada kurikulum akan diberikan dengan agihan saksama. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurusan sekolah, seorang guru akan diberikan satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Misalnya, jika seorang guru diberikan tanggungjawab guru kelas atau tingkatan, ketua rumah sukan, ketua persatuan atau kelab dan jawatan berupa tanggungjawab ketua, maka guru tersebut tidak akan diberi tanggungjawab lain kecuali sekolah kekurangan guru.

* Tugas menanda buku kerja pelajar, menanda kertas ujian atau peperiksaan dan menyediakan kertas soalan adalah tugas hakiki guru.

* Guru-guru wajar mengetahui dengan jelas tugas hakiki mereka. Jika tidak mengetahui, sila rujuk kepada SPP [Panduan tugas hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan].Tolong rujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pelajaran. Lihat juga Tonggak 12 dan semua jenis Perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan dan panduan-panduan perkhidmatan guru yang lain.

Guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugas hakiki yang ada kecuali mereka sendiri yang membebankan diri mereka. Alasan saya:

* Ramai guru yang terlibat dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti jualan langsung, insurans, jualan runcit (kain tudung, baju, kain pasang, tuisyen, kedai burger dan seribu macam lagi). Cuba rujuk laman sesawang seperti Facebook, kita akan jumpa kebanyakan penjawat awam termasuk guru menguar-uarkan produk jualan mereka dalam Facebook.

* Masa mengajar bukanlah berterusan. Pihak pengurusan sekolah tidak akan berlaku kejam. Setiap guru ada masa senggang. Misalnya, jika guru A telah mengajar tiga waktu sebelah pagi, maka pada waktu empat dan lima, lazimnya beliau akan rehat. Ada juga yang tidak mengajar seharian.

* Guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Ada di kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar. Purata mereka mengajar tidak lebih daripada 14 waktu seminggu kecuali guru yang mengajar Kemahiran Hidup. Ada yang sempat mengambil projek membuat pagar, membaiki kenderaan luar, mengecat kereta luar, membuat pendawaian rumah dan bermacam kerja lagi dalam waktu kerja.

* Ustaz-ustaz juga tidak ketinggalan menyampaikan ceramah berbayar di merata tempat tetapi tugas hakiki mendidik pelajar terabai. Kalau tidak masakan ada pelajar yang masih tidak mengenal huruf jawi dan tidak boleh membaca al-Quran.

* Guru-guru juga sibuk dengan kejohanan sukan diri sendiri, bukan untuk pelajar. Ada yang terlibat dengan kejohanan sehingga semingu lamanya, sedangkan ia hanya peringkat dalaman sahaja. Jika peringkat kebangsaan hanya setakat itu sahaja kerana tidak ada kejohanan sukan dunia untuk warga pendidik. Masalahnya anak murid yang terabai maka berlakulah guru tidak habis silibus.

Saya meminta mana-mana pihak, terutama golongan guru, agar memberi dan menunjukkan bukti imperikal bahawa mereka (lebih kurang 126,171 guru lelaki dan 279,545 guru perempuan) adalah dalam keadaan tertekan. Tunjukkan juga berapa ramai guru yang dirujuk kepada Lembaga Perubatan kerana masalah mental disebabkan ‘Beban Tugas’.

Saya menyeru semua warga pendidik iaitu guru, Pensyarah Guru, Pensyarah IPTA & IPTS agar menilai diri dan memahami fungsi kita sebagai pendidik. Jika kita tidak boleh, maka ada pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kita melepaskan jawatan kita dan carilah kerja yang sesuai dengan kita.

Mokhtar Sabah

Keningau, Sabah.

207 ulasan:

  1. benar..saya sebagai kakitangan awam bukan guru melihat fenomena ini.Ramai guru-guru terlibat dalam jualan langsung.Nampaknya mereka tidak terbeban dengan kerja mereka. Ini kerana bagi kakitangan awam seperti saya tidak sempat membuat side income memandangkan kerja-kerja di pejabat perlu diselesaikan dan meletihkan.Walaupun saya bukan dari kumpulan profesional namun urusan di pejabat sangat-sangat memerlukan komitmen. Sebagai wanita semasa di rumah tugas-tugas sebagai ibu dan isteri juga perlu diutamakan memandangkan anak-anak masih kecil.
    Saya sangat-sangat tidak percaya tugas guru membebankan memandangkan saya pernah juga menjadi guru sambilan satu ketika dahulu.Gaji guru semakin naik...namun gaji kami masih ditakuk yang sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba awak jsdi guru sekarang.hari ini saya pergi mengajar pagi pukul 12 bawa pjr pertandingan dserah sampai rmh pukul 7.30 dah azan magrib.blm kira dtg sek tiap hari jadi jurulatih.sabtu ahad pun pegi.org kerja pej sabtu ahad rilex.ptg 4.3o blk.ptg- ptg sembang dan buka face book.mintak tlg cari borang merungut byk kerja.siapa yg senggang ...siape yg terkangkang

      Padam
    2. Sokong! Tak kira lagi kena p kursus. Isnin-Jumaat, pagi mengajar. Petang latih budak. Jumaat petang hingga Ahad kena p kursus plak. Masa untuk keluarga?
      Tak kira lagi tugas perkeranian yg cikgu kena buat. Filing lagi. Macam sistem online lagi.
      Penjawat awam lain p kerja pagi petang dah balik. Cikgu plak p kerja pagi sampai subuh esoknya pun kerja tak setel lagi.
      Nak key in sistem online la, nak tanda buku lagi laa.
      Si mokhtar tu sekolah mana? Banyak waktu senggang dia.
      Mai sekolah aku tengok.
      Aku ni 30 waktu seminggu.
      Macam2 jawatan penting kat sekolah aku kena pegang. Kalo mokhtar kat tempat aku, mau dia terkangkang!

      Padam
    3. Assalam..
      En mokhtar..waktu saya mengajar 38 masa atau 1140 minit seminggu..tidak termasuk waktu ko-ko. Saya betul2 nak pindah ke Sabah kerana disana tidak banyak waktu masuk ke kelas. Sudikah En. Mokhtar tukar suka sama suka dengan saya?..

      Padam
  2. Telah Mokhtar tidak tepat...mungkin di sabah sana waktunya senggang sangat yek..tidak semua guru jadik jangan pukul rata katakan semua guru...
    16 waktu seminggu relaksnya tuan..kami 26 waktu bah...sekolah anda pulang jam berapa...sebutlah
    pastu siap cakap ada waktu senggang selepas mengajar...
    cakap tidak berpaksikan realiti. keadaan semasa..

    BalasPadam
  3. rupa2nya sikit je kerja cikgu nih..punya lah NUTP duk pompang2 ckp kerja cikgu banyak sgt..

    BalasPadam
  4. apa yang en. mokthar cakap 16 waktu seminggu tu mungkin utk guru penolong kanan je atau orang yang paling rapat dengan pihak pengurusan sekolah..... kalau guru biasa macam saya... 29 waktu seminggu.... ada juga rakan lain 30 waktu seminggu...pengurusan jadual waktu juga tidak betul.. 1 hari dalam seminggu, saya mengajar dari 7.30 - 1.00ptg...hnya rehat pada pukul 9.30-10.00 je.. saya tidak setuju sama sekali dengan ulasan en mokhtar...

    BalasPadam
  5. Apalah Cikgu Mokhtar ni, mengajar di Sabah boleh ler cakap macam tu.
    Silalah Cikgu Mokhtar datang ke Semenanjung, barulah Cikgu Mokhtar tahu masalahnya Cikgu di sini.
    Cikgu di Sabah, tambahan duduk di pendalaman, relekslah, kadang-kadang tak datang pun sekolah..........

    Apalah Cikgu Mokhtar ni, berfakta tak kena tempat.

    BalasPadam
  6. Betul Bodoh Cikgu Mokhtar ni...........

    Fakta yang tak boleh di pakai.

    Mengajar Di Sabah , boleh lah cakap...........

    Datanglah ke Semenanjung, baru tahu hal sebenarnya.

    BalasPadam
  7. bkn cikgu wat jualan lgsg jer tp join skim cpt kaya pon ada gak..pastu skim tu kne banned cikgu tanggung utang..pas2 mntak gaji naik sbb gaji x cukup nk byar utang..

    BalasPadam
  8. menunjukkan cikgu2 yg bagikomen nie bodoh2 gak.cakap cam org tak bertamadun..betul laaa cikgu kecoh lebih sikit kerja cakap byk kejer.

    BalasPadam
  9. Hang Jebat berkata:

    CIKGU SEKARANG LEBIH PENTINGKAN GAJI DARI KEIKLASAN MELAKSANAKAN TUGAS. MERUNGGUT BAGAIKAN MEREKA SEDANG MENYANGKUL DI TENGAH SAWAH DI BAWAH MENTARI YANG TERIK. DULU MASA GAJI CIKGU KECIL. TIDAK TIMBUL RUNGGUTAN CIKGU UNTUK DINAIKKAN GAJI. TAPI BILA PERDANA MENTERI BERUBAH, DAN UBAH TANGGA GAJI CIKGU. MULALAH BISING CIKGU-CIKGU TIDAK PUAS HATI MAHU GAJI MEREKA DINAIKKAN LEBIH TINGGI LAGI...INILAH CIKGU YANG TAK TAHU BERSYUKUR...KAKITANGAN AWAM LAIN YANG LEBIH BANYAK KERJA PUN, TAK DINAIKKAN GAJI WALAUPUN KOS SARA HIDUP SUDAH SEMAKIN TINGGI. ADA JUGA YANG MASUK JADI CIKGU NI TAK MINAT SEBENARNYA PADA MULANYA. TAPI OLEH KERANA TAK ADA KERJA YANG SESUAI DENGAN KELULUSAN, MEMANDANGKAN GAJI CIKGU SEKARANG TINGGI. BEREBUT-REBUTLAH NAK JADI CIKGU. BILA DAH DAPAT JADI CIKGU, MERUNGGUT LAH NAK MINTA NAIK GAJI LAGI.....PADAHAL DAHULUNYA SEORANG PENGANGGUR YANG SUKAR MENCARI KERJA...BERSYUKURLAH...KAKITANGAN AWAM YANG LAIN YANG MEMILIKI KELULUSAN TINGGI, ADA YANG TERPAKSA MENJAWAT JAWATAN KERANI DAN WALAUPUN LAMA BERKHIDMAT TERUTAMA DI DALAM BIDANG PENTADBIRAN,LAMBAT SANGAT NAIK PANGKAT, ITUPUN NAIK KE N22. TAK MACAM CIKGU, KALAU ADA KELULUSAN TINGGI DINAIKKAN GRED JAWATAN DAN GAJI.....SEDARLAH WAHAI CIKGU-CIKGU YANG TAK PUAS HATI DENGAN GAJI YANG ADA SEKARANG. JANGAN TUTUP REZEKI JAWATAN LAIN YANG TAK DIBERI PELUANG LANGSUNG UNTUK KENAIKKAN PANGKAT WALAUPUN TELAH MEMILIKI DIPLOMA DAN IJAZAH YANG BEKERJA DI GRED SOKONGAN 1 DAN 2...BUKAN BODAH TAPI TAK DIBERI PELUANG MENJAWAT JAWATAN YANG SETARAF DENGAN KELULUSAN.

    BalasPadam
  10. mungkin en moktar ni bernasib baik sbb mengajar di sabah..lg beruntung kalu dpt mangajar di sekolah pedalaman..
    kalu sekolah rendahnya ada yg xsampai pun 200 pelajar..
    memang rileks..masuk kelas ke tak takde sapa yg peduli..sbb PPD pun takut nak dtg sekolah dlam hutan..
    cikgu ble dtg lewat balik awal suka2 hati..
    aktiviti kokurikulum x berjalan..yg ada pun sukan tahunan setahun sekali..pengurusan kelas ntah kemana sbb kelas pun mcm kandang kambing..
    pengurusan panitia pun xde..
    buku lathan budak xpayah semak sbb ibubapa x amik peduli..
    tu serba sedikit senario pendidikan di sabah..
    bukan nak kondem..tp tu pengalaman sy selama 5 tahun disabah..
    jd ada betul la en mokhtar tu dia x berapa terbeban dgn tugas sbgai guru disabah..

    tp disemenanjung situasi jauh berbeza terutama di bandar besar..
    cikgu2 ckup terbeban..

    contoh diri sy..
    sy mengajar 25 waktu seminggu..
    ketua panitia add math..
    su peperiksaan SPM
    mengajar add math n fizik spm
    ketua rumah sukan..
    jurulatih bola baling sek & daerah
    pengadil bola baling daerah.
    guru unit beruniform kadet polis
    ketua guru kelab bola baling..
    SU PIBG..
    penyelaras tingkatan..

    jd adakah sy ni rileks mcm en. moktar?

    BalasPadam
  11. Dicadangkan guru-guru di semenanjung yg banyak merungut kerana mempunyai beban tugas yg banyak di hantar mengajar di pedalaman sabah & sarawak supaya mereka merasa tenang, releks dan tidak lagi merungut & mengeluh.....

    BalasPadam
  12. Dicadangkan guru-guru di semenanjung yg banyak merungut kerana mempunyai bebanan tugas yg banyak. Sila di hantar semula mengajar di pedalaman sabah & sarawak supaya mereka merasa tenang, releks dan tidak lagi tertekan, merungut & mengeluh... Okey? setuju cikgu2 semenanjung...

    BalasPadam
  13. Saya setuju sangat2 jika cikgu2 yang merungut dibebankan tugas atau gaji xcukup atau gaji kecil. Memang patut di hantar semula mengajar di pedalaman sabah & sarawak, lagi pun tanah sabah & sarawak luas berbanding semenanjung...padatkan lagi bilangan cikgu2 di situ, supaya mental mereka dapat kembali tenang semula, mungkin minda mereka dapat masuk oksigen lebih sikit dan tidak lagi tertekan, merungut atau mengeluh akibat bebanan kerja...

    BalasPadam
  14. Setuju, hantar sahaja guru2 yang merungut pasal kerja mereka dihantar ke pedalaman sabah/sarawak, kerja guru tidak terbeban, dpt elaun besar lagi, dpt tiket kapal terbang tiap2 tahun, silap hari bulan, menangis mahu balik, lebih rela kerja terbeban drp kerja tak terbeban untuk dihantar balik..hehehe

    BalasPadam
  15. Setuju...antar jer cikgu semenanjung yg ngade2x g bertugas di sabah..kt sane byk elaun n otak free sbb kje skit..

    BalasPadam
  16. salam. bercakap biarlah bersandarkan ilmu bukan emosi kenegerian. ramai guru semenanjng yang mahu berkhidmat di sabah dan Sarawak tetapi keadaan sekarang ramai guru2 semenanjung di panggil pulang kerana khidmat mereka amat diperlukan di Sabah.
    2) saya telah berkhidmat sebagai guru selama 15 tahun dan mengajar di 5 buah sekolah. setakat ini belum pernahlah saya dapat mengajar 16 waktu seminggu. saya anggap encik mokhtarni bukan seorang guru tetapi seseorang invidu yang menyamar sbgai guru untuk memfitnah dan memburukkan nama guru. ini kemungkinan sikap irihati dan dengki yang menebal dalam jiwanya. saya sebagai seorang gru amat mengenali tulisan seorang guru atau penipu. saya bercakap atas dasar fakta. guru yang mempnyai 16 waktu seminggu adalah guru displin, kaunseling, guru data, guru sumber dan pen. kanan. saya ambil contoh diri saya guru opsyen Matematik. saya mengajar Matematik 3 kelas (7 waktu x 3 kelas = 21 waktu). Pjk 1 kelas (2 waktu) KT 1 kelas (2waktu).jumlah 25 waktu. setiap hari selasa ada kelas tambahan Tahun 6 sehingga pukul 3 petang.setiap Rabu ada kokurikulum hingga pukul 3ptg. saya pegang jawatan penyelaras tahun 6, Ajk PIBG, penasihat pengakap, persatuan sains matematik, jurulatih bolasepak, setiap hari kena semak 60 buah buku latihan matematik murid. jika 20 soalan x 60=1200 soalan sehari saya perlu semak. kena buat program protem, kena headcount, buat soalan dan tanda soalan peperiksaan. setahun ada 2 peperiksaan besar dan 4 kali ujian.
    kena buat analisa mengurus majlis yang dianjurkan sekolah, menghadapi kerenah ibubapa dan murid-murid.saya minta tuan/puan fikir2kan dengan bijaksana betapa besarnya pengorbanan guru sehingga tuan/puan sanggup menghina dan memfitnah maruah pengorbanan seorang guru. jika begini sikap tuan/puan terus menghina para guru kemungkinan anak2 tuan/puan tiada keberkatan dalam P&P nya disebabkan sikap tan2 sendiri. kesimpulan mokhtar adalah penipu, pengkhianat dan bertaubatlah drp mejdi seorang yg suka buat fitnah.JADILAH SEORANG GURU SEJATI BARU ANDA TAHU TANGGUNGJAWAP DAN PERASAAN SEORANG GURU.WASALAM

    BalasPadam
  17. dari jam 0700pg - 2000ptg je....baru 7 jam kerja dah nak kecoh....belum tolak lagi brapa kelas dalam jadual 7 jam berkerja 1 hari ..klu 2 kelas dalam 7 jam berkerja bru 1 jam berkerja...6 jam lagi hadir kerja....belum dikira cuti sekolah...dalm setahun hampir 3 buln cuti sekolah..belum lagi tolak hari cuti umum ,sabtu dan ahad mingguan...nk buat kerja takwim sekolah pun 2 minggu nk buka sekolah bru kalut nk buat..bdk2 sekolah pun tau cikgu mengajar brapa jam dalm 7 jam berkerja...bab jualan lansung sebagai pendapatan tambahan tp jgn abaikan tanggungjawab sebagai pendidik generasi berilmu.....jika tugas diamanahkan dilakukan dengan ikhlas tidak akan timbul rasa beban kerja yang dipertanggnugjwbkan... ramai lg pa yang berkerja 12 jam,24 jam perlukan perhatian....tiada guru,tiada la pa..hidup guru

    BalasPadam
  18. Bagi memperolehi dan menganalisis data beban kerja, dicadangkan pihak Sekolah menggunakan PKPA Bil.3/1992. Sila rujuk kepada AG atau Akauntan masing2 untuk tindakan selanjutnya.

    BalasPadam
  19. Adat la tu, ada guru rilex,ada guru terbeban,ada polis relax,ada polis terbeban,ada jururawat rilek,ada jururawat beban..kebiasannya yg dibandar2 besar terbeban kerjanya,di luar2 bandar rilex sikit,maacam syq keje jururawat kat kl..keje byk sampai tak sempat nak duduk,kalo keje kat kg lenguh duduk sbb takde keje ..patutnya kerajaan bayar ikut produktiviti..bannyak customer byk le paynya

    BalasPadam
  20. sebagai seorang guru,saya sangat tidak bersetuju dengan en. mokhtar.Sepanjang saya mengajar purata waktu mengajar 3o
    seminggu.itu tugas mengajar rasmi,memang dalam sehari ada waktu rehatnya tapi waktu tersebut digunakan untuk mengganti guru yang sakit,bersalin dan sbgnya.Pada waktu ini juga guru perlu menyemak latihan murid,menyediakan ABM dan sebagainya.Tugas guru bukan hanya mengajar tapi terdapat lagi tugas lain selain dari mengajar di dalam kelas.Saya sebagai setiusaha PIBg,setiausaha LDP,setiausaha kelab guru,setiausaha 3k,setiausaha pengakap daerah,guru kelas,jurulatih sukan,guru pengakap,guru kelab Bi,AJk pemulihan,AJK prasekolah.Setiap jawatan yang saya senaraikan mempunyai tugas yang perlu saya siapkan.semua kerja perkeranian lain juga perlu dibuat oleh seorang guru seperti data SDM,headcount,analisa ujian,ujian bulanan,peperiksaan dan berbagai lagi.hanya guru yang memahami tugas guru.saya cuma ingin memperbetulkan pandangan orang tentang tugas guru.

    BalasPadam
  21. Yang Tidak pernah menjadi guru tu diamlah, Hanya Guru sahaja yang memahaminya.

    BalasPadam
  22. Berhenti sajalah kerja jadi guru nie, kerja dengan swasta rileks sikit...tak payah merungut dan mengeluh...kerja swasta nie dari pukul 9.00pagi sampai 9.00malam jer..cuti seminggu sekali saja sepanjang tahun...

    BalasPadam
  23. Guru..... sepatutnya membandingkan tugas mereka dengan pelbagai penjawat awan yang lain.
    Guru kerja setengah hari dan banyak cuti.
    Guru... memandangkan dalam kelompok yang besar mengharapkan sangat suakah orang ramai agar dinilai kerja mereka terlalu membebankan kehidupan kalangan guru.
    Guru....jangan ajar anak bangsa sekiranya tertekan dengan keadaan.
    Guru....berilah peluang pada mereka yang amat memerlukan kerja sekiranya tak henti2 menrunggut kerja membebankan.
    Guru....Guru..oh Guru.

    BalasPadam
  24. Guru berhenti kerja kalo tak iklas mengajar anak2 kami...
    Guru..baik jadi pengawal keselamatan saja.

    BalasPadam
  25. salam.pasal apa dengki dan irihati sangat dengan kerjaya guru. kalau rasa tugas guru ni senang dan banyak cuti kenapa tak mohon jd guru. berhenti kerja ofice mohon jdi guru.tak payahlah nak dengki mendengki.jaga kerja masing2.

    BalasPadam
  26. salam.sebab itu anak2 tak berjaya dari segi akademik & akhlak sebab tak ada keberkatan akibat sikap ibu bapa yang suka memburuk-burukkan guru.

    BalasPadam
  27. Betul tu Sihatkuat...........saya sebagai Bapa menyokong anda 100 %.

    BalasPadam
  28. saya guru: DG41
    penasihat kadet bomba (ketua)
    penasihat rumah sukan (ketua)
    Penasihat kelab jalan Raya (ketua)
    penasihat bola sepak (ketua)
    mengajar 25 waktu seminggu. ada
    mengajar ting3 dan 5
    kelas tambahan wajib mula jam 10mlm sampai kul 11..
    ada hari terpaksa balik rumah pukul 6 ptg dan wajib hadir sekolah balik pukul 10 mlm

    mmg ada guru terlibat bisnes tp dorang guru yang tiada beban dan sentiasa mengelak bila diberi tugas..

    Guru mcm saya adalah guru terbeban dan kementerian dan masyarakat perlu melihat perkara ini dengan adil. Jgn kerana 2 orang guru buat bisnes maka semua guru lain di sekolah itu di anggap "rileks". sebenarnya guru lain yang buat kerja mereka,,

    tq

    BalasPadam
  29. saya pernah mengajar di sabah.
    guru sana punch pukul 6.15 pg tapi pukul 7 ada yang dah "hilang". ada yang lepak kedai kopi, buat bisnes, dan ada yang lepak dekat kedai potong usha rims dan sparepart keta.jd guru sana x stress langsung.. kat semenanjung guru di tekan oleh PPD dan JPN yang mana rata2 nak naik pangkat jadi bos(mostly politic). kat sabah xde orang nak jadi bos.\ PS:5 tahun kerja sabah dalam 10 kali je mkn di kantin.area KK.. :)

    BalasPadam
  30. wahai Jebat..
    Dulu gaji murah barang murah..
    skrg Gaji mahal barang lagi mahal..

    Cuba kau bagi tahu aku satu penjawat awam ape yang gaji murah dengan Degree...ko jangan banding yang xde degree. aku bagi contoh satu je, elaun perumahan guru DG41 rm250
    elaun perumahan Sarjan Polis(spm je) RM 350.So itu belum di banding dengan Inspektor atau ASP (yg ada degree) guru jauh ketinggalan la.rumah sewa skrg ada ke rm250 especially dlm bandar? i dont think so bro. Masalah org ada degree kerja rendah ni masalah diri sendiri. amik course pelik2 masa kat U...yang mana JD cikgu pun bukan senang perjalanannya..nak aku cerita? skrg ni semua pakai no pin..beli di BSN duit lg,,dah la ngangur..krajaan pun nak duit jgak. KPLI pun klu tak 10 kali apply x dapat. klu ko anak Datuk len citer bro. Exam fail pun ada yang di panggil KPLI. nak aku cerita? xyah la ek sbb ko pun org cerdik i think .

    BalasPadam
  31. ada yang kerja 24 waktu satu hari,12 waktu sehari dan 8 waktu sehari...x kecoh pun...cikgu 25 waktu dalam 1 minggu...sebulan bru 100 waktu,satu tahun tolak cuti sekolah..900 waktu je mngajar..yang duk mengajar pendalaman lagi teruk untuk mendidik anak didik..naik bot,redah hutan,dan macam2 lagi risiko besar...masa pun mungkin lebih masa diperlukan untuk sampai ke lokasi...brapa ramai cikgu yang sanggup duk mengajar pendalaman?tgk nama naik kat pendalaman haruan biru muka...x sanggup.... kat bandr redah jem je...tu pun nak kecoh...hidup cikgu...

    BalasPadam
  32. cikgu boleh blah, hanya kami golongan PT yg sepatutnya diberi kenaikan greg 41, kerana kerja kami jauh lebih susah dan intelek, kerja keras di ofis sampai nk keluar makan pun x sempat. Kami sokong jika guru2 dikurangkan separuh dan keuntungan gaji mereka diberi pada PT N17 di sekolah. Kami berikrar menyokong BN jika tuntutan murni kami ini dipenuhi

    BalasPadam
  33. ni topik pasal beban kerja guru..bukan pasal guru minta nak gaji!!
    yang duk melalak ckp guru minta naik gaji tu apa..?baca dulu tajuk sebelum nak bg komen..

    memang ada guru yg rilex n ada guru yg terbeban dgn tugas..
    jd dakwaan mokhtar guru rileks x berapa tepat..
    beban tugas guru ni terbahagi kpd beberapa kategori:
    1. kawasan: kalu di bandar bsr dkt semenanjung ni minta maaf berniat nak jd cikgu sbb nak rileks..disabah ble la nak rileks...25 waktu tu hanya waktu mngajar(yg bkn cikgu x fhm)..tp masa kerja dr 7.30 hingga 2 ptg..3.50 hingga 5.30ptg utk aktiviti ko..jd berpa jam cikgu kerja sehari?

    2. guru baru/guru lama: bg guru lama dh otai2 agak rileks..x berapa terbeban sgt..sbb dah tepu n pentadbir x berapa brani nak bg byk tugas..tp bg cikgu2 yg baru..mereka lah yg terbeban..byk kerja..penyapu baru la katakan..

    3. tugas2 bukan mengajar:..nilah yg menjadi beban guru sebenarnya..
    sdkit contoh:..jd jurulatih sukan, jurulatih drama,koir,dikir brt,mcm2 la..
    buat garisan trek padang msa sukan..tukang fotostat soalan periksa. tukang kejar budk2 pnjat ponteng sekolah..

    jd yg x jd cikgu takkan faham tugas guru..kalu x puas hati jgk cuba la minta jd guru..3 bulan pun cukup..gi sek, jd cikgu n alami sndiri pengalaman jd cikgu..

    psst:..kalau nak anak kita berjaya..berterimakasih lah pd cikgu..ckup sekadar tidak mencela & mengata cikgu2 anak anda..tuhan tu Satu..Dia byr Cash utk ibubapa yg suka cri pasal dgn cikgu..x percaya..tgk sekeliling anda

    BalasPadam
  34. cikgu la satu2 PA di malaysia ni golongan gred 41(pengurusan & profesional)..tetapi kerjanya x profesional..

    lebih tepat lg golongan kerja caca merba..

    BalasPadam
  35. Woi mokhtar mu kena masuk tanjung rambutan le. Mai tengok mkat semenanjung rata2 25 waktu hinngga 32. Aku tau la kat sabah dipedalaman x ngaja pun tak apa. Budak2 ada 5-10org sekelas. mampussss pi

    BalasPadam
  36. Sebelum menjadi guru, saya kerja pejabat, dari pagi sampai petang kerja sama aje setiap hari. cukup masa, boleh balik dan buat kerja lain atau lepak sampai lewat malam. Saya mohon jadi guru kerana tengok kerja cikgu senang, cuti panjang, boleh cuti lama-lama. Setelah menjadi guru, rupa-rupa kerja guru lebih teruk dari kerja di pejabat kerajaan yang lain. Bagi yang kata kerja guru senang, saya cabar anda mohon dan jadi cikgu. Saya yakin belum sampai sebulan pasti cabut lari. Kalau setakat guru sandaran, tidaklah saya heran sebab pihak pengurusan tak nak bagi tanggungjawab berat. Sebab tu ada yang cakap pernah jadi guru dan kerja senang. Rindu nak balik kerja ofis. Enggak rela jadi guru lagi...... hi, hi

    BalasPadam
  37. Sebelum menjadi guru, saya kerja pejabat, dari pagi sampai petang kerja sama aje setiap hari. cukup masa, boleh balik dan buat kerja lain atau lepak sampai lewat malam. Saya mohon jadi guru kerana tengok kerja cikgu senang, cuti panjang, boleh cuti lama-lama. Setelah menjadi guru, rupa-rupa kerja guru lebih teruk dari kerja di pejabat kerajaan yang lain. Bagi yang kata kerja guru senang, saya cabar anda mohon dan jadi cikgu. Saya yakin belum sampai sebulan pasti cabut lari. Kalau setakat guru sandaran, tidaklah saya heran sebab pihak pengurusan tak nak bagi tanggungjawab berat. Sebab tu ada yang cakap pernah jadi guru dan kerja senang. Rindu nak balik kerja ofis. Enggak rela jadi guru lagi...... hi, hi

    BalasPadam
  38. Percayalah bahawa 1 waktu mengajar dalam kelas = 1 hari bekerja bagi penjawat awam yang lain.

    BalasPadam
  39. samad ex-N11 ...ko memang beruk mak yeh la. dah belajar bodoh tak masuk U nak gaji mahal.. kerana ada plajar bodoh cam ko la cikgu pening...

    BalasPadam
  40. salam. sebabtulah zaman skolah dulu belajo rajin2...bila beso boleh mintak jd cikgu.

    BalasPadam
  41. Assalamualaikum..,

    Saya guru baru 1 tahun mengajar...
    Yg pertama perbetulkan IMAN..!!
    bg yg berkata negatif terhadap GURU.., Biarlah...!!! kerana anak2 mereka akan pergi ke sekolah.. InsyaALLAH mudah - mudahan ALLAH membalas kenyataan mereka. BUKAN MUDAH KERJA GURU..!!

    Saya nk debatkan pun x berguna, kerana mereka bukan di SITUASI GURU. Sebab tur mereka menanggap kerja guru mudah.. jadi kepada Guru - guru semua x payah layan kenyataan org x tahu ni.. Buang masa Cikgu jer.. mereka ni x faham pun.. tahu mengata jer... KALAU berani datang JUMPA saya d Johor saya senarai tugas saya,dan saya nak penjawat awam lain yg byk komen tur buat keja saya.. Sbb GB & GPK1 kat sekolah saya dah jadikan saya KAmbing Hitam..!!! kerja2 mereka saya kena buat.. nak saya senaraikan.. x payahla erk..
    nnt org yg x faham bahasa ni mengata plak GURU x IKHLAS...
    aku nak tanya..Gaji besar tapi 95% keja dia org lain buat...duit gaji tur Halal x..? jadi guru yg kena buat keja org td ikhlas ke x..? keja guru td sapa yg nak wat...

    dan jika mereka menganggap kerja guru ini semudah yg mereka kata.. datanglah ganti saya jadi cikgu..saya ganti kerja awak..!!!

    saya major PSV & minor Music
    tetapi di sekolah saya mengajar
    BM termasuk linus..
    32 waktu seminggu

    Jawatan saya yg diberikan oleh GB & GPK1 :
    pentaksir PJK KSSR
    penasihat kelab guru
    " kelab komputer
    " bola sepak
    " pengakap
    s/u sukan termasuk menjadi jurulatih semua permainan
    s/u PIBG
    s/u SKPM
    Penyelaras kajian tindakan.
    Guru ICT
    Penyelaras makmal komputer
    penyelaras jadual waktu guru
    AJK transisi
    Penyelaras bilik Akses
    Penyelaras buku skrap
    Guru panatia

    yg lain jawatan kecil dah x ingt...
    kalau penjawat lain nak rasa keja saya datanglah...

    1 minggu cuti saya duk sekolah tolong mangsa banjir.. tidor kat sekolah sekali..
    JADI GURU BANYAK CUTI KER...?
    cuti 4 minggu saya bertugas 3 minggu...
    JADI GURU BANYAK CUTI KER...?
    saya pernah tido sekolah siapkan kerja.. PEnjawat awam lain ada yang tidor kat tempat keja ker...??
    saya ada kelas tambahan malam. jam 8 - 10 mlm.JADI ADAKAH GURU BEKERJA dari JAM 7 pagi sampai 1:30 ptg saja.?


    2:30 ptg latih budak sukan dan hantar budak sukan bagi peringkat zon,bahagian dan negeri...
    sampai rumah kul 6 petang..
    waktu begini rasanya saya buat apa..? kemaskini data dan fail peribadi dan kerja sekolah pas tu siap2 nak g masjid...

    PENJAWAT AWAM LAIN MCM NI KER KERJA DORANG
    ...

    JADI ADAKAH GURU BEKERJA dari JAM 7 pagi sampai 1:30 ptg saja.?

    saya tidor setiap hari jam 1 - 2 pagi sbb nak wat persediaan mengajar tuk esok..dan periksa buku budak ada 2 buku latihan aktiviti BM darab dengan 62 org murid ( 2 kelas )
    tambah 4 buku latihan (tatabahasa, kefahaman, penulisan & tulisan berangkai) darab dengan 62 orang murid ( 2 kelas)

    JADI ADAKAH GURU BEKERJA dari JAM 7 pagi sampai 1:30 ptg saja..?

    dah x larat nak senarai bidang kerja ngan aktivit harian..ada x cikgu lain yg bole sambungkan...nak terangkan kat ORG yg x tahu kerja cikgu ni ngan PENJAWAT AWAM YG duk sibuk mengata kat artikel atas tur...

    Berani datangla tolong saya wat kerja...!!!!!
    Siapa kata guru x berpanas terik, x berhujan..

    GURU PENAT DARI SEGI MENTAL & FIZIKAL..sesetengah pekerjaan lain penat fizikal jer...

    Yang benar HG Jebat yg MALANG...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aikk. Kawan mengamuk kerana dibuli guru lain. Setahun jagung la katakan.

      Padam
  42. Guru perlu menyediakan Persediaan mengajar dan menyediakan alat bantu mengajar + rehat yang secukupnya untuk mengajar dengan berkesan. Guru sekarang buat kerja kerani sampai berhari-hari sehingga penat dan masuk kelas tanpa persediaan yang mantap. Apa jadi dengan tugas hakiki guru? Ibu bapa@penjawat awam nak apa? Cikgu yang dikatakan malas(Kerana buat kerja pekeranian) penat dan tak dapat deliver apa yang sepatutnya kepada murid/pelajar atau guru yang cukup persediaan/ rehat dan mengajar dengan cemerlang. Cuba fikir u nak cikgu mana????? Kami sebagai guru nak sangat mengajar dgn sesempurna yang boleh, tetapi sering diganggu dengan aktiviti @tugas pekeranian dan entah apa-apa yang pelik-pelik datang dari PPD.

    BalasPadam
  43. saya mewakili seluruh PT Persekutuan amat cintakan negara dan BN. elok BN jgn layan guru, sebab guru byk x mahu masuk UMNO, kami lain2 PA sokongan amat kesal kerana x lagi dinaikkan ke gred 41, patut lah kuta bahagian saya beritahu guru2 semua x boleh diharap, kerja amat senang, takat masuk dlm kelas ajar ABC kami juga boleh. Jgn layan guru sehiungga semua mereka tunduk pada UMNO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenyataan org xcerdik.. smpi ni pn politik..

      Padam
    2. Orang bodoh yang memfitnah guru..

      Padam
  44. Ada sesiapa yang nak beli tudung ke, insuran ke, kain ke, sila berhubung dengan:

    CIKGU MOKTAR
    SABAH
    (Cikgu paling rileks di Malaysia)

    BalasPadam
  45. Sanapi mohonlah jadi cikgu dulu baru tahu. Ajar anak seorang di rumah dah tak larat. inikan nak ajar sampai 30 -40 orang. Pergi sekolah jangan tengok diluar bilik darjah. joinlah sama dalam sehari barulah paham kerja cikgu. Tolong semak buku ke, taip malumat murid, iringi guru bawa pelajar ke, tolong kontrol murid bermasalah barulah boleh komen senang atau susah.

    BalasPadam
  46. kepada Senapi.mike ingat nak naik Dg41 tu macam naik tangga ke.mike ingat nak dapat Ijazahtu freeke?mike ingat nak dapat DG41 dok rumah tonton TV & tidurjeke. Tiada sesiapapn yang larang mike nak naik DG41. tapi kenalah pi sambung belajar. jgn dok nak ampuje. mike ingat dengan dok ampu mike boleh dapat DG41ke. boleh blah bolehla. teman nak bgtau mike, cikgu2 yang dari DG29 naik DG41 sanggup korban masa, wang ringgit, gaji separuh, tinggal keluarga. dah tamat bukan terus dapat naik DG 41, tunggu setahun dua baru dapat.bukan dok ampu baru dapat DG41.

    BalasPadam
  47. GURU SEKARANG NI MERASA TERBEBAN KERANA SEGELINTIR YANG MENGATAKAN BEGITU DISEBABKAN TIDAK IKHLAS MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB WALAUPUN GAJI CIKGU TELAH DINAIKKAN OLEH KERAJAAN DAN BERBAGAI LAGI INSENTIF LAIN BAGI CIKGU YANG CEMERLANG...
    MANA ADA KERJA YANG SENANG TAPI DIBAYAR GAJI TINGGI. SEMUA PUN DIUKUR DENGAN BEBAN TUGAS. SAYA HAIRAN GURU-GURU SEKARANG NI ASYIK MERUNGGUT SAJA WALAUPUN KERAJAAN TELAH PERIHATIN MENAIKKAN GAJI GURU DAN MEMBERI PELBAGAI INSENTIF KEPADA MEREKA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN DAHULU DI MANA GAJI CIKGU KECIK SAJA.....KALAU RASA TERBEBAN, KENAPA TAK BERHENTI KERJA SAJA....KAKITANGAN AWAM LAIN PUN TERBEBAN DENGAN TUGAS JUGA, TAPI TAK LAH MERUNGGUT WALAUPUN GAJI YANG DITAWARKAN SEDIKIT DAN ADA YANG DIBAWAH GARIS KEMISKINAN...CUMA BERPADANANLAH DENGAN TAHAP GAJI DENGAN BEBAN TUGAS YAND DIPIKUL CIKGU-CIKGU OII....ITU PUN TAK BERSYUKUR....

    BalasPadam
  48. Tolong jelas dlm isu beban kerja. Guru2 bukan merungut pasal tugas hakiki. Seronok masuk kelas mengajar ni (percayalah). Tapi kami terbeban dengan tugas yang TIDAK HAKIKI.

    BalasPadam
  49. cikgu yang tak efektif je yang merungut pasal kerja yg tak hakiki.. kerja boleh siap satu jam jadi 3- 5 jam. cikgu kan memang byk cakap tapi kerja tak jalan lepas tu complaint kerja banyak.. alaa majoriti cikgu mmg macam tu la.. kalau pandai sgt tak kan jadi cikgu ye tak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo tak kerana cikgu, ko pun bodoh jugak. Tak reti baca tulis kira semua.

      Padam
  50. kalau tak pandai tak boleh jd cikgu tau. kalau takde ijazah jangan mimpi nak jadi cikgu.korang dok hina, dok kutuk cikgu sedangkan cikgulah yang mendidik tuan/puan jadi manusia yang didik anak2 tuan/puan jdi orang yang berguna insyaAllah tunggulah balasan Allah.anak-anak mereka yang dok mengutuk cikgu takde keberkatan dlm pengajiannya.umpama tok guru yang mengajar kita mengaji, tok gru yang dok mengajar anak-anak kita mengaji tapi kita kutuk dan hina tok guru tersebut. jgn dok hasad dengki dgn kerjaya guru.kalau rasa kerja jd cikgu senang setakat ajar ABC je berhenti kerja minta jd cikgu.

    BalasPadam
  51. kami seluruh kakikangan awam lain x pernah pun merungut (walaupun dalam blog ni dan paper 90% yg kaki merungut adalah bukan guru).

    Kami amat dengki dan jaki melihat gaji guru, kami juga mahu gaji tinggi walau PMR/SPM kami gred pun x bagus langsung, x layak masuk U pun

    Kami yakin tanpa guru, anak kami juga akan berjaya (walaupun mana2 sekolah yg x cukup cikgu, prestasi muridnya mmg mcm haram jadah)

    BalasPadam
  52. Murid sayang guru berkata:
    pekerjaan guru adalah pekerja yang paling mulia di atas muka bumi ni....tanpa guru korang langsung tak pandai nak menulis dan bagi komen dkt sini.....berkat kesabaran gurulah macam2 korang boleh taip dkt sini.....bukannya korang beranak2 terus boleh membaca,menulis dan mengira,jadi jangan la pertikai rezeki yang diorg dapat.diorg mmg layak dapat gaji macam tu...jika diorg tak halalkan ilmu yang diorg bagi or mengajar tu bodo sampai ke tua la kita....so?berfikir dulu sebelum berkata.

    ingat!salah satu pahala yang masih berjalan walaupun seseorang tu telah meninggal dunia ialah apa???...."ilmu yang bermanfaat"

    wallahu'alam...

    sayangilah guru anda tanpa mereka siapalah anda dan anak2 anda.

    BalasPadam
  53. Sebenarnya guru mmg x banyak beban kerja...namun dalam sebuah sekolah...hanya sesetengah guru sahaja yang dilambakkan dengan kerja yang banyak...tambahan pula kalo guru tersebut terlalu rajin...tetapi kerja2 tersebut hanya mengikut musim...cthnya ms peperiksaan...masa sukan sekolah...dn lain2 lg...ps masa lain...guru2 hanya rilex sahaja...namun menguruskan pelajar adalah sangat memenatkan...namun bagi guru sepatutnya kami ini merasakan itu adalah cabaran dalam mendidik anak2 supaya pandai dalam subjek yang mereka ajar...dan lg 1 guru2 seperti sy disabah ini smpai hampir ke 28 waktu seminggu...kerana tidak cukup guru...itu sahaja dr aku....

    BalasPadam
  54. kebanyakkan ulasan yg diberikan oleh para cikgu ni bersifat stereo type dan mementingkan diri sendiri tanpa analisis yang menyeluruh dan lengkap. cthnya: guru panitia, guru kadet, guru data dll. ia lebih kepada persepsi yang kurang tepat. Saya cadangkan para cikgu ni diberi pengetahuan berkenaan bidang tugas penjawat awam yang lain. cuba cikgu ni pegi buat lawatan ke jabatan2 atau kementerian2 lain.jgn hanya tenggelam dlm tempurung "beban tugas" mereka saje. baru mereka tau apa yang digelar beban tugas.

    BalasPadam
  55. lantaklah...malas saya nak ikut benda-benda macam ni..baik masuk kelas ngajar..sebab kalu kita duk fikir2 sangat pun, ia tak mengubah apa2...kita tetap terbeban bagi yang terbeban, rileks bg yang boleh rileks...
    kita orang bahawan ni jadi mainan dan di susahkan orang atasan yang hanya tahu mengarah...

    BalasPadam
  56. tu cerita psl beban tugas penjawat awam je. bagaimana dgn beban tugas kakitangan swasta. mereka ni tidak berbakti n menyumbang kepada negara ke? mereka x byr cukai ke? gaji mereka terlalu tinggi ke? kerje mereka releks ke? kedudukan mereka secure sgt ke di syarikat mereka ? nak muntah dah dengar psl beban tugas guru kononnya kene buat kerje kerani la, guru tingkatan la, guru sukan la. xde modal lain ke. mcm la thrill sgt tugas tu. bersyukurlaaah. wahai cikgu...lu pikir la sendiri.

    BalasPadam
  57. negara kita nak menuju negara maju 2020. (tinggal 11 tahun). Kalau di negara maju, guru dia diswastakan. Guru yang rajin dan kreatif sahaja mendapat tempat. Amacam setuju tak kita mulakan tahun ini?

    BalasPadam
  58. 11 tahun tukar dah...jadi 9 tahun..

    BalasPadam
  59. saya menjawat jawatan guru nie dah masuk 10 tahun...tahun 1-3 : memang ikut GB je..tahun 4 ke atas dah mula buat bisnes dengan murid2 jual nota fotostat..markup rm1 untung...kalau 150 murid..RM150 untung...kalau 10 siri plak darabla 150x10=1500 sebulan dapat...bole juge bayar stream sebiji...masuk kelas edar nota jer...1/2jam lepas tu rehat kat bilik pot pet pot pet (bilik guru ler)

    BalasPadam
  60. hai cikgu balik kul 1.00ptg pun beban kerja ke kalau nak beranak saja je pilih waktu yang akan bersambung dgn cuti sekolah. kami penjawat awam cuti cuma cuti umum je tapi guru cuti sekolah berbulan tak cukup releks ke. kenapa murid sekolah sekarang banyak yang tak tahu membaca dan berbahasa inggeris sebab cikgu kata lantak la bukan anak aku dia nak pandai ke tidak dia punya pasal. kenapa le kerajaan ni naikkan gaji cikgu keje kurang hasilnye pun kurang.

    BalasPadam
  61. wahai guru-guru.teruskan tugas murni kita.jgn dok layan dengan puak2 yang dengki dengan kumpulan guru buang masaje. Allah bersama orang-orang yang benar. pahala seorang guru amat besar dan berterusan hingga kiamat.

    BalasPadam
  62. wahai guru2 budiman, jgnlah merasa diri anda sahaja yg bekerja mndapat pahala besar dan berterusan hingga kiamat. pastu anda saje yg mnjadi lilin membakar diri. itu adalah kenyataan golongan yg dangkal dan cetek fikiran serta miskin ilmu pengetahuan. masalah "kononnya" beban tugas guru ni berpunca drp pengurus2 sekolah yg kurang cekap di mana mereka mengamalkan prinsip pareto secara negatif. iaitu hanya memilih 20% individu sahaja utk melaksanakan 80% tugasan.mmmm... cikgu tau ke prinsip pareto ni. hehehe jgn mare aaaa. ada betol ka wahai cikgu. baki jumlah individu yg lain dibiarkan hanya utk melaksana kerja2 hakiki menyebabkan mereka naik lemak tepu dgn mula memasukkan kerja sambilan sbgai tugas hakiki spt agen insurans yg berjaya, agen MLM, agen bookstore dll.

    BalasPadam
  63. wahai guru2 budiman, jgnlah merasa diri anda sahaja yg bekerja mndapat pahala besar dan berterusan hingga kiamat. pastu anda saje yg mnjadi lilin membakar diri. itu adalah kenyataan golongan yg dangkal dan cetek fikiran serta miskin ilmu pengetahuan. masalah "kononnya" beban tugas guru ni berpunca drp pengurus2 sekolah yg kurang cekap di mana mereka mengamalkan prinsip pareto secara negatif. iaitu hanya memilih 20% individu sahaja utk melaksanakan 80% tugasan.mmmm... cikgu tau ke prinsip pareto ni. hehehe jgn mare aaaa. ada betol ka wahai cikgu. baki jumlah individu yg lain dibiarkan hanya utk melaksana kerja2 hakiki menyebabkan mereka naik lemak tepu dgn mula memasukkan kerja sambilan sbgai tugas hakiki spt agen insurans yg berjaya, agen MLM, agen bookstore dll.

    BalasPadam
  64. hanya yang mempunyai sifat iri hati yang berfikiran dangkal dan keji.berapa kerat guru yang terlibat dengan agen insuran dan lain2 bisnes. tak sampai 1%pn. jgn cakap mcm tin kosong.setiap tuduhan mesti ada fakta. buat bisnes bkn guru shj tetapi semua jabatan awam ada terlibat dengan bisnes malahan lebih ramai dari guru.

    BalasPadam
  65. beban tugas cikgu tak berat mana.saya nie cikgu jugak.....banyak rehat adalah...janganlah nak kelentong orang ramai menyatakan kita nie bebanan berat sesangat...
    KEPADA cikgu yang asyik mengeluh beban banyak...SAYA ADA BERITA BAIK..SILA ISI BORANG BERHENTI DARI PROFESIONAL PERGURUAN. Bagi peluang kepada golongan MUDA yang berkobar-kobar memohon jawatan CIKGU.

    BalasPadam
  66. mikeni mesti cikgu yang bermasalah.sebabtu banyak rehat.biasanya cikgu yang bermasalahje banyak rehat.teman nasihatkan mikelah isi borang.tak payah dok seru orang lain.

    BalasPadam
  67. Saya teramat malu dengan kenyataan Mokthar ni..sy yg bertugas di kawasan pedalaman yang kena jalan kaki masuk sekolah ni pun sibuk sampai ke malam, kerja tidak habis. bagus awak datang tolong kami mengajar di sini.. Guru Besar sy pun terpaksa pegang 20 waktu..guru2 lain pun ada yg 35 waktu..masa sy praktikal di sk. pekan keningau dulu pun ada cikgu yang sampai 42 waktu seminggu..lantaran tidak cukup guru murid lebih 1000..satu darjah beberapa buah kelas dan dua sesi..saya rasa mokhtar ni bukan cikgu tau..tetapi suka memerhati guru2 yang nampak happy memanjang..bukan tidak ada kerja tu..guru mana suka bagitau semua org yg dia sedang buat kerja..sbb guru memang ikhlas mengajar dan buat kerja..lainla guru semberono tu..

    seperkara lagi..katakan gaji guru sekarang tinggi,sy memang dapat elaun pedalaman..tapi kos perjalanan kami juga tinggi..kemudahan P&P selalunya disediakan guru masing2, kdg2 tu kesian anak murid buku latihan dah habis..ibu bapa tak mampu beli, kami belikan, sumbangan ikhlas tak seberapa..gaji sendiri bukan seorang2 guna..silap2 lupa asingkan duit tabung..kereta pula, terpaksa kereta fuel 4X4..klu tidak, mcm mana masuk sekolah.. separuh tanah merah yang jauh..kemudian naik perahu atau jalan kaki, kos tinggi oi..sy fikir kenyataan mokthar ni tidak berasas dan seakan2 mempersenda-sendakan profesion keguruan..hatiku terguris.

    BalasPadam
  68. ada ulasan yang sy tidak setuju ni..kununnya guru tidak mau didik anak murid dgn sungguh2..tapi kan..cuba tanya pengalaman guru utk mengesan sejauh mna ibu bapa betul2 prihatin dgn hasil kerja anak2 dia..pernahkah ibu bapa tolong anak2nya membuat pembetulan pd jawapan yg kurang tepat? pengalaman sy, kadang2 kesilapan murid pada benda yg sama boleh dikatakan berulang sehingga lima kali dan lima kali juga la diminta membuat pembetulan dengan contoh cara menyelesaikan masalah..sy kreatif sikit..sy letak tanda dimana ibu bapa membuat ulasan hasil kerja anak mereka.sy minta feedback daripada ibu bapa, siap pesan dengan anak2 mereka, satu tahun pun tiada yg buat komen, malah pembetulan yg perlu dibuat anak2 diorg tidak diberi perhatian walaupun dlam mesyuarat PIBG disuarakan hal ini..apabila result peperiksaan akhir keluar, prestasi anak2 rendah dan tidak akan mendapat anugerah, tuduh cikgu tidak pandai mengajar pula..mana kerjasama ibu bapa..tidak tau la guru yg duduk di bandar kan..tapi sy yg duduk di kawasan hutan simpan ni..buat ABM dan BBM manual ni nda la siap dlm satu hari bagi semua kelas..sbb banyak kerja lain yang perlu disiapkan..tidak pasti dengan sekolah lain tetapi sekolah sy ni, buka ja sesi persekolah, terus pembentangan takwim perlaksanaan strategi panitia sepanjang tahun, KOKUM, NILAM, LINUS, semua unit2 dan semua bidang la termasuk keceriaan sekolah..setiap masa itu diisi dengan aktiviti murid malah terdapat sesi pembelajaran kendiri terkawal murid 3 kali seminggu pada waktu malam di sekolah..biasa lah kampung ni black out 365 hari setahun..genset sekolah la jadi harapan..beban tu memang rasa terbeban tetapi bila fikirkan secara positif..hati masih tabah menghadapi cabaran ini..walapun usaha ini hanya dipandang sebelah mata..tapi bagi kami di sini..inilah sumbangan kami kepada modal insan negara dengan harapan, kawasan ini dapat dibangunkan pada suatu ketika nanti dengan berdirinya pejuang pembangunan di kalangan mereka sendiri..kami hanya menjana idea dan ilmu kreatif kepada mereka.. setiap tahun prestasi pencapaian akademik di sekolah ini meningkat malah tahun lalu telah melebihi KPI yang disasarkan oleh PPD dan JPN.. mereka yg membandingkan kerja guru dgn pekerjaan dgn swasta, tolong hentikan..sy juga pernah kerja dgn swasta..swasta yes..majikan memang mau keuntungan jadi banyak perkara yang dibuat dan kdg2 tidak masuk akal sehingga pekerja stress..sekolah pla mementingkan kualiti dan pada masa yg sama berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan (ibu bapa)..stress juga namanya..polisi kerja kita memang berbeza dan budaya kerja kita memang berbeza cuma strategi kita berkerja mungkin ada persamaannya dan matlamat juga mungkin ada persamaannya..dari diri sendiri juga tu..swasta + Gov = imej negara..

    BalasPadam
  69. Moktar ni kata 1 waktu 30 minit? Dia ni cikgu betul ka? Mcm dia cerita kisah kawan dia je.. Saya mengajar di Sabah, tp tak la mengalami situasi mcm dia ni.. wktu sklh pn ckup2 8 jam sehari.. Dia kata purata mengajar guru 16 waktu sminggu, mustahil! ada cg mengajar sampai 42 waktu lg!

    BalasPadam
  70. sy mengajar 42 waktu!hey mokhtar,hang jgnlah nak buat cerita pulak ye.klu lah hang ada anak.pasti anak hang pun kurang ajar dgn guru mcm hang ni.klu dah tak layak nak jd cikgu,jgn hina kerjaya yg mulia ini.

    BalasPadam
  71. Saya pernah jd guru swasta,dan skrg kerja di sk (gov)..mana pun kita berada,sebagai guru amanah tetap dipikul.apa org lain nak kata,biarlah...biar hati mereka sakit...dan akhirnya hati akan membusuk.biarkan mereka.yg penting tugas kita,jalankan dgn bertanggungjawab.segala bebanan hanya guru2 yg tahu..jgn merungut...nawaitu agar anak didik berjaya dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  72. Salam..
    sy salah seorang bakal guru yg mmg sejak kecil bercita2 nak jadi guru..tapi lepas baca komen2 di page ni, rasa seram sejuk pun ada..mmg sebenarnya para pensyarah sy dah ramai yg pesan, kami perlu kuat mentally and physically sebelum masuk alam guru sbb tugas guru zaman skrg jauh lebih hebat berbanding zaman dulu..mereka pun pernah menyandang jawatan guru sekolah sebelum jadi pensyarah di sini dan dari pengalaman bertahun-tahun itulah yg membolehkan mereka berkongsi dgn kami sebagai salah satu motivasi awal untuk kami sebelum melangkah ke alam realiti sbg guru..

    namun, pada pandangan peribadi sy, tak semua guru dibebankan dgn tugas yg sama kerana perkara ni dipengaruhi oleh pelbagai aspek (komen2 di atas sudah jelas menerangkan aspek2 tersebut)..oleh sbb itu, ada guru yg rasa sgt terbeban dgn tugas manakala segelintir yg lain tak pernah menghadapi situasi tersebut..

    jd, di sini sy nak tekankan, tak perlulah kita nak bertegang urat sesama kita rakyat Malaysia kerana masing2 punya tanggungjawab, matlamat hidup dan juga ketulusan hati yang tersendiri..jika kita fikir semula, ianya berbalik pada diri kita sendiri iaitu sejauh mana kita melaksanakan tugas yg diletakkan di atas bahu kita..mungkin sy bukanlah ustaz atau ustazah yg lebih layak menasihati tp apalah salahnya jika kita serahkan semua di tgn Tuhan..Dia Maha Mengetahui dan ketulusan dan keikhlasan kita akan dibalas dgn seelok-elok dan semulia-mulia ganjaran di akhirat yg kekal abadi..

    Jd, anggaplah ini semua sebagai titik tolak untuk menguji kesabaran kita .. =)

    BalasPadam
  73. Cikgu ini mengajar di mana, Sabah kan, Cuba datang ke Negeri Johor, Belum cuba belum tahu. Jangan suka memberi komen yang tidak berasas. Jangan lupa, datang ke dini mengajar budak-budak di kelas belakang, tak rasa tak tahu. Kalau pandai mengajar, datang Johor Bahru, Kalau boleh jadikan budak-budak yang saya cakap ini cemerlang Matematik dan Bahasa Inggeris, Tahniah PPD Johor Bahru Dan JPN amat memerlukan tenaga pengajar seperti ini.

    BalasPadam
  74. satu je saya nk ckap..hnya guru sahaja yg tau beban mjadi seorg guru..kita sbg guru xpyahla pnat2 btekak dgn diorg yg bkn guru,smpai mati diorg xkn paham...

    BalasPadam
  75. Trimakasih memanda menteri najib dan memanda menteri muhyidin kerana menaikkan gaji kami sebanyak rm 11 ribu 3 ratus, empat puluh lima ringgit dan sen empat puluh kepada 400 ribu kakitangan pendidik....lepas nie bolela kami plan nak buat apa2tentang kenaikan gaji tu....tlg war2 pada satu dunia tentang berita gembira ini....lepas ni ramai la para pendeta kat skolah....cikgu la satu2 PA di malaysia ni golongan gred 41(pengurusan & profesional)..tetapi kerjanya x profesional..

    lebih tepat lg golongan kerja caca merba.. guru senior dga32

    BalasPadam
  76. wahai jebat... memang tugas guru itu ikhlas. Tanggujawab kami sebagai guru usah di pertikaikan. Sebodoh dan sepandai mana pun anak anda di sekolah tanggungjawab kami tetap berjalan dan kami faham amanah yang di pertanggungjawabkan. ini berkaitan kebajikan guru, x salah kalau kami mintak untuk kebaikan kami sendiri. adakah maksud ikhlas itu hanya duduk diam sahaja dan senyum.Kepada cikgu mokhtar...anda nampak sangat seorang guru yang berehat sepanjang masa....seronok jadi cikgu kalau macam tue. Kerja guru bukanah mudah seperti yang di sangka-sangkakan. Anda tidak berada di tempat yang sebenarnya. Perkataan ikhlas tidak perlu di kaitkan dengan gaji kami. Tetapi kami maju kenajikan kami di jaga. Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  77. saya 5tahun ngajar kt sabah...suasananya mmg relax utk kebanyakkan sekolah kecuali sekolah cina. majoriti guru2 nya malas masuk kelas , pentadbiran teruk , ajar budak2 pun main hentam je tu yg ramai budak tak kuasai 3m sampai masuk sekolah menengah. klau ppd keningau lg teruk balik2 ada kutipan duit dari hari guru zon , hari guru daerah , msssm , msskp dan macam2 lagi derma..itu semua utk duit poket pihak atasan..klau xde peruntukan baik jgn buat program...jgn sebenarnya ada peruntukan tp masuk poket big boss n akhirnya kutipan derma pun dijalankan ..ingat gaji kita 10ribu ke..

    BalasPadam
  78. saya juga seorang guru baru..sblum jd guru saya rasakan guru boleh rileks, kerja sekerat hari..tapi tidak sbnarnya..ditambah pula dengan pelajar sekolah zaman sekarang, kerja guru jadi lebih rumit..tersangat sukar hendak mengawal keadaan pelajar..cabaran bertambah apabila guru dibebani dengan tugas2 lain, dihantar kursus ke sana ke mari hingga mengabaikan p&p..sememangnya hendak menjadi seorang guru perlu sangat kuat dari segi mental dan fizikal..

    BalasPadam
  79. usah dik layan la orang yg tak merasa jadi guru ni. depa bukan boleh paham apa yg guru rasa. yg depa nampak, guru kerja senang, bercakap je, kerja separuh hari, cuti banyak, gaji besar.hakikat disebaliknya, satu pun depa tak peduli.HIDUP GURU!

    BalasPadam
  80. En. MOktar...encik ni gila barangkali....

    saya mengajar di pedalaman sarawak..mengajar 31 waktu seminggu...masuk kelas jam 6.50 pagi..balik jam 1.30...jam 3.30-4.30 WAJIB berada di sekolah tanpa sebab...kelas tambahan 2.30-3.30 dan 2.30-4.00...4x seminggu sebab saya mengajar terlampau banyak kelas..untuk tahun 6..kami korbankan 1 minggu cuti pertengahan semester untuk kelas tambahan..berdiri dan bersuara lantang semasa mengajar..waktu terluang saya tanda buku..saya guru kelas..key in markah ke sistem peperiksaan sampai jam 2 pagi...sewa rumah RM1200 kongsi dengan 5 rakan lain..nak masuk tempat saya naik bot 3 jam..tiada jalan darat langsung..tak dpt elaun pedalaman atau luar bandar..ujian tahun 6 tak berhenti..guru senior menolak kerja mentah-mentah...kena sit-in (release) kelas guru tak datang..latih pelajar untuk persatuan, kelab dan sukan..hatta sabtu dan ahad juga ke sekolah menyiapkan kerja tertangguh...

    TANPA NAMA : saya rasa anda kakitangan awam yang hanya duduk di dalam pejabat dan melakukan kerja pengkeranian...anda tidak perlu berdiri dan berjalan...menjerit dan berusaha untuk buatkan bos atau rakan setugas faham selama 1 jam..menanda buku yang secara purata 120 sehari...tak terbeban untuk manghasilkan alat bantuan mengajar, persediaan mengajar...memberikan kelas tambahan tanpa di bayar...

    KAMI TIDAK TERBEBAN DENGAN TUGAS MENGAJAR DAN MENDIDIK...TAPI KAMI RASA TERBEBAN DENGAN KERJA PENGKERANIAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Pagi p&p, ptg kelas tambahan , mlm kelas utk pelajar pandai.ppd dan jpn mana ada kelas, jadi, suruh saja mereka tu yg buat keja2 kertas. Kalu aku siapkan 7 fail panitia, headcount, opdm, oppm, kemenjadian murie etc, bknnya budak aku jadi pandai pun. Dia jadi pandai sebab kelas2 tu.

      Padam
  81. bodohla mokhtar ni...ko x tahu sebab ko x rasa...kiteorang guru ni byk kerja lain perlu dibuat...kami spatutnya dapat fokuskan p & P kami dalam kelas dan juga dluar kelas bagi meningkatkan prestasi murid bukannya melakukan kerja2 lain...moktar bodo...yea...yea...bodo..

    BalasPadam
  82. bodohla mokhtar ni...ko x tahu sebab ko x rasa...kiteorang guru ni byk kerja lain perlu dibuat...kami spatutnya dapat fokuskan p & P kami dalam kelas dan juga dluar kelas bagi meningkatkan prestasi murid bukannya melakukan kerja2 lain...moktar bodo...yea...yea...bodo..

    BalasPadam
  83. siapa yg dok kutk cikgu itu cikgu ini tengoklah anak2korg nanti camne....

    BalasPadam
  84. diluarnegara..cikgu ngaja je...sukan ke..disiplin..even kedatangan ke bukan cikgu yg uruskan...di malaysia cikgu kena buat semuanya....kdg2 maka ayah pon xau anak sakit anak xdtg sekolah..xtau anak amik dadah..kat malaysia cikgu jadi cam baby sitter

    BalasPadam
  85. saya cabar yg kata kerja guru senang dia jadicikgu..jgnlah amik sekolah asrama penuh atau mrsm..try ngajar skolah biasa amik kelas hujung2..kalu kela depan xlah tercabar sgt..

    BalasPadam
  86. kalau ckp kerja guru tu senang.. sy membantah... nak suru berhenti jadi guru kalau dah terbeban... kalaula semua guru berhenti nak hantar anak ke mana? ke zoo.. sy bukan guru tp kerja swasta.. keja belambak.. tp tgk anak sy kesian sgt, bgn malam semata2 nak sambung buat kerja.. hari raya,, pun sibuk dgn tugasan.. kesian sgt.. jawatan guru biasa.. tp hari2 nangis... nak ckp dia x ikhlas.. tipulah.. dari kecil dia berangan jd guru.. tp disebabkan kejelesan setengah pihak guru skarang ni terbeban.. apa kata tuan yang berkata kerja guru ni senang.. silalah jadi guru

    BalasPadam
  87. BERHENTI JADI GURU!!! CARI KERJA LAIN..MUNGKIN BOLEH JADI KAYA..!!!

    BalasPadam
  88. Cikgu Moktar Keningau, Sabah...

    Anda sangat lawak hahahahhaa... Anda berada di mana skg ni.

    memanglah guru tidak wajar untuk merungut ketika menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Mengajar di dalam kelas tidak ada masalah cgu.

    Tapi tugas2 sampingan yang lain itulah yang membebankan guru. di sekolah, guru lah jadi polis. jadi hakim. jadi doktor, jadi ibu-bapa sementara. saya pun seorang guru di salah sebuah sekolah di keningau. waktu mengajar 26 waktu.. itu kira bertuah lah tu cgu.. ad ja yg dapat 32 waktu seminggu..

    siapa yg cakap kerja cikgu ni mudah. sila lah menjadi seorang cgu...

    cubalah anda bayangkan. kalau cgu tu memegang jawatan warden asrama. balik sekolah kena sambung tugas menjaga pelajar. Skg ini byk isu mengenai pelajar... ingat mudah ke mau berhadapan dengan kepala2 pelajar ni.

    sebab itu, saya cakap.. klu lah tugas cgu ni hanya mengajar dalam kelas. alangkah mudahnya...
    tapi... bagaimana jika ad tugas lain.. guru kelas.. guru buku teks.. guru persatuan... warden.. ingat senang ke?

    cuba cikgu kira.. berapa program yg selalu sekolah buat.. ad ka tgn2 lain yg membantu.. inilah kehebatan guru sebenarnyaa... cari lah apa2 pekerjaan yg dpt memberikan anda jawatan pengarah program, setiausaha, bendahari dll yang tidak pernah berhenti selagi anda menjadi seorang guru.

    Akhir kata dari sy untuk cgu Moktar. Cgu... ckp cgu ad betulnya... cuma byk pendapat anda yg tidak relevan lg pada masa kini. Sy sarankan... berkawan lah dengan cgu2 di laman facebook. berkongsi pengalaman di sekolah lain... atau berjalan2 lah ke sekolah lain. sesi persekolahan skg ni berbeza cgu... ad yg balik pkl2 ptg, pkl3 ptg, pkl 5 ptg pun ada cgu... cgu2 d sekolah sbuk mgajar anak org lain. anak sendiri belajar sendiri...

    terima kasih cgu moktar...

    BalasPadam
  89. saya mengikuti program kpli untuk menjadi guru..rata2 menjadi guru kerana beban kerja nyasebelum ini..seperti chemist, engineer, pegawai.. yang banyak kerja dan lewat balik..setelah beberapa tahun..semuanya memberi komen yang sama.. ' kalau tahu camni kerja guru baik akukerja yang lama'... dan saya sangat yakin sesapa yang mengatakan kerja guru senang akan memberi komen yang sama jika jadi guru...

    lagi satu..betul dgn komen yang atas..jika ibubapa buruksangka terhadap guru..dan anaknya terpengaruh...di sekolah anak takkan belajar apa2 disebabkan buruk sangka dalam hatinya..takkah rugi ibubapa itu sendiri...guru takkan rugi...

    BalasPadam
  90. Mr.Moktar
    'PERKHIDMATAN' anda teramat diperlukan di sekolah(x2) di Semenanjung khususnya di Bandar. Dipersilakan.

    BalasPadam
  91. bekas pelajar berkata..
    kesian cikgu moktar.. saya bagi cadangan pada cikgu yang beban sangat tugas tuu.. supaya bawalah relaks.. susah sangat behenti jadi cikgu.. kalau kata cikgu je yang berjasa macam mana lak kakitangan lain tak berjasa ke.. boleh ke tanpa akitek & jurutera rumah cikgu boleh siap sendiri.. saya sendiri pun bodoh sebab kat sekolah cikgu tak ajar betul2.. ajar lebih kurang je.. cikgu selalu tak masuk kelas.. saya tak pandai bahasa inggeris..mana murid yang pandai tu sebab ibubapa hantar anak ketuisyen.. cikgu fikirlah balik berbaloi ke melahirkan anak murid bodoh dengan hanya memperbesarkan beban tugas.. kasihanilah kami..

    BalasPadam
  92. bekas pelajar berkata..

    cikgu semua.. cikgu kena pandai bahagikan masa.. jika kita pandai bahagikan masa pasti beban tugas tu tak jadi beban.. memang betul beban tugas semua orang berbeza sebab tu gaji semua orang pun berbeza.. saya harap cikgu menjalankan tugas dengan tulus ikhlas.. kalau semua cikgu merungut rasanya kejam.. sangatlah kerajaan bagi jawatan kepada guru..

    BalasPadam
  93. fikirkan matlamat guru apa.. untuk mengajar atau relaks atau bila pencen dapat duit pencen.. tak payah fikir bila behenti nanti.. saya memang percaya ada sebilangan guru memang banyak beban tugas.. tapi mesti setimpal dengan gaji yang mereka dapat.. saya rasa guru tak payah fikir panjang.. cukup umur 55 tahun nanti terlepaslah segala beban jadi guru.. duduk rumah jaga anak2 ye..

    BalasPadam
  94. senang nak jadi cikgu??
    korang try ajar anak2 korang membaca/mengira/menulis/ade sivik n moral dulu baru anta g sekolah. ko keje pejabat ade kene deal dengan masalah disiplin budak yg degil gila2 ni? korang penah rase ke? anak sendiri pun xterjage, inikan pulak nak ajar/jage anak yg makbapaknye mcm pengomen2 atas2 ni. aku pun boleh cakap, keje pejabat je. piece of cake la bro. pejam mata pun boleh buat.

    BalasPadam
  95. to bekas pelajar:

    makbapak aku xpenah pun anta aku g tuition. ok je aku belajar inggeris. tu masalah diri ko sendiri la. bengong n malas sendiri nak salahkan orang lain. haktuih..

    BalasPadam
  96. kalu cikgu suruh mak bapa ajar anak sendiri.. cam la mak bapa pernah pergi maktab.. ntah2 cikgu pun tak ajar anak sendiri.. hantar anak kat sekolah lain.. hu.. hu.. hu..

    BalasPadam
  97. cikgu sendiri pun tak hormat kat kerja sendiri asyik merungut je.. patut bangga kalu anak murid jadi PM.. macam aku bangga dapat bangunkan sebuah apartment.. fuh.. bangga.. walaupun kerja tak tentu masa..

    BalasPadam
  98. kalau hujung2 tahun ni cikgu kene semak buku murid ke?.. banyak sangat keje tak habis2

    BalasPadam
  99. kalau cikgu terer sangat jangan hantar anak sendiri kat sekolah ajar sendiri kat rumah sampai masuk universiti cikgu boleh jadi pensyarah pada anak tu.. jimat duit cikgu kan. kan.. cubalaa buktikan kebolehan cikgu..

    BalasPadam
  100. memang aku malas belajar BI sendiri sebab cikgu tak ajar aku.. kalu hantar anak ke sekolah cina kan.. tak de lak ade anak yang tak tau bahasa cina.. camne lak tu ye.. sebab cikgu bersungguh2 mengajar bukan menrungut tak habis2.. ajar lebih kurang pas tu cakap banyak nak buat tu ini..

    BalasPadam
  101. kalau semua cikgu nak ajar 16 waktu pergilah ramai2 ke sabah. nak ke.. kalau cikgu rasa ibubapa je rugi.. fikir balik kalau anak murid cikgu tu manjadi guru kepada anak cikgu.. mesti dia ajar anak cikgu.. sama macam cikgu ajar dia.. kita sama2 rugi.. jangan kata kau punya anak kaulah yang rugi..

    BalasPadam
  102. setiap apa yang kita buat kita dapat balik.. satu hari nanti balik kat kita balik.. mungkin pada cucu cicit kita..

    BalasPadam
  103. kalau cikgu suruh ibubapa yang tak pernah gi maktab keje jadi guru.. kalau macam tu cuba cikgu tak pernah belajar struktur, cuba buat rumah sendiri,, buat jalan sendiri.. boleh jadi tak rumah tu.. dapat tak buat jalan tu.. kalau orang tak boleh komen tentang guru.. kalu tukang jahit baju buat baju guru sempit.. guru pun jangan komen apa2.. sebab mesti tukang jahit tu cakap 'bukan aku yang pakai baju tu...

    BalasPadam
  104. di zaman Rasul(SAW), Baginda menggadaikan nyawa untuk menyampaikan ajaran islam dan panduan2. Tak ada buku teks, tak ada gaji dan tak ada internet.. tetapi ajaran Baginda diikuti sehingga ke hari ini.. sampai ke hari kiamat nanti..

    BalasPadam
  105. bekas pelajar,
    betul tu betul.. Rasul(SAW) tak macam orang yang pandai BI tu, sikit2 nak meludah.. walaupun tak semua orang yang Baginda ajar menerima ajarannya... Baginda tetap menyayangi mereka dan tak membenarkan mereka dihapuskan malah... Baginda mengharap anak cucu mereka memeluk islam..

    BalasPadam
  106. kekadang orang cerdik pandai ni bongkak juga.. tak semestinya orang gagal akademik gagal dalam hidup.. siti nurhaliza pun kurang fasih berbahasa inggeris tapi berjaya dalam hidup.. kau ada.. harap2lah orang yg suka ludah sana sini tu bukan cikgu..

    BalasPadam
  107. aku cadangkan masa guru bekerja sama dengan kakitangan lain..7.30am - 3.30pm.. baru tak beban sangat.. ni kalau sesi petang tu pukul 12.30tgh baru tergesa2 nak ke sekolah memanglah tak ada masa nak cek buku sekolah.. atau apa2 lagi..

    BalasPadam
  108. masa cuti sekolah pun sama.. masa kerja tetap sama.. apa macam.. boleh ke.. nak ke cikgu datang sekolah masa cuti..

    BalasPadam
  109. Saya sangat tidak bersetuju dengan ulahan Cikgu Mokhtar. Sikit benar jam mengajar cikgu ya

    Sepanjang saya bekhidmat sebagai seorang guru, tidak pernah saya mendapat jam sedemikian. Saya mengajar 32 waktu seminggu. Pernah menjadi guru kelas dengan waktu tersebut. Sekolah yang saya berkhidmat gurunya hanya 25 orang. Jadi tugas yang banyak perlu dipikul. Tak kiralah kita ini guru kelas, jadi juga ketua panitia, guru data, dan banyak lagi. Tiap tahun begitulah. Itu belum tengok waktu relief..lagi penat. kadang3 dari pagi sampai habis loceng sekolah, makan pun tak sempat. Balik pula selalu jam 4 petang ke bawah. Itu tidak lihat lagi kalau melatih budak untuk pertandingan. Setiap petang wajib. Hari cuti hangus begitu. Tak ada pula isu nak memberi oti pada guru. Tak bising pun kami..

    cumanya bila kerajaan nak suruh cikgu kerja lebih masa sampai petang. Ini yang menyampah. Sudah-sudahlah kerajaan wei...

    BalasPadam
  110. guru sambilan mana sama ngan guru betul.............bodoh betullah hang ni

    BalasPadam
  111. SEMUA KERJA PUN ADA LINGKUNGAN TANGGUNGJAWAB YANG HARUS DILAKSANAKAN TAK KIRA KERJA APA PUN..DAN SEMUA TU MENUNTUT PENGORBANAN DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL..TETAPI ADATLAH MANUSIA NI KALAU DAH PEMALAS TU MEMANG AKAN MEMINIMUMKAN KERJANYA TAK KIRA KERJA APA PUN. INGAT KERANI, POLIS, NURSE, BURUH,PENEROKA, DAN LAIN-LAIN KERJA TU TAK ADA YANG RILEK KAH?MEREKA JG BANYAK SONGEH LAH.. TAPI APA YANG MENGATA GURU SAJA NI?SEBAB GURU BANYAK KELEBIHAN DAN ANDA CEMBURU? TERIMA LAH SEADANYA APA REZEKI ANDA DAN BERKHIDMATLAH SEIKHLASNYA TAK KIRA ANDA GURU ATAU MANA-MANA PENJAWAT AWAM LAIN..INGAT! GURU BUKAN RILEK DAN PENJAWAT AWAM LAIN BANYAK KERJA..TAPI SESETENGAH ORANG GURU DAN PENJAWAT AWAM LAIN YANG SENGAJA MEMBUATKAN DIRI MEREKA RILEK DAN TAK BANYAK KERJA!

    BalasPadam
  112. assalamualaikum.
    sy bakal guru di IPG,lagi 3 tahun sy akan tamat pengajian. saya cukup kecewa dengan sikap masyarakat yang tidak mengenal erti pengorbanan seorang insan yang bernama GURU.
    untuk menjadi seorang guru seperti sy, persediaan dan pergorbanan yg cukup byk.ini kan pula bila bertugas menjadi guru.
    ibu saya seorang guru, walaupun sewaktu cuti, saya tahu penat lelah menjadi seorang guru..ibu saya bukan menjual di sekolah, tapi mendidik anak-anak saudara saudari sekalian.saya rasa saudara saudari sekalian yang telah berkeluarga faham betapa susahnya hendak mendidik anak-anak bukan??nak mengajar sampai anak-anak faham dan aplikasi apa yg diajar.
    buka mata hati,jawab lah dengan jujur.maka, saya percaya saudara saudari akan faham....
    saya berterima kasih kpd guru-guru yang telah mengajar saya di SK Gunong, SK Badak, SMK Putri Saadong dan SM Sains Alam Shah kerana berjaya mendidik saya menjadi insan berguna..tanpa mereka siapalah saya..
    jadi kepada yang diluar sana yg bukan menjadi guru, pesanan saya..insan yg harus kita taat selepas kedua ibu bapa ialah guru,jadi hina mereka....jika rezeki mereka lebih,maka bergembiralah kerana mereka akan merasa diri lagi dihargai dan terus bersemangat untuk mendidik anak-anak saudara saudari sekalian..
    wasalam

    BalasPadam
  113. salam..
    sgt sedih bile bace komen dr atas sampai bawah..
    guru ditempelak.. dicaci.. hanya kerana mereka menyuarakan pandangan mereka..

    setiap org ada hak utk menyuarakan pandangannya.. tp jgn lah dihina.. klu jwatan lain nk tuntut pon boleh.. hanya suarakan.. selebihnya terpulang pihak atasan..

    xapalah klu anda2 yg bkn guru berkata yg bkn2 tp ingat semua ilmu yg anda terima dr kecil disampai oleh siapa?.. sy sgt takot utk mengumpat apatah lagi menghina nama guru sama ada yg penah mengajar atau pun tidak..

    guru guru sekalian bersamalah menjaga martabat guru... sama ada kata2 ataupun tulisan.. maaf jika ada yang rasa tulisan ini xda benarnya..

    BalasPadam
  114. Assalamualaikum wbt...
    Jangan hanya melihat luaran sahaja tentang guru.Mungkin guru ada cara tersendiri nak buat kerja PART TIME selagi tidak menggangu tugas asal mereka. Itu TIME MANAGEMENT masing-masing. Jangan pertikaikan kerja mereka. Sebaliknya,pertikaikan tentang keupayaan DIRI SENDIRI.Tanya pada diri,boleh ke kita ajar ANAK ORANG:

    1) MENGAJI
    2) MENGEJA
    3) NILAI-NILAI MURNI
    4) HORMAT PADA MAK AYAH
    5) ILMU DUNIAWI
    6) ILMU AKHIRAT
    7) DAN MACAM-MACAM LAGI

    Anda semua ada anak masing-masing. Anda juga bekerja. Boleh ke pikul tugas MENGAJAR DAN MENDIDIK anak orang lain setiap hari sedangkan anda ada anak sendiri yang perlu di ajar?

    Tanya pada diri sendiri. Apa yang anda sumbangkan pada anak-anak anda untuk melalui kehidupan dewasa kelak?

    Rata-rata,ibu bapa tidak mendidik anak-anak mereka sebaiknya dirumah. Mereka hanya beri makan,tanya kerja sekolah dah siap ke belum,bagi duit poket,dan perkara-perkara biasa sahaja.

    Selebihnya,pihak warga sekolah yang mendidik dan membentuk diri anak-anak anda menjadi orang.

    Boleh ke anda menganggap anak orang lain sebagai anak sendiri yang mesti diberi kasih sayang dan didikan yang sempurna dalam kuantiti yang ramai??

    Tepuk dada,tanya Iman.Hanya orang yang bersyukur pada Allah SWT sahaja yang tidak akan rasa CEMBURU/JEALOUS dengan pekerjaan orang lain. Kalau anda ada sifat sedemikian,itu bermakna anda orang yang tidak mampu REDHA dengan Qada' dan QADAR Allah SWT...fikir-fikirkan..

    MENGAJAR HARIMAU BERDIRI LAGI MUDAH DARI MENGAJAR ANAK ORANG UNTUK BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI...

    BalasPadam
  115. orang yang menjadi guru diberi oleh Allah kelebihan berganda. Hadis Nabi Muhammad bermaksud “Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan pekerjaan mengajar itu amat terpuji.”..jd kalian semua jgnlah mengherdik @mencaci pekerjaan seorang guru tuh yer...ingtlah bahawa tanpa GURU siapalah kita skrng ni..

    BalasPadam
  116. satu je aku nk ckp..bahu yg memikul je yg taw tugas sbenar guru (guru yg betul2 brtugas je, bkn guru sabah yg MAKAN GAJI BUTA GOYANG KAKI mcm mokhtar tu). mata yg memandang bkn paham keje kami cikgu, korang taw nk jelez je sbb gaji kami tggi. besela manusia mmg ske dengki dgn rezeki org lain. mmg lumrah. so sape2 yg terpengaruh dgn apa yg ckgu mokhtar ni tulih korang mmg same2 bodoh dgn dia.otak sempit

    BalasPadam
  117. salam.....
    sye nk tanye sikit kepada org2 yg mengata n mpertikaikan kerje guru nie ea....sape agaknye yg mjadikan seorang manusia tu sebagai jurutera, arkitek, doktor mahupun kerani????bukan bermula dengan seorang GURU???tp, kenapa skang nie ramai yg mpertikaikan kerja guru??ok....sye ade bce yg mengatakan guru nie TIDAK PANDAI....sbb tu la jadi cikgu...kan????meh nk bgtau sket ea....sye merupakan guru novis (atau bg yg tak tau tu dunia pendidikan nie, guru baru....)dari IPG ataupun kementerian sendiri.skang nie, kelayakan utk masuk IPG ialah 8A ke atas utk SPM...tu 2 thn lps yg sye dgr....lps nie, tak tau la plak...n, kami perlu belajar 5 thn stgh utk dpt kan DG41 tu....tu tak kira lg ngn interview yg tah brape kali...exam tu la, exam nie la....adakah kami nie TAK PANDAI utk mengajar anak2 anda???bab gaji tu sye tak nak la usik...sbb sye pn mentah lg dlm hal2 duit nie...tp, cm nie je la...ape kate kite sarankan kat kerajaan, wat pertukaran kerja antara orang awam ngn guru????tuk 3 bln cukup la....n kte tgk cm ne keputusan yang dorang bley bg tuk murid2 berbanding dgn guru2 sbnr???amacam??ada berani????peaceee..... :-)

    BalasPadam
  118. biarlah sapa2 yg nak kutuk..nak pertikai...mmg ak akui kerja lain (selain guru)susah berbanding kerja guru (kata beliau la)..tp ada je aku tgk penjawat awam lain yg senang je kuar mkn g alamanda mkn pastu balik entah pukul brapa..susah la sgt...jgn la ckp sbb balik kol 5 anda rasa mcm susah berbanding cikgu yg balik awal..ingat cikgu balik saja ke..ke yg nak tanda buku lain cerita..mmg la tugas hakiki guru menanda buku tp consider la kalau dia pgg byk kelas tak beban..waktu yg en mohtar ckp pon betul ke byk tu..blh bg nama sekolah tak..boleh aku posting kat situ..ramai ke anak murid...jgn nk rendah2kan mana2 kerja,semua kerja ada senang ada susah..kwn2..sabar la ye..kita kerja bukan nk tunjuk kita hebat,kita kerja nk dptkan keberkatan..biar allah saja yg tahu bebanan kita sbb allah je blh tolong..yg lain pedulikan..

    BalasPadam
  119. Assalamualaikum...w.b.t

    Walau apa pun yg telah kamu kerjakan, setiap daripadanya akan dipertangungjawabkan oleh kamu di akhirat kelak....

    Jangan iri hati diatas setiap tugas atau kerja yang dilakukan...Ingatlah setiap rezeki yg disuapkan kedalam mulut masing-masing akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

    Maka, apa yang sahih jangan dimanipulasikan. Hakikatnya, bermula dengan gurulah kita kenal tulis baca dengan izin Allah. renung-renugkanlah....

    BalasPadam
  120. aku tenagh cari jalan macammana nak berenti jadi guru wlwpon aku dah blajar kat maktab 5 tahun setengah. sebelum terlambat n jadi gila, lebih baik aku cari kerja lain.

    BalasPadam
  121. Selain daripada mengajar tugas guru juga sebagai :

    1. Ibu dan Ayah
    2. Kerani
    3. Tukang Kebun
    4. Tukang Sapu
    5. Jururawat
    6. Doktor
    7. Tukang Rumah
    8. Jurulatih
    9. posmen
    10.Pegawai Kebajikan masyarakat
    11.Driver
    12.Wakil kerani bank
    13.Wakil jual buku
    14.Pencacai angkat sampah
    15.polis
    16.jaga
    17.juru teknik
    18.runner
    20.juru audit
    21.pegawai kewangan
    22.imam

    dan.....BANYAK LAGI kerja guru di sekolah...korang nak sambung pun boleh..Walaupun tugas-tugas tambahan itu bermusim.... penjawat awam atau swasta yang lain, ada ke buat kerja-kerja macam tu...Lu sendiri mau ingatlah.. Lu pandai pun sebab guru..jangan hina mereka

    BalasPadam
  122. Saya betul2 x faham kenapa ada yg mempertikaikan beban guru. Guru dahulu lain, guru skrg lain. Sy dah 12 thn mengajar di daerah Petaling, Selangor. Beban guru memang ada. Waktu mengajar sy antara 30-32 waktu. Ditambah dgn tugas2 lain. X perlulah dinyatakan di sini. Sy menyiapkan tugas perkeranian sy slps waktu p&p krn x mahu menganggu tugas utama sy iaitu mengajar. Setiap hari sy pulang ke rumah antara pukul 3-4 ptg. Hari Rabu sy blk pukul 6.30 selepas aktiviti koko. Setiap Sabtu sy dtg mengajar kelas tambahan thn 6. CUTI?? Cuti hjg thn 2 minggu awal di sekolah menyiapkan fail2 dan laporan. 2 minggu sblm buka sek dah ke sek menghadiri meeting dan persiapan thn baru. 6 minggu tolak 4 minggu=2 minggu.. byk ke?? Kami x ada cuti tahunan 30 hari...
    APAPUN..MALEH NAK CKP..HANYA GURU SEBENAR YG MEMAHAMI GURU...

    BalasPadam
  123. Kalau semua fikir beban tugas, memang tak selesai masalah. Yang penting ikhlas atau tidak dengan apa yang kita kerjakan. Biarlah kita memberi sebanyak-banyaknya kepada rakyat, jangan kita meminta sebanyak-banyaknya dari rakyat. Jangan pertikaikan kerja orang lain kerana kita tidak tahu bebanan tugas orang tersebut. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, kita akan mendapat ketenangan.

    BalasPadam
  124. guru pun bukannya bodoh sangat nak kerja tapi tak berfaedah untuk diri sendiri.. mestilah ada guru yang senggang dan ada yang takk.. sebab gaji pun mestilah tak sama.. kalu tak buat apa ada yang datang hari sabtu dan cuti sekolah.. ye tak.. kalau fikir logik mesti semua guru dah serang pejabat pelajaran sebab tak keadilan macam tu..

    BalasPadam
  125. xpatut en mokhtar..
    Sape yg kata guru rileks?? dah la skeg kuar surat arahan.. guru2 kena amik kedatangan pelajar utk solat jumaat..pastu kena pantau disiplin pelajar di masjid. abes.. mak bapak buat ape? Dah abis waktu sek pun guru jugak yg nk kena uruskan pelajar?

    cuti cuma 7 hari setahun. kena mohon n diluluskan baru dapat cuti. itu pun atas sebab yg ada dlm pekeliling
    time cuti sekolah??? sape kata guru bole bercuti? cuti pon akan dipanggil balik utk bertugas mcm2..

    Jwtn
    1. guru kelas
    2. Ketua rumah sukan
    3. ketua kadet polis
    4. ketua pasukan silat
    5. Ketua bola tampar
    6. Su spm
    7. su biasiswa
    8. Ketua guru pengawas
    9. Juru audit spsk
    10. juru audit kewangan sek
    11. su pibg
    12. Ketua 3k
    13. ketua panitia (2 panitia plak tu)
    14. mengajar 30 waktu ( kelas ting 3, 4 dan 5)- semua subjek yg ade plbs n pbs)

    fikir2 kan lah..

    BalasPadam
  126. Assalamualaikum.....
    Nasihat dari saya lah, kalau rasa senang jadi guru dan senang nak buat jualan langsung, mohon lah jadi guru.
    Kalau rasa nak kaya dan dapat banyak cuti dan bersama, kahwin lah dengan guru.
    Kalau nak anak-anak kerja mudah, galakkan anak2 jadi guru.
    Kalau rasa boleh nak relax2 macam guru, silakan lah.....
    Buat apa yang bising2 kata cikgu macam tu macam ni.....
    Yang cikgu-cikgu sendiri pun, kita janganla buang air liur nak cerita masalah kita kat orang. Buat habis karan je.
    Iya kan aje cakap2 orang yang tu semua.

    BalasPadam
  127. Assalamualaikum.....
    Nasihat dari saya lah, kalau rasa senang jadi guru dan senang nak buat jualan langsung, mohon lah jadi guru.
    Kalau rasa nak kaya dan dapat banyak cuti dan bersama, kahwin lah dengan guru.
    Kalau nak anak-anak kerja mudah, galakkan anak2 jadi guru.
    Kalau rasa boleh nak relax2 macam guru, silakan lah.....
    Buat apa yang bising2 kata cikgu macam tu macam ni.....
    Yang cikgu-cikgu sendiri pun, kita janganla buang air liur nak cerita masalah kita kat orang. Buat habis karan je.
    Iya kan aje cakap2 orang yang tu semua.

    BalasPadam
  128. Malah ada yang punya waktu bergiat dalam Politik..

    BalasPadam
  129. isteri seorang guru..

    tugas seorang guru sememangnya mulia..jgnlah kt pertikaikan tugasnya.memegang amanah mndidik anak bangsa sememangnya brt.wlpn jwtn sbg kerani tugasnya juga mulia.kenapa msti kt dengki & irihati dgn apa yg dimiliki oleh seorang guru.sedangkan kt jg dpt apa yg guru dapat wlpn xsm nilainya berpadananlah dgn apa yg dilakukn.dengki & irihati itu penyakit yg blh memakan diri kt.kepada semua guru,bersabarlah dgn dugaan yg diberikan.semoga dgn kesabaran itu akan mndapat keberkatan dlm khdpn.kpd penjawat awam yg lain, teruskan mnjlankn tugasan anda dgn cemerlang kerana habuan dunia hnya sementara..habuan akhirat yg lbh utama.jgn lakukan tugasan anda hnya sbb duit lakukn kerana tgjwb & amanah yg diberikan.Allah memberikn kt akal utk kt berfikir dgn sempurna.orang yg bijak berfikir sblm berkata2.kepada semua guru,ibu bapa & penjawat awam yg lain marilah kt bersatu hati mmbantu mndidik anak kt spy mnjadi anak bangsa yg berjaya dunia akhirat..

    BalasPadam
  130. aku kerja sebagai guru untuk mendidik pelajar dari jadi manusia yang negatif insyaallah.... bila pelajar tak dapat didikan yang betul, maka inilah jadinya - masing-masing nk betul... mcm ni la, kalau tak suka or ade benda tak puas hati dengan krjaya guru.. boleh masuk hutan jadi beruk tak payah fikir pape.. bye...

    BalasPadam
  131. As'salam.,

    Semoga Allah merahmati semua yang memberi Komen d cni...
    Jangan membuat kenyataan tanpa ada fakta(bukti) yg tepat. Kalau x betul dah menjadi fitnah...
    Bila meninggal esok semua yang memfitnah ni InsyaALLAH mendapat azab dari ALLAH...
    Nak masuk syurga pun kena minta maaf kat semua CIKGU d dunia ni...
    SANGGUPKAH awak semua wahai insan yang bukan GURU...

    Janganlah memberi kenyataan kalau x tahu perkara sebenar...
    Salah atau betul guru terbeban tugas, HANYA ALLAH & MEREKA(GURU) YANG TAHU.... WASSALAM.

    BalasPadam
  132. U CUBA DULU BARU TAHU. CAKAP BANYAK BOLEH LE. MENGAJAR KAMI OK. YANG MASALAH NYA IALAH KAWALAN BUDAK.PECAH KERETA, TORES, BAKAR KERETA, PUKUL, TAK HORMAT, MEROKOK, MINUN ARAK PUN ADA, APA LAGI U MAHU. DALAM SEKOLAH NAMPAK TENANG TAPI PELBAGAI MASALAH KAMI KENA KAWAL.NI SAYA DAH ALAMI HAMPIR SETIAP HARI...APA KAMI BOLEH BUAT...??? JANGAN CAKAP ATAU KOMEN DULU SEBELUM BACA PERKELILING DAN EDARAN DISIPLIN.. BILA BACA BARU JAWAP.. SILA CARI DALAM WED KEMENTERIAN PELJARAN..APA YANG BOLEH BUAT???//

    BalasPadam
  133. NI PUN TENGAH BUAT SAPS DAN SPPBS ..NI KIRA OVERTIME KEEE....ANDA MAHU BAYAR KEEEE... CAKAP...BUKAN BERKIRA TAPI , BILA ANDA CAKAP X ADA KEJA JADI MAHU BAGITAHU KERJA X HABIS-HABIS, MALAM-MALAM PUN BUAT.. ORANG LAIN DAH TIDUR...CUBA CARI U PUNYA KELUAGA ATAU SAUDARA MARA YANG JADI GURU CUBA TANYA DIA.. KUL BERAPA HABIS KERJA.

    BalasPadam
  134. SILA TANYA ANAK ANDA APA YANG BERLAKU HARI NI DI SEKOLAH...BAGI YANG ANAKNYA TINGKATAN BERAPA JAM ANDA BERCAKAP DENGAN ANAK ANDA..APA YANG ANDA CAKAP............................BILA MARAH CIKIT KAT ANAK , ANAK MULA TUNJUK MUKA, BILA ANAK NAGGIS CIKIT ANDA MULA RIMAS.........NI 25 ORANG SATU JAM NAK KAWAL..BARU SATU WAKTU...AMACAM........SEMUA MANUSIA SAMA KEEEEE???????????????.....HOOOO...ANDA DENGAN ADIK BERADIK PUN BERGADUH...NI NAK KAWAL BUDAK LAK...LEPAS TU HABIS SEKOLAH NAK BUAT HC3., HC 2, SUKAN, KELAS TAMBAHAN, SABTU DATANG KOKO LAK, HHAHHHHHH .. SENANG JEEEEE NI.....

    BalasPadam
  135. setiap 6 BULAN ADA lah Dasar2 baru yang bertindan dengan Dasar2 lama.....dasar lama X buang atau di baik pulih tapi ditindan sahaja...X percaya u boleh tengok Kpm punya wed..mesti u pk dasar baru penting untuk perubahan baru kan..... tapi indah khabar dari rupa bila anda sudah buat... IBARAT TANGAN BAGI TAPI KOSONG....yang bawah lah terkapai-kapai....REALITI KERJA

    BalasPadam
  136. GURU SMENANJUNG POSTING SABAH N SRAWAK NI BENARNYA SRONOK...

    ELAUN BESAR.. KERJA RELEKK.. PEGI SKOLAH PUN ON OF, PENGALAMAN KAN??...

    BALIK SMNANJUNG.. KEJUTAN ELAUN KURANG SKIT.. KERJA PULA BANYAK.. TU YANG BANYAK MERUNGUT TU..

    BETOL TAK?????????????

    BalasPadam
  137. kita sebagai cikgu, bukan merungut.tapi cuba ingin sampaikan mesej bahawa, sekiranya sistem pendidikan kita effective, kalau pentadbiran pihak sekolah cekap, semua bebanan yang ada pada kita sekarang ni boleh dikurangkan separuh! setiap sekolah ada masalah dia masing-masing.masyarakat menyalahkan cikgu tidak dapat menghasilkan pelajar yang kreatif.pls lah, kpm sering kali stress on keputusan yang cemerlang...

    BalasPadam
  138. Aku bukan cikgu. Tapi aku fikir begini.
    Guru muda kena buli ambil banyak jawatan tugas dlm sekolah, manakala guru senior yang tlebih masa boleh bikin bisnis sampingan.
    Sebab tu la senario sekarang yg sedang berlaku.
    Yg rancak komen aku rasa penjawat awam senior vs guru2 muda.

    BalasPadam
  139. macam nilah....yg keje swasta, sila cuti tanpa gaji, then minta jadi guru ganti disekolah...try je sebulan. then br bercakap jd cikgu ok ke tak...kalau ok, xdenye guru ganti skolah saya datang untk 2 hari..pastu hilang...cr yg br...msuk seminggu, ilang lg...so...meh la try jd cikgu...meh2..saya alu-alukan...:)

    BalasPadam
  140. pendidikan di Malaysia sedikit sebanyak mmg perlu diubah..namun apa yang menyedihkan guru- guru dibebankan dengan beberapa situasi yang kadang- kadang pelik..Cube tanye doktor..perlu tak mereka baiki katil pesakit yang patah?cuba tanye engineer perlu ke mereka beli mesin baru kalau mesin rosak? asenye mereka ade bahagian tersendiri yang uruskan. Namun, guru tidak..mereka lah yang menukang, mengangkat, mengecat meja atau membuat lukisan paa setiap tempat dan sebagainya. Kalau pelajar tiada kerusi, guru kelas lah yang dicari dan dimarah sedangkan guru kelas itu sedang mengajar..sebenarnya orang yang bukan guru tidak faham ape yang golongan guru maksudkan. Guru memang suka mengajar tapi disebabkan tangggungjawab lain terlebih bebanding tugas hakiki guru. Ada guru- guru yang dimarahi sekiranya bilangan kerusi meja pelajar tidak cukup sedangkan kerusi meja akan patah setiap hari kerana perbuatan pelajar. Saya minta sangat kementerian menempatkan seorang kerani untuk memegang jawatan bahagian perabot, ICT dan menjaga fail. Bagaimana golongan guru ingin menumpukan perhatian untuk mengajar? Bagaimana pendidikan kita nak jadikan pendidikan di Malaysia lebih berkualiti? sedangkan perkara tersebut masih turun temurun guru yang pegang?Baru- baru nie ada yang mengatakan PLKN berjaya mengubah pelajar yang tidak boleh membaca kepada boleh membaca. Syabas saya ucapkan. Namun, yang saya katakan tadi, guru sedang mengajar dipanggil untuk mencari kerusi dan meja dan kadang- kala melayan ibu bapa yang hadir sekiranya anak- anak bermasalah.Kalau dulu masa darjah satu cikgu tanya apakah cita- cita awak? cita- cita saya nak jadi cikgu..tapi sekarang kalau anak murid tanye seronok tak jd cikgu? nak jawab seronok tu tak tahula. bukan guru merungut sebab mengajar..saya rase guru- guru semua ikhlas mengajar dan seronok mengajar..cuma keadaan sekarang memerlukan pengubahsuaian tugas- tugas guru lebih- lebih lagi dengan adanya PBS. supaya tidak lah dari dulu hingga sekarang sebut je cikgu..oh, tugas cikgu menukang, siapkan fail, mengecat bangunan, mengecat tandas, mengecat meja..takkan nak turun temurun begitu sistemnya?

    BalasPadam
  141. Janganlah terlalu memburukkan imej guru- guru..sebab itu pelajar sekarang kurang motivasi untuk menghormati guru..sedangkan saya baca komen 9 Februari 2011 jam 12.35 PG pn anda tulis guru sambilan satu ketika dulu. Saya pn boleh katakan saya pernah bekerja di pejabat..ada kerani yang boleh main "game", berbual tentang resepi waktu pejabat..minum pagi pukul 10 pagi dan pukul 11 baru masuk..sebelum pukul 4 beg dah diangkat menuju ke punch card. pukul 4 punch dan terus balik. jangan cerita tentang gaji..guru- guru ada yang menggunakan dt sendiri untuk bahan anak- anak anda, menghias kelas disebabkan terlalu sayangkan anak- anak muridnya. beli printer sendiri..asenye sebilangan orang di pejabat gunakan printer pejabat untuk print, scan dan sebagainya..guru- guru nak fax pn kene fax di luar. terpaksa lah cari ofice syarikat lain atau pusat komputer sebab nak fax.

    BalasPadam
  142. saya begitu tertarik dengan komen yang mengatakan guru tak masuk kelas, pelajar yang pandai sebab ibu bapa hantar tuisyen..sebenarnya itu dah menunjukkan ibu bapa menyerahkan tugas mengajar anak- anak kepada orang lain. bila siang hantar ke sekolah, bila malam tuisyen plak..sebenarnya tugas di sekolah adalah guru yang mengajar, di rumah ibu bapa dan selebihnya pelajar itu sendiri yang ingin maju ke hadapan. sebab itu lah anda bagi komen yang mengatakan anda tidak pandai disebabkan oleh guru yang tidak masuk kelas, ajar lebih kurang..bila anda terlalu mencari kesalahan guru tanpa mencari punca mengapa guru itu tidak masuk ke kelas, cuba anda lihat diri anda..adakah anda berjaya? dan tidak mustahil bila anda ada anak, anda akan terlalu menyebelahi anak anda dan anak anda menjadi pewaris seperti anda.

    BalasPadam
  143. Saya sangat tertarik dengan ulasan Tuan Mokhtar Keningau bahawa guru tidak terbeban kerja. Saya juga amat tertarik dengan ulasan saudara saudari bahawa guru terbeban.Disebabkan saya juga guru yang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab yang tak menang tangan nak buat, sentiasa mencari mekanisma kerja dan penyelesaian yang sesuai.

    Daripada ulasan tuan tuan telah memberi idea kepada sy bahawa
    1. Jika guru menggunakan kaedah Tuan Mokhtar pastinya guru tidak terbeban kerja dan kesan sampingan negatif pula berlaku.
    2. Jika guru guru berada dalam situasi seperti yang saudara saudari katakan, maka kita tergolong dalam guru yang terbeban dengan tugas dan kesan sampingan negatif juga akan berlaku
    3. Organisasi umpama seorang manusia. Diri sendiri (Ketua) merancang berapa kuat tangan mengangkat bebanan dan berapa jauh kaki boleh melangkah. Bila tangan sudah penuh, tangan tidak dapat mengenggam dan habislah semuanya tercicir. Ini lah yang berlaku kepada guru yang terbeban. Sangat sedih jika yang mengalaminya adalah guru yang effesyen.
    4. Sebuah organisasi pada masa kini perlu ditadbir oleh pemimpin yang serba boleh. Pemimpin yang saya maksudkan bukan lagi pemimpin bisa tegal biasa tapi yang kreatif inovatif dan bila cubit peha kiri kanan juga terasa. Berkeupayaan merancang kaki dan tangan dengan berkesan. (Rancang Pembahagian Kerja yang adil. Wujudkan Sistem analisis tugas guru yang dibuat pemberatan guna excel dll, selalulah membuat pemantauan. Tugas yang lompong boleh di kesan dengan sistem ini (sy dan beberpa org guru sedang menyiapkan aplikasi tersebut sebagai satu usaha menangani masalah tsb)
    5. Apabila tangan dan kaki diurus dengan bijak barulah tangan dan kaki boleh bekerja dengan optimum.
    6. Apabila pemberatan tugas telah diberi lebih kurang atau sama rata atau adil,proses pengurangan tugas boleh dikendalikan dengan memberi peluang kepada kaki tangan yang tidak berkemampuan mungkin sebab kesihatan pada tahun tersebut, meminta tugas dikurangkan (markah prestasi dikurangkan secara adil). Berikan tugas tersebut kepada guru yang boleh diberi tanggungjawab (tambahkan markah prestasi secara adil). Bagi kes kes kakitangan yang malas dan tidak bertanggungjawab dari awal tahun berikan kerja seminima mungkin (berikan markah prestasi yang serendah mungkin dengan adil) dan jika telah dinasihatkan, dihantar berkursus, dikenakan tindakan tatatertib gaji statik bolehlah dicadangkan bersara awal. Jangan lah simpan pekerja yang terlampau malas. Juara(pemimpin) bukanlah mereka yang ketandusan cara tetapi sentiasa ada cara. Anda Pemimpin jangan cepat putus asa, lakukan yang terbaik untuk tangan dan kaki anda. Bila mereka gembira anda akan bahagia. mereka akan support anda, anda lagi tertujah ke atas. anda amabikan mereka, mereka tarik anda ke bawah, anda tidak berkeupayaan menujah ke atas. Fikirlah kesannya baik dan buruk pengurusan kaki dan tangan anda

    BalasPadam
  144. Saya sangat tertarik dengan ulasan Tuan Mokhtar Keningau bahawa guru tidak terbeban kerja. Saya juga amat tertarik dengan ulasan saudara saudari bahawa guru terbeban.Disebabkan saya juga guru yang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab yang tak menang tangan nak buat, sentiasa mencari mekanisma kerja dan penyelesaian yang sesuai.

    Daripada ulasan tuan tuan telah memberi idea kepada sy bahawa
    1. Jika guru menggunakan kaedah Tuan Mokhtar pastinya guru tidak terbeban kerja dan kesan sampingan negatif pula berlaku.
    2. Jika guru guru berada dalam situasi seperti yang saudara saudari katakan, maka kita tergolong dalam guru yang terbeban dengan tugas dan kesan sampingan negatif juga akan berlaku
    3. Organisasi umpama seorang manusia. Diri sendiri (Ketua) merancang berapa kuat tangan mengangkat bebanan dan berapa jauh kaki boleh melangkah. Bila tangan sudah penuh, tangan tidak dapat mengenggam dan habislah semuanya tercicir. Ini lah yang berlaku kepada guru yang terbeban. Sangat sedih jika yang mengalaminya adalah guru yang effesyen.
    4. Sebuah organisasi pada masa kini perlu ditadbir oleh pemimpin yang serba boleh. Pemimpin yang saya maksudkan bukan lagi pemimpin bisa tegal biasa tapi yang kreatif inovatif dan bila cubit peha kiri kanan juga terasa. Berkeupayaan merancang kaki dan tangan dengan berkesan. (Rancang Pembahagian Kerja yang adil. Wujudkan Sistem analisis tugas guru yang dibuat pemberatan guna excel dll, selalulah membuat pemantauan. Tugas yang lompong boleh di kesan dengan sistem ini (sy dan beberpa org guru sedang menyiapkan aplikasi tersebut sebagai satu usaha menangani masalah tsb)
    5. Apabila tangan dan kaki diurus dengan bijak barulah tangan dan kaki boleh bekerja dengan optimum.
    6. Apabila pemberatan tugas telah diberi lebih kurang atau sama rata atau adil,proses pengurangan tugas boleh dikendalikan dengan memberi peluang kepada kaki tangan yang tidak berkemampuan mungkin sebab kesihatan pada tahun tersebut, meminta tugas dikurangkan (markah prestasi dikurangkan secara adil). Berikan tugas tersebut kepada guru yang boleh diberi tanggungjawab (tambahkan markah prestasi secara adil). Bagi kes kes kakitangan yang malas dan tidak bertanggungjawab dari awal tahun berikan kerja seminima mungkin (berikan markah prestasi yang serendah mungkin dengan adil) dan jika telah dinasihatkan, dihantar berkursus, dikenakan tindakan tatatertib gaji statik bolehlah dicadangkan bersara awal. Jangan lah simpan pekerja yang terlampau malas. Juara(pemimpin) bukanlah mereka yang ketandusan cara tetapi sentiasa ada cara. Anda Pemimpin jangan cepat putus asa, lakukan yang terbaik untuk tangan dan kaki anda. Bila mereka gembira anda akan bahagia. mereka akan support anda, anda lagi tertujah ke atas. anda amabikan mereka, mereka tarik anda ke bawah, anda tidak berkeupayaan menujah ke atas. Fikirlah kesannya baik dan buruk pengurusan kaki dan tangan anda
    Ag-Petaling jaya

    BalasPadam
  145. Saya tertarik dengan kenyataan cikgu otai

    Selain daripada mengajar tugas guru juga sebagai :
    Ibu dan Ayah Kerani Tukang Kebun Tukang Sapu Jururawat Doktor Tukang Rumah Jurulatih posmen Pegawai Kebajikan masyarakat Driver Wakil kerani bank Wakil jual buku Pencacai angkat sampah polis jaga juru teknik runner juru audit pegawai kewangan imam

    Bagi pandangan saya, tugas guru perlu lebih spasifik seperti guru kolej, pansyarah, guru tuition jika perkara di atas ingin diatasi

    Jika perkara tersebut tidak dapat diatasi, sekolah perlu bertindak dan jangan tunggu. Buat sistem pengurusan kerja dan pembahagian tugas yang sesuai supaya guru guru tidak menjadi seperti yang disenaraikan diatas.

    Agee-Petaling jaya

    BalasPadam
  146. Saya juga tertarik dengan ulasan guru tanpa nama beliau memegang Jawatan berikut disekolah
    1. guru kelas
    2. Ketua rumah sukan
    3. ketua kadet polis
    4. ketua pasukan silat
    5. Ketua bola tampar
    6. Su spm
    7. su biasiswa
    8. Ketua guru pengawas
    9. Juru audit spsk
    10. juru audit kewangan sek
    11. su pibg
    12. Ketua 3k
    13. ketua panitia (2 panitia plak tu)
    14. mengajar 30 waktu ( kelas ting 3, 4 dan 5)- semua subjek yg ade plbs n pbs)

    Boleh saya tahu siapa nama Ketua Jabatan anda?, adakah semua guru di sekolah anda mendapat pembahagian tugas seperti ini?. saudara saudari sila kaji 14 tugas ini melibatkan dokumentasi. Kita ambil satu contoh pun dah cukup,Ketua panatia sahaja 21 fail nak di urus. Guru Kelas bagaimana?. Ini bully namanya.
    -Agee-petaling jaya

    BalasPadam
  147. Mari kita fikirkan Formula ini:

    Berapa bilangan Unit Koko yang ideal?
    Bilangan guru 100
    Bilangan kelas 42

    1. Jika 42 adalah guru kelas baki adalah 58
    2. Jika 32 adalah ketua panitia, baki adalah 26orang
    3. Jika 10 adalah guru malas tak boleh di harap, baki adalah 16 orang
    4. Bilangan unit koko yang sangat ideal adalah 16

    Jika lebih daripada 16unit makananya susah diurus, jika mencecah 58 unit,adalah kritikal untuk diurus sama seperti kata Tuan Mokhtar-keningau, guru sendiri susahkan diri sendiri. Kegairahan merancang program mestilah disertai dengan pemantapan prestasi markah murid, jika tidak ,guru akan penat tidak berbaloi. Program koko melibatkan proses merancang mengurus dan melaksana serta melibatkan tenaga kerja yang ramai. Dokumentasi penglibatan dan pencapaian sangat penting diurus bagi memastikan murid dapat markah yang sewajarnya. kegagalan guru mendokumentasikan maklumat tersebut menyebabkan markah murid tercicir. Bila menyentuh tentang dokumentasi inilah pentingnya mendapatkan formula untuk mengurangkan beban tugas guru disekolah dan dalam masa yang sama program akademik, koko dan sasiah berjalan seperti biasa.

    Apa pun ini hanyalah satu perkongsian, dan perlu panambah baikkan daripada pelbagai sudut dengan mengambil kira pekeliling dan faktor lain yang berkaitan

    -Agee-Petaling jaya

    BalasPadam
  148. guru ni tak abeh2 dengan complen macam2 padahal gaji dan banyak beban kerja pun tak kritikal pun.Asyik menyalak jer korang ni..baik korang berenti kerja jer la kalo tak puas ati..tu yang budak jadi tak pandai2 dtg sekolah sebab deme tak ikhlas ngajor dengan dok pikir duit dengan nak kerja goyang tulur jer

    BalasPadam
  149. orang yang komen negatif pasal guru tu aku rasa semuanya bangang2 kot. main cakap je. berniagalah, relekslah, balik awal lah, keje cikit lah. diaorang ni cakap je pandai. setiap kerja ade susah senang. itu standard la. nama pun kerja.

    satu lagi, penulis dari sabah ni aku rasa dia tu sama ade penipu, atau guru yang dah kene buang kerja atau guru yang selalu tolak kerja ataupun guru yang pemalas kot.

    tapi aku rasa dia macam penipu je..

    guru memang banyak kerja. klu setakat masuk kelas n mengajar lepas tu habis balik rumah, memang senanglah kerja. ooiii, dia xabis kat situ dah. tanda buku tulis budak. klu ade 4 atau 5 subjek n klu
    ade berpuluh murid, alamat bawak balik rumah ler cetenya. ditambah lagi pulak buku nota n buku kerja. maka jadilah banyak. sabtu ahad pun wat kerja sekolah kat umah.

    lum masuk program sekolah n jawatan2 lain2. memang banyak.

    ade banyak lagilah kerja cikgu. Yang dengki n xreti2 bahasa tu, g la baca komen2 tentang kerja guru yang bertimbun kat dalam internet. ade banyak laman web yang berbincang tentang beban tugas guru.

    pergilah baca, aysik nak ulang cakap benda yang sama je kat korang ni..

    BalasPadam
  150. saya tidak menolak kemungkinan kenyataan cikgu mokhtar itu ada kebenarannya.tapi....tidak di semua sekolah.saya adalah guru junior dan kini baru selesai menjalani temuduga kenaikan 41.sebelum ini sy merupakan guru diploma maktab.sy telah ditempatkan di sek rdh dgn jumlah masa mgajar 30 masa.sy terima semua tugas dr gurubesar,hgga dicop vacuum bukan lagi penyapu.sy menerima tugas dgn hati terbuka dan adakala rasa terbeban apabila g/besar mahukan saya utk selesaikan smua jwtn tugas di sekolah.bukan bodek,pd dasarnya sbgai guru yg fresh dan baru posting sy wajar terima dn ini merupakan proses belajar dn mematangkan diri sy.alhamdulillah,sy dpt lakukan tugas tersebut dgn seronok,bukan sy kata baik....tp sy seronok dn rasa bermotivasi lakukan tugas tersebut. bukan saja guru kelas sy pgg BDAHARI B.GURU,B/HARI PIBG,KETUA PANITIA,GURU RUMAH SUKAN,BERMCM2 AJK,SU EXAM yg akhirnya berjaya sy tolak.nmpak mudah tetapi dgn 30masa utk manage seorang,guru menunggal yg tiada lg guru subjek sama dlm sekolah menyukarkan sy utk membuat sesuatu aktiviti.semua fail sy bolot utk diselesaikan,6 kelas saya tanda dan soalan perlu dibuat.setiap hari sy pulg jam 3ptg...nasib la sy masih bujang.cukup 3 tahun sy smbg ijazah sepenuh masa...dan kini sy ditempatkan di sek mngh.lain pula senarionya....masih kurg guru subjek sy di sekolah tersebut.tahun pertama tugasan sy tidak banyak...namun semakin byk tuntutan dan tugas di luar bdg tugas sebenar guru harus dilaksanakan.sy telan dn cuba utk adapt...kerana berbeza sguh sek rdh dan sek mngh.emosi dan mental perlu kuat.kdg2 hampir putus asa...tetapi sy tidak pernah ucapkan LANTAK LA kpd students saya...tugas sy byk kepada koko dan byk dasar kpm dan jpn yg menuntut guru2 key in data yg bg sy ada yg tidak efektif cthnya pbs.

    rasionalnya.....tugas guru terbeban kerana proses pngumpulan data,sistem yg diwujudkan tidak mesra pengguna,terlalu byk data dn maklumat perlu diisi yg kadangkala akhirnya maklumat itu tak digunapakai.kemudahan juga tidak dipenuhi..sekolah yg tidak cukup guru...terpaksa 2kelas digabung dlm 1 masa...jd students saya dkt 60 org dlm 1 kelas yg sempit.

    beban yg dimaksudkan dlm tugas guru adalah sistem yg digunapakai dan dr sistem itulah guru terpaksa meluangkan masa di rumah bukan di sekolah utk melaksanakannya.kerana...apabila di sekolah....guru kena menghadapi tugasan lain iaitu pnp dan keluar sahaja kelas....kena menghadap client iaitu students dn tugas hakiki iaitu menanda buku.bagaimana pula tugasan lain? msyrt panitia? perbncgan hari sukan? cukupkah masa pg-tghri jam 1? atau 1 hgga ptg jika sesi ptg? sudah tentu tidak.......itu yg mbuatkan guru hadir awal ke sekolah sperti sesi ptg akan awal bbrapa jam utk selesaikan tugasan di sekolah. jgn la hnya menuding jari guru kerja 7.30-1.00 hakikatnya byk tugasan perlu dibuat di luar jam 1.00 tghri itu yg tidak msrykt nmpak..hakikatnya..kami cuba sedaya upaya dn terima senario dan keadaan kerja yg tidak berhawa dingin dan hanya kipas sahaja.berbeza dgn kerja2 pjbt yg mempunyai komputer seorang 1,aircond dan tidak mmpunyai client yg boleh respon sperti pelajar.

    BalasPadam
  151. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  152. Tuan-tuan dan puan-puan,
    Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
    Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
    Jika hari ini seorang ulama yg mulia,
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
    Jika hari ini anda penjawat awam,
    Jika hari ini anda menulis ulasan di laman ini,
    Jika hari ini anda antara yang mengutuk guru...,
    Jika hari ini anda antara yang berterima kasih pada guru,
    Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca...
    Maka 'berterima kasihlah'...hanya ungkapan dua frasa itu sahaja, cukup membahagiakann seorang guru kerana ia lebih bernilai dari segala kejayaan yg dicapai oleh muridnya..TERIMA KASIH CIKGU

    BalasPadam
  153. Salam...pandangan tuan sebentar tadi samasekali tidak tepat. guru yang tidak terbeban itu adalah guru yg selalu menolak kerja di sekolah dan antara kroni-kroni pentadbir. makannya pelbagai kemudahan yg diberikan. sedangkan guru yang bukan keroni di sekolah dikulikan cukup-cukup oleh pentadbir sebab guru-guru tua semua lari. nak jaga anak. nak amik bini. ada itu ada ini. maka tinggallah guru-guru sejati yang menerima segala sampah sarap kerja-kerja di sekolah. guru bukan seperti pegawai di kemnterian lain yang ada kerani bleh mintak bantu itu ini. ada org bawah boleh arah2. guru adalah jalan mati. bawah guru tak de sapa boleh bantu. kalu campak sebakul, sebakul la kena selesaikan. kemudian diungkit tak bertanggungjawab. guru sekarang maksimum 30 waktu. tambah jadi guru kelas. penyelaras itu ini. tambah dengan PBS. jadi plak pengerusi kebiru dan sebagainya. susah nk ckp klu orang pandai cakap tapi tak mengalami situasi sebenar. kesimpulannya org atasan pandai ckp tapi dia sendiri mengelak kerja. xnak ajar kelas blakang. xnak ajar kelas pepeiksaan. sebab dia tau terbeban. banyak cikgu kat sekolah hidup jadi cikgu untuk hidup senang lenang bergoyang kaki. sebab semua kerja2 dia dah tolak. kalu semua cikgu tolak kerja apa akan jadi. kesimpulannya kerja jd cikgu mmg membebankan walaupun hanya sampai kul 2 (tu punch sahaja) balik rumah kerja tetap bawak. xubah macam kerja arkitek/engineer. cuti sekolah pun kena perambat. tak tau la apa cuti kepada guru. kakitangan awam biasa lagi untung sebab cuti yang jelas jumlahnya.

    BalasPadam
  154. aduhai....saya cikgu...7.15 sudah kena sampai sek....5.00 ptg baru balik....kdg lebih....nak thum print pun kdg opis dah tutup.....org opis pun tau time dia balik....kami cikgu...waktu balik tak tentu....

    BalasPadam
  155. cikgu mokhtar ni sah sah makan gaji buta..sikit no masa dia ngaja..kami di semenanjung ngajar 30 masa seminggu..3 hari dalam seminggu balik kul 5 petang sebab ada koko..ada mting lagi..guru kena key in apdm, ssm, pajsk, pbs bertimbun..aktiviti anjuran sekolah dah lah banyak, tambah dengan aktiviti dari ppd lagi berpuluh2..sorang2 cikgu pegang sampai 14 jawatan dalam pengurusan skola..kalau camtu lah relax nya ngaja kat sabah..jom lah kita pakat ramai2 tukar ke sabah..elaun pun banyak..cikgu mokhtar sila lah ke sini. Baru tau langit tinggi rendah..Jangan disebabkan awak malas dan x de keje, awak beranggapan semua orang mcm awak

    BalasPadam
  156. Alah yang kutuk-kutuk cikgu ni,semuanya pandai sendiri..lahir je terus pandai baca,mengira..pendek kata tak pernah pergi sekolahla,belajar sendiri sampai keluar U...

    BalasPadam
  157. salam..
    tiada keikhlasan dlm bekerja...terbeban sgt ke kerja anda sekalian?begitulah kerja guru.GB & GPK mengarah? semasa guru biasa,mereka juga buat sgala kerja..diarah dan dgn rela melaksanakannya.dah kerja, laksanakan saja dgn ceria..semua penjawat awam ada skop kerja yang mesti dilaksanakan.cuma guru, murid cuti, mereka bercuti..lebih2 lagi cuti akhir penggal.lepas Xmas baru dipanggil bertugas..di sekolah yang hebat2..guru sgt sronok bekerja..banyak komen yang dicatat di sini, menggambarkan mentaliti guru yang dah selesa di zon selesa..PPPM kan tetap kekal..pelajar M'sia di zon satu pertiga di bawah di antara plajar dunia..MMI..tercapai ke hasrat..30 waktu seminggu pun dah merupakan beban..apa lagi yg boleh dilakukan oleh guru M'sia..tanye guru2 lama..1200 minit waktu swminggu, tak hal langsung..lain-lain kerja..dgn tiada komputer..ah..bersyukurlah..
    wassalam

    BalasPadam
  158. Saya terpanggil untuk memberi maklumbalas terhadap Cikgu Mokhtar. Saya merupakan seorang suami kepaga guru dan sgt memahami kehendaknya dalam memenuhi tanggungjawab kepada anak bangsa. Isteri saya seorang yang dedikasi. 28 masa mengajar seminggu, ketua kadet polis sekolah daerah malahan peringkat negeri, ketua panitia sains dan biology, ketua sukan bola baling, SU kelab guru dan PIBG dan macam2 lain. Apa yg saya nak tekankan disini adalah rungutan beliau terhadap beban kerja sampingan yang tidak tertanggung olehnya sehinggakan gagal untuk mengemaskini model pengajaran terkini untuk anak2 bangsa disekolah. 3 hari seminggu balik pukul 6 dan terpaksa mengerah tenaga pada waktu malam untuk melakukan kerja sekolah sedangkan penjawat awam lain dan swasta mampu rehat. Ditambah pula dengan anak kecil dan sarat mengandung. Hujung minggu untuk anak dan suami? Jgn mimpi lah sekarang. 2 minggu sabtu ada kelas tambahan. Penat? Jgn cakap la. Menitis air mata kepenatan di rumah. Dan sekarang banyak guru-guru keguguran anak disebabkan tekanan kerja. Saya harap KPM lakukan sesuatu. Tambah guru ker, fasiliti ditingkatkan ker atau apa2 sahajalah yang mampu memberikan keselesaan guru2 di Malaysia.

    BalasPadam
  159. cgu ni xkne buat PBS k?dah la pgang guru tingkatan.pgang klas j dah mcm2 kj dah.nak latih budak sukan lg.tu blum mngadap prangai budak yg biadap ngan cgu.kite pnt, hati sakit yg dapat..jd kerani pon bes pe..kerani aku pon pkai kreta vios,aku pon pkai seg j.kj kerani masuk kul 8 balik kul 5, kul 10 ngeteh, kul 1 rehatkul 4 ngeteh lg. dok ofis aircond sejuk x kuar2 dr ofs,hari2 ngadap fb.blik kj sampai mlm blh g lepak2 xpayah pk pasal nak tanda buku,msuk markah pbs,ape2 lg la yg data online.kje buat kat tmpat kje, blik hepi j...best jd krani..

    BalasPadam
  160. Sepanjang ngajar tak penah dpt kurang 28 waktu seminggu. Ganti kelas guru yg x hadir paling kurang 3 waktu seminggu. 1 waktu pulak 40 min....ade ke 30 min.? Sape kata jd guru penasihat utk 1 unit uniform je.? Sy ketua pengakap, pembinaan domestik & permainan hoki. Setiap hr blk kul 4 sbb koko petang kt sek sy. Sabtu ade ladap, kelas tmbahan, mesyuarat, pendek kata sebulan 1 x sabtu je dpt cuti. Dah jd guru pengakap fhm2 je la khemah memanjang...siap bwk suami tlg jg baby..2 3 mlm tido dlm khemah. Sng sungguh keje cikgu! Hujng thn byk cuti? Sy tiap2 thn jaga exam spm sampai bln 12.. Kalo yg x jg spm tu...biasanya jkena tanda paper pmr/ spm. simpulannya stp bidang ada beban tugas msg2. Takyah nak pertikai beban tugas org klain.

    BalasPadam
  161. Mokhtar Sabah, Keningau, Sabah.... dia orang politik boleh cakaplah... buat kerja hancus... time nak mengundi mula sibuk nak rayu undi.

    BalasPadam
  162. Sonang jo..tukar kerajaan..tgk siapa yg akan tearjui kpm nnt..insya-Allah ade sistem yg lebih sistematik dan menekankan kemenjadian murid bukan untuk menghebohkan kemenjadian kpm,kemenjadian ibubapa,kemenjadian guru dan kemenjadian pengetua serta kaki ampunya..biar pelajar berjaya dalam akademik,sahsiah dan penglibatan koku..xpayah buat macam2 yg membazir masa untuk mengejar nama..INI SEMUA POLITIK POYO

    BalasPadam
  163. mungkin cikgu mokhtar termasuk dlm kategori seorang cikgu di sekolah saya...setiap bln kena jumpa pakar..blh pergi sekolah anytime balik rumah bila dia rasa nak balik.waktu mengajar beliau memang sedikit sebab sudah sakit..

    BalasPadam
  164. xsemua cikgu yg same beban keje cm en.mokhtar ni..en.mokhtar kene tgk pd keadaan semasa dlm bdg pendidikan skrg ni..pelbagai dasar baru dan transformasi pendidikan telah di war2kan..dan pelaksana nye adalah para guru...tanya lah pada mana2 guru yg skrg mengalami perubahan dlm cara pentaksiran...PBS..transformasi sekolah vokasional kepada kolej vokasional..anggapan en. mokhtar mengatakan cikgu vokasional byk masa senggang sudah tidak tepat dgn berlakunya kolej vokasional..tak percaya tanya lah guru2 yg mengajar di kolej vokasional...

    BalasPadam
  165. sabah dan semenanjung tidak sama.. jauh sgt bezanya. saya mengajar 32 waktu seminggu....

    BalasPadam
  166. sy nak betulkakan kesalahan penulis. max waktu mengajar 32. sy seminggu 30.dulu ms di Sarawak 23 jer. jgn senang nk menulis berdasarkan pengalaman yg sedikit. walaupun dh lm jadi cikgu xbmkna byk pengalaman.Setiap Sabtu adaKoko dan ladap. sebb sekolah dua sesi. neseri tutup Sabtu. ke hulu ke hilir nkmenghantar anak. tanda buku mmg biasa. kalo buku BM 7buah X 120 pelajar.. brp buah semuanya. buku di gunakan setiap minggu. mesti tanda. kalo di Swak dulu murid sy antara 11 ke 30 org shj. sekarang d Selangor. mungkin cikgu ni. xpernah bertukar sekolah. pengalam sikit saja

    BalasPadam
  167. Mereka yang terpilih sahaja yang layak menjadi guru. Anda kena ingat rezeki kerja kita ditentukan oleh Allah ... . Cuba anda bayangkan kami guru-guru di sekolah :( tugas sampingan secara tidak langsung)
    Kamilah pengawal keselamatan
    Kamilah penyambut tetamu
    Kamilah pengasuh
    Kamilah kerani
    Kamilah jurulatih sukan
    Kamilah jururawat
    Kamilah tukang sapu
    Kamilah tukang kebun
    ( ini tidak termasuk tugas rasmi yang lain yang sedia ) siapa yang
    jadi guru dia faham....itu belum lagi kerja sekolah yang dibawa ke rumah.. semua itu perlukan kekuatan fizikal dan mental.. sama-sama kita mohon pada Allah semoga dipermudahkan dan diberkati segala urusan kita ....itu semua bekalan kita yang hendak kita bawa bila mati nanti....bila kita sudah mati pun kerjaya yang mulia inilah yang akan disebut-sebut oleh orang yang hidup...

    BalasPadam
  168. Cikgu Mokhtar patut dihantar mengajar di Semenanjung. (16 waktu seminggu vs. 22+)
    Memang ada terdapat cikgu yang sangat ringan kerjanya kerana dia sendiri yang mengelak. Namun terdapat cikgu yang begitu komited sanggup melatih murid hingga ke petang tanpa apa2 elaun tetapi dibeban kan pula dengan tugas lain. Setiap guru punyai kemahiran dan bakat masing2. Cuba beri mereka tugas seiring dengan kehebatannya. Ini tidak, guru yang x komited dibiarkan tugas2 remeh. guru yang komited di bebani tugas. Contoh...pernahkah kita prihatin siapa menjawat tugas2 lain di sesebuah sekolah yang berkapasiti 100 guru. Guru ICT (merangkap technician sekolah, lepas tu asalkan kita celik IT, kita sahajakah tempat rujukan x kira masa?. masa yang senggang utk periksa buku dikorbankan utk IT sekolah, then tanda kat rumah ler jawabnya), Guru Aset (x sudah2 nak periksa aset yang ntah hilang ntah baru ntah lama, lebih2 lagi bila sambg tugas org lain), Guru Matematik (belum tambah dengan kelas tambahan walaupun niat mempertingkatkan kemajuan, ikhlas..ada tahapnya), Guru Sofbol( latihan setiap petang tidaklah disuruh tetapi nak biarkan murid berlatih sendiri ke?, nak upah jurulatih ada sponsor ke?), Guru KRS (walau hanya sebagai pemerhati, urusan data dan lain nak biar begitu sahaja kah? nanti bila camping cikgu x join juga ke?), Guru PSV (nampak subjek Remeh tapi masuk SPM juga kan? Ingat!PSV bukan sekadar melukis sahaj, takpela bila tiap kali kena wat backdrop + multimedia montaj itukan ikhlas namanya walaupun kita berjaga tengah malam perah otak nak wat montaj n video korporat yang hanya ditayang 10 minit, org lain ada nampak susah perit buatnya? nasib baik lah minat), Guru Koperasi (Ada giliran tugas satu hari seminggu shaja,tapi boleh lepas tangan sahaja kah untuk murid2 buat tanpa pantauan, duit kena jaga juga jgn short), Guru AJK sukan tahunan (ala setahun sekali je..tapi kalau dah bertindih tugas lain?), Guru AJK PIBG (ala pergi meeting, duk diam jgn kata2 apa2 nanti x der program perlu dilaksana, patut ke?) Guru Data SMM, APDM(jawatan yang ntah wujud ntah x coz dibawah sediaan HEM, cikgu yang celik ICT je la jadi mangsa selesaikan...x per masih minat lagi...sanggupku bekorban)Mengajar 24 waktu je...tapi semua yang menanggung diatas guru yang mana? Berapa orang? Berapa Minda? Berapa kerat tenaga?..cuma seorang itulah ...itu belum dicontohkan lagi rakan2 lain. rasanya dah duatahun asik jawab soal selidik beban tugas guru tapi ada pula golongan guru yang kata "GURU TIDAK TERBEBAN KERJA"? kalu dah guru sendiri yang menikam guru,memang x patut. Akhirnya cikgu2 yang komited ini ke mana? yang teruskan perjuangan ada, yang pulang kg halaman ada juga, yg buat tak tau(dr seorang komited berubah jadi biasa - biasanya bila tukar ke sekolah lain)ramai, yg bawa diri lg ramai. Saya? walaupun ada rindu untuk kembali ke sekolah tapi terpaksa kuatkan semangat dengan tugas yang baru, mungking satu hari nanti akan kembali ke sekolah jika diizinkan takdir. Fikir2 fikirkan la...jangan la cikgu sendiri yang memusnahkan rakan taulan nya

    BalasPadam
  169. jam 2:50ptg masih lg kat sek...ank2 masih kat pengasuh...ni pon org kata cikgu x da keje....jap lg nk meeting pulak...bile agknyer nk smpi umah ye?bayangkan...laporan x henti2....lps ni nk hadap keje rumah pulak..tgh mlm br nk mula keje sek...nk buat lembaran kerja, nk fikir bahan bantu mengajar, nk ajar murid special( pemulihan)...kalau x de BBM, x dapek diorg ni....mcm2 nk fikir...itu cikgu mkn gaji ke????kang br nk tido,nk lelap je, ade je teringat keje sek....

    BalasPadam
  170. Org lain pun kje..tpi x sebising cikgu..pong pang pong pang manjang komplen. Buang jelah cikgu x berkualiti nih.

    BalasPadam
  171. Cikgu memang dibeban dengan kerja yang melampau. Semasa Pak Lah jadi PM beliau telah mengarahkan supaya tidak ada kerja dibuat pada hujung minggu. Itu masa untuk kakitangan kerajaan bersama keluarga (family day). Walau bagaimanapun, guru masih dibebankan dengan aktivii ko kurikulum, LADAP dan sebagainya. Kena pulak Pengetua yang gila pangkat dan status seperti Pengetua saya Norliah Raja Omar (SMK Presint 9(2), Putrajaya). Dia gila pangkat dan tak ade apa nak buat hujung minggu kerana suaminya Pengarah IAB, Genting jarang balik. Jadi dia kerah semua gurunya datang pada hari Sabtu dan Ahad untuk teman dia di sekolah. Paksa guru adakan aktiviti kelas tambahan/ko kurikulum/kelab dan persatuan. Semua ini berlaku sepanjang tahun. Kami guru tak ada life ke. KPM dan JPN Putrajaya tutup mata kerana Pengetua isteri Pengarah IAB dan kawan baik. CUEPACS Dato Hj Omar tak tau apa-apa, ia duduk di UPM atau Pej CUEPACS saja. Tak turun padang secara menyeluruh.

    BalasPadam
  172. sy mengajar di sjkc
    * 34 waktu seminggu ( x termasuk relief plg kurang 2 waktu seminggu)
    * waktu senggang digunakan untuk menyemak buku latihan murid. Sekolah cina paling kurang ada 8 buku latihan untuk setiap mata pelajaran). Memang xsempat menyemak di sekolah. Sy terpaksa bawa balik ke rumah)
    *Ladap setakat ini paling kurang 2 kali sebulan. hari sabtu kena datang sekolah.
    * saya diamanahkan melatih pasukan bola sepak dan ping pong sekola. Kena stay di sekolah 2 jam.. seminggu 2 kali latihan
    * ini tidak termasuk lagi dengan kursus yg terpaksa dihadiri pada hari ahad.. yg sebenarnya guru bekerja 7 hari seminggu.. dengan pelaksanaan MMI menjadikan hubungan guru dengan keluarga semakin renggang.. tidak ada bnyak masa untuk dihabiskan bersama.. bnyk lagi tugas guru sebenarnya dengan ketua rumah sukan, guru kelas, ketua panitia.. xlarat nk tulis dh..huhu senyum sokmo :)

    BalasPadam
  173. Hairan bin ajaib ulasan cgu Mokhtr ni.. guru apa dia ni tdk brpaksi pd rliti.. brangkli dia ni mgajar di skolah kelas sukarela org dwasa mcm crita P.Ramle..

    BalasPadam
  174. rilekla.janganla jeles ngan kami...kerja senang,gaji besar....oh.bestnya jadi cikgu....taknak berenti dah....pencen banyak....

    BalasPadam
  175. Sesiapa yang rasa tugas guru ni tak membebankan, mcm ni la; bila dah anak, jgn antar ke sekolah, ajar sendiri, pastu daftar preksa awam sendiri, takpun download KSSR dan KSSM kat internet dan buat sendiri kat anak. klau x terbuat, JUST SHUT UP! coz itu baru 1 % drpd tugas guru kat sekolah. tgk mcm mana korang punya rilek.........

    BalasPadam
  176. saya baru terbaca isu yg dbangkitkan saya pernah mengajar d pdalaman dan bandar dua situasi yg berbeza..
    dpedalaman saya trpaksa mengajar 29 hingga 32 waktu..
    d bandar saya sekarang mengajar 29 waktu (math thn.6,thn.5 dan thn 4 21waktu) (PJ thun 5 dua kelas 4waktu) (KH thn.6 dan thn.5 4waktu) semuanya 29waktu...
    guru memang segala-galanya..
    1.Murid mencuri guru - jd polis
    2.murid bergaduh guru -jd Hakim
    3.murid luka berdarah guru -jd paramedik
    4.murid bawa barang trlarang guru-jd Kastam.
    5.murid berkhemah guru-jd Jaga
    6.murid ujian guru -jd kerani
    7.murid beli buku dan byran yuran- guru jd akauntan
    8.murid gagal guru susah hati dan dpersalahkan ibu bapa kata guru bodo tak pandai ajar.
    9.murid cemerilang guru cuma tersenyum kerana ibu bapa kata (memang ikut baka keluarga)
    10. memang tugas kita....
    sebab tu guru2 dan warga pendidik menceburkan diri dgn. side income coz nak lari dr tekanan INI....
    tugas guru cuma djadikan kerja amal untuk mendapat pahala dan mendidik anak2 walaupun tak kan dhargai...

    BalasPadam
  177. Ya Allah Ya Rabbi... Kau lindungi lah guru2 ini.. Bagi yg mengatakan guru zaman ini tidak pandai bersyukur, maka Kau tunjukkanlah kebenarannya.. Semoga mereka atau anak mereka berkahwin dengan guru.. Dan di kala itu, jangan sampai mereka pula menjadi manusia yang tidak pandai bersyukur.. Amin..

    BalasPadam
  178. Sebenarnya, apa yang cikgu Mokhtar ulaskan tu tak berapa tepat. Sila buat ulasan setelah mengambil kira dan melihat sendiri bebanan tugas guru di seluruh Malaysia. bukan di Sabah aje.

    BalasPadam
  179. SPI berapa ya yang nyatakan agihan masa mengajar bagi pengetua dan Guru Penolong Kanan? Ada agihan masa tak adil berlaku. Kita guru perlu bangun menuntuk hak kita seperti yang digariskan peraturan.Rujukan itu akan buktikan bahawa pentadbir perlu adil..Banyak pengetua dan GPK tidak adil dan tidak menyumbang tenaga membantu memikul beban bersama-sama guru lain. Jom ramai-ramai kita pakat laporkan ketidak adilan inti ke atas.

    BalasPadam
  180. Maklumat dari persembahan IAB menyatakan agihan waktu mengajar guru besar /pengetua sekurang-kurangnya perlu mengajar 5 kali seminggu, manakala Guru Penolong Kanan 12 Kali seminggu. Pengetua saya hanya 4 kali seminggu, Guru Penolong Kanan pun 5 kali seminggu..yang lain-lain cikgu biasa yang tanggung.

    BalasPadam
  181. namanya bekerja.. memangla bnyk tugas. kalau betul, guru dibebani tugas.. bersyukurlah setiap gaji yang korang dpt berkat. halal. Bukan tu yg lbh penting? ke tidak guru2?

    BalasPadam
  182. Salam. Mula bekerja awal 80an di sekolah menengah di Batu Pahat Johor. Opsyen Matematik tetapi mengajar pelbagai matapelajarann lain termasuk Bahasa Inggeris. Mula rasa tak seronok jadi guru setelah SSB dilaksanakan. Tunggu lagi jumpa musim SSM, sama sahaja ragamnya. Saudara mara dan rakan rapat dapat melintang menegak beberapa kali tak macam saya tak merasa. Bukan malas atau bodoh, tetapi tak suka atau tak tahu mengampu (membodek - istilah sebebelum saya jadi cikgu). Banyak dasar yang memecah belah tak seperti dulu-dulu tak berkelompok pun sama ada spm, stp, diploma atau ijazah. Ketua di sekolah perlukan kepandaian memijak orang bawahan untuk mereka naik atau melonjak. jadi banyaklah arahan atau idea baru nak menonjol diri biar dapat imbuhan diri. Walau bagaimana pun bersyukur ramai guru yang memang niat nak jadi guru. nak ajar dan didik anak-anak Malaysia.

    BalasPadam
  183. Assalmualaikum... Sj nk kongsi.opsyn sj pjk.so setiausaha sukan sekolah.jadual wktu 26.sy guru kelas.ketua penasihat kelab.dan sy penyelaras pbs sekolah.. Di sekolah sy iaitu smka merupakan sekolah ke 3 kerana mgikut suami.di sekolah sy agk terbeban disebbkn guru2 lelaki kurg.thun lpas sy dn budk buat garisan kt pdg sekolah.... Profsion kguruan bkn pghalang tp bila tiada sokongan buat sy give up.dan inisekolah yg sy harapkan smka tp the worse school.bg yg pndai mgelat mmg beruntung.bila guru baru masuk pn dh pandai bg alasan..sedih dgn sistm dan peggurusan sek.sy dh suarakan tp apakan dy.mgkin kna byk berdoa.....

    BalasPadam
  184. Salam. Saya seorang guru sekolah rendah. Punya pengalaman mengajar di sekolah yang terletak di bandar dan daerah kecil. Dari bandar, saya berpindah ke sekolah yang terletak di daerah kecil. Hampir 6 bulan saya tak lalu menjamah nasi kerana tertekan. Saya mengambil masa yang lama untuk mengadaptasi diri saya di sekolah yang lebih banyak tugas berbanding sekolah lama saya yang terletak di bandar. Apa yang hendak saya sampaikan di sini ialah tidak semestinya sekolah di bandar, guru-gurunya lebih terbeban jika dibandingkan dengan sekolah kecil di pedalaman atau di pekan kecil. Setelah melepasi masa sukar saya, barulah saya dapat membiasakan diri dengan tugas-tugas di sekolah baru. Kadang-kadang beban tugas yang dihadapi oleh guru membuatkan mereka bingung, melatah dan mungkin merungut. Namun guru tetap guru. Walau apapun keadaan yang berlaku, seorang guru tetap mendidik anak muridnya dengan ikhlas. Pembaca harus sedar, seorang guru bukan pakar psikologi.Hanya berbekalkan ilmu dan pengalaman berhadapan dengan pelajar, guru-guru berupaya menangani masalah pelajar. Namun kadang-kadang tersasar juga, memarahi anak-anak muridnya, malah ada yang sampai datang tangan. Ibu bapa pun janganlah turut sama melatah terus mengata guru yang bukan-bukan. Lalu menuduh guru itu tertekan dan tidak layak menjadi guru. Lebih-lebih lagi menceritakan keburukan guru di hadapan anak-anak. Ini akan menjadikan anak-anak tidak menghormati guru. Jadi, di manalah letaknya keberkatan ilmu yang anak-anak kita perolehi selama ini. Sama-samalah kita menjaga tugas masing-masing dan selalu mencari kebaikan....bukannya keburukan.. Orang yang berjaya adalah orang yang mencari kebaikan orang lain dan mencari keburukan diri-sendiri agar dapat diperbaiki. In Sha Allah...

    BalasPadam
  185. Salam, sebagai penjawat awam@swasta tak perlulah kita nak berdebat, menghentam & bergaduh tentang beban tugas atau apa jua isu dilaman blog.Sepatutnya kita jadikan ruangan ini untuk memberi pendapat, berbincang tentang sesuatu isu@perkara dan meluahkan perasaan dengan cara yang betul. Memanglah pada hari ni kita berhubung tanpa dibatasi sempadan seolah - olah semuanya di hujung jari. W'pun begitu..sebagai seorang Melayu yang beragama Islam kita sepatutnya akur yang agama kita meletakkan sesuatu perkara itu ada had dan sempadan.Hari ini dari si kecil sampailah ke yang tua semuanya dah boleh menggunakan komputer@internet. Jika pada saat ini anak - anak kita membaca tulisan kita yang menghentam orang sana sini kemudian diterjemahkan oleh mereka dalam kehidupan seharian..siapakah yang perlu kita salahkan@hentam pula?Bukankah ia datang dari hasil penulisan kita sendiri.Saya bukanlah baik tapi saya juga bukanlah jahat..sebagai seorang Islam kita sepatutnya meletakkan amanah yang dianugerahakn Allah sebagai entiti utama dalam kehidupan seharian kita. Hari ini kita ditakdirkan oleh Allah menjadi seorang petani, nelayan,penternak, penoreh getah, peguam,arkitek,guru,kerani,pegawai daerah,doktor,ahli poltik dan sebagainya.Jika kita lebih mengingatkan amanah Allah yang dipikul di atas bahu kita maka tidak kita akan mengeluh dengan apa yang kita perolehi sebalik kita akan lebih mensyukuri rezeki yang Allah kurniakan. Cuba kita kita lihat sekeliling..berapa ramai lagi insan – insan yang masih tak mempunyai pekerjaan walhal keputusan peperiksaan mereka jauh lebih baik dari kita yang mempunyai pekerjaan tetap. Oleh yang demikian tak kira siapa pun diri kita tunaikanlah amanah Allah yang kita perolehi sebaik mungkin.Cuba kita renungkan kata pujangga ini..’kita perlu melihat yang di bawah supaya kita sentiasa bersyukur kerana ada orang lain yang lebih sukar dari kita…dan jangan pula kita lupa utuk mendongak yang di atas supaya kita tahu ada yang lebih baik dari diri kita..’ . Maaf jika coretan ini menyinggung hati sesiapa…

    BalasPadam
  186. bayangkan rumah anda bocor atapnya. anda pun cakap pada org "rumah aku bocor atap. susah, hari2 kena lap lantai, barang bnyk rosak. Macam mana ye? ada kenal mana2 tukang?" Tiba2 ada org buat kenyataan "rumah bocor tidak susah. lap lantai bukan hari2 kerana hujan bukan hari2. barang yang rosak cuma tv, radio dan carpet saja. bersyukurlah ada atap walaupun bocor. kami yang susah ni bukan atap saja, rumah pun tak ada. kalau tak suka rumah tu, bagi aje kat kami yang tak ada rumah ni" apa perasaan anda?

    BalasPadam
  187. pasal guru buat jualan langsung, balik awal, malas kerja = cikgu yg mcm ni tak akan komen kerja dia susah. mereka takkan diberi tanggungjawab yg banyak. yang pandai buat kerja saja yg di bebankan dgn tugas2 pelik2 macam kira berapa tile ada dlm sekolah, berapa tingkap, berapa pintu, berapa kerusi.. Agak2lah yg komen pun bukan cikgu. kalau betul semua cikgu malas, mesti sesuatu yg drastik sudah belaku. cikgu pun manusia, ada yg malas ada yg dedicated. yg boleh menilai manusia ni setahu saya Allah saja. Bila kita nampak kemungkaran, kita tegur saudara seislam kita tu secara discreet macam kita tegur adik beradik kita, bukan lantik diri jadi hakim. Yg cikgu dok bising, bukannya nak suruh org lain buatkan kerja2 perkeranian tu, biarlah org yg kat PPD, JPN, KPM yg boleh pegi minum kat mamak pukul 10 pagi tu buat sebab diorg tak ada kelas. Ada pegawai pernah ckp kat saya "aku jaga exam ni sebab kat KPM tak de apa sgt nak buat, boring" Dah tau diorg boring, bagi semua kat diorg, cikgu ada bnyak lagi bendsa lain nak buat mcm training budak, device ABM baru, lesson plan lagi. Biarlah cikgu buat kerja perguruan dan org yg tak guru buat kerja perkeranian. Saya tak cakap kerani kat pejabat sekolah. Ye, ada ramai org kata kerani pejabat senang, baca suratkabar, minum2 waktu rehat tak pernah terganggu sedangkan cikgu yg tengah dlm toilet pun kena jawab panggilan talifon, tgh mkn kena berhenti sebab tiba2 dpt relief. saya tak komen kerani sebab saya bukan kerani, saya tak tau macam mana susah senangnya jadi kerani. Abes korang yg bukan cikgu ni macammana bole tau susah senangnya jadi cikgu? korang ni tok nujumkah?

    BalasPadam
  188. untung la jadi guru..kerja rilex gaji gred 41..untung sapa jadi cikgu ni..pasal tu berebut budak lepasan spm nak masuk ipg..pasal tu berebut budak lepasan matrik stpm diploma nak amek ijazah pendidikan..logiknya mmg kerja cikgu senang dan dan untung..dok gitu

    BalasPadam
  189. Ehem..saya gb mngajar 17 waktu seminggu.

    BalasPadam
  190. Ehem..saya gb mngajar 17 waktu seminggu.

    BalasPadam
  191. Haram jadah punya blogger karang isi pakai kepala lutut ka apa, bangang betol

    BalasPadam
  192. Aku pun nak buat luahan,ya Allah sakitnye hati mengajar di sekolah yang ada agama tapi keadilan dalam pembahagian tugas takde,rupanya orang yang dilantik nih sebab dia mudah bagi komitmen dan dapat menyiapkan kerja dalam waktu yang ditentukan,ohh my jadi bile rajin,jaga jaga,kau akan dilantik jadi untuk hampir semua perkara dan jawatan seakan akan tiada guru lain hanya kau seorang saja yang mampu bekerja,jadi orang yang buat kerja acuh tak acuh,tak bagi komitmen byk dalam program sekolah,tak perlu risau sebab mereka takkan dilantik banyak benda hampir seakan dia tak rase kepenatan dan bebanan,ohh my,kesiann ko tahu,kesiann,aku tak tahu mana keadilan kerana banyaknya yang nampak kezaliman

    BalasPadam