10/2/2011
SAYA ingin memberi reaksi berdasarkan tulisan Mokhtar Sabah dalam Utusan Malaysia bertarikh 8 Februari 2011. Saya ingin memberi pendapat berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pendidikan. Saya rasa ramai guru yang terkejut dengan tulisannya. Di sini ingin saya menyangkal beberapa pandangannya.
Siapa guru yang diberi tanggungjawab mengajar enam waktu seminggu? Hanya Guru Besar yang diwajibkan mengajar enam waktu seminggu kerana beban tanggungjawab yang digalas. Guru mana yang purata mengajar 16 waktu seminggu? Rata-rata guru biasa di sekolah saya mengajar 32 waktu seminggu dengan beban tugas lain. Itu belum ganti guru bersalin yang tiada pengganti.
Contohnya Cikgu A.
- Masa mengajar 32 waktu x 30 minit seminggu.
- Guru Kelas
- Guru Data SDM
- Guru Disiplin
- Pengerusi Teknik Zon
- Guru Bertugas Mingguan
- Setiausaha Kelab Guru
- Penolong Ketua Rumah Sukan
(Banyak lagi tugas yang perlu diselesaikan seperti mengisi Data Sistem Maklumat Murid (SMM) yang berubah-ubah setiap tahun, majlis persaraan, Hari Kantin, Hari Sukan dan lain-lain.)
Kami tersinggung dengan kenyataan Cikgu Mokhtar yang menyatakan guru mengajar lapan jam seminggu bersamaan dengan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.
Wahai, Mokhtar Sabah, keluarlah dari bawah tempurung. Tugas guru bukan hanya mengajar di dalam kelas, tetapi mendidik murid dari lepas subuh sampai sebelum maghrib. Malahan ada guru yang ikhlas menabur bakti hingga 10 malam. Di padang waktu petang, kalau bukan guru, siapa agaknya?
Mokhtar Sabah menyatakan seorang guru diberi satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Lihatlah contoh Cikgu A di atas. Hanya guru bermasalah yang memegang jawatan minimum. Kalau cikgu tersebut seorang yang bagus, maka makin banyak beban kerja terletak di bahunya.
Kami tidak pernah mengeluh tentang tugas hakiki menanda buku kerja pelajar, kertas ujian dan menyediakan soalan. Kami tahu tanggungjawab kami. Cuma yang kami bincangkan kerja-kerja lain yang membebankan seperti mengisi data yang sepatutnya bukan kerja kami.
Agaknya Mokhtar Sabah tidak pernah bertugas seminggu selepas cuti dan seminggu sebelum naik sekolah semasa cuti sekolah hujung tahun. Cuti kami diambil, tapi kami akur dengan arahan tersebut.
Wahai Mokhtar Sabah, kalau murid sekolah cikgu tak ramai, bolehlah cakap besar. Cubalah mengajar di sekolah yang muridnya lebih 2,000 orang. Agaknya Cikgu Mokhtar datang sekolah bila jam berbunyi 7.20 pagi dan balik 12.50 tengah hari. Cikgu Mokhtar tak bertugas untuk mengawal disiplin murid awal pagi, waktu rehat dan waktu balik? Ingat ya, tugas guru bukan mengajar di kelas sahaja!
Hanya guru yang memahami masalah yang dihadapi oleh guru. Mokhtar Sabah, marilah datang ke Semenanjung, tukar angin untuk merasai apa yang kami rasa. Jangan dijolok sarang tebuan! Walaupun kami terbeban dengan tugas yang banyak, kami laksanakan dengan jayanya. Kami berjaya mengawal emosi dan tak perlu jumpa doktor sakit jiwa!
GURU TUA
Johor Bahru, Johor
mmm... memang saya amat bersetuju dengan pandangan guru tua. apa yang saya pelik en mokhtar macam memberi fakta yang agak tidak tepat atau hanya melihat dari kelompok guru yang bertugas di kawasannya sahaja. mmg ada guru yang sangat banyak waktu senggangnya di semenanjung tetapi hanya di sekolah yang tak cukup pelajar saja kut...
BalasPadamsaya pun guru juga...saya tau la setakat mana beban guru tu..tak teruk sangatlah spt digambarkan..kecoh saja lebih..
BalasPadamguru2 yg bermasalah je yg xde byk keje..
BalasPadambukan xde keje tp x ambik tau pasal keje..jenis ni memamg rileks..
pentadbir pun x bg tugas sebab dah tau memang xboleh harap..bg tugas pun x buat..
mungkin mokhtar sabah ni termasuk dlm golongan ni kot..
guru berpakat dengan rakan guna wang tebusan beli ganja...guru sanggup tipu isteri sendiri..dan menipu diculik(Berita Harian Online: 9 Februari 2011)
BalasPadamguru zaman sekarang..nak itu...nak ini...bila semua diberi..nah...ganja plak ditelannya...patutlah ramai murid ikut jejak....
manusia memang buat silap....tu yg dikata kerana nila setitik rosak susu sebelanga...., bukan semua, beberapa org je. begitu juga guru.. beberapa kerat yg tagih ganja ni. malah kerja lainpun ambil ganja juga. tapi cikgu2 x pernah ajar, muridnya ambil ganja..faham? mungkin dia berguru dgn org lain(bkn cikgu) utk ambil ganja...faham tak. cerita pasal manusia buat silap tadi... menteripun rogol, buat filem lucah, rasuah... banyak lah lagi yang tak elok. itu menteri2. kerja lain????? faham tak. jadi jgn suka2 mengata cikgu yg bukan2.
BalasPadamSebagai orang awam yang sayangkan anak bangsa, agama dan negara, saya meminta kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran mengambil tindakan berat ke atas Cikgu Maarof yang bukan hanya tidak mengambil endah berkaitan tugas malah sanggup menipu kononnya dia sakit. Cikgu Maarof mengambil cuti sehingga tiga sijil cuti sakit selama 21 hari sedangkan dalam masa yang sama dia dilihat siuman, sihat dan gembira .---Utusan Malaysia Online: 15 Februari 2011
BalasPadamkita sebagai guru tidak boleh bersikap bohong pada diri sendiri... saya menjawat guru nie dah dekat 6 tahun...banyak kelebihan guru ni yang org public tak tahu...saya sebut satu je...buat nota sendiri, jual ke murid..photostat free...guna pejabat....lumayan ...sebulan leh cecah 1000 ke atas....ni kire bonus ler...
BalasPadamGuru..oh..guru.. berbagai-bagai jenis guru wujud dalam zaman serba moden dan canggih ini.. Ada yang mulia.. ada yang pentingkan diri sendiri, ada yang mata duitan, yang keji pun ada....tetapi kita sebagai guru perlu ingat!! Hanya Tuhan yang Maha Esa membalasnya....Muhasabah diri... Apabila "guru" menjadi profesion pilihan sebagai tempat untuk megelakkan diri itu daripada menjadi seorang pengganggur.... ini lah hasilnya.. berbagai-bagai jenis guru yang carca marba..
BalasPadamSaya pernah mengajar di sekolah SKM(murid 128 org). Apa yang pasti tugas selain mengajar sebenarnya lebih banyak dari guru sek gred a. Bayangkan dengan bilangan guru cuma 12 org, tetapi bil jawatankuasa yang sama banyak di sek gred a. Bayangkan pada satu masa saya adalah penyelaras UPSR, KP Matematik & Sains, KP KH, guru disiplin tidak termasuk lagi tugas di unit Koko, kelas malam
BalasPadamsaya ni surirumah.. kalu saya nak senggang saya senggang.. kalu nak beban saya beban.. tapi tak de gaji..
BalasPadamsurirumah
BalasPadamcakap cikgu tu betul.. cikgu ni pun betul.. saya terima je.. mungkin yang senggang tu gaji murah kot..
saya sokong kalau waktu bekerja guru 9 jam.. sebab kalau kerja di sekolah bawa balik ke rumah pasti guru tak ada masa nak buat... berbanding semua kerja disiapkan disekolah.. sebab tu ada guru yang lanjutkan masa kerja dirumah hingga larut malam di sebabkan terpaksa buat kerja sekolah sambil membuat kerja rumah.. kalau guru bekerja 9 jam..rasanya semua orang boleh lihat kerja guru banyak berbanding jika guru balik awal..
BalasPadamSalam sejahtera...
BalasPadamSaya berharap kementerian dapat menyenaraikan masa maksimum pengajaran dalam seminggu dan sehari serta bebanan kerja yang boleh diberi kepada seseorang guru.
Saya berasa banyak guru baru tidak tahu hak mereka!Sesetengah guru diberi kerja yang terlalu banyak.
Adakah wajar seseorang guru diatur sebanyak 8 waktu untuk mengajar di dalam kelas dalam masa sehari? (8 x 35 minit) = 280 minit. Mana ada masa bersolat dan makan serta menyediakan perancangan?