Berita Harian
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2011/02/07
Kerajaan yakin Akta Gaji Minimum dapat dilaksana selewat-lewat Jun
KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin Akta Gaji Minimum 2011 dapat dilaksanakan selewat-lewatnya Jun depan selepas mendapat maklum balas daripada Makmal Gaji Minimum yang akan berlangsung esok. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata rang undang-undang akta berkenaan akan dibentangkan di Parlimen pada sesi persidangan akan datang yang akan bermula bulan depan. “Kita akan berusaha untuk melaksanakannya pada bulan Jun ini, kementerian yakin ia dapat dilaksanakan berdasarkan maklum balas daripada pihak berkepentingan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Pihak yang berkepentingan dimaksudkan ialah seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persekutuan Majikan Malaysia (MFE) dan Persekutuan Pengeluaran Malaysia (FMM).
Beliau sebelum itu menghadiri majlis perasmian Pusat Khidmat MIC bertempat di ibu pejabat parti berkenaan. Majlis itu dirasmikan Presiden MIC, Datuk G Palanivel.
Sebelum ini akhbar melaporkan makmal selama tiga hari itu bermula 8, 11 dan 14 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dijangka dapat mencapai kata sepakat berhubung cadangan penetapan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan.
Subramaniam berkata, sejak tahun lalu kementeriannya sudah mengadakan pelbagai program termasuk perbincangan, seminar dan sesi dialog dengan pihak berkepentingan bagi mencapai matlamat berkenaan.
“Banyak isu, terutamanya membabitkan pihak berkepentingan ini, kita perlu menyediakan satu sistem yang dipersetujui ataupun diterima oleh semua pihak, tidak memberi kesan kepada ekonomi, peluang pekerjaan dan juga industri” katanya.
Sementara itu, Palanivel ketika ditemui berkata, MIC akan menyelaraskan fungsi pusat khidmat di kesemua peringkat negeri dan bahagian pada setiap Ahad dari 10 pagi hingga 1 tengah hari bagi memudahkan masyarakat India menyuarakan masalah mereka.
Katanya, pusat khidmat berkenaan memberi ruang kepada masyarakat India untuk menyuarakan permasalahan termasuk masalah pendapatan, perumahan, kesihatan dan juga bantuan kebajikan
hati hati insan yang bernama siti junaidah, bekas broker perodua marathon temerloh. Sungguh licik seolah-olah tak takut Allah.Mungkin salah asuhan.
BalasPadamWahai Siti Juanaidah bekas broker perodua Temerloh, bertaubatlah, dunia bukan selamanya. Akhirat paling penting.
BalasPadamSalam,sy nk tnye tntang penipuan pnjualan kereta trpkai, deposit dh beri tapi syarikat yg brnama Ntee28 enterprise sbnarnye tdak wujud.apakah tndakkan yg perlu sy wt?..Adkah sy perlu mmbuat laporan polis trlbih dahalu?
BalasPadam