18/2/2011
KUALA PENYU 17 Feb. - Penjawat awam digesa membuat sesuatu keputusan atau kelulusan dengan kadar segera dan tidak melengah-lengahkan kerja dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, penjawat awam khususnya ketua jabatan perlu memastikan proses kerja yang diguna pakai sentiasa relevan dan mengikut perkembangan semasa.
Menurut beliau, hanya dengan cara itu ia dapat meyakinkan masyarakat dan memenuhi aspirasi rakyat yang mahukan satu sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan.
Sehubungan itu katanya, penjawat awam bukan sahaja perlu komited dalam melaksanakan tugas masing-masing, tetapi pada masa yang sama perlu memiliki daya saing dengan meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.
"Sebagai pelaksana dasar di peringkat akar umbi, penjawat awam perlu meningkatkan kemahiran, kecekapan dan pengetahuan bagi memastikan segala perkhidmatan yang diberikan mampu memuaskan setiap pelanggan iaitu orang ramai," katanya di sini hari ini.
Lajim berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat tempatan daerah Kuala Penyu di Dewan Masyarakat Dato' Shah Bandar Makang di sini.
Mengulas lanjut, Lajim berkata, setiap ringgit yang dibelanjakan oleh penjawat awam seharusnya dibelanjakan dengan berhemah dan boleh memberi impak positif kepada kepentingan rakyat.
Jelasnya, hanya tindakan berhemah tersebut membolehkan kerajaan berjimat dan menggunakannya untuk melaksanakan lebih banyak projek di negeri ini.
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kerajaan memandang berat soal integriti dalam kalangan penjawat awam.
"Kesungguhan serta kebolehan penjawat awam di semua peringkat dalam menentukan segala dasar dan program dilaksanakan dengan sempurna merupakan kunci kepada kejayaan negara," katanya.
Sementara itu, beliau yang menghargai sokongan dan serta kerjasama yang diberikan oleh penjawat awam amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan bagi memantapkan lagi perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.
Pada masa sama, beliau juga mengingatkan rakyat supaya menghargai peranan sektor perkhidmatan awam kerana ia merupakan tulang belakang pembangunan negara.
"Mereka yang suka menghentam sektor awam sebenarnya merupakan golongan yang hanya suka mencari kesalahan orang lain. Pihak berkenaan harus sedar peranan sektor awam kerana mereka inilah yang membantu menjadi jentera kepada dasar dan pembangunan negara," katanya.
Benar penjawat awam jangan melngah2kan dalam menjalankan tugas agar semua kerja yg telah dan akan dirancangkan akan berjalan lancar, begitu juga dlm memberi perkhidmatan kepada awam,
BalasPadamdan begitu jugalah diharapakan agar pihak kerajaan tidaka pula nanti melengah2kan kenaikan gaji baru dengan kadar kenaikan harga barang yang kini terus meningkat agar dapat mengelakan sebarang gangguan kepada penjawat awam dari segi mental dan fizikal diatas kesan tersebut.
Pokoknya sekiranya kerajaan mampu menjaga kebajikan penjawat awam pasti mereka juga dalam keadaan sentiasa bersiap siaga dalam menjalankan tugas dengan didikasi
ha.. camna tak komited... mlm2 wat OT...cari duit lebih...
BalasPadamgaji tak cukup
Kerajaan perlu menjaga kebajikan penjawat awam...mohon pihak kerajaan mengkaji semula status kakitangan kerajaan kontrak terutamanya pekerja SAMBILAN,dilihat banyak MEMBEBANKAN pekerja tersebut,gaji dibayar mengikut harian bekerja,elaun tidak sepenuhnya (tiada elaun rumah),tiada pergerakan gaji tahunan dll (Adakah sesuai dengan keadaan ekonomi semasa???)....beban tugas adalah sama dengan kakitangan berstatus tetap malah ada yang lebih teruk....Adakah penjawat awam sambilan ini boleh menyahut saranan kerajaan "PENJAWAT AWAM JANGAN LENGAHKAN KERJA"?????....bagi penjawat awam yang berkhidmat melebihi 4 tahun tentu sekali menyeksakan bukan,terutamanya golongan lelaki (sebagai ketua keluarga)setiap hari memikirkan bilakah dapat diserapkan ke jawatan tetap samaada di jabatan yang sama @ tempat lain....mohon Presiden CUEPACS ambil tindakan....
BalasPadambagi gaji naik pasti takde penjawat awam yang akan melengahkan masa. Nie minta bonus pun tak kasi...buat PA lagi malas ada ler...Lu pIkirlah Sendiri...
BalasPadamkepada PA sekelian yg x sedar diuntung, sedarlah kamu betapa BN cukup menjaga kebajikan kita. Cuba fikirkan baik2, pernahkan BN lewat membayar gaji setiap bulan?
BalasPadamSalurkan sokongan seluruh PA kepada BM, jika ada yg enggan bersama BN dan Umno, kita laporkan ke Ketua Bahagian atau penyelaras parlimen agar tindakan susualn dapat dibuat.
Bersyukur kepada BN itulah yg utama, jgn biarkan syaitan mnguasai kita.
Bagaimana kalau Ketua Jabatan yang tiada intergriti.Waktu pejabat pergi main golf,waktu kerja beliau 9pg - 1tgh. Waktu petang tidak produktif,kalau ada staf nak balik awal pun boleh.esok minta balik awal juga,kemudian tolak cuti 1 hari.
BalasPadamProjek penyenggaraan,yang bernilai 10000, jadi 30000 sebab dia pun ada share juga.Kebanyakkan kontraktor yang dapat projek semuanya kroni dia.Tidak ada sesiapa yang berani nak menegur.Katanya Quran sahaja yang tak boleh ubah, yang lain semua hukum manusia.
Habis, macam mana tu?
Perkhidmatan Awam nak cekap, kalau ada Ketua Jabatan macam tu?
Kalau dah Ketua Jabatan masuk pejabat pukul 9pg-1tgh, staf dia masuk pejabat pukul 10 balik pukul 12.30 tgh la....!
lingkup habis dunia, merana rakyat kerana mereka la..!
AS SALAM,
BalasPadamBUKAN MASALAHNYA KAKITANGAN KERAJAAN LENGAH-LENGAHKAN MASA...pATUTNYA CUBA-CUBA LAH SEMAK KE BUAT AUDITAN KE BERKAITAN PENJAWATAN SESEBUAH AGENJI SESEBUAH DAERAH MANA-MANA JABATAN YANG SEPATUTNYA ...TERUTAMA YANG SERVIS KEPADA ORANG AWAM BAIK PEMBESAR MAHU PUN ORANG2 KAMPUNG. YANG NAK DI TEKANKAN DISINI ADA YANG SENARAI PEJAWATAN TAK BERUBAH DAH LEBIH LIMA BELAS TAHU(15) BAYANGKANLAH TUNTUTAN KERJA SEMASA BERBANDING LIMA BELAS TAHUN DAHULU.....DAHLAH SENARAI PENJAWATAN TAK BERUBAH PENGISIAN JAWATAN TAK DIISI SEPENUHNYA.... LIMA BELAS TAHUN DAHULU 50 ORANG PEKERJA SAMPAI SEKARANG SAMA AJE MAN NAK DAPAT EFISIEN NYA WALAUPUN DIBANTU DENGAN KOMPUTER BERTEKNOLOGI....DITAMBAH PULA UNTUN MEMENUHI KEPERLUAN MANUAL PROSUDUR KERJA, LEPAS TU KENA IKUT ISO... LAGI JADI KERJANYA DOKLAH MENGADAP PENGISIAN DATA BAGI MEMENUHI KPI KONON... KERJA SEBENAR SECARA FIZIKAL BANYAK YANG TERTINGGAL TAK SENGAJA.... LEPAS TU TAMBAH LAGI DENGAN KIK DAN SISTEM 5 S LE...... JADINYA KERJA BELAJAR SISTEM AJE YANG LEBIH ...KERJA SEBENAR TAK TERBUAT...
HARAP- SANGAT SEMAK2LAH SENARAI PENJAWATAN RASA2 NYA SEMUA AGENSI TAK PUN SATI DUA YANG PENTING TU YANG TERTINGGALNYA.....DALAM KERAJAAN NEGERI BIASNYA BERLAKU NIE.... SEBAB NAK TUNGGU LEMBAGA PENUH BARU SATU-SATU KELULUSAN BILEH DIBUAT.....
FIKIR-FIKIRKAN LAH
LU FIKIRLAH SENDIRI...........
LU ....UNTUK ORANG YANG BERKAITAN....
kita boleh percaya ke cakap2 umno ni..janji memang juara le umno..tapi kelentong pun hebat juga.
BalasPadam1 juta PA tidak sokong BN dalam PRU 13, BN pasti tumbang jika isu kenaikan gaji tidak diselesaikan
BalasPadamhanya Umno je harapan kami, kami merayu sembah takzim pada kemuliaan dan kebesaran pimpinan Umno agar memberikan teguran ikhlas kepada kami.
BalasPadamBenar kata TS Muhyiddin, Dato Shafie Apdal dan Dr Rais Yatim bahawa kecoh2 kenaikan barang adalah palsu dan dakyah pembangkang semata. Kami PA mmg langsung tidak terpengaruh malah makin taat dan sayang pada Umno dan pemimpinnya.
Harap pimpinan Umno dan BN jgn ambil hati keluh kesah disini, mereka hanya 0.1% daripada PA. 99.9% PA dimana2 pun semuanya semakin teguh kecintaan pada pemimpin Umno.
Hidup Umno, Hidup BN, PA dan BN bersatu jua
kami x kesah pasal fail meja,iso,kpi,kik,inovasi,star rating semua dah kami bereskan..masalah nya bila mau naek gaji..bila?bila?bila?,,,barang naek jo..gaji x cukuppp beb..gua mau sokong PR lah
BalasPadamKamariah nie sedara Big mama ker???
BalasPadamKerajaan Pusat, jangan lengahkan kenaikan gaji.-PA
BalasPadamKerajaan Pusat, jangan lengahkan kenaikan gaji.-PA
Kerajaan Pusat, jangan lengahkan kenaikan gaji.-PA
kpd Kamariah...anda buta dan tuli ke kata PA sokong BN 99%. Sy yg sokong BN ni pun lebih realistik. pls dont be 'denial syndrome'
BalasPadamSaya takut laporan palsu dari kamariah akan buat BN tumbang next election. So BN, pls listening keluh kesah all PA sebelum sesuatu yg buruk berlaku..
HIDUP BN, HIDUP UMNO!!!
elok ramai lg org macam kamariah nih..senang sikit BN berkubur
BalasPadampercaya lah apabila PRU13 di umumkan akan banyak lah insentif yg akan di berikan kepada rakyat oleh BN..termasuk lah PA akan di umumkan kenaikan gaji..rasuah gaji kepada PA..ianya tidak akan termakan oleh orang yg boleh berfikir dengan waras dan nampak muslihat BN..BN hanya akan memperalatkan PA dan rakyat walaupon BN tau skrg PA dan rakyat sgt tertekan dengan ekonomi yg tak menentu termasuk lah kesan kenaikan harga barang dan perbelanjaan lain yg mendesak..tolong berubah wahai PA sekelian..kita hanya di peralatkan untuk BN mengekalkan kuasanya..lakukan perubahan!!!
BalasPadamkerajaan dicadangkan mewujudkan skim pinjaman peribadi tanpa faedah kepada kakitangan awam tetap/kontrak/sambilan bagi mengelak pinjaman along mahupun rasuah dan secara langsung meningkatkan produktiviti kerja
BalasPadamKesian Kamariah Yeop, dia memberi sembah takhzim kpd pemimpin umno. Perasuah tegar umno tentu senyum sebab ramainya ahli yang menyembah mereka. Untuk Kamariah-UMNO tak masuk syurga! Bila UMNO mati, umno jadi mendiang. he..he..
BalasPadamOooo...kalau penjawat awam disuruh rajin kerja. Jangan rasuah. Cantik!!! Kalau kontraktor kroni, seperti pembinaan bangunan Matrade yang pernah tertangguh 10 tahun pun tak apa. Pembinaan Hospital Shah Alam yang dibina kroni tak siap2, naik pula hingga hampir rm500 juta, tak apa... Osu Sukam pemimpin umno Sabah kalah judi RM10 di London tak apa... Rosmah perhabis duit negara melawat ke sana-sini (Menteri tak berportfolio), tak apa... Kami akan kuburkan Bee End pada PRU13 nanti......
BalasPadamseperti yg puan kamariah kata diatas, saya setuju bahawa hanya segelintir saja PA yg x sokong BN, saya jalan byk pejabat kerajaan semuanya sokong BN dan Umno. Saya seru semua PA jgn takut undi BN kerana tanpa BN, negara akan dijajah Israel
BalasPadamKalau kerajaan Hosni Mubarak yg korup dan menyeleweng setiap kali pilihanraya dan harta negara,
BalasPadamBegitujugalah di Malaysia kakitangan awam lebih satu juta akan bangkit menukarkan secara demokrasi pada pilhanraya akan datang sekiranya hak2 serta kebajikan mereka tidak dapat dipenuhi, lihat aja kenaikan harga barangan sekian hari menekan akan hidup mereka sedangkan pendapatan mereka tidak seimbang dgn kos sara hidup terus meningkat.
Dengan terlaksananya Whistleblower Act 2010, adalah diharapkan PA dpt menyalurkan maklumat mengenai salahlaku pegawai2 tertentu yg menimbulkan onar dlm perkhidmatan awam. Right sizing perlu dilaksanakan bagi memastikan hanya PA yg kompeten shj dikekalkan dlm melaksanakan agenda Transformasi Negara.
BalasPadamto kassim baharum
BalasPadamare u very sure? another people like kamariah....kesian PM kerana dimaklumkan yang PA majoriti memihak pada BN...padahal majoriti sudah berpaling tadah...tolonglahhh jgnlah ada penyakit 'denial syndrome'...takut org kata dungu plak..
penyokong BN dan UMNO
BN KE ATAU PAKATAN RAKYAT ITU ITU SEMUA PARTI POLITIK YG BOLEH KITA TUKARKAN SETIAP KALI PADA 5 TAHUN SEKALI PADA PILIHANRAYA.ITU KITA KENA GUNA KEBIJAKSANAAN KITA DALAM SEBUAH NEGRA DEMOKRASI INI.
BalasPadamYANG PENTING MANA SATU YG LEBIH DAPAT MEMBERI KEBAJIKAN KEPADA PENJAWAT AWAM, DENGAR CERITA PAKATAN RAKYAT MENAWARKAN RM500 KPD GURU BAGAIMANA PULA PA YG LAIN.
lucu dengar bila ada penyokong kerajaan rasa ramai yg sokong BN... tapi pada kenyataanya kita PA nilah yg tahu reality kerajaan skg... kalau dua rakan kita kata PA 99% sokong BN sy buat pengakukan hampir 80% rakan sy yg sy kenal dalam PA ni dah hilang kepercayaan pada BN... walaupun yg sy kenal tu sedikit tapi rasanya ramai lagi yg sependapat.... tambah benci bila Rosmah pun masuk campur urusan kerajaan sedangkan rakyat tak memilih dia pun sebagai wakil rakyat atau menteri...
BalasPadamEKONOMI SEMAKIN MERUNCING
BalasPadamKita jgn taksub sangat semangat parti perkauman ini, kerana ia tidak menjamin kebaikan sangat kpd kita, hanya kita di momok2kan dengan itu dan ini kat media namun yg penting bagaimana dgn hidup kita masakini dengan kesan ekonomi semakin meruncing kalau tak percaya pergi kekedai sekarang sayur kacang panjang sampai RM11.00 sekilo boncis RM13.00 sekilo
Susu FN sekarang dah naik RM3.10 satu tin susu yang muak dan berlemak sawit itu pun dah naik RM2.70, hai! bagaimana penjawat awam ini nak berhadapan dengan kos sara hidup yg semakin meruncing ini.
Janganlah kita ni semangat sangat dengan parti tu macam menang sorak tetapi perut sendiri yang terjerut
Fikir-fikirlah sendiri realty ini.
hidup BN, jgn peduli kata2 org pembangkang, mereka amat dengkikan jasa Bn dan Umno
BalasPadamEKONOMI SEMAKIN TENAT. Nilai wang anda semakin mengecil. Disyorkan kerajaan gunakan kaedah kupon subsidi. Setiap kakitangan dapat kupon nilai RM 1000 sebulan. Gaji bulanan dapat juga. Tebus kupon di kedai komuniti kerajaan di setiap stesyen minyak petronas ke, atau lain2 tempat. Guna kupon beli barangan dapur dan sebagainya. AMACAM ADA BERANI KE KERAJAAN?
BalasPadamsaya setuju cadangan tuan hamba (sebelum mesej saya nie)....... cadangan tuan amat baik untuk dipraktikkan oleh kerajaan utama. kupon ini satu kaedah inovatif dan kreatif.
BalasPadamPenjawat Awam sekarang ini sudah tertekan, gaji tak cukup, barang melambung naik,
BalasPadamMereka ini terpaksalah meminjam di Bank yang cekek darah mengenakan Faedah yang tinggi. Kalau tak boleh meminjam di Bank terpaksalah pula meminjam pada Along plak.
Semua ini kerana Terpaksa, untuk menyara anak bini makan.
Kepada Exco-Exco Cuepacs, bersuaralah dengan lantang, jangan jadi Pak Turut dan Pak Angguk.
Kami Tertekannnnnnnnnnnnnnnnnnn.
Faham Takkkkkkkkkkkkkkk.
Buat apa kerja kuat apa PA dapat gaji tak cukup makan buatlah kerja ikut kadar gaji jangan rajin , rajin kerja pun tak ada guna dapat hasil banyak siapa yg buang atau membazirkannya. Lajim tu cakap saja pandai tapi jaga kebajikkan PA tak ada dia jaga
BalasPadamgji naik bru rasa motivated.......
BalasPadamNak mencelah jugak boleh tak...? semua PA pstinya setuju dgn cadangan kerajaan nak mngadakan gaji minimum kpd smua PA. TERIMA KASIH KERAJAAN.JASA MU DIKENANG harap2 cepatla menjadi kenyataan. dapatla kami ni bernafas sikit dlm soal perbelanjaan.
BalasPadambagi yg nak menambah anak, lega la rasanya tanpa perlu lagi pening memikirkan bajet bulanan yg pastinya bertambah. kos nak upah jaga anak lagi. insurans lagi. simpanan untuk persekolahan anak dah berapa? anak sorang ok lagi, tapi kalau anak dah 2 3 org? mau tercekik tiap bulan. huhu...
sebagai tambahan, mohon sangatla pd kerajaan agar bermurah hati sedikit untuk memberikan elaun khas kepada PEMBANTU MAKMAL yg bertugas di SEKOLAH & MATRIKULASI. sekurang2nya dapatlah digunakan elaun khas itu untuk kegunaan mengambil polisi insurans. maklum sajalah, tugas sebagai PEMBANTU MAKMAL ni boleh tahan juga risikonya. kot2 la berlaku kemalangan msa mengendalikan bahan kimia ketika bertugas, cedera n membawa kpd kecacatan kekal?. kuss semangat, minta dijauhkan.. bukan setakat tu jer, perlu difikirkan jgk risiko tugas PEMBANTU MAKMAL ni ketika mengendalikan bahan2 kimia, selain kecederaan luaran, boleh jgk mnyebabkan kecacatan pada kandungan bg PEMBANTU MAKMAL yg tgh mengandung. memg safety disediakan tapi setakat lab coat n face mask, apa la sgt? rasanya PEMBANTU MAKMAL institusi2 pengajian tinggi dah dapat elaun khas mcm ni, cuma PEMBANTU MAKMAL kat SEKOLAH & MATRIKULASI je yg belum merasa...
harap sngt2, pihak kerajaan terutamanya CUEPACS maklum akan perkara ini dan dpt di bawa ke meja rundingan secepatnya. kalau kami jadi cacat akibat kemalangan bahan kimia seperti asid, silap2 kna tinggal dgn suami/isteri..malang bertimpa la jawabnya...
terima kasih sekali lg kerajaan.....