01 Mac 2011

15,000 PEMBANTU AM NAIK PANGKAT

Utusan Malaysia
Oleh ASLIZA MUSA
pengarang@utusan.com.my



IPOH 28 Feb. – Seramai 15,000 pembantu am pejabat akan menikmati kenaikan pangkat dan gaji sekiranya permohonan kenaikan itu diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman (gambar) berkata, sudah tiba masa untuk kerajaan mengkaji dan menyelaraskan semula sistem penggredan sedia ada agar bersesuaian dengan taraf pendidikan penjawat jawatan itu ketika ini.

Menurutnya, pelarasan itu perlu kerana penjawat jawatan itu sebelum ini hanya berkelulusan rendah seperti di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) berbanding kini apabila turut disertai lulusan diploma dan ijazah.

“Memorandum telah dihantar kepada JPA enam bulan lalu dan kita sedang menunggu kelulusan permohonan tersebut. Saya menjangkakan keputusannya akan diketahui tahun ini juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis taklimat dan penerangan Kesatuan Pembantu Am Pejabat (KPAP) Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Asri Saad dan Presiden KPAP Semenanjung Malaysia, M. Ramachandran.

Omar berkata, sekiranya permohonan itu diluluskan ia dilihat akan meningkatkan lagi semangat penjawat jawatan itu untuk bekerja keras.

“Mereka yang menjawat jawatan ini merupakan nadi yang menggerakkan sesuatu tugas di pejabat.

“Justeru itu, apabila adanya keselarasan, ia secara langsung bakal meningkatkan motivasi setiap pekerja,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menukar nama KPAP kepada nama yang lebih bersesuaian agar selaras dengan tanggungjawab mewakili persatuan itu.

Katanya, kini tugas pembantu am pejabat tidak hanya tertumpu kepada pentadbiran pejabat sahaja malah meliputi pelbagai cabang tugasan.

“Dulu memang tugas mereka hanya tertumpu di pejabat tapi kini ada antara mereka bertugas di luar seperti di makmal dan sebagainya.

“Justeru itu kita akan berbincang dengan JPA untuk mencari nama yang lebih sesuai untuk persatuan ini,” katanya.

63 ulasan:

  1. Setuju dengan cadangan ni.. sebab pekerja pembantu am pon banyak menyumbang kepada produktiviti sesuatu organisasi.. so cadangan menaikan gaji mereka adalah tepat

    BalasPadam
  2. yup sokong....macam mana pula dengan kakitangan yang bergaji hari takan lah tiada cerita langsung....cian juga kami, kerja teruk-teruk gaji masih lagi di bawah RM700 sebulan potong epf tinggal lagi berapa....

    BalasPadam
  3. Syed Abu Bakar SyakranSelasa, Mac 01, 2011 10:13:00 PG

    Bagus...maka boleh panjangkan kepada Gred 17 yang ada STPM, STAM, Diploma dan Degree...

    BalasPadam
  4. sokong.....mudah mudahan lepas ni pembantu am pejabat akan kerja dengan lebih tekun lagi....

    BalasPadam
  5. Bagus jgak duet xcukup makan nie...dh kategori miskin tegar ni

    BalasPadam
  6. Pangkat tak penting sangat yang penting gaji..Lagipun kerja sekarang dah macam pembantu tadbir dah..semua kerja buat so rasanya cadangan ini memang patut la..

    BalasPadam
  7. Jgn lupakan utama PA yang ada diploma dan degree...teruk jugak sbb gaji tak cukup kena bayar loan belajar dulu....dh bertahun dah perkara mcm ni tak selesai...Mcm mana kami nk ada motivasi dlm kerja. STPM buat apa, diorang bkn ada loan belajar dulu pun..pakai baju sekolah je g sekolah...kami yg ada kelulusan ni berperang ngan mcm2..nk mintak keja yg setaraf kelulusan susah nk dpt...tention2

    BalasPadam
  8. Pangkat tak penting sangat yang penting gaji..Lagipun kerja sekarang dah macam pembantu tadbir dah..semua kerja buat so rasanya cadangan ini memang patut la..

    aku sokong....kadang2 kerja lebih dari PT lagi....tarrbaikk

    BalasPadam
  9. Boleh percaya ke cakap Mamak Omar Cupec !
    Tunggu buah tak jatuh.

    BalasPadam
  10. cakap2 je dalam nie kalau tak join kesatuan tak guna.... yeop.. join kesatuan

    BalasPadam
  11. gred 17 sijil yang diiktiraf adalah sijil dari politeknik atau sewaktu dengannya..sijil dari kolej swasta tidak layak untuk kenaikan tangga gaji..bkn semua boleh masuk politeknik..sijil kolej swasta dibayar tangga gaji SPM..apa cerita.?? saranan kerajaan mewujudkan pekerja berkemahiran tinggi..tapi dibayar gaji SPM..kalu cikgu yang majoriti pembangkang dibayar gaji siap ada tunggakan..kita yang menyokong penuh kerajaan takat tu jer lah..

    BalasPadam
  12. sokong pnh...skrg nie PAP pun dah mcm N17...boleh buat pa je...

    BalasPadam
  13. Skim J29 dan J17 bile lagi nak naik @ http://borak-qs.blogspot.com

    BalasPadam
  14. Saya sebagai kakitangan kerajaan bergaji harian berasa terkilan dengan pihak kerajaan kerana tidak membela nasib kakitangan seperti kami....tanggungjawab kerja adalah sama malah ada yang lebih teruk dari kakitangan tetap....kalau dah kontrak disambung sampai 4 tahun maknanya memang ada keperluan untuk sesuatu jawatan tu,kenapa pihak kerajaan tidak ambil kisah mengenai kakitangan seperti kami...LAKUKAN SESUATU PRESIDEN CUEPACS....

    BalasPadam
  15. setuju sangat dengan syed abu bakar,bagi la peluang kat N17 yang ada STPM ,IJAZAH kami teringin juga dapat keristimewaan berdasarkan "educataion background"kadangkala rasa kecewa sangat sampai rasa nak koyak-koyakkan aje sijil tu stpm dapat 4 prinsipal tapi sampai skrg hanya guna spm je,dah berkali-kali pergi interview N27 tp hampa dan hampeh...

    BalasPadam
  16. tak guna cakap pada cuepacs dan PM, cakap je sama pakatan rakyat..kalau kita menang dlm PRU13 nanti kita ubah segalanya...

    BalasPadam
  17. bukti jelas keprihatinan kerajaan BN kepada semua PA tanpa mengira kaum dan agama. Seharusnyalah semua PA bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh BN dan Umno, lalu menterjemahkannya di peti undi.

    BalasPadam
  18. mengapalah bodoh sangat nak naikkan pangkat pula ni...sepatutnya naikkan skill gaji kakitangan awam. sedangkan jawatan lain seperti Pembantu Tadbir N17 pun ada diploma dan ijazah...mengapa tidak di uar-uarkan untuk dinaikkan pangkat dan gaji...kononnya yang gred rendah kerja susah..jadi nak dinaikkan pangkat...memang peliklah president CUEPACS sekarang ni......bodoh pun ada juga. tidak memperjuangkan nasib kakitangan yang memiliki kelulusan dan pengalaman yang bekhidmat di jawatan lain...

    BalasPadam
  19. JANGANLAH YAKIN SANGAT YANG PEMBANTU AM RENDAH NI NAK DINAIKKAN PANGKAT...PUAS SUDAH PRESIDENT CUEPACS NI BAWA ISU YANG TIDAK MASUK AKAL....SEBELUM NI, SEMUA JAWATAN SOKONGAN PUN KONONNYA BAKAL MENIKMATI KENAIKKAN GAJI MINIMUM RM1500. JANGAN MIMPILAH....
    JAWAPAN KERAJAAN TIADA DUIT MAHU MENAMPUNG KENAIKKAN GAJI KAKTANGAN AWAM. TAPI KALAU MENGURANGKAN SUBSIDI TU BOLEHLAH,

    BalasPadam
  20. Maznah bt Abdullah SaniSelasa, Mac 01, 2011 10:18:00 PTG

    kita kena yakin pada BN, BN dh bagi subsidi mcm mcm, akak tgk dlm tv betapa pemimpin BN sanngup masuk ke rumah rakyat dan bagi bantuan, akak terharu, undilah BN wahai rakan2 PA, pemimpinnya smuanya baik2 dan beriman

    BalasPadam
  21. kita boleh tengok bagaimana celarunya cara pemimpin di negara kita berfikir...baik pemimpin kesatuan ataupun pemimpin politik..

    adakah hanya gred 16 ke bawah saja papa kedana? Gred 17 ke atas kaya raya? Inilah real ngok ngek pemimpin kita..pada hal beza gaji antara gred 17 dengan gred 16 hampir tiada..

    alahai...

    BalasPadam
  22. Ada Pembantu Am Pejabat di Jabatan aku datang kerja seminggu tiga kali aje....kalau datang pun tak ada kerja nak buat, bila masa kena angkat barang entah kemana menghilang, penyelia pun takut nak ambil tindakan...perghh..bestnya kalau kerja macam tue...cukup bulan dapat gaji...nanti boleh naik pangkat pula....Jabatan aku nie dekat putrajaya jerrr, boleh nampak bangunan JPA lagi tueee.....

    BalasPadam
  23. 20 thn dulu aku msuk jdi pap PT tunjuk pakai kaki mngrh mcm2 mengalhkn guru besar di pksa keluar hntr surat dn kemana2 kkdng klim pn tk dpt pkai duit sendiri lgi aku ttp sabar skrg kkdng tugs di pjbt PT plk tnya kt aku mcm mane tpi aku tk pernh tjk paki kaki yk pernh meniggi diri aku ajkn semua apa yg aku tahu skrg PAP nk naik pgkt alhmdllh syukur ptutnya dulu lgi slma ni kami sntiasa di pndg hina skrg PT ap ko rasa oren jgn pndg rndh sngt kt org ingt le

    BalasPadam
  24. mmng patut pn PAP naik gred kt sekolah aku ada PT tapi bila tnya semua tak tahu nasib baik PAP ada dorg la yg byk tolong guru di sekolah yg PT da le tk tahu apa bnda pas tu asyik hilang ambik anak sakit le mmdng MC kalu bab mngumpat dn mengata org dia no1 krj hampeh nasib baik PAP ada dn byk pengalaman dorg le byk tlng ckgu2 dlm tgs seharian tahniah PAP

    BalasPadam
  25. patutnya dulu lagi PAP da naik selaraskan semua sama gred aku tgk yg kursus fail PT tapi yg wat kerjanya PAP PT mntk tlng potostt pn kkdng2 tak tahu bila nak exam aku tgk PAP yg byk bertungkus lumus menyiapkn kertas soalan kkdng aku pn sama2 tlng stple kertas yg pt bkn nk tlng kkdng bleh nk mengarah2 ckgu plk t.kasih cuepacs ingtkn tak tahu ada PAP selalu nmpk PT keatas je yg pemalas tu

    BalasPadam
  26. PAP slalu d pandang rendah oleh PT...kalo dh mls nak menaip nk buat kerja PAP jugak yg kna buat....kalo d tgk dr sudut pengalaman...PAP lebih tahu byk benda dr PT.kat tmt ku ni.kmi PAP terpaksa buat kja menaip..kja antar surat semualh kja kmi buat..PT tu dok menaip je...d tegur nanti kata ko tu PAP je pa klas dgn kmi....syukurlh kalo d bg kelebihan kpd kmi...

    BalasPadam
  27. PT buat kerja PT, PAP buat kerja PAP habis cerita. Jangan lah suka menyebuk dengan tugas orang lain.
    Biasalah PT di sekolah ni kerjanya asyik mnenyebuk kerja orang lain, kerja sendiri tak mahu buat.
    Depan Guru Besar / Pengetuan buat-buat sebuk.
    Ingat besar sangat N 17 tu.

    Ramai PT- PT ni berlagak sombong.

    BalasPadam
  28. kenaikan ini menunjukan kerajaan perihatin.....semua penjawatan akan d selaraskan satu persatu...bkn nya PAP kah tukang masak kah,N17 kh..semua akan diselaraskan...kerajaan ada tujuan dan misi knapa dia buat mcm tu.bg lh sokongan penuh....mmg bg sesiapa saja yg x dak kenaikan mmg diaorg bising..negara maju,rakyat bersatu,satu tekad,satu misi....

    BalasPadam
  29. Berita yang bagus. Tapi bagaimana pula jawatan lain terutamanya PEMBANTU TADBIR yang terpaksa menanggung beban kerja yang banyak sama ada dari segi urusan perkhidmatan pegawai lain, gaji, elauan & sebagainya?

    Harap Cuepacs & kerajaan mengambil berat juga ke atas golongan PEMBANTU TADBIR.

    PT terkilan

    BalasPadam
  30. imbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah keterhutangan yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.

    Beliau berkata, pada 2009 sahaja Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

    BalasPadam
  31. semua penjawatan akan dselaraskan.kna sabar..tak kn nak usul semua g jumpa PM,peninglh kpala PM.....diorg atasan yg memagang tangkuk kerajaan tahu apa dia buat...kita ada dasar,kta ada misi....pangkat n gaji dlm kerja sahaja..tanam sifat minda terbuka kpada sesiapa sahaja mahupun pangkat nya rendah mahupun tinggi kata adalah sama sahaja.dgn adanya sikap yg begitu.negara boleh maju boleh membangun..kalo asik bangkang sana bangkang sini.sampai ke sudah x abis2....

    BalasPadam
  32. Syed Abu Bakar SyakranRabu, Mac 02, 2011 3:23:00 PTG

    Tahniahlah kepada PAP yang amat berdedikasi; menanggung pelbagai tugasan dengan gaji yang seciput begitu: dibawah paras kemiskinan.....

    TAk boleh kata PAP nih hilang dll sebab ada PAP yang berdedikasi sampai hujung minggu kena out station untuk motivasi pelajar dll....

    Semoga dengan ini semangat kerja PAP semakin membara....

    BalasPadam
  33. T.kasih syed Abu bakar dn yg lain2 terutama cuepacs dn jpa dn kerajaan mlysia ni motivasi utk kmi melakukn tgs harian dgn lbih brsmngt dn berdidikasi lgi t.kasih semua

    BalasPadam
  34. Syed Abu Bakar SyakranRabu, Mac 02, 2011 3:50:00 PTG

    RAYUAN KEPADA PRESIDEN CUEPACS:

    MINTA JASA BAIK ANDA AGAR PRIHATIN KEPADA NASIB S17 PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM;

    SKIM GAJI PERMULAAN YANG DITERIMA SAMA DENGAN N17 SEDANGKAN BEBANAN KERJA LEBIH BANYAK DAN TANGUNG JAWAB LEBIH BESAR BERBANDING DENGAN N17 PENTADBIRAN DAN S17 LAIN.KAMI JUGA MENYERAP TUGASAN S11 YANG MANA PERJAWATANNYA TELAH DIJUMUDKAN JPA PADA AWAL TAHUN 2009 LEPAS. WALAUPUN ADA DIKALANGAN S11 DINAIKKAN PANGKAT KE S17, KAMI S17 YANG ASAL TERPAKSA MENYERAP LEBIH BEBAN TUGASAN APABILA JAWATAN ITU DIJUMUDKAN....

    MENGIKUT PERSYARATAN PERJAWATAN SIJIL TINGGI AGAMA DIBERI P1T1 SEDANGKAN SIJIL TINGGI AGAMA INI BUKAN SEBARANG ORANG UNTUK MENCAPAINYA; SEPATUTNYA MANA2 SIJIL TINGGI AGAMA NEGERI ATAU STIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA DIBERIKAN TANGGA GAJI SEPERTI J17 YANG MANA KELULUSAN POLITEKNIK DIBERIKAN P1T9..SEDANGKAN KAMI BELAJAR SAMA LAMA TAHUN PENGAJIANNYA DENGAN POLITEKNIK DAN BEBANNYA LEBIH TERUK TETAPI DIBERI GAJI P1T1.....

    KAMI BUKAN GILA DUNIA TAPI BERILAH APA YANG SELAYAKNYA KEPADA KAMI; JANGAN KERANA KAMI KUNUNNYA BERTITLE USTAZ KENALAH HIDUP SECARA QANAAH, ORANG LAIN BOLEH MINTA KENAIKAN ITU DAN INI, KAMI KENA DIAM MEMBUNGKAM, HINGAT KAMI NIH JENIS PAK WALI LEPAS DOA LEPAS SOLAT SELAK SEJADAH ADA NOTE RM 100.00 KE? KAMI PERLU USAHA SEPERTI ORANG BIASA JUGA.......KAMI JUGA MANUSIA DAN KAMI JUGA PUNYA TANGGUNGAN SEPERTI ORANG LAIN.....

    WALAUPUN DIKATAN STAM BOLEH MEMOHON JAWATAN S27,KERANA STAM SETARA DENGAN DIPLOMA DAN STPM TAPI SAINGAN DARI LULUSAN DIPLOMA DAN IJAZAH UNTUK JAWATAN ITU AGAK SENGIT JUGA....

    DIHARAPKAN PRESIDEN CUEPACS DAPAT MENGUSULKAN JUGA KEPADA JPA AGAR MENGKAJI KEMBALI TANGGA GAJI KAMI YANG LAPUK IAITU KELULUSAN STAM ATAU STA NEGERI YANG SEKARANG DIBERI P1T1 DAN DAPAT DIADAKAN KAJIAN UNTIK MENAIK TARAF TANGGA GAJI PERMULAAN KAMI DARI P1T1 KE P1T10 SEPERTI JAWATAN J17....

    PRESIDEN CUEPACS SEKIRANYA TERBACA AKAN CADANGAN KAMI INI;JANGAN HANYA BACA PASTU IGNORE DAN BAKUL SAMPAHKAN MACAM CADANGAN2 YANG LAIN PULAK....

    SYED ABU BAKAR SYAKRAN
    PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM LAMA DI #####......

    BalasPadam
  35. J17 harap je permulaan tinggi P1T9.. tp gaji mati sama je ngn SPM...

    BalasPadam
  36. tahniah BN, dalam TV3 tadi nyata calon BN amat mesra rakyat, mmg melakili aspirasi PA. calon Pas lang x masuk TV, agaknya dh lari kot takut pada keikhlasan dan kebenaran Umno dan BN

    BalasPadam
  37. Syed Abu Bakar SyakranKhamis, Mac 03, 2011 5:36:00 PG

    Cikda

    Memang mati mati gaji SPM tapi starting besar...budak2 baru masuk gajinya macam orang 10 tahun kerja....

    Awal2 lagi dah senang hidup..sedangkan orang yang sama mati gajinya bersusah payah nak dapat ke 10 matatangga tu...

    BalasPadam
  38. cikgu jer lah yg sentiasa dijaga oleh kerajaan skrg............penjawat awam lain tak cemerlang ker dlm menjalankan tugas.....masing2 ader tugas masing2 .....tak adil laaa hanya pihak2 tertentu hanya mendapat penghargaan.........macam penjawat awam lain tak buat kerja lakkkkkkkkk....

    BalasPadam
  39. PAP kt ofis aku ni pun sama..dtg ikut suke..kdg xnampak muke langsung..if dtg pun hilang kejap..gi smoking lepak2..
    Yang gred N17 ni takkan xdak apa2..keje pun kdg ngalahkan pegawai dah..N11 senang2 je naik

    BalasPadam
  40. j17 pelukis pelan sama je starting gaji dgn n17...sedangkan da kelulusan dari politeknik..kenapa gaji kami tidak sama dgn juruteknik

    BalasPadam
  41. woittt bnyk yg tk sedap hati nampak... mcm ni senang cerita yang klu tak puas ati bersaralah secara sukarela kami lebih ramai nak ganti tmpt kamu tu hahaha. Siapa gak suruh rebut jawatan yang hanya perlukan SPM tak puas ati chau laa.

    BalasPadam
  42. Bukan setakat PAP ajea, semua gred pun kena... Cthnya... 'Pemandu' terpaksa bangun awal pagi bersengkang mata hantar bos-bos entah mana ntah yang diarahkan...

    BalasPadam
  43. TPM dah umumkan tentang penarikan semula penamatan Guru2 sandaran tidak terlatih...alhamdulillah,bagaimana dgn kakitangan2 kontrak kerajaan pula...harap dapat di pertimbangkan juga..bagi mereka itu adalah hadiah yang amat di tunggu-tunggu dan nantikan...

    BalasPadam
  44. PA di kalangan grup sokongan dua perlu juga digalakkan/diberi insentif utk mempunyai kebolehan lain seperti memiliki lesen memandu, menggunakan MSOffice dan berkomunikasi dan ketrampilan yg menarik keranan mereka merupakan baris hadapan dalam sistem penyampaian kerajaan.

    BalasPadam
  45. Asyik2 knaikkan pangkat N11,N1 ke N4..ape hal plak dgn N17,ni PAP kat ofis aku ni..bkn sje dtg ikut suke,kje xdtg2..curi tlg..keluar ikut ska je mcm ofis bapak dia..sume kje N17 wat..xlyak p'tmbangan naik pangkat pun..klu aku jd bos aku bg markah 20% je..markah cian..mmmg x lyakk....

    BalasPadam
  46. Patut le ko tak jade bos duk le n17 smpi pancen

    BalasPadam
  47. Kepada CUEPACS mohon perjuangkan elaun bebanan tugas untuk semua staf sokongan yg berkhidmat di sekolah.Kami buat semua kje dari A-Z.Menguruskan Kewangan Sekolah, Perkhidmatan dan Perjawatan Sekolah juga menjaga hal ehwal sekolah yg rencam. Pendek kata mcm2 tugas tidak terhad pada tugas sendiri jer.Xnk bg kenaikan pangkat pon xpe jnji elaun bertambah setiap tahun.

    BalasPadam
  48. Mmg patut gaji PAP naik...kami nie bt keje dah mcm keje N117..sepatutnye gaji kene naik la....kalu xnaik jugak pilihan raya nanti tok sah undi UMNO....

    BalasPadam
  49. PAP kat opis saya jadi rujukan utk PT lama.PAP mmg kerja all around semua tahu kecuali bab kewangan saja kurang sikit.Klu PT baru tu mmg kena rujuk la semua pasai kerja kat PAP klu nak buat keje sedangkan PAP baru je berkhidmat dlm 4 tahun saja...Mmg PAP byk buat keje dan menggerakkan tugas dlm opis... tapi bagi PAP lama atau veteran mmg tak boleh pakai...nak photostat IC pun tak tau...nak guna komputer pun tak tahu...bukan nak belajar memdalami komputer dan tak dpt adaptasi suasana kerja skrg.. Ini adalah hakikat dan fakta.

    BalasPadam
  50. TERIMA KASIH TUAN HAJI OMAR OSMAN...MEMANG BUDAK2 PAP NI ORANG YANG SERBA BOLEH..SERVICE AIRCOND BOLEH..REPAIR PC PUN BOLE...SMPAI KADANG2 AKU TGK BUDAK2 NI SMPAI KENA BUAR ERMIS..KESIAN AKU TENGOK...MEMANG PATUT DIAOARANG KENA NAIK PANGKAT...gaji 700 je... KALU KORANG BERADA KT TMPAT DIA ORG...X TAU LA AKU CAM MNE...

    BalasPadam
  51. SEBAGAI KAKITANGAN AWAM MEMANG SETUJU JIKA DINAIKKAN PANGKAT, TAPI BUKAN UNTUK GRED 17 KE BAWAH JE..CUBA TENGOK PERBEZAAN GAJI GRED 17 DAN PAR HANYA BEZA BEBERAPA PULUH RINGGIT JE..TAPI BEZA DENGAN GAJI GRED 27 YANG ADA STPM LEBIH DARI RM 200...SEDANGKAN RAMAI KAKITANGAN GRED 17 SEKARANG NI YANG ADA STPM, DIPLOMA DAN DIGREE JADI APA KATA NAIKKAN GAJI IKUT KELAYAKAN PENDIDIKAN WALAUPUN TIADA KENAIKAN PANGKAT...TAKYAH SEBANYAK GAJI GRED 41 CUKUPLAH KALU DAPAT BEZA SIKIT DARI MEREKA YANG MENGGUNAKAN KELAYAKAN YANG LEBIH RENDAH. COZ SEKARANG NI PUN BUKAN ZAMAN DIAWAL KEMERDEKAAN, SUDAH RAMAI KAKITANGAN AWAM YANG BERPELAJARAN TINGGI TAPI JAWATAN RENDAH. JADI SEBAGAI PENGHARGAAN MOHONLAH KIRANGYA ADA SEDIKIT PERBEZAAN DARI GRED GAJI PERMULAAN MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN SO MANA-MANA KAKITANGAN AWAM YANG TIDAK DAPAT KENAIKAN PANGKAT MASIH ADA MOTIVASI UNTUK MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN MELALUI PENDIDIKAN.... KAN KERAJAAN SARANKAN AGAR KAKITANGAN AWAM BERPENGETAHUAN TINGGI UNTUK MENCAPAI NEGARA MAJU? TAPI MACAM MANA NAK BERMOTIVASI KALU LEPAS BELAJAR KENA BAYAR PINJAMAN PELAJARAN TAPI GAJI TIDAK BERGANJAK?

    BalasPadam
  52. Bila lagi lah PAP ini nak naik pangkat.

    BalasPadam
  53. Baguslah kalau permmohonan ni diluluskan! Aku sebagai PAP ni pun.. dapat kumpul duet untuk kawen,, Kalau dengan gaji skang ni.. aku ngaku mmg aku xmampu nak menyimpan. dengan kos sara diri yang tinggi.. bayar duet kete je dah tggal separuh gaji. rumah? makan ? harga barang naik? harga minyak naik? tapi gaji ciput.. kasihanilah kami :'(

    BalasPadam
  54. saya setuju sekiranya betul kenaikan pangkat pembantu am pejabat...alhamdulilah terbela juga nasib kami sebagai pembantu am pejabat yang ada kelulusan spm dan diploma...saya sendiri yang memiliki diploma berjawatan pembantu am pejabat itu dah rezeki saya saya terima..nak memilih keje skrg x bole...bla tengok jadi pembantu am pejabat ni mcam2 kena buat mcm x adil je...sedangkan kami memiliki spm apa beza nye kami .....sedih juga di perhambakan begitu.....

    BalasPadam
  55. salam,sya setuju dngn kenaikan pangkat pap(N1,tapi jng di lupa kan kakitangan awam yg berpangkat lebih rendah iaitu pekerja awam (R1),mereka juga mempunyi SPM.harap CUEPACS dapat melihatnya.

    BalasPadam
  56. alhamdullilah..dipandang juga kami yang berada nun jauh di bawah nihh..kami selalu memerhati jer tanpa niat utk bersuara..takut dipandang serong..sebab kami ni jawatan terkebawah..tp jgn pandang rendah sbb ada antara kami mempunyai sijil dan diploma,cuma rezeki ke arah tu belum ada dan mungkin tiada..tp apapun kami bersyukur atas rezeki Allah..dapat jugak kerja..apa2pun TQ pihak barisan atasan yang nampak kami nun jauh di bawah, semoga Allah merahmati kalian semua..insyaalah

    BalasPadam
  57. saya mohon lepas N1 dibuat pula untuk n17 Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) agar diberi elaun memasak ataupun elaun minyak belanja barang dapur, banyak jugak keluar duit minyak sebab setiap hari kena pergi belanja utk keperluan dapur..sedangkan PT N17 dapat elaun buat kewangan walaupun tu memang kerja dia..mcm PPM langsung tiada..kasihanilah kami..kami jugak banyak membantu memajukan murid Prasekolah..semoga mendapat pertimbangan dari pihak atasan

    BalasPadam
  58. Ada sesiapa tahu apa cerita tentang isu kenaikan Gerd Pembantu Am Pejabat dinaikkan Gerd N1 ke N17 nie jadi ke tidak?Hari tu mcm ayam telor sebiji riuh sekampung tapi sekarang isu nie senyap je?Bagilah peluang kepada kami Pembantu Am Pejabat dinaikkan Gerd N17 sepertimana kawan2x sekerja kami yang telah dinaikkan Gerd dan Jumud seperti Tukang Masak, Jurutaip dan Operato Pemproses Data yang sama Gerd N17 Pembantu Tadbir.Kami pun ada sijil SPM mcm Pembantu Tadbir jugak.Malahan kerja2x urusan pejabat pun kami Pembantu Am Pejabat yang uruskan disamping membantu Pembantu Tadbir yang sedia ada.Kesatuan Pembantu Am Pejabat pun diam membisu je macam tak berani nak bersuara?

    BalasPadam
  59. bagi saya wajar pembantu am pejabat di naik kan gred 17,, bagi saya tugas sebagai pembantu am pejabat bukan macam dulu lagi..kadang 2 di tempatkan di makmal atau pun di perpustakaan .dan ditempatkan dibilik 2 khas

    ada juga mereka menguruskan kerja gred 17 apabila diarahkan oleh pengetua/ guru dimana sekolah itu tiada gred 17..

    BalasPadam
  60. bagi saya wajar pembantu am pejabat di naik kan gred 17,, bagi saya tugas sebagai pembantu am pejabat bukan macam dulu lagi..kadang 2 di tempatkan di makmal atau pun di perpustakaan .dan ditempatkan dibilik 2 khas

    ada juga mereka menguruskan kerja gred 17 apabila diarahkan oleh pengetua/ guru dimana sekolah itu tiada gred 17..

    BalasPadam
  61. rayuan kepada Pengerusi cuepacs,
    berkenaan dengan gaji s17 pembantu kebajikan masyarakat, perlu diselaraskan atau perlu ada elaun kritikal kerana kerja2 mereka ini juga berisiko kerana perlu membuat lawatan ke rumah pemohon bantuan/kes2 kanak/kes keganasan rumah tangga serta byk lagi tugas2 org lain tak tahu. mereka ini terpaksa membeli insurans bagi protect diri sendiri.ada juga yg tidak mampu utk membeli insurans. mereka juga terpaksa membuat bayaran ke rumah bagi penerima bantuan yang tidak dpt hadir utk ambil bantuan juga membuat bayran ke pusat2. ini boleh berlaku rompakan dan risiko kepada mereka yg bertugas. begitu juga dengan kes2 kanak2 / kes keganasan rumah tangga. perkara ini perlu diambil tindakan ditambahkan lagi tiada yang ingin ambil tahu kerja2 s17 yg juga berisiko seperti polis. diminta ambil perhatian bagi isu ini.

    BalasPadam
  62. kalau difikirkan inilah masanya jawatan n4 dinaikan pangkat ke n17,sebabnya jawatan ini tidak akan wujud lagi dimasa akan datang kerana kerja kerja seperti mencuci tandas
    menyapu mengemop lantai akan dikerjakan oleh kontrak mencuci bangunan dan bersih kawasaan.

    BalasPadam
  63. macam mana sekarang.. dah tak de dengar cerita lagi dah pasal PAP naik pangkat..

    BalasPadam