06 Mac 2011

CAMPUR ADUK POLITIK DENGAN PROFESION BOLEH JEJAS INTERGRITI SEKTOR AWAM-SALLEH

Bernama
5/3/2011



KOTA KINABALU, 4 Mac (Bernama) -- Campur aduk politik dengan kerjaya sektor awam sudah pasti akan menjejaskan standard dan integriti perkhidmatan awam, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

Katanya ini adalah kerana politik dan politiking sering mengundang pelbagai kompromi dan sentimen.

Bagaimanapun, Salleh berkata penjawat awam perlu memahami peranan ahli politik dalam memenuhi keperluan pengundi di kawasan pilihan raya masing-masing.

Ketika menyampaikan ceramah eksekutif Institut Tadbiran Awan Negara (Intan) di kampus Intan Sabah di sini Jumaat, katanya, ahli politik perlu mengetahui peranan penjawat awam kerana ada sebilangan mereka tidak mahir atau pengalaman dalam bidang tadbir.

Sekiranya ahli politik mengambil tindakan tertentu yang tidak betul maka penjawat awam atau pentadbir harus berani untuk menafikan permintaan mereka secara baik, katanya.

"Di sinilah, kemahiran komunikasi kepimpinan memainkan peranan dalam perkhidmatan awam," katanya pada ceramah yang dihadiri oleh pegawai jabatan dan agensi kerajaan pusat.

Salleh berkata hubungan bersepadu dan mesra antara pentadbiran dan ahli politik adalah penting bagi memastikan kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Katanya ketua jabatan perlu tegas dalam membuat keputusan selaras dengan peraturan yang ditetapkan demi kebaikan bersama.

"Kadang-kadang sesuatu keputusan itu tidak menyenangkan pihak tertentu tetapi sebagai ketua jabatan, kita perlu menjalankan tanggungjawab kita dengan penuh integriti," katanya.

Beliau juga meminta penjawat awam dan ketua jabatan supaya meningkatkan kemahiran komunikasi bagi memastikan mereka dapat berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan untuk rakyat.

-- BERNAMA

17 ulasan:

  1. Selama 18 tahun kerja di jabatan kerajaan, saya dapati setiap kali apbila dekat dengan musim pilihanraya, kerja kami akan berlipat ganda atas arahan ad hoc YB menteri-menteri.

    Arahan termasuk adakan pameran, seminar, bengkel yang konon untuk kebaikan masyarakat tapi hakikatnya semata-mata untuk sediakan platform bagi YB-YB ini tunjuk sumbangan dan pamer jasa.

    Yang paling benci ialah YB-YB ini jarang sekali bagi duit kepada jabatan kami untuk kerja arahannya. Seringkali jabatan kami terpaksa 'pandai-pandai' cari duit beribu-ribu ringgit dari sini sana untuk mengadakan pameran atau seminar untuk YB ini berlakon....

    Bolehkan ini dianggap satu kes campur aduk politik?

    Atau memang jadi tugas asas jabatan kami untuk berbuat demikian. "YB didahulukan, kerja lain dikemudiankan".

    BalasPadam
  2. SOKONGGGGGGGG! Memang betui!

    BalasPadam
  3. Perkara yang sama berlaku di kelantan sejak 20 tahun dulu, kini dan selamanya.......

    Apa platform politik samada Nasionalis, Islamik atau UltraKaum adalah sama bila masuk perkara POLITIK dalam jentera dan pentadbiran kerajaan.
    - ambo rakyat kelate di Putrajaya.

    BalasPadam
  4. Sepatutnya tidak berlaku begitu kalau kita berasaskan sebagai sebuah negara yg mengamalkan demokrasi tulen, waktu pilihanraya sepatut masing2 parti2 politik secara gentelmen jgn gunakan jentera2 kerajaan dan juga seperti Tv dan sebagainya tak kira dari parti mana sekali pun jgn pergunakan kakitangan awam sebagai bahan kempen.

    Kalau kamu benar kamu usahakan perkhidmatan yg terbaik kepada rakyat tak kira musim, dan dingatkan penjwat awam pula jgn gunakan segala kemudahan kerajaan dalam membantu kerja2 politik kepartian kerana kita telah dibayar gaji oleh rakyat tak kira dari apa parti sekali pun, dan kita mesti bersifat berkecuali dan adil dalam sistem penyampaian kepada rakyat umum tak kira jabatan mana sekalipun lebih2 lagi terhadap bahagian keselamatan tentera dan polis mereka adalah terus dibawah payung diraja iaitu kebawah dulu yg dipertuan agung

    BalasPadam
  5. Syed Abu Bakar SyakranIsnin, Mac 07, 2011 2:07:00 PTG

    Kalau PA salah guna harta pejabat...kecoh...kalau yang nih, atas nama parti guano?

    BalasPadam
  6. memang itulah yg selalu berlaku... tapi bila pembangkang kata salah guna kuasa, lain pulak jawapannya... POLITIK..... memang dah menjadi sistem Demokrasi Malaysia yg bukan Demokrasi Mutlak tapi Demokrasi Relatif yg mana Pembuat Undang2 mempunyai kuasa dlm kuasa Eksekutif... last2 jadi campur aduk.... yg ni tak salah pulak bagi SPRM.... hairan kan... heheheheheh... lepas tu kami gak yg kena tunggu SPRM masuk cekup kami sbb salah guna kuasa.... ADIL KE??????

    BalasPadam
  7. Dasar Perkhidmatan Awam ialah mematuhi arahan kerajaan semasa yang memerintah. Jika BN memerintah, pegawai PA wajib dan patuh arahan dasar yang dibuat (bukan menyokong parti). Sebaliknya jika pada masa akan datang kerajaan lain yang memerintah kepatuhan PA mesti ada pada setiap arahan. Prof Dr David M.J mangatakan, kerajaan yang memerintah lain dan parti yang memerintah lain.

    BalasPadam
  8. bila prk ja habis duet rakyak di gunakan atas nama parti, adilkah kerajaan skarang ini... banyak sagat tabur janji... mcm rakyat laen tak ada dah....

    BalasPadam
  9. Nak pendek umur..cubalah kalau berani membantah.

    BalasPadam
  10. Bersyukur Dengan Nikmat NyaSelasa, Mac 08, 2011 2:23:00 PTG

    Sudahlah............bersyukurlah duk di Malaysia selama ini, aman dan damai.
    Sampaikan Rakyat Negara luar pun bergadai nyawa untuk bekerja di Malaysia.
    Ada gak Rakyat Malaysia yang tidak pernah bersyukur.
    Tolonglahhhhhhhhh...........

    Jangan jadi buta mata dan buta hati.

    BalasPadam
  11. TANDA SYUKOR BUKAN PADA PARTI TETAI KPD TUHAN YG MELIMPAHKAN REZKI, PARTI BOLEH KITA TUKAR2KAN BILA PERLU KITA TUKAR DALAM NEGRA DEMOKRASI 5 TAHUN SEKALI, BILA TIDAK AMANAH, BILA SALAH GUNA KUASA , BILA PENTINGKAN KRONI DSB.

    CONTOHNYA BILA NAK NAIK GAJI ATAU BAGI BONUS NEGARA BOLEH BENGKRAP BILA TOLONG KRONI BOLEH PULA ATAU BELANJA MEWAH ITU DAN INI BOLEH PULA , ITU CONTOH AJA

    BalasPadam
  12. Rakyat asing/negara luar yang bekerja di Malaysia majoritinya adalah rakyat dari negara mundur dan berpendidikan rendah> Mereka kerja di Malaysia sebagai pekerja bawahan, pembantu rumah, tukang masak bahkan pelacur. Upah yang kita bayar setimpal dengan khidmat buruh mereka.

    Sedangkan, rakyat Malaysia yang kerja di luar negara pula rata-rata adalah profesional yang berpelajaran tinggi dan berkepakaran. Mereka keluar kerana negara lain lebih menghargai kepakaran mereka dan sudi membayar upah yang lebih setimpal dengan kepakaran mereka.

    Jadi, siapa yang patut bersyukur di sini?

    Kalau kamu dibayar gaji RM2000 sebulan sedangkan khidmat kamu layak dibayar setinggi RM6000. Masih perlukah kamu bersyukur kerana mengingatkan ramai penduduk berpendidikan rendah hanya menerima gaji RM500?

    BalasPadam
  13. bersyukur hanya kepada BN dan barisan pimpinannya yg tawaduk dan selalu mengambil berat kesusahan rakyat

    kami PA merafak kesyukuran kepada BN dan Umno agar disihatkan selalu pemimpinnya

    BalasPadam
  14. jagan campur aduk politik... bagi Pa naik gaji dah la..... nanti pilihan raya pandai la kami nak pilih sapa..

    BalasPadam
  15. Aduhh!! Aduh!! Aduh!! Rahman nanyan... Berdyukurlah kamu kepada ALLAH kerana IAnya adalah pemilik segala-galanya... Yg ko bersyukur ngan parti tu wat apa??? Sesungguhnya makhluk tidak mampu untuk memberi manfaat ataupun mudarat... Jngan sampai kerana perkara simple mcm nie kpala sme da benak nak berPOLITIK... Pegeerrraaahhhh.... Tuuuiiihhh..

    BalasPadam
  16. Korang yang komplen nie pun mangkuk jugak. Pembangkang nie bemuka2. Sekejap sokong pihak kerajaan sekejap jadi pembangkang. Sampai orang yang membaca pun terpengaruh. Perhatikan cara mereka menulis. Jgn mudah melatah.

    BalasPadam
  17. siapa yg melatah... memang kenyataan dasar kita sokong tapi menteri2 kita yg mula2 campur adukkan politik dgn PA... tu yg bengon... contohnya gelaran kepada Taik Mahmod tu, walaupun DUN dah bubar, masih terpampang gelaran Ketua Menteri Sarawak... media ni pun bengon... dia dah takda kuasa selagi PRN tak da keputusan... dia bukan CM lagi tapi cuma Pengurusi BN Sarawak.... bengon.... skg ni pun minta kita PA Sarawak buat program dan jemput menteri2 federel rasmi... bukan atas dasar rakyat didahulukan tapi dasar nak menang PRN tunjuk menunjuk yg mereka ni prihatin... nanti abis PRN semuanya hilang.... bengon....

    BalasPadam