09 Mac 2011

SKIM RUMAH PERTAMAKU DISAMBUT BAIK GOLONGAN MUDA

Bernama
9/3/2011


KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, disambut baik semua pihak, khususnya golongan muda yang akan mendapat faedah melalui skim tersebut.

Skim insitif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan memberi kemudahan kepada golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata skim yang diterima pakai kerajaan selepas meneliti cadangan Makmal Pemuda Barisan Nasional itu membuktikan suara golongan muda di negara ini diangkat dan diterima.

"Ini membuktikan kerajaan mendengar suara orang muda, mengiktiraf peranannya dan menangani isu-isunya dengan cara berorientasikan orang muda," katanya dalam kenyataan, di sini Rabu.

Justeru, beliau menyeru golongan muda untuk terus bersuara dan memainkan peranan dengan bijak demi membantu kerajaan menangani isu-isu yang dihadapi mereka.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Belia Tamil Wilayah Persekutuan, V Illavarasan berkata semua golongan muda, khususnya masyarakat muda India perlu merebut peluang sebegini dengan sebaiknya.

"Ini merupakan satu rancangan yang bagus, sekarang lebih ramai golongan muda yang dah berkahwin, jadi melalui iniasitif ini kerajaan amat membantu kerana pada awal perkahwinan, mereka mampu memiliki rumah sendiri," katanya ketika dihubungi.

Melalui skim itu, individu berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 boleh mendapatkan pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000 dengan tempoh pembiayaan sehingga 30 tahun.

Bagaimanapun, katanya golongan muda dinasihati agar sentiasa bertindak mengikut perancangan sebelum membuat sebarang pinjaman daripada institusi kewangan kerana perkara itu melibatkan jangka masa panjang.

"Pinjaman memang mudah dapat, tapi golongan muda harus bertindak mengikut perancangan, mesti lihat adakah ia keperluan kerana ini melibatkan jangka masa panjang...paling lama 30 tahun, fikir baik-baik," katanya.

Selain itu, beliau turut meminta kerajaan memantau harga rumah di negara ini, khususnya di kawasan bandar kerana mendapati kebanyakan harga rumah terbabit masih terlalu tinggi dan tidak mampu dimiliki golongan muda berpendapatan kurang RM3,000.

Dalam perkembangan yang lain, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman meminta pihak institusi kewangan yang terlibat dalam skim tersebut menetapkan kadar faedah yang bersesuaian kepada peminjam.

Katanya golongan muda penjawat awam yang berpendapatan rendah, mungkin menghadapi masalah pembayaran sekiranya faedah yang dikenakan terlalu tinggi.

"Kita bimbang faedah tinggi, dengan gaji RM3,000 dan kos sara hidup yang tinggi, mereka tidak mampu membayar pinjaman balik," katanya.

Skim itu diumumkan Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober lepas itu melibatkan penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan termasuk institusi kewangan Islam.

Kerajaan melalui Cagamas turut akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut dan permohonan boleh dibuat secara langsung di cawangan perbankan di seluruh negara.



-- BERNAMA

39 ulasan:

  1. Golongan muda yang tidak puas hatiKhamis, Mac 10, 2011 8:07:00 PG

    Pinjaman 100% bermakna bayar lebih lama dengan interest lebih tinggi.

    Tidak membantu untuk jangka masa panjang.

    Yang patut dibuat ialah naikkan pendapatan rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  2. aku sian dgn pak najib...susah jdi perdana menteri ni..semua pihak kene dipuashatikan..sian pak najib

    BalasPadam
  3. Disambut baik oleh golongan muda?

    Ini fakta berdasarkan kajian stastitik ke sekadar cakap syiok sendiri untuk bodek Najib?

    Kalau fakta, kenapa tidak laporkan bilangan orang yang mohon?

    Media Malaysia suka melaporkan berita yang tidak berdasarkan fakta.

    BalasPadam
  4. RM3,000 zaman skang ni dah tak relevan... mana cukup ni kan pulak nak beli rumah?? 100% pinjaman di campur dgn interest smpai 30 tahun (maksimum) mmg jadi mahal lg ooo... fikir2 kan lah semua...

    BalasPadam
  5. Pegawai Bank yang akan terima bonus besarKhamis, Mac 10, 2011 8:49:00 PG

    Yang sambut baik sebenarnya BUKAN golongan muda TAPI bank-bank yang bagi pinjaman.

    Kenapa? Sebab pinjaman 100% bayar 30 tahun (lepas bersara masih belum jelas hutang pinjaman rumah), sudah tentu interestnya cukup lumayan bagi pihak bank.

    BalasPadam
  6. kalau setakat pinjaman penuh klau bayar instalment rumah RM 1200 sebulan dgn gaji below rm3000 tak cukup beb, bayar kereta lagi bayar,kperluan harian, lepas tu anak bini nak makan pe beb, cuba renung2 kan...

    BalasPadam
  7. Siapa sebenornya yang rasa skim ini baik selain menteri-menteri kaki pembodek BN?

    Dulu semasa PTK diumumkan, menteri-menteri pengangkat pelir pun rebut-rebut puji skim PTK. Kenapa dia orang diam diri aje apabila PTK didapati tidak sesuai dan dibubarkan?

    BalasPadam
  8. Skim rumah partama lah,ada-ada je,kalu gaji kecil nak ambik rumah pertama macam mana,saya ni kerja sementara dah hampir 19tahun gaji tak naik doh,kalu kumpulan sementara ditetapkan lagi baik pada duk fikir yang tak betul ja.

    BalasPadam
  9. hmm...pe kata komen2 anda ni semua letak kat blog najib....mana tau ada terkesan di hati beliau

    BalasPadam
  10. tahniah BN, inilah yg kami harapkan, keprihatinan YAB Dato Seri Najib memikirkan tentang rakyat membuatkan kami PA semua terharu dan berbangga.

    Harap permohonan itu nanti perlu disahkan oleh ketua bahagian UMNO utk mengelakkan org2 pembangkang turut memohon juga. Mereka bukannya rakyat yg setia, mereka semuanya anjing penjajah

    BalasPadam
  11. nasihat PM mengenai PA jgn materialistik amat bertepatan dengan kedudukannya selaku PM yang berjiwa rkyat dan memiliki asas keimanan yang teguh.

    Kemuliaan akhlak beliau apabila sanggup mencemar duli hadir ke rumah2 org kampung utk memberikan sumbangan, adalah contoh terbaik utk dijadikan idola seluruh anggota PA.

    Kita wajib menyokong BN demia masa depan kita, agama dan negara. Ingatlah, jika BN kalah negara kita akan dijual kepada Israel

    BalasPadam
  12. Rahman Nanyan, kalo tuan Najib tidak berjiwa materialistik, buat apa dia cadang bina bangunan 100 tingkat gajah putih tu?

    BalasPadam
  13. hey Rahman Nanyan nak pangkah BN senyap2 lah..diam2 pangkah dacing senget tue yer.. x payah nk ajak org laen ikut sama..orang laen yg boleh berfikir dgn waras.. jgn duk komen macam org bangang...nak sokong BN diam2..paham??????

    BalasPadam
  14. skim hanya akan menyebabkan golongan muda menjadi menghutang tegar... gaji di tangga yang sama.. tapi harga barang makin naik. dengar berita harga hartanah akan naik 20% lagi mulai bulan jun. so fikir fikir la. rumah semakin mahal, tapi luas rumah semakin kecil.. sungguh mengecewakan.. dan sesiapa nak beli rumah, pegi la cari kat kampung kampung awal awal sebelum harga naik lagi gila babi..
    macam di KL, harga rumah teres dah hampir 500k doh.. entah siapala akan beli rumah macam tu.. hmm
    harap si Najib naikkan gaji cepat cepat..

    BalasPadam
  15. Bagi pekerja swasta, gunakanlah skim ini sebaik2nya. Nak beli rumah tu ikutlah kemampuan membayar ansuran bulanan. Lokasi tu penting kerna menjimatkan kos berulang alik ke pejabat dan mesti juga ada nilai sewaan yg baik sekiranya kena posting ke tempat kerja lain.

    Golongan PA dah ada skimnya yg tersendiri dan juga kemudahan kuarters. Yg penting, ukurlah baju di badan sendiri kerna PA hanya makan gaji yg jumlahnya telah ditetapkan.

    BalasPadam
  16. sebenarnya cadangan ini kalau dilihat buat masa sekarang hanya akan menguntungkan bank2 pemberi pinjaman dan juga pemaju2 harta tanah,
    Mengikut lapuran masih banyak perumahan yg masih belum dapat dijual kerana daya beli hanya tertumpu sebahagian mereka yg mepunyai pendapatan lebih RM2,000 bagi rumah2 hanya kos sederhana milik atau rumah2 kos rendah

    manakala rumah2 yg mapu milik oleh orang2 koprat atau arang asing seperti di Johor orang2 s'pore mampu membeli rumah2 yg dijual lebih RM500 ribu keatas


    cadangan ini kalau benar2 iklas dan bersifat kebajikan hapuskan 100% riba dan kalau dicaj hanya caj perkhidmatan macam mana boleh buat?,

    rata2 kalau pemuda buat masa ini hanya berpendapatan pukul rata di m'sia ini di linkungan RM1,200, kalau bayar pinjaman tak lebih RM200 mungkin mereka mampu tetapi kalu lebih dari tu hanya indah kabar aja bunyi.

    BalasPadam
  17. adakah penjawat awam digalakkan berhutang seumur hidup?

    BalasPadam
  18. pinjaman RM150,000 kena bayar RM900 sebulan. Kena gaji dalam RM3000 jugak tu, kalo kurang mmg xleh pakai kereta la jawabnya. Ini yang Najib dan ahli UMNO kata berpatutan, macam x tahu bahawa 80% anak muda berpendapatan bawah RM2000 sebulan, malahan separuh darinya yang tiada kelulusan tinggi mendapat bawah RM1000. Jgn kata nak beli, nak tengok rumah contoh pun org x layan

    BalasPadam
  19. Hei Rahman Nanyan, apalah bodoh sangat kau Sekarang ni pun Malaysia dah dijual kepada Yahudi-APCO. UMNO dan APCO Yahudi satu kepala, menghancurkan negara dengan slogan 1Rosmah! Rakyat ditindas. Subsidi rakyat dikurangkan, subsidi kroni koporat ditambah. Rakyat sentiasa dibodoh2kan. CIMB akan memainkan peranan penting dalam projek pinjaman mudah rakyat income bawah rm3000. Siapa pemilik CIMB, tentulah Nazir Tun Razak! Siapa untung besar???

    BalasPadam
  20. Saudara Thaibah al-Qanuni Al-BanjariSabtu, Mac 12, 2011 10:05:00 PTG

    adapan ini semuanya ialah dugaan bagi kita semua. ada khabar gembira, ustaz syeikh kami Yang Mulia Istimewa Ustaz Hambali ibni almarhum Ustaz Utama Mahamood, Pengetua dan Syeikh Besar Ajaran Qanuni Yan Kedah, akan mengetuai negara ini tidak lama lagi.

    Semua PA sertailah ajaran Qanuni seblum terlambat. Syeikh Ustaz kami sudah meramalkan keadaan sekarang dan hanya beliau yg mampu mengubah kesengsaraan hidup kita. Gaji akan dinaikkan 3 kali ganda, kita sama2 bahagia. 90% pemimpin BN dan Pas sudah bersama kami.

    BalasPadam
  21. JUAL RUMAH PERTAMAKU KONON. TAPI SAIZ MACAM REBAN AYAM, BOLEHLAH JADI STOR BARANG-BARANG TERPAKAI.....CUBA ANDA FIKIRKAN, RUANG TAMU BOLEH MUAT 5 BUAH KERUSI SAHAJA. TAPI HARGA RUMAH DIBAYAR MELEBIH 30 TAHUN BEKERJA....MACAM MANA KES PEJAWAT AWAM MUFLIS NAK SURUT KALAU MACAM NI?
    CUBA FIKIRKAN LAH WAHAI PEMIMPIN YANG KAYA DAN SENANG LENANG? JANGAN JADIKAN ALASAN PENJAWAT AWAM BERPENDAPATAN RENDAH MALAS BELAJAR, SEBAB TU GAJI KECIL. KAMI DAH ADA IJAZAH DAN KELULUSAN TINGGI PUN, MASIH TAK DINAIKKAN PANGKAT.....LANGSUNG TIADA PENINGKATAN KARIEER....

    BalasPadam
  22. najib oi najib.... apa-apa pun bg la gaji PA naik dulu... yang hang duk bagi kt bini hang pi melongcong pa tu buang duet rakyat ja... kalau orang kata kt hang, hang marah.... jgan menyesai kalau rakyat gunakan kuasa masa pilihanraya nanti!!!!!!!!

    BalasPadam
  23. Saya PT17 baru kerja, masih muda, gaji RM1400, nak beli rumah kos sederhana berharga RM120,000. Buat loan gomen lebih kurang RM700 sebulan. Gaji tinggal RM500, niat nak kahwin, beli motosikal, bayar lain2 bil, tinggal berapa.

    Berat ni Dato Najib, kalu buat loan bank lagi parah. Lepastu kena pindah ke negeri lain, rumah yang dibeli disewakan RM350. Baki kena tambah lagi RM350. Tempat kerja baru kena sewa rumah lagi.

    Orang muda camana tu nak buat loan rumah, nak tunggu gaji RM3000 saya dah tak jadi orang muda lagi, nak survive menyewa sajalah.

    Saya tak nafikan ada orang muda tak prnah rasa susah sebab bapa dia orang kaya raya, tapi saya orang susah.

    Beginilah nasib saya.

    BalasPadam
  24. Tukar ajer kerajaan...tgk ajer Kelantan...dah 20 thn bawah PR, aku tgk jauh lebih maju dari zaman bawah BN before 1990.cuma yg bising geng2 pak kadok (BN) yg negeri mereka dah tergadai(kalah pada PR).Kerajaan PR memerintah pun, x terjejas gaji pa.ada rezeki, naik@dapat bonus lagi.ubahlah....jgn takut utk berubah.

    Kepada saudara Thaibah, jgn nak mengarut,ajar ajaran sesat di sini..(hanya dia yang dapat mengubah?)ayat syirik tu...sudah2lah..dakyah...jgn main2 soal akidah kawan...

    BalasPadam
  25. skim ni mmg bagus kpd org muda mcm sy..tp masalah nya,skim dah bagus,tp gaji dlm sektor awam masih terlalu kecil lg..bayangkan lepasan diploma mcm sy yg mendapat pendapatan rm1400 sebulan..setelah di tolak bayaran pinjaman pelajaran,pinjaman kereta,sewa rumah dan bil2 keperluan harian yg lain,baki hanya tinggal dlm rm200-rm300..mcm mn nak byr duit pinjaman perumahan yg hampir rm800 sbln utk harga rumah bwh 200k ??duit utk kawin pon penting jgk..lmbt kawin,lmbt keturunan nak berkembang..lmbt jgk populasi melayu malaysia nak btambah..mungkin kerajaan sblm nih ada terlepas pandang soal kenaikan harga rumah n gaji pekerja malaysia..golongan atasan terus selesa,golongan miskin terus di bantu,bagaimana pula golongan ptengahan di bandar yg hanya mpunyai sebuah rumah di bandar(masih b'hutang)+4org anak bersekolah+pendapatan isi rumah kurang 5k+mgharapkan gaji bulanan tanpa ada lain2 pendapatan@harta@tanah di kampung?siapa yg akan bantu mereka?

    BalasPadam
  26. apa la ini skim ooo. haiyaaa.... kalu sana semenanjung bolehh la itu rumah... sini sarawak rumah kecik 1 tingkat suda harga mauk 270k... apa macam...

    BalasPadam
  27. suruh pak najib terima gji mcm kita... snggup ke pak najib?!

    masa tun mahathir senang2 jer dpt bonus, masa pak lah pun senang... terima kasih pak lah... naikkan gaji.. kalau dpt jd pm lagi kan ke bagus... tp sekarang, susah sgt2.. sampaikan cuepacs pun kena hentam!

    BalasPadam
  28. ORANG MISKIN BERKATA:

    KERAJAAN SEKARANG RAMAI BUAT PENJAWAT AWAM JADI GILA HUTANG.....DAHLAH BARANG KEPERLUAN SEKARANG MAHAL, TAK KAN NAK BAYAR CASH....RUMAH SATU KEPERLUAN.....TAPI JUAL MAHAL SANGAT....ORANG KAYA MEMANG TAK TAHU RASA HIDUP SUSAH....DIA MAKAN KENYANG JEE....TAPI TENGOK LAH DIAKHIRAT NANTI, SIAPA YANG TELAN API NERAKA SEBAB TAK BELA NASIB ORANG MISKIN....

    BalasPadam
  29. BELOW RM3,000 MANA ADA CUKUP NAK BELI RUMAH. BAYAR KENDERAAN + MINYAK + MAKAN + LAIN2..NAK BELI RUMAH? SKIM RUMAH PERTAMAKU?..
    YANG GAJI RM1,300...MEMANG PATUT PENDAPATAN RAKYAT DINAIKAN, KALAU SUDAH KOS HIDUP TINGGI TAK LAH RAKYAT MALAYSIA MASIH DIPARAS KEMISKINAN...
    FIKIR-FIKIRKAN LAH..

    BalasPadam
  30. Ini bukan untuk org gomen la. Untuk private. Gomen dah ada financial institution sendiri dengan kadar faedah rendah. Untungnyer kerja gomen.r

    BalasPadam
  31. JEBAT berani kerana benar!Jumaat, April 01, 2011 5:36:00 PTG

    Cadangan kepada pemimpin kerajaan Malaysia yang selama ini hidup bermewah2...

    Cuba hidup seperti rakyat biasa diberi gaji antara RM1500-RM2500 sebulan. Rasalah gaya hidup baru ini untuk tempoh sebulan (SAHAJA).

    Selepas itu, baru buat keputusan...
    Selagi tidak rasa sendiri, selagi tu lah pemimpin kita ni anggap rakyat hidup selesa!

    BalasPadam
  32. JEBAT berani kerana benar!Jumaat, April 01, 2011 6:05:00 PTG

    KEPADA RAHMAN NANYAN,
    CUBA FIKIR BALIK AYAT KAMU..

    1. PM MEMILIKI ASAS KEIMANAN YANG TEGUH?? ASAS KEIMANAN YG BAGAIMANA KALAU BIARKAN ISTERI TIDAK BERTUDUNG & DEDAHKAN AURAT??
    SILA JELASKAN...

    2. MULIA AKHLAKNYA BILA SANGGUP CEMAR DULI KE RUMAH ORG2 KAMPUNG??? SELAMA MANA? BERAPA HARI??
    KALAU GITU TOK GURU NIK AZIZ LAH LEBIH MULIA AKHLAKNYA.. JANGAN KATA MELAWAT KAMPUNG, RUMAH KEDIAMANNYA SENDIRI PN MCM RUMAH ORG KAMPUNG. BANDINGLAH DENGAN RUMAH MB BN.. SAMA KE??

    3. JIKA BN KALAH NEGARA AKAN DIJUAL KEPADA ISRAEL??? KELANTAN, KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR, KL OK JE.. XKNA JUAL PN!!

    NK BG PENDAPAT GUNALAH AKAL & FAKTA! TUNGGU PRU13...

    BalasPadam
  33. hartanah di malaysia mahal melambung2 walhal rakyat tak mampu beli. barang makin mahal, minyak senyap2 je naik harga. Rasanya seksa duduk dinegara sendiri dengan kadar gaji yang rendah mcm ni. tak hairan lah kalau ramai anak2 muda berkerja diluar negara. Lepas tu kerajaan salahkan rakyat tak patriotik.PELIK2...

    BalasPadam
  34. Terima kasih atas keperihatinan YAB perdana menteri kita, atas golongan muda memiliki rumah tapi saya ingin menarik perhatian semua... sebanyak 45000 golongan muda pelbagai bangsa yang bekerja sebagai stff kontrak di kerajaan, adakah mereka mampu membeli rumah dengan status pekerja kontrak... fikirkan

    BalasPadam
  35. Orang zaman sekarang tak bersyukur.. tau apa kerajaan nak bagi jer.. mintak-mintak dan mintak.. dulu tak de skim macam ni pun.. kalu dulu ada, kan senang.. kalu sume orang tak puas hati jangan adakan kemudahan cam ni lagi kat sapa2.. pandai2lah hang berdikari..

    BalasPadam
  36. Kepada KERAJAAN DAN BADAB YG TERLIBAT...Hari ini harga gula naik lagi 20sen.beberapa hari yang lalu harga minyak pun turut naik.gaji saya rm1200. tolak epf dan socso tinggal rm1080.Rumah sewa rm220,bil2 api&air rm100,duit motor rm150, minyak moto sebulan rm20(p balik keja sj),makan rm15 sehari(total sebulan rm450), duit mak rm50, BALANCE RM90!!! ini belum masuk duit kecemasan sakit demam,moto or barang rumah rosak tau!!! orang2 mcm saya ni jgn berangan la fikir nak kawin or nak beli rumah. dah xda duit dah. keja siang malam cari duit. FIKIRLA SAMA KEADAAN KAMI NI!!

    BalasPadam
  37. cuepac pun banyak mengarut je.hasil
    tak ada.angan-angan kosong.hangat-hangat tahi ayam

    BalasPadam
  38. hasil subsidi miyank dihapuskan dan diberi pada kakitangan kerajaan.itu lebihn berfaedah sebab subsidi banyak diseleweng dan rakyat negara lain yang menmikmati

    BalasPadam