08 April 2011

JENAZAH AHMAD SARBANI SELAMAT DIKEBUMI

Bernama
8/4/2011



PETALING JAYA, 7 April (Bernama) -- Jenazah Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di sini, Khamis.

Jenazah Ahmad Sarbani, 56, yang dibawa dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) tiba di surau Kuarters Kastam Kelana Jaya di sini pada pukul 5.10 petang untuk disolatkan.

Turut hadir untuk menyempurnakan solat jenazah ialah Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Mayat Ahmad Sarbani telah dibawa ke PPUKM untuk dibedah siasat selepas penolong pengarah yang bertugas di Pejabat Kastam Pelabuhan Klang itu ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di sini kira-kira 10.15 pagi Rabu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui pemberita di Kuarters Kastam di Kelana Jaya di sini berkata, kerajaan negeri Selangor turut berasa sedih atas pemergian Allahyarham.

"Yang paling penting sekarang kita perlu mencari kebenaran dan penyiasatan terhadap kematian Allahyarham perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya," katanya.

-- BERNAMA

2 ulasan:

  1. Al-Fatihah.
    Semuga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
    Takziah kepada keluarga Allahyarham.
    Kepada sahabat Penjawat Awam di Jab. Kastam, kita sama-sama mencari rezeki yang halal di bumi Allah ini.

    BalasPadam
  2. alfatihah untuk aruah

    BalasPadam