Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung juga mahu SPRM membuat penjelasan mengenai kematian Ahmad Sarbani Mohamed di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane kelmarin dan membersihkan namanya daripada dilabel “kes bunuh diri.”
“Kami berharap nama Sarbani akan dibersihkan daripada perkataan bunuh diri,” kata presidennya Ibrahim Ahmad kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam dengan Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja awam itu di Kelana Jaya dekat sini.
Turut hadir pada majlis hari ini ialah Persatuan Pengawai-pegawai Kanan Kastam, Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Sarawak
“Kami mahu mengadakan pertemuan dengan perdana menteri untuk dapatkan penjelasan dan membersihkan nama Kastam,” kata beliau.
“Kami juga mahu bertemu dengan ketua SPRM dan dapatkan penjelasan dan apa yang SPRM mahu lakukan selepas ini,” kata Ibrahim.
Beliau juga meminta SPRM supaya bertindak profesional dalam proses soal siasat mereka dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan ke atas saksi dan suspek.
Ibrahim juga berkata, adalah tidak adil bagi SPRM menyasarkan pegawai-pegawai Kastam berhubung laporan kehilangan hasil cukai negara, didakwa RM108 bilion setiap tahun.
“Kami secara konsisten mengemukakan laporan hasil kami dan setiap tahun kami memperoleh sekitar RM28 bilion, jadi adalah tidak logik untuk kami bertanggungjawab bagi (kehilangan) RM108 bilion,” kata beliau.
Ahmad Sarbani ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini kelmarin.
Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.
Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.
Semalam, Najib mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan telus berhubung kematian Ahmad Sarbani.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.
Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.
dah tu takkan nak kata dibunuh pulak....bodoh la SPRM nak bunih orang kat kawasan sendiri mcm Beng Hock tu...
BalasPadamEngkau pun bodoh...lain kali jawablah kes mati mengejut dulu....
BalasPadamhah...dah terang2 terjun bunuh diri nak salahkan SPRM lak...bengong la Kastam ni nak defend org bunuh diri ni..
BalasPadamSedih dengan tulisan anti bunuh diri berkata..yang tulis dan dengar membuta tuli....tu lah lain kali guna akal sikit....jangan dok percaya laporan akbr aje...tunggu je siasatan selesai...
BalasPadamncamnilh..sejahil2 umat islam nie xkn sanggup nk bunuh diri,iman yg kecil tue ttp akan ada..biorlh bnda dh nk jd,yg uat slh pasti akn dpt blsn dunia@akhirat..xpyh lh kite nk gaduh2 psl hal nie,xder faedahnyer,buat malu jewww...
BalasPadamMula 100 billlion lesap skang ni cuma tinggal 3 billion! Apa dgn 3 billion tu pun leh bangga nak bersihkan nama Kastam ke? Biar seringgit pun tetap SALAH!!!! Banyak yang tak bayar duti tu semua YB2 serta bini2 YB...Si Rosmah tu ntah brapa billion dia tak bayar cukai!!!
BalasPadamselepas ni tubuhkan suruhanjaya tinggal solat ni lagi penting dari rahsuah. siasat sprm dulu.
BalasPadamapa kata suroh orang SPRM dan sesapa yang belagak alim amik alih keja kastam apa depa buat ada ke baik atau ......rasanya>%^#!$$$$$$$$$$$$$
BalasPadam