05 April 2011

PENJAWAT AWAM PERLU TERAP 4 ELEMEN LAUTAN BIRU

Bernama
04/04/2011 12:17pm


PUTRAJAYA 4 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan setiap ahli pentadbiran awam menerapkan empat elemen penting yang terkandung dalam “Strategi Lautan Biru” dalam pengurusan tugas mereka.

Perdana Menteri berkata empat elemen tersebut ialah “mengurang”, “menghapus”, “mewujud” dan “menambah peluang”.

Beliau berkata dengan menerapkan elemen-elemen tersebut, maka pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam akan terus meningkat.

"Jadi dengan cara pendekatan seperti ini, saya percaya kita akan dapat melihat pendekatan kerajaan ini bukanlah melalui aspek agenda utama sahaja.

"Tetapi kita gunakan apa sahaja pendekatan kelengkapan pengurusan...pemikiran yang lebih kreatif supaya pencapaian dan keberhasilan kita dapat ditingkatkan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Najib berkata pemikiran “Strategi Lautan Biru” itu melibatkan pemikiran dengan mengaplikasikan cara-cara kreatif dan inovatif dalam setiap penyelesaian.

Selain itu, beliau berkata setiap penjawat awam juga tidak boleh berfikir secara konvensional iaitu menuntut peruntukan dan kakitangan lebih, sekiranya melakukan sesuatu tugas tambahan.

"Kita telah kenal pasti apakah kekangan struktur pelaksanaan kerajaan yang boleh menjadi hambatan untuk kita memacu maju ke hadapan dengan lebih pantas.

"Justeru itu, kita telah membuat kesimpulan bahawa lapan laporan strategi inisiatif perlu dilaksanakan. Semuanya ini kita telah laksanakan di pelbagai peringkat dan berbeza dengan pendekatan dulu,” katanya.

Perdana Menteri turut memberi contoh bahawa dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan dapat dilaksanakan dengan cepat, misalnya dalam urusan mengeluarkan pasport antarabangsa, maka elemen “mengurang” perlu diaplikasikan dalam proses berkenaan.

Beliau berkata langkah pihak berkuasa menahan pegawai dan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini pula, merupakan usaha kerajaan “menghapus" ketirisan, salah guna kuasa dan rasuah dalam pentabiran awam.

Beliau berkata kerajaan juga akan berusaha untuk “mewujud” dan pada masa sama, “menambah peluang” kepada setiap rakyat, termasuk dalam sektor awam dan swasta di negara ini. - Bernama

42 ulasan:

  1. Kerajaan terlebih dahulu perlu memastikan 4 elemen lautan birunya diterap dengan betul iaitu mesti:
    1. memberi bonus tahunan kepada PA
    2. menaikkan gaji PA
    3. memperbaiki sistem penilaian PA
    4. menambah elaun baru seperti elaun kenderaan, elaun sara hidup.

    BalasPadam
  2. setuju dengan (laut merah).. kerajaan perlu menunaikan permintaan PA dulu sebelum meminta PA memenuhi permintaan itu..dengan gaji rm1300 sebulan kalau bertugas di bandar2 kecil buleh la cukup makan..macam tinggal kat bandaraya besar ni sewa rumah ja dah rm450 belum kos lain lagi,tiap2 bulan PA yg jawatan rendah berhutang,ibarat korek lubang untuk tutup lubang yang lain..

    BalasPadam
  3. Kenapa mesti biru?hijau x leh ke?

    BalasPadam
  4. PA tenggelam dalam lautan biru

    BalasPadam
  5. NEGARA AKAN HANCUR JIKA RASUAH MASIH BERMAHARAJA LELA.BUATLAH APA PROGRAM PUN JIKA RASUAH TIDAK DAPAT DIBENDUNG LAGI MAKA KITA MASIH JAUH LAGI UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN. KAMI PA SEDIH JIKA TERBUKTI BENAR PENDEDAHAN SPRM, RM108 BILION SETAHUN NEGARA KERUGIAN AKIBAT DARI KERAKUSAN KELAKUAN JENAYAH RASUAH.
    KERAJAAN SEHARUSNYA MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEKERAS-KERASNYA KEPADA PENDERHAKA-PENDERHAKA INI JIKA TERBUKTI BERSALAH.
    SPRM JUGA SEHARUS MEBUAT PENYIASATAN MENYELURUH DAN MENCARI DI MANA RUANG-RUANG YANG MEMBERI KUASA YANG BEGITU BANYAK KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN YANG TERLIBAT.TUTUPLAH MANA-MANA PINTU RASUAH YANG MEMALUKAN KITA SEMUA.
    JEBATAKDURHAKA.

    BalasPadam
  6. Tonggak 12 dah memadai..amalkan shj.

    BalasPadam
  7. Cantik BOS,
    Mengurang : Kurangkan KERENAH birokrasi untuk PA mendapat kenaikan Gaji dan pertambahan elaun.
    Menghapus : Hapuskan Dasar kuno dalam JPA dan Kerajaan yang menyekat laluan kerjaya PA dan kenaikan Gaji PA.
    Mewujud : Dasar Pintu Terbuka kepada mana-mana PA secara individu untuk memberi cadangan dan tidak terhad kepada Cupec mahupun MBJ, MBK sahaja.
    Menambah peluang : Sentiasa beri peluang kpd PA utk menikmati keselesaan dan kesejahteraan khususnya dlm KEMELUT kewangan. Antaranya kenaikan gaji, elaun, laluan kerjaya dan peluang utk kenaikan pangkat dan peluang menikmati kerjaya baru (kumpulan sokongan ke kumpulan P&P).

    mamak Omar Cupec : habih boreh deng sajo nunggu ngko. baik lotak jawatan.

    BalasPadam
  8. tonggak 12 dah ado.
    Nak 4 Elemen pulok?
    lepas ni 4 bini kot?
    yahoo!!

    BalasPadam
  9. x perlu elemon2 nie..kuning ka hijau pn sama kalo gaji x naik...

    BalasPadam
  10. sepatutnya bayaran sewa rumah diberi oleh pihak kerajaan, sekiranya kuarters tidak disediakan. Gaji PA untuk perbelanjaan harian bukan untuk sewa rumah!

    BalasPadam
  11. kerajaan jugak perlu bayar surcaj bahan api sekiranya dinaikkan harga minyak...ini kerana mereka yg berjawatan tinggi semua ditanggung dari kereta sehingga ke duit minyak...jgn jadi bangang...yg patut diberikan kemudahan ialah mereka yg berjawatan rendah...bukan berjawatan tinggi...

    BalasPadam
  12. Aku tak ada lain...Tunggu pilihanraya je...

    BalasPadam
  13. Kita mahukan perubahan, bukan cadangan perubahan atau kajian perubahan.

    BalasPadam
  14. takyah naik gaji...ni pun rase dah mewah giler ooo....hari hari makn lauk ayam....naikkan lagi barang2...minyak ...aku sokong...buat ape duit banyak2...

    BalasPadam
  15. kalo PA semua nak tahu, menteri kami cikgu2 Kemas ni (Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal
    Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) penipu besar kerana suka berjanji tapi x tunai.

    Status kami selaku pekerja kontrak masih berkekalan selepas janji demi janji setiap PRU mahu memeberikan jawatan tetap dan berpencen kepada kami.

    Bukan setiap PRU sahaja, sekarang ini pun kami mebuat kerja2 politik UMNO 7 hari seminggu. Dengan gaji yg kecil, serta tanggungjawab yang berat di tabika dan taska, kami tetap dikerahkan sebagai pekerja politik UMNO yang tidak berbayar, dahulu kini dan selamanya.

    Ada yang merungut belakang, tetapi selaku pekerja kontrak kami terpaksa membuat kerja2 UMNO kerana selalu diugut mahu tamatkan kontrak jika menentang UMNO, malahan keluarga juga dipaksa mnyokong UMNO dan BN.

    Setahu saya gaji kami dari wang pembayar cukai seluruh negara, kami rasa amat tidak wajar kami diperalatkan parti politik lagi dan diugut dengan status kontrak kami. Malang skali tiada siapa mahu membela kami, hatta pegawai Kemas sendiri yang suka merendah2kan kami.

    BalasPadam
  16. Lautan biru nie lautan barisan ker?

    BalasPadam
  17. KASTAM HARUS BERTAUBAT!

    BalasPadam
  18. 4 elemen lautan biru..

    1. Tolak menteri menteri ke dasar laut
    2. Bagi ikan yu umpan jari jemari menteri BN.
    3. Paksa menteri kabinet berenang bogel.
    4. pastu ramai ramai Kencing kat laut mereka berenang..baru Panas!

    BalasPadam
  19. Lautan Biru = Blue Sea
    Filem Biru = Blue Film...yg hangat di tonton oleh rakyat dan seluruh dunia selama ini yg terjadi kat Pemimpin kita...asyik biru saja...mana ada masa nak kaji Kenaikan Gaji PA...Betul tak???

    BalasPadam
  20. adush tah apa2 la...ingat nelayan kena ke lautan biru...pa pun kena....kah kah

    BalasPadam
  21. Dah masuk elemen plaakk.. elemen PA depa buat tak dan ja.. PRU nanti aku guna kuasa mutlak aku laa.. Cerita banyak tak guna.. Ubah!!

    BalasPadam
  22. apa sebok psal laut ni.... apa crita pertemuan cuepacs dgn jpa senyap ja

    BalasPadam
  23. gaji permulaan j17 drafment=P1T1 rm843 + elaun cola =100,elaun ITP = 180,elaun ITKA = 115...total=rm 1238..cukup ke tok hidup sara keluarga, anak,mak ayah,isteri,hutang PTPTN ag pada zaman la ni?..

    BalasPadam
  24. apa hasil perjumpaan CUEPACS ngan JPA? Sapa-sapa boleh update. Cuba cite!! cuba cite!!

    BalasPadam
  25. hasilnya ialah PA dikatakan bangang x bersyukur dengan BN yg dah bayar gaji tiap2 bulan, dan betapa peritnya org2 Umno dan BN cari wang utk bayar gaji kita, sehingga kebanyakan pemimpin BN hidup susah demi kasih kepada PA

    BalasPadam
  26. kami tak nak tengok video seks, kami nak gaji naik, video seks tak boleh menampung kos sara hidup kami yg makin meningkat, gaji ahli-ahli parlimen patut diberi RM 1200 sebulan, baru YB-YB bangang rasa apa yg terpaksa ditanggung oleh rakyat, bukannya berdebat tentang video seks kat parlimen, bangang punya YB-YB!!!

    BalasPadam
  27. Pegawai Kastam mati jatuh bangunan SPRM

    2011/04/06

    KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, di sini pagi ini.

    Mayat beliau ditemui di tingkat bawah bangunan itu pada jam 10.15 pagi. Difahamkan, mangsa yang dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin, adalah seorang pegawai kanan Kastam Selangor. Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, dilaporkan berkata pegawai Kastam berkenaan ke pejabat suruhanjaya itu hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

    Katanya, pegawai penyiasat meminta pegawai Kastam berkenaan menunggu sementara pergi mengambil fail kes.

    Bagaimanapun, katanya, apabila kembali semula pegawai penyiasat berkenaan mendapati pegawai Kastam terbabit sudah tiada.

    BalasPadam
  28. 1 Malaysia = WANG rakyat didahulukan, pencapaian diuTAMAKkan

    BalasPadam
  29. "Cikgu Kemas Terseksa", bior saya jawab bagi Sepei Apda, kito tokleh bagi jawatan tetap utk cikgu Kemas sebab kalu bagi jawatan tetap spt ktangan gomen lain nanti tokleh la nak suruh buat keje utk UMNO nya. ada paham??? tara.......

    BalasPadam
  30. berhenti berharap la wei...kalau takda berita baik gak,pru nanti kita ubah trus senang.. jemu dah dengan asyik kena meminta-minta..

    BalasPadam
  31. PERDANA MENTERI YANG MENYUSAHKAN RAKYAT. kAHAAK TUIIII

    BalasPadam
  32. berapa banyak daa mau terap..
    bila mau serap daa...

    susah ooo...

    BalasPadam
  33. rakyat didahulukan...
    minyk naik,brg naik,mcm2 naik mmg rakyat yg kne dulu...

    pencapaian diuntamakn...
    mmg dh tercapai negara kita rakyat makin susah....

    kire dh kne lh slogan tuee..hahahahaaaaaa

    BalasPadam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  35. pak cuepacs kita ni apa cita,perbincangan tentang gaji dengan alaun2 tu sunyi sepi ja nih,,tuan presiden kalau takleh nak bantu kami tntang tuntutan tu,minta tuan letak la jawatan,bagi pada yang berkemampuan pulak.. ini asyik minta tapi dapatnya tidak letih la macam ni,telinga ni dah tersumbat dek janji tingal janji,minta tingal minta je.

    BalasPadam
  36. Dengar kabar angin satu mei kerajaan nak umumkan kadar kenaikan gaji dan selaras gred kakitangan awam betul ke ?

    Kalau betul alhamdulilah sekira tak betul ayuh mari kita pangkah pakatan rakyat kali ini

    BalasPadam
  37. Selagi UMNO/BN memerintah negara, kehidupan majoriti penjawat awam dan rakyat memang tersiksa dan derita akibat kenaikan kos hidup manakala berbillion wang negara DISONGLAP oleh mereka atas nama pembangunan. HAPUSKAN BN DALAM PRU13!!!! Apakah Najib dan Rahim Tamby Chik bebas daripada isu seks?

    BalasPadam
  38. apa2 pun yg kaya,bergaji besar, berpengaruh....tetap naik segala2nya... dipandang masyarakat sementara yg miskin tetap turun papa

    BalasPadam
  39. Wahai PA sekelian, janganlah nak berangan naik gaji. Sekiranya gaji PA dinaikkan sekarang sebanyak RM100 seorang kerajaan memerlukan budget tambahan sebanyak RM1.5 bilion setahun melainkan kerajaan menghapuskan subsidi petrol. Mulai sekarang PA berjimatlah dan berkhidmat dengan penuh ikhlas. Bagi anggota penguatkuasa/PA yg berkenaan buatlah kerja dengan berhemah dan jangan amal rasuah. Khidmat anda yg jujur akhirnya rakyat juga yg akan merasa nikmatnya sekurangkurangnya mengurangkan rakyat Malaysia yg ramai sakit jiwa dan akhirnya bunuh diri. Selamatkanlah Rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  40. apa cite lautan biru dgn keaikan gaji yg mash samar2 ....ceupacs ni mcm - mcm. lautanlah..gji PA msh dikajix50 bila masa nak naik gji ni....jgn buat PA mengharap apa benda lh !!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  41. Harga barang dah 10x naik harga dari harga asal.. gaji PA bila nak naik.. kalau barang dah mahal2 PA meskin gigit kuku.. nak pulaukan kedai jual barang mahal.. lambat cerita..semua kedai harga sama..nak beli di kedai mana.. sama mahal.. tidak beli boleh jadi kebulur..mahal2pun kenak beli.. kawan2 PA di semenanjung.. bukan sewa rumah di bandar saja mahal.. di sarawak/kapit(pedalaman) sewa bilik sebulan RM500.00..Kami PA kalau gaji naik lebih tinggi dari harga barang kerperluan harian..elaun dinaikkan/ termasuk elaun rumah..adakah patut elaun rumah RM180.00(Mana nak cari sewa rumah Rm180.00 sebulan).. kami PA Bukan sahaja 'Terap 4 Elemen Lautan Biru' boleh di ikut 'Terap 10' pun tiada masalah.. jika perkara di atas di pertimbangkan.. kepada Cuepacs buat yang terbaik untuk kami PA.. jangan asik kaji..kaji.. kaji.. sampai bila.. sampai pencen.. kalau panjang umur..kalau tidak dah dalam kubur..

    BalasPadam
  42. Berkatalah apapun kerajaan perlu lebih peka kepada rakyat dan negara mengenai gaji, bonus, kadar harga barang dan kemudahan di negara kita.aku pun tunggu pilihanraya....

    BalasPadam