23 Mei 2011

BENARKAN RAKYAT MENILAI PRESTASI KERAJAAN

Harakah Daily
Diyana Kasim
23/5/2011


Kerajaan mengumumkan bahawa mulai 1 Julai depan, ujian PTK bagi penjawat awam akan digantikan dengan penilaian berkonsepkan 360 darjah. Dalam konsep ini, prestasi setiap penjawat awam bukan hanya akan dinilai oleh penyelia masing-masing, malah mereka juga akan diperhatikan dan dinilai secara berterusan oleh rakan sejawat dan kakitangan bawahan.

Penilaian ini kemudiannya akan dipertimbangkan oleh panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi dan penempatan baru.

Saya ingin mencadangkan supaya sistem penilaian ini diperluaskan supaya merangkumi penilaian rakyat. Dalam erti kata lain, selain dinilai oleh penyelia, rakan sejawat dan kakitangan bawahan, rakyat juga seharusnya diberikan peluang bagi menilai prestasi penjawat awam.

Memang diakui bahawa rakyat tidak dapat menilai prestasi setiap seorang penjawat awam di Malaysia secara individu. Namun demikian, sudah tentu rakyat mampu menilai prestasi sesebuah badan kerajaan dan juga pengurusan tertingginya. Pada masa yang sama, pada peringkat individu, sebarang maklumbalas positif ataupun negatif (jika ada) mengenai seseorang penjawat awam perlu diambil kira bagi menilai prestasi penjawat awam berkenaan. Dengan demikian, barulah semua penjawat awam di Malaysia lebih terdorong bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Selain itu, penilaian ini juga tidak harus terhad pada penjawat awam semata-mata, malah perlu juga digunakan bagi menilai prestasi para menteri. Prestasi setiap menteri perlu juga dinilai oleh kakitangan bawahan dan juga rakyat.

Pandangan rakyat dapat dikumpulkan sepanjang tahun, sama ada secara terbuka ataupun dengan menggunakan format tertentu, dan dengan memanfaatkan semua saluran, termasuk surat dan emel.

Maka setiap akhir tahun, prestasi setiap menteri dan badan kerajaan akan dinilai dengan mengambilkira penilaian dan maklumbalas oleh rakyat jelata. Akhir sekali, hasil penilaian prestasi setiap menteri dan badan kerajaan akan diperhalusi dan diumumkan kepada rakyat oleh Jabatan Audit Negara.

21 ulasan:

  1. Yang mana satu nii... Penilaian 360 atau "PROSPEK"?
    Sumber Harakah ni betul ke?
    EEEhhh.. bukankah KPI telah ditetapkan untuk Menteri melalui NKRA, MKRA dan KRA.
    Haiyaaaa...
    Rakyat .. akan tentukan dlm PRU13 dan rakyat itu termasuk kami PA.

    BalasPadam
  2. Bagus tu penilaiannya akan dibuat pada PRU ke 13 kali ini, itu memang sewajarnya penilaian yg lebih teapat dari rakyat

    BalasPadam
  3. apa hal nak libatkan rakyat dengan pelaksanaan dan penilaian sistem PROSPEK ke atas penjawat awam?? kalau nak berfikir dan bagi cadangan pun, biarlah cadangan yang rasional.

    Pengalaman saya, rakyat tetap tidak pernah berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka. sebaik manapun perkhidmatan yang disediakan, pelbagai tanggapan negatif tetap akan dilontarkan kepada penjawat awam.

    Pada saya, isu pelaksanaan sistem penilaian yang akan menggantikan sistem PTK ini hanya melibatkan proses dalaman dalam perkhidmatan awam. Rakyat tidak perlu mencampuri urusan pengurusan personel setiap penjawat awam.

    Lagipun berapa sen sangatlah nilai yang akan dibayar kepada setiap penjawat awam yang telah dinilai cemerlang dan berjaya melepasi ujian tersebut. Setakat 1-2 tanggaji sahaja. Itupun nilainya baru 8%-9% sahaja anjakan gaji yang akan diterima oleh penjawat awam. Bonus? Melalui sistem baru ini pun belum tentukan menjaminkan penjawat awam bakal memperolehi 5-8 bulan bonus tahunan. Itu pun masih ada yang "akal pendek" mencadangkan rakyat menilai prestasi penjawat awam??

    Jika hendak melibatkan rakyat sebagai alat untuk menilai kecekapan prestasi penjawat awam, adalah sesuatu perkara yang sukar. Sebab sudah pasti, rakyat akan sentiasa mencari setiap inci kesalahan penjawat awam.

    Persoalannya, kenapa penulis tidak menyarankan supaya rakyat turut terlibat untuk menilai prestasi pekerja swasta? Terutamanya syarikat-syarikat GLC, Multinasional dan sebagainya yang sudah tentu memberikan insentif yang lebih tinggi kepada pekerja mereka. Anjakan gaji? sudah tentu kadangkala akan mencecah 15% setahun. Manakala bonus, sudah pasti tidak kurang dari 5 bulan.

    Kepada penulis, sekiranya ingin memberi apa2 cadangan, nilai dan kaji dahulu erti sebenar ciri-ciri yang ada pada setiap penjawat awam. Cadangan tuan, seolah-olah cuba menghukum dan menidakkan hak yang sepatutnya diterima oleh setiap penjawat awam.

    Orang tua-tua ada berkata, dalam setandan pisang, tidak semuanya busuk!! Malah ada yang lebih baik untuk dimakan. Begitu juga dalam perkhidmatan awam, akan tetap ada penjawat awam yang berjiwa profesional dan melaksanakan tugas-tugas mereka lebih baik dari pekerja swasta walaupun pada hakikatnya, insentif yang diterima tidak SEMEWAH pekerja swasta.

    Renung2kan lah...selamat beramal.

    BalasPadam
  4. semakin lama semakin megarut lah... tak idea yg lebih power ke?

    BalasPadam
  5. Ternyata pemberitaan Harakah Daily ini tak relevan.
    Berpolitik secara bijak .. jangan mengheret PA kepada kancah politik murahan.
    cukup ajelah kamu buat hal dgn rakyat di luar sana.

    BalasPadam
  6. bagaimana rakyat menilai..mcm2 saja ceupacs.jgn buat sebrng kaedah yg x tau implikasinya.

    BalasPadam
  7. asysik2 nk nilai ptk lagi dan lagi dan lagi sampai nak bersara pun kena di nilai............otak dah berkarat tapi kerja ok..cermlang ....

    BalasPadam
  8. Botol kicap, senawangIsnin, Mei 23, 2011 9:58:00 PTG

    Saya setuju cadangan rakyat nilai kerajaan. Dan kerajaan mesti akur kepada satu syarat iaitu; jika kerajaan yang kami nilai itu tak mencapat tahap kopetensi yang diharapkan; sila undur dan digantikan dengan kerajaan lain. Jangan gila kuasa.

    BalasPadam
  9. cikgu kerja mana ada susah senang sangat. suruh budak baca buku lepas tu balik rumah.

    kerani pun senang, duduk takada kerja bersembang banyak lagi bila kita tanya mesti marah sebab ganggu mereka bersembang

    doktor pun senang, semua sakit apa bagi panadol. buat-buat periksa badan sahaj

    PTD ni saya nak marah, mereka duduk depan komputer hari-hari main internet sama game sahaja. gaji kami polis dan lain pun mereka yang tentukan. lepas tu suruh kami panggil tuan pada mereka.

    polis susah lagi, lepas ni elaun cola RM1000 pula mulai Julai. baguslah kita semua sama sama happy

    BalasPadam
  10. Kalau nak menilai prestasi orang lain nilaikan dulu prestasi diri sendiri.

    Adakah diri kamu itu cukup sempurna untuk menilai orang lain.

    Soal menilai sesama manusia ni sebenarnya tak berapa elok akan bannyak menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan kita semua.

    Nanti ada yg bermasam muka tak bertegur sapa ..umpat mengumpat dan sebagainya.

    Kan lebih baik sistem ptk yg
    lama tu melalui peperiksaan ..siapa yg rajin membaca dan mengambil tahu hal hal yg berkaitan dengan perkhidmatan akan mendapat keputusan yg cemerlang ..

    Siapa pun tak boleh iri hati kerana itu adalah usaha anda sendiri..

    Berbeza dgn sistem nilaian manusia mesti ada yg tak puas hati ...kerana disini mungkin ada unsur unsur pilih kasih mungkin?

    Sistem yg baru ni lebih kurang je dgn ssb...lepas ni tak puas hati lagi.

    Sistem apa pula yg akan dipakai selepas ni tak tahu lah
    Ini lah nasib PA.....Wassalam.

    BalasPadam
  11. Sokong PTK LAGI BEST betul 3x

    BalasPadam
  12. ptk lebih baik dri yg karutmarut nie..lg telus, cuma markah utk mdapat aras4 kurangkan sdikit..skrg smua bos2 mula bbaik2 dgn pkerja, klu dulu xpandang lgsung...dasar bos plastik!! skrg nie mula suda belanja makan, kan rasuah tu..hehe

    BalasPadam
  13. Setelah membaca tentang PROSPEK ini saya percaya banyak kelamahan akan timbul.. Kaedah ini akan kembali semasa SSB dan SSM, malah SSB dan SSM lebih baik kerana adanya anjakan gaji. Namum demikian kaedah PROSPEK telah menafikan anjakan gaji yang dinilai hanyalah untuk kenaikan pangkat. Dalam KPM, berapa ramaikah guru yang boleh menikmati kenaikan pangkat... dasarnya seperti lautan kenaikan pangkat seperti hujung jarum. Jika melalui PTK guru-guru bukan mengejar pangkat tetapi mengangejar anjakan gaji. tetapi semua telah tertutup..Ini akan akan mengurangkan lagi motivasi guru-guru kerjaya mereka.

    Saya ingin mencadangkan kepada pihak CUEPACs agar mencadangkan dua kaedah penilaian. Yang pertama kaedah PROSPEK di mana kakitangan akan dinilai untuk kenaikan pangkat . Manakala kaedah kedua melalui peperiksaan. kaedah ini tidak betujuan untuk kenaikan pangkat tetapi untuk anjakan gaji sahaja. Saya pasti ramai kakitangan muda akan menyokong kerana kenaikan pangkat bergantung kepada kekananan.

    Tentang cadagan Cuepacs tetang penilaian rakyat..memamg tak masuk akal...

    BalasPadam
  14. saya berkhidmat dgn kerajaan dah lebih 20 thn semasa ssb langsung tak dapat cemerlang...nak tahu sebabnya ialah kerana yang menilainya manusia bukannya mailaikat ...yang dapat cemerlang geng-geng depa yg kat atas saja asyik melintang.

    Kalau dinilai pada hal prestasinya sama saja...itulah pilih bulu namanya..

    Tapi bila beralih pada sistem ptk depa ni tak dapat cemerlangpun.

    Sebab tak lulus periksa...bodoh la katakan bodek memang pandi.

    Berbeza dengan saya..bukan nak egola.. saya berusaha untuk mencapai matlamat saya ..akhir nya saya dapat cemerlang hasil usaha saya...sebab penilainya ialah berkat usaha saya dan dgn keizinannya juga..

    Itulah bestnya ptk...dibandingkan dengan nilaian dari masusia...yg banyak pilih kasih dari hakikat sebenar...sekian wassalam

    BalasPadam
  15. Saya amat menyokong sekira kaedah dpenilaian dijalankan dalam dua kaedah.

    1. Penilaian PROSPEK -untuk kenaikan pangkat...(terutama untuk golongan veteran)

    2. Kaedah Peperiksaan.Untuk anjakan gaji sahaja.

    Dengan 2 kaedah ini, lebih realistik jika dibandingan dengan cadang mengarut CUEPACS agar rakyat menilai...

    Pada pandangan saya, sekira kerajaan memberi alasan peperiksaan memakan belanja yang besar, saya percaya sekira kakitangan dikenakan sedikit bayaran , kakitangan akan setuju. Asalkan ada altenatif lain untuk kakitangan meningkatkan gaji mereka. Mereka bukan gilakan pangkatg tetapi lebih kepada anjakan gaji.

    Saya juga percaya kebanyakan pembuat dasar adalah golongan yang dah veteran yang sukar untuk belajar dan membaca,mereka tidak perlukan gaji kerana gaji mereka dah tinggi, yang mereka gilakan hanyalah pangkat. tetapi berlainan pula dengan kakitaangan junior tidak perlukan pangkat tetapi gaji.

    Saya sangat berharap pihak Pengerusi CUEPACs dapat berfikir secara waras sebulum membuat sebarang cadangan.

    BalasPadam
  16. PTK LAGI BEST : nasib kita sama serupa PTK memang best saya sokong penuh

    BalasPadam
  17. Tanpa rakyat perdana menteri, menteri-menteri semua tiada. Kalau rakyat tak undi tiada lah mereka yang suka sangat mengaut kekayaan tanpa memikirkan nasip pekerja-pekerja bawahan yang hanya memiliki gaji di bawah RM700.00 sebulan. Kalau kami meminta-minta naik gaji kata kami ni tiada moral lah itu lah ini lah. Tapi tunggu saja lah PRU 13 macam mana nasip-nasip perdana menteri dan konco-konconya.....Amacam PA semua setuju kah....?

    BalasPadam
  18. Nak bagi Pos Malaysia bisnes, sebab orang dah pakai email dan SMS. Nanti gomen bagi boucer macam zaman Pak Lah. Lepas tu PA ramai2 cuti gi cashkan boucer kat post office. Pos Malaysiapun ambik commision.

    BalasPadam
  19. kita nilai dgn PRU nanti..hahaha

    BalasPadam
  20. kerajaan kena nilaikan dulu ramai PA dah kerja 10-20 tahun, ada ijazah dan master tak naik-naik pangkat.. daftar kat SPA tak panggil temuduga.. utamakan PA pengalaman dulu.. baru kami nilaikan prestasi kerajaan..

    BalasPadam