Bernama
19/5/2011
PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau PROSPEK menjadi pengganti kepada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang berkuatkuasa 1 Julai ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.
Beliau berkata lapan prinsip yang menjadi teras kepada penilaian baru itu meliputi falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
"Walau bagaimanapun, sebarang penambahbaikan pelaksanaan boleh dibuat atau dirunding dari semasa ke semasa.
"Itu jaminan saya," katanya pada majlis Menandatangani Persetujuan Bersama JPA-Cuepacs Mengenai Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan PTK di sini Khamis.
Turut hadir Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
Abu Bakar berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs secara bersama bersetuju bahawa falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan memperluaskan skopnya meliputi pembangunan kompetensi dan potensi.
"Pengenalan penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru ini bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan," katanya.
Beliau berkata selain dimensi asas kompetensi seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, kedua-dua pihak bersetuju dimensi tambahan diperkenalkan iaitu kreativiti dan inovasi selaras dengan nilai semasa yang diberi penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan negara.
Katanya kaedah penilaian bagi kumpulan pelaksana tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa yang akan menilai kompetensi yang diperlukan pada sesuatu jawatan.
Katanya hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi 'cemerlang dan berpotensi tinggi', 'memenuhi kompetensi dan berpotensi' atau 'memerlukan pembangunan'.
Abu Bakar berkata pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan, berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya.
"Faedah pembangunan diri termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang pegawai serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan lain-lain.
"Manakala faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan untuk kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan di dalam atau di luar negeri," katanya.
Katanya pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred yang berkenaan.
"Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan, Latihan Berteraskan Kompetensi dan seumpamanya," katanya.
Abu Bakar berkata ketua perkhidmatan dan ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan.
Katanya pada keseluruhannya penilaian kompetensi baru ini adalah berbentuk program yang bersepadu bermula dengan pengenalpastian kompetensi pegawai di gred lantikan yang diikuti dengan pelbagai program pembangunan diri termasuk bimbingan, pementoran dan latihan sesuai dengan keperluan pembelajaran pegawai yang berkenaan.
"Setelah berada di gred kenaikan pangkat, pegawai seterusnya akan melalui program pembangunan kompetensi dan potensi yang dirancang secara sistematik sehingga ke akhir kerjaya seseorang pegawai," katanya.
Katanya pada masa ini, pihak JPA sedang meneliti draf akhir pekeliling berkenaan yang dijangka akan dikeluarkan pada akhir bulan ini.
Mengulas mengenai tiga permohonan Cuepacs, Abu Bakar berkata pihaknya tidak dapat menjanjikannya kerana setiap perancangan kewangan perlu dilaksanakan dengan baik.
Terdahulu, Omar dalam ucapannya memohon kepada JPA supaya kenaikan pangkat secara time-based dikekalkan, bukan berdasarkan kepada kompetensi tertentu; dan kedua perlu ada kenaikan pangkat secara istimewa yang tidak tertakluk kepada jawatan kosong.
"Selepas pergi mana-mana kursus atau meningkatkan kompetensi tetapi balik tidak juga dapat kenaikan pangkat. Jadi, kita mahu mana-mana penjawat awam yang pergi bagi meningkatkan kompetensi dan potensi, supaya balik tanpa temuduga terus mendapat kenaikan yang cemerlang dan istimewa," katanya.
Katanya yang ketiga ialah insentif diberikan apabila seseorang pengawai itu mendapat kenaikan pangkat dan sebagainya.
-- BERNAMA
Gambar dari Media Cuepacs
rakan-rakan:
BalasPadamcepat amalkan doa ni!!
WAAMPU SANA, WAAMPU SINI..
HAHAHAHAHA!!!1
" Pelarasan gaji berkuatkuasa 1 Julai ",Prospek Pengganti PTK Berkuatkuasa 1 Julai"dibatalkan...baru ok
BalasPadamSaya dah tak kisah. Terima kasih sistem PTK yang amat menyenangkan kami PA muda. Senang aje saya lulus peperiksaan dah sekarang sudah di gred 54. Yang senior masih ramai di gred 48. Hahahahaahaha
BalasPadamTak payah risau sistem baru lagi dah.
Terima kasih PTK.
sistem ini mcm SSB juga... CUEPACS buta...
BalasPadammcm mane plak bagi kaki kipas??? mesti berita ni seronok di dengar...bagi yang x pandai kipas, ngaga mulut je la jwpnye....
BalasPadamnganga luas2...hehehhe
BalasPadam1% je guru yg dapat habuan? sama mcm tahun2 lepas, yg PA lain dengan penuh kebodohan menganggap semua guru selalu dapat kenaikan, padahal 1% je yop, kahkah.. tu pun org yg sama dapat tiap2 tahun, 400,000 guru lain tu melopong 2x5 dengan lain PA jua.
BalasPadampadan muka semua, yg hadir ms TPM datang tu bukannya rela, tapi dipaksa dan ada diangkut dengan bas. Tepuk tangan pun muka kelat.
Gomen gebang dalam paper dan TV mcm semua guru dapat habuan, tu yang PA lain pun turut mempamerkan kerendahan IQ dengan memberi komen yang bukan2. Dengan bini aku yg cikgu sek ren pun nganga sekali besar2...
Ptk yang tidak menyebelahi golongan senior mesti akan diubah cepat2. Sebab tulah golongan muda memberontak. Kerajaan jadi mangsa. Harap dapat perhatian kerajaan.
BalasPadamYang dah lama kerja mesti expert kipas punyer. Yang muda dan masih lurus bendul akan jadi mangsa.
BalasPadamkami ini bukan memohon prospek
BalasPadampengganti ptk kami memohon penambahan elaum rumah tuan dan
elaun willayah itu pun tidak boleh
kah .
abes tu...PA yg dh dh lulus PTK tu nk wat pe ngan PTK tu..nak kene ambik propek ni plak...hampeh toolll ler..
BalasPadamaku hairan ni dah bulan mei, nak melaksana 01 julai satu apa pun belum nampak, mesyuarat je selalu, menghabiskan duit makan percuma, tiap2 hari kata sistem menganti PTK bermula 01 julai, sampai sekarang belum satu apa pun belum berhasil hairan.....
BalasPadamBetul yang dah lulus PTK berada di tahap P3 tu nak ambil prospek apa?Mkan sampai pencen la jawabnya.Tak perlu semua tu yang kami nak penyelarasan gaji atau elaun elaun lain.
BalasPadambuang masa betul jer..asyik minum jer
BalasPadamPA KALAU BANYAK SONGEH SANGAT HANTAR JE SURAT BERENTI KERJA..AMACAM??ADA BERANI??TAKKAN AKAN BERANI PUNYA..KERANDUT TELOR MASUK KE DALAM SEKOR2...HANYA BERANI PUNG PANG PUNG PANG KAT SINI JE...
BalasPadamLihat guru2 lepasan diploma sudah nak naik pangkat pula...kesimpulannya semua guru naik pangkat...MACAM MANA DGN PA LAIN...TENGOK SAJA KAH???
BalasPadamCikgu lagi......
BalasPadambetul jugak...kalaudah tak puashati hantar jesurat berenti...ramai lg yang nak kerja...tapi beranikah mereka yg tak puas hati tu?
BalasPadamyang cakap tu berenti dulu,kita celen!amacm!kan dah ckap,nak susah kije kerjaan,tknak kije berenti!menyusahkan org,kerjaan tk suruh ,ko yg mntk sndri,rmai lg adikä aku nk kije tk dpt..dia kte klu bg gji 5 rtus pn dia sngup!amacm!
BalasPadamdku mmg dah berenti...dulu aku N17 kat Kem.Perusahhan Utama..(sekarang KPPK)...banyak yang aku tak puas hati,pasal tu aku berenti..
BalasPadamso ko nak kata apa?ko pulak berenti kejer...aku cabar ko balik...ada telur???
dah tak dapat tu kata gaji 300 ratus pun sanggup (maklum la masa tu kemaruk sangat nak join gov.sector)...
BalasPadamtunggu la bila dah dapat,jadi kaki bersungut kat sini jugak la minta naik gaji la,bonus la,pelarasan la...gaji ciput la..nak undi PR la mcm abg dia tu jugak..
poorahhhh....
harap PROSPEK tak dikaitkan dengan ganjaran macam aras 4 dulu....yg dapat pun berapa kerat ja....lebih baik peruntukan tu diagihkan melalui COLA atau ITP...pasti semua dapat merasa....dah tak perlu CUEPACS bising2 pasal anjakan lagi.....
BalasPadamhehe!ayahda mara?nnti kna jual telo tu?hehe..bila la nk nik ron 95 ni,tk sbar rasenye..
BalasPadamaku belum pernah dengar logik akal pemikiran melayu kuno seperti ini. orang tak puas hati dia suruh hantar surat berhenti. dia anggap berani kalau buat begitu. patutnya kalau definisi berani dia harus perjuangkan tuntutan dia tu secara tulis surat beserta nama ke peringkat tertinggi sampailah dia dapat apa yang dihajati. itu baru berani. kalau Tunku Abdul Rahman tak puas hati dengan British dia pun resign, bila agaknya kita nak merdeka?
BalasPadamaku belum pernah dengar logik akal pemikiran melayu kuno seperti ini. orang tak puas hati dia suruh hantar surat berhenti. dia anggap berani kalau buat begitu. patutnya kalau definisi berani dia harus perjuangkan tuntutan dia tu secara tulis surat beserta nama ke peringkat tertinggi sampailah dia dapat apa yang dihajati. itu baru berani. kalau Tunku Abdul Rahman tak puas hati dengan British dia pun resign, bila agaknya kita nak merdeka?
BalasPadamSabtu, Mei 21, 2011 7:12:00 PM
Setuju dengan Tanpa Nama di atas..Kalau dok suruh orang letak jawatan, sampai bila PA nak dapat apa yang nak di tuntut. Tuntut sikit ja suruh letak jawatan. tuntut sikit suruh letak jawatan.
ku belum pernah dengar logik akal pemikiran melayu kuno seperti ini. orang tak puas hati dia suruh hantar surat berhenti. dia anggap berani kalau buat begitu. patutnya kalau definisi berani dia harus perjuangkan tuntutan dia tu secara tulis surat beserta nama ke peringkat tertinggi sampailah dia dapat apa yang dihajati. itu baru berani. kalau Tunku Abdul Rahman tak puas hati dengan British dia pun resign, bila agaknya kita nak merdeka?
BalasPadamSabtu, Mei 21, 2011 7:12:00 PM
Setuju dengan Tanpa Nama di atas..Kalau dok suruh orang letak jawatan, sampai bila PA nak dapat apa yang nak di tuntut. Tuntut sikit ja suruh letak jawatan. tuntut sikit suruh letak jawatan.
Setuju sangat...kenapa nak lenturkan semangat orang lain tuk tuntut hak masing2? Sepatutnya beri lagi idea2 bernas cara nak ketengahkan isu nie bukan mematikan semangat orang...nie la kalau orang berfikir dengan telur bukan akal...akai ada..
sebenarnya tak berani nak berenti kerja sebab umur dah tua...mentaliti orang melayu ni kalau dah kerja kerajaan sure terjamin seumur hidup dari hidup sampai mampus biarpun dalam hati bersungut macam2 tak puas hati...takut berenti kerja pasal nanti tak leh makan rasuah dah..maklum la dah kerja swasta ....kan???
BalasPadamCuepacs jangan pakai tantatangan aje ...
BalasPadamrisiko untuk PA perlu diambilkira sebelum bersetuju !!!!!
Dan lagi bolehkah Cuepacs bagi pihak PA tandatangan dokumen dgn KPPA?
Tlg betulkan aku jika aku salah anggap ...sepatutnya, semua Kesatuan / Persatuan kakitangan melalui Presiden masing-masing tandatangan dokumen tersebut.
Presden cuepacs cuma wakil kpd kesatuan (+-450 ribu orang ahli shj) yang bergabung dgn cuepacs ....
buat exam mcm ptk pun yang level P&P ramai meniru... copy assigment kawan... apa daa...
BalasPadamkenaikan pangkat secara "recommendation" pun sama jer... kipas lipas jer dapat...
jadi apa lagi cara yang sesuai...
Salam En. Ceupacs...
BalasPadamDiharap perkara yang saya nak suarakan disini medapat perhatian pihak tuan sewajarnya... Disebabkan pemansuhkan sistem PTK berkuatkuasa tahun ni Anjakan Gaji bagi Aras 4 juga dimansuhkan. Betul kan?? Saya rase amat terkilan kerana saya adalah pegawai lantikan tahun 2008 dan telah meduduki PTK dan mendapat aras 4. Sepatutnya saya layak menerima anjakan gaji selepas saya memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan didalam Pekeliling bil 4, 2002. Oleh kerana perkhidmatan saya hanya cukup 3 tahun pada tahun 2011, (menurut JPA) saya hanya layak mendapat anjakan gaji pada tahun 2012. Walaubagaimanapun, saya tetap tidal layak berikutan sistem anjakan ini telah dimansuhkan. Saya rasa amat terinaya. Pada pendapat saya anjakan gaji untuk kes macam saya perlu juga di proses pada tahun depan walaupun ianya telah mansuh...
PA yang rasa sedey...