17 Mei 2011

TIDAK PERLU UMUR BERSARA 60 TAHUN

Utusan Malaysia
16/5/2011



KONGRES Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak perlulah melalut mahukan kakitangan awam dinaikkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun. Pelbagai masalah akan timbul jika ia dilaksanakan juga.

Pertama, lambakan siswazah sedang mengganggur berjumlah ratusan ribu itu akan lebih parah lagi kerana terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan kerja.

Kedua, prestasi pekerja lanjut umur itu tidak akan sama dengan prestasi mereka yang muda dan segar segalanya.

Ketiga, kenapa kerajaan harus membazirkan membayar gaji maksimum apabila ditambah dua tahun lagi, sedangkan kita boleh ambil tenaga pekerja yang muda dengan gaji minimum dan lebih aktif itu?

Keempat, apabila seseorang itu berusia 60 tahun, kebanyakan kakitangan ini tidak begitu cekap dalam penggunaan pengendalian komputer dan sistem canggih lain di pejabat.

CUEPACS sepatutnya berjuang bagi kenaikan gaji untuk ahli-ahlinya, terutama sekali yang berpendapatan rendah dan bekerja pula di bandar-bandar besar, bukannya perjuangkan masalah orang hendak pencen.

SYED ABDULLAH
Ampangan, Seremban.

66 ulasan:

  1. Betul tu.

    Fight la utk benda lebih bermakna seperti KUP secara time based untuk semua jawatan...........ini asyik2 utk guru shj.

    Jdi yang lain tu tak berkhidmat mcm guru?

    BalasPadam
  2. Kalau 60 tahun masih sibuk dengan pejaat, bila nak habiskan masa beribat?

    BalasPadam
  3. Kalau 60 tahun masih sibuk dengan pejaat, bila nak habiskan masa beribat?

    Kenapa pula tunggu pencen baru nak beribadat? Sekarang tidak boleh?

    Selepas 55 kebanyakan P.A tidak lagi seaktif atau sekuat berbanding yg lebih muda, apatah lagi hampir 60 tahun.

    CUEPACS patut perjuangkan mata gaji yang lebih untuk permulaan perlantikan atau sebagainya.

    BalasPadam
  4. 56 pun, turun naik tangga tak larat, dok berligar2 dlm pejabat je, ini kan 60?
    merepek lah...

    BalasPadam
  5. Adalah baik kepada kerajaan dan rakyat supaya umur bersara kerajaan dan rakyat dilanjutkan ke 62 tahun kerana:

    1)lambakan siswazah sedang mengganggur sudah berpuluh kali ditemuduga tetapi tidak layak dinaikkan kerana kerajaan mahu ambil dari kalangan yang terbaik sekurangkurangnya CGPA 4. Kerajaan sanggup memberikan tingkat gaji yg lebih kepada mereka yg berada disektor swasta seperti pengalaman kerja di Bank dsbnya.

    2)Prestasi pekerja yg berpengalaman dan segar bugar ini telah melalui berbagai dugaan dan cabaran dari kerajaan dengan pelbagai program yang mereka telah dapat hadapi dengan cemerlang seperti ISO, KIK, 5S, KPI dsbnya.

    3)Kenapa kerajaan memperjudikan masa depan negara dengan mengambil kalangan mereka yg walau pun di bayar gaji yg minimum tetapi terbukti mereka tidak pandai berjimat cermat dan bersyukur diberikan kepercayaan untuk menjaga khazanah Negara. Golongan yg berkenaan tahu mereka hanya perlu 4 tahun sahaja bersusah, kerja berpura-pura, bodek bos sikit dan pendapatan akan naik dari gred 41 gaji RM2,700 akan mendapat kenaikkan ke 44 dgn gaji RM4,000. 2 tahun kemudian akan dapat gred 48 iaitu dengan kidmat selama 6 tahun akan dapat gaji RM5,000 dgn syarat bos mereka bersara wajib atau bersara lebih awal kalau tidak mereka akan telan air lior je.

    4)Kebanyakkan mereka yg berumur dan berpengalaman ini terutamanya dari kalangan P&P dari KSU sampai lah ke pelbagai jawatan sokongan ramai yg dah bersara dan mereka tidak tamak kuasa/wang ringgit tetapi tidak mahu disambung perkhidmatan biarpun diminta oleh kerajaan. Ada dikalangan mereka diminta oleh kerajaan untuk menabor bakti untuk memberi sumbangan walaupun menerima elaun yang kecik seperti Jawatankuasa PEMUDAH dsbnya. Mereka sanggup bersara setakat 58 tahun sedangkan rakyat banyak memerlukan lagi khidmat mereka. Merekalah yg pertama bersusah payah untuk pembangunan negara sehingga seperti yang seadanya sekarang dengan berusaha untuk mengaoutomasikan perjalanan urusan kerajaan dan program transformasi kerajaan yang berjalan sekarang semuanya untuk kemudahan dan kemakmuran rakyat jelata.

    5)Kerajaan akan dapat mejimatkan perbelanjaan ke atas PA yg disambung kidmat melebihi umur bersara dengan tidak perlu membayar pencen dan ganjaran lebih awal seperti pensyarah, doktor, hakim dsbnya.

    6)Kebanyakkan PA sekarang adalah mereka yg dilahirkan pada tahun 1980an. Mereka sekarang teramat muda dan merupakan sebahagian besar kakitangan kerajaan. Sedangkan ramai pula PA yg berumur 40an ke atas memohon untuk bersara awal kerana di dalam Perintah Am dibenarkan. Ini menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan wang yg banyak kepada PA yg hendak bersara awal sedangkan ianya patut dibelanjakan untuk pembangunan Negara.

    Perjuangan CUEPACS adalah tulen dan bukanlah berjuang untuk satu satu golongan sahaja tetapi ke atas semua golongan PA dan ianya adalah pilihan PA itu sendiri bukan paksaan. Rakyat perlu diingatkan bahawa kebanyakkan PA yg hampir melalui umur bersara
    sekarang adalah terdiri mereka dari kalangan pengkidmat yg berkidmat pada tahun 70an dengan gaji yg kecil tetapi sentiasa bersukur dan sentiasa memastikan kemenangan kerajaan yg ada sekarang. Golongan muda sekarag adalah terdiri dari mereka yg asyik nak tuntut gaji sahaja dan sanggup menggugut untuk memangkah pembangkang.
    Adalah diharapkan kerajaan melihat kembali peristiwa seseorang yang tidak sabar untuk jadi PM juga kepada PA yg tidak sabar untuk naik pangkat dengan cepat nantinya akan mengakibatkan keadaan huru hara negara yg kita cintai ini.

    BalasPadam
  6. Sepatutnya ceupacs perjuangkan masalah gaji bukan umur pencen......mengarut btul la........awat semakin teruk sangat ceupacs ini.....

    BalasPadam
  7. Kekalkan yg berprestasi tinggi tanpa had umur dan nyahkan serta tunjukkan jalan keluar buat PA yg bermasalah juga tanpa menunggu had umur pencen mereka.

    BalasPadam
  8. Saya sokong bersara wajib umor 62 tahun supaya memberi masa PA menyesuaikan diri kehidupan persaraan apabila kerajaan menaikkan RON 95 dan cukai GST pada bulan Jun 2011. Syabas CUEPACS dan BN.

    BalasPadam
  9. suruh ajer papago sorang kerja sampai mampus kat opis tu...

    BalasPadam
  10. Hanya berapa kerat PA yg berprestasi tinggi bila umur 60 tahun.Orang yang tamak dan tak melihat kelemahan diri sendiri serta tak ingat orang lain yang nak kerja sampai 60 atau 62 tahun.alasan tak masuk akal oleh papagos

    BalasPadam
  11. kalau yang 60 tahun ni golongan profesional cam profesor, logik la jugak..boleh jugak sumbang idea..kalau golongan bawahan ni xpayah la lama2 sangat..yang ada ni pun dah huru hara..bagi la generasi muda nak kerja plak..kurangkan pengangguran..sekadar pendapat..

    BalasPadam
  12. Mamak Oma Presiden Cupec saja yang melalak mahu umur bersara 60 tahun sebab dia ada kepentingan peribadi di situ. Tak gitu mamak oma???

    BalasPadam
  13. saya sangat setuju

    BalasPadam
  14. tak payah sibuk pasal nak pencen 60 tahun fight kenaikan gaji dari tahun ke tahun tak nampak apa2 perubahan pun sibuk lak benda yang bukan-bukan bukti kan pada kami dulu baru buat benda lain

    BalasPadam
  15. sok sok ada berita..;;;kerajaan luluskan kakitangan awam pencen60 thn..cuepacs berpuas hati..kemahuan mereka dipenuhi walaupun kajian mengenai gaji tidak dipenuhi...cuepacs memahami kekangan duit kerajaan...;;;...korang tgu je la tajuk ni kuar t..

    BalasPadam
  16. saya setuju...

    juga, cuepacs sepatutnya fight untuk pekerja sambilan di jabatan kerajaan..pekerja yang bekera dengan kerajaan sebagai pekerja sambilan atau bergaji hari seperti saya sepatutnya diserapkan terus sebagai pekerja tetap..dimana keadilan laungan 1Malaysia...Pencapaian diutamakan.. rakyat didahulukan????

    BalasPadam
  17. - org muda kerja pantas tapi pengalaman kurang/tidak ada
    - hari guru kenapa dilupakan pensyarah-pensyarah
    - gaji tak naik,barang keperluan naik, bonus tak ada,apa ni tuan cuepacs..

    BalasPadam
  18. SAYA TAK STUJU ... ADA FAHAM CUEPEC !!!!!
    BAGI PELUANG KAMI ORANG MUDA UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI PENJAWAT AWAM.

    masa tuan-tuan/puan-puan telah berlalu ...... pencen ajelaaa.

    BalasPadam
  19. ngarut giler....60 thn tu dah gegel naik tangga & kira elaun, buat bayaran silap2 tersalah kira sbb mata dah mula rabun...tangan pun dah gegel..cucu pun asik bertanya...bila nenek & atuk nak berehat dr keje nih....hahahahah..topik kenaikan gaji pun x abis..sibuk dok fikir bende lain....

    BalasPadam
  20. Tak perlu umur persaraan naik ke 60 tahun, ramai lagi orang yang mahu kerja .contohnya kalau polis umur 60 tahun nakkejar pencuri maka pencuri akan ketawa dan main sembunyi-sembinyi saja, rasional la sikit .mungkin presiden cuepacs minta sangat sebab dia dah nak pencen

    BalasPadam
  21. Umur persaraan 60 tahun boleh dilaksanakan tapi bukan untuk semua ketogeri kerana ada sektor yang memrlukan tenaga fizikal untuk kerja seperti tukang kebun ,tak nak menyangkul kot ketika umur 60 tahun dan jurutaip boleh ke lagi buat surat ketika itu, ini akan mewujudkan pembaZIRAN.bagi la peluang pada orang muda

    BalasPadam
  22. Pada dasarnya saya bersetuju umur bersara 60 tahun tidak perlu walau bagaimanapun dalam menuntut sebarang kenaikan termasuk elaun cuepas perlu membuat kajian secara keseluruhan termasuk sara hidup dibandar ataupun di luarbandar agar output tuntutan tidak ada yang tercicir contohnya hidup dibandar mungkin masalah keadaan lalu lintas atau masalah bayaran letak kereta bukan masalah harga barang sebab di luar bandarpun kebanyakan harga barang keperluan lebih mahal berbanding dengan di bandar sebab pemborong dan peruncit akan mengenakan kos pengangkutan.lagipun penduduk di luar bandar pergi ke pekan menggunakan kereta sama ada kereta sewa atau kereta sendiri sama seperti di bandar sebab rumah-rumah penduduk kampung jauh dari pekan. Oleh itu, cuepacs hendaklah membuat kajian dan penyelidikan terperinci sebelum membuat sebarang tuntutan agar semua kakitangan awam sama ada di bandar atau luar bandar mendapat manfaat hasil dari tuntutannya.

    BalasPadam
  23. Kadangkala hairan juga, lepasan siswazah ni dalam maindset hanya bila dah grad asyik-asyik nak kerja dengan kerajaan tapi bila diminta pandangan berhubung "kenapa siswazah ramai menganggur, atau perlukah siswazah hanya mengharapkan kerja dalam kerajaan, kebanyakan jawapan mereka lebeih baik bekerja sendiri". Ini baru cuepacs nak cadang umur bersara 60 tahun dah banyak komen. kalau beginilah siswazah yang dikeluarkan oleh Universiti Negara, Bankrup negara. Tapi tak semua siswazahlah kerana anak saya yang berkelulusan Jurutera menurutnya tak kentallah kalau kerja di kerajaan, tengoklah keadaan sekarang. Fikir-fikirlah anak muda jangan menjatuhkan imej belia yang lain.

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama berkata...
    Kadangkala hairan juga, lepasan siswazah ni dalam maindset hanya bila dah grad asyik-asyik nak kerja dengan kerajaan tapi bila diminta pandangan berhubung "kenapa siswazah ramai menganggur, atau perlukah siswazah hanya mengharapkan kerja dalam kerajaan, kebanyakan jawapan mereka lebeih baik bekerja sendiri". Ini baru cuepacs nak cadang umur bersara 60 tahun dah banyak komen. kalau beginilah siswazah yang dikeluarkan oleh Universiti Negara, Bankrup negara. Tapi tak semua siswazahlah kerana anak saya yang berkelulusan Jurutera menurutnya tak kentallah kalau kerja di kerajaan, tengoklah keadaan sekarang. Fikir-fikirlah anak muda jangan menjatuhkan imej belia yang lain.


    anak tuan mmg berbeza sbb kental..haha...sy penah bekerja sbg jurutera dn kini berkhidmat dlm skim J dlm PA...anak tuan tu rasanya masih muda dan belum berkahwin...mcm sy dulu tu la alasan utama...tp bila kahwin....jurutera pn berminat masuk gov...kalo skim J PA pun...masih kental dan strong la tuan..............tp mayb anak tuan itu org yg sgt kental...bertuah la tuan..lgpun tuan dah PA..anak tuan sakit ada GL....mcm sy org susah...sy kerja PA ayah sy dpt GL....sekian...

    BalasPadam
  25. Betul juga tu, kalau dah tak mampu kerja sendiri, berniagalah tu, lebih baik kerja dalam kerajaan,tapi lebih baik kerja sendiri berniaga lah tu, lebih lumayan kalau kerja kat kerajaan walaupun Gred apapun, gaji hanya habis dimakan sebelum gaji bulan berikutnya.Tak salah kerja dalam kerajaan sebab itu juga termasuk dalam berkhidmat untuk negara. pembetulan ya! Dek! saya bukan orang PA tapi ahli perniagaan yang boleh dikatakan dalam kategoro yang berjaya. itu sebab subsidi minya/barang yang terlibat dikurangkan atau dinaik harga tabung saya belum bergoncang. Itulah kelebihan bekerja sendiri. Sayapun graduan dari orang yang susah, rumah ibubapapun atap rumbia,tapi nekad nak berjaya dan mencari kelebihan sudah menjadi cita-cita di U lagi.

    BalasPadam
  26. ape kata kita buat tak tau je..masa mengundi kita batai betul2...kita pilih TPM yang bukan menteri pelajaran pula..bagi peuang kat org lain lak...setuju tak..kalau umur dah 60 nak meip pn dah ketak cik oi..pilih TPM baru..akai ada..

    BalasPadam
  27. hehe,diorng sje je nak lengah2kan mase,hehe kmu tk pham2 lg ke?politik jek..

    BalasPadam
  28. jika tuan berniaga...sila teruskan dengan perniagaan tuan...jika sy bekerja PA.teruskan dgn bekerja PA...jika gaji sy hnya cukup makan...sy akan uruskan berkadar dgn gaji sy...jika akaun tuan x bergoncang dsbbkan minyk/brg naik...itu kebijaksanan pengurusan kwngan tuan...sy pun nekad nak berjaya dr u juga...dan memilih jurutera PA...dan brapa ramai jurutera PA menyambung membuka konsultan sendiri setelah mendpt Ir..abstrak maksud berjaya sgt luas samada swasta atau PA

    BalasPadam
  29. pembetulan ya! Dek! saya bukan orang PA tapi ahli perniagaan yang boleh dikatakan dalam kategoro yang berjaya. itu sebab subsidi minya/barang yang terlibat dikurangkan atau dinaik harga tabung saya belum bergoncang. Itulah kelebihan bekerja sendiri.


    begitu ramai anak muda yg bekerja sbgai tutor/jurutera/pensyarah /pengajar insitut dibawah usia 30an dan kami berkhidmat didalam PA..kami juga belia negara dan dlm proses disiapkan untuk wawasan 2020 dimana kebanyakkan kami berusia antara 30-45thn apabila tahun 2020 dan merupakan tenaga muda yang bakal menentukan arahtuju negara.
    tuan menyumbang kpd ekonomi negara dan kami menyumbang kepada khidmat negara...mungkin duit kami goncang tp BUKAN SEMANGAT belia kami...

    BalasPadam
  30. ORG SWASTA GOLONGAN PENIAGA PUN MASUK LAMAN CUEPAC...NAK KAJI BILA GAJI PA NAIK KER? SUPAYA ANDA DPT NAIKKAN HARGA BARANG? PATUT PA HUJUNG BULAN TADA DUIT TP PENIAGA MAKIN KAYA HUJUNG BULAN...

    BalasPadam
  31. 65 lagi ok... laris la jualan tongkat atau kerusi roda... dan opis2 akan diubah suia supaya mesra kepada staf2 tua..hahahahha

    BalasPadam
  32. Bekerja atau berniaga pun masih dikatakan Berkhidmat untuk negara cuma bukan berkhidmat untuk kerajaan. Sepatutnya fikir secara positif, beri perangsang/motivate kepada bakal siswazah agar mindset mereka lebih condong bekerja sendiri. Cuba buat refleksi/imbasan semula semasa berbincang dengan Prof atau sekurang-kurangnya pensyarah semasa di U, jika ditanya oleh Prof/Pensyarah kebanyakan kita berkata ingin berjaya melalui bekerja sendiri. tapi siapa yang dah bekerja sama ada ngan kejaan atau swasta teruskan yang penting niat kiat berhidmat untuk negara.

    BalasPadam
  33. Presiden Ceupacs ini tak dak keja lain asyik mintak lanjut umur pencen. Patutnya berjuang untuk kesejahteraan kakitangan awam. Macam dia tak mau pencen pulak nak jadi presiden seumur hidup ka ? Kasi la kat orang lain sama yang mungkin jauh lebih baik daripada presiden sekarang.Bingai sungguh.

    BalasPadam
  34. minta tinggalkan isu persaraan dan kembali ke isu asal!!!
    Isu perlarasan gaji dan elaun, bulan 6 nie minyak ROn95 nak naik tp bukan tu aku risaukan tp harga barang2 lain naik tu problem!!!
    letih kalo kerja peringkat bawahan, mana mampu nak hidup!!!
    minta kembali ke topik asal, kalo x mampu nak jayakan isu ini minta tolong NUBE (Persatuan Pekerja Bank Nasional)atau minta Omar letak jawatan.
    NUBE berjaya mendapatkan Bonus tetap 2 bulan gaji setiap hujung tahun dan kenaikan tahunan (annual increament) dlm RM 80 - RM 100.
    Golongan pemimpin dalam NUBE berani sehingga bt piket depan bank!!!
    Saya suggest cuepecs bt lencana untuk tunjuk bantahan kita, tu adalah usaha pertama kita boleh bt... biar rakyat dan org luar negara nampak penganiayaan kepada kita.
    Cuepacs adalah NGO, kalo banyak sangat hubungan dgn badan politik akan melemahkan struktur NGO itu sendiri... Kita patut berjuang sendiri dan berani!!!
    Tuan yang membuat perniagaan sendiri, tahniah jika anda benar2 berjaya!! tapi tolong jangan ganggu PA, sbb kami ada isu kami sendiri...
    bukan hak anda berada dalam blog cuepacs!!! SILA KELUAR KALAU ANDA BUKAN PENJAWAT AWAM...

    BalasPadam
  35. Mamak Omar Presden Cupec dah selesa. datuk dapat. PM puja dia. TPM jumpa dia.
    KSN, KPPA,KSU dah macam rakan main golf jer ...
    Skrg kerja ampu sana , ampu sini..., janji presden cupec aku punya.
    kiiihh... kiiihhh..
    Kaum PA, lantak ngko orang ler. Bila bulan mahu jatuh ke riba?????

    BalasPadam
  36. KAMI SOKONG....

    persaraan berdasarkan TAHUN PERKHIDMATAN BUKAN UMUR!!!!!!

    25 tahun tu pun dah cukup... ni tambah 30 tahun.... bengon apa CUEPACS ni!!!!!!!!

    BalasPadam
  37. Tanpa Nama berkata...
    Presiden Ceupacs ini tak dak keja lain asyik mintak lanjut umur pencen. Patutnya berjuang untuk kesejahteraan kakitangan awam......

    Rabu, Mei 18, 2011 10:45:00 PM

    Jangan kerja nak mengata orang la binggai. Kalau engkau jadi presiden memang sah bukan sahaja engkau dan AJK asyik tidor je atas kerusi empuk tetapi engkau presiden pertasma masuk jail kerana sapu duit ahli macam penyagat sial. Presiden kita bermatimatian untuk berjuang bagi kepentingan ahli semua , engkau masuk ruangan ini yuran pun tak bayar. bodoh tak ada otak.

    BalasPadam
  38. Tanpa Nama berkata...
    ape kata kita buat tak tau je..masa mengundi kita batai betul2...kita pilih TPM....
    Rabu, Mei 18, 2011 8:28:00 PM

    Hei monyet engkau ingat undi yg duduk 1 parlimen Putrajaya boleh menjatuhkan BN, semua orang kampung yg mewakili keseluruhan sangat bijak memilih dan ada otak bukan macam kamu perompak duit rakyat dan penggugut kerajaan. Cepat la berhenti bagi ramai lagi orang kampung boleh masuk gomen yg sedia bekerja.

    BalasPadam
  39. Tanpa Nama berkata...
    Tak perlu umur persaraan naik ke 60 tahun, ramai lagi orang yang mahu kerja .contohnya kalau polis umur 60 tahun nakkejar pencuri maka pencuri........

    Rabu, Mei 18, 2011 5:47:00 PM

    Kemapa laman ni makin lama makin kurang ajar tidak menghormati golongan PA yg berkenaan dengan bahasa yg tidak sedap didengar dialaf baru ini. Bayangkan Ketua pemimpin dengan PM, TPM dan datin Rosmah yg dikasihi oleh rakyat jelata( rakyat yg bayar gaji kamu) tergamak kamu orang tibai, kutuk dan cela.

    Engkau orang tahu tak kami polis yg dah berumor rata rata mendekati umur bersara terpaksa bertugas walaupun dah pencen 5 tahun sebagai pegawai penyiasat, pegawai pendakwa dan saksi dengan hanya di bayar elaun tuntutan perjalanan yg kecil. Bekas tentera juga walaupun dah bersara termasuk yg tidak dapat pencen boleh dipanggil oleh kerajaan sekiranya apa apa berlaku ke atas negara ini di bawah akta AT. Mereka ini tak pernah menggugut dan merintih gaji kecil seperti kamu. Sekiranya berlaku darurat negara ni masa tu baru kamu tahu langgit tinggi rendah terutama PA yg mengata kami dan asyik nak naik gaji je nampak dan hanya hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Elok la kamu berenti dan beri peluang terutama bekas tentera dan orang kampung yg kerje kilang je kerana kamu tidak layak sebagai PA yg sepatutnyas juga perlu berkorban nyawa dan wang ringgit. KALAU TIDAK BERAMBUS.

    BalasPadam
  40. Betul tu sjn1234567 elok benar PA muda yg boros, kaki rasuah dan tak sempat nak naik pangkat ni berhenti. Elok pergi kerja swasta atau buka bisnes sendiri biar padan muka dengan gaji kecil nanti kerja kena perah sampai mati. Kami orang kampung ni yg sentiasa berhadapan dengan kenaikkan harga barang kerana PA yg kuat lantak ni adalah rakyat yg selama-lamanya penyokong kuat kerajaan dan BN. Setakat 1 Parlimen PUTRAJAYA berbanding berpuluh puluh lagi parlimen YAB tak perlu risau. Elok PA tamak tu dibuang kerja dan kami orang Kampung dah lama tunggu kerja kosong gomen. YAB tak perlu risau PA yg kena tendang tu boleh toreh getah kg kami dan kami boleh beri tusyen free je kerana hati kami ikhlas.

    BalasPadam
  41. Tanpa Nama berkata...
    ape kata kita buat tak tau je..masa mengundi kita batai betul2...kita pilih TPM....
    Rabu, Mei 18, 2011 8:28:00 PM

    Hei monyet engkau ingat undi yg duduk 1 parlimen Putrajaya boleh menjatuhkan BN, semua orang kampung yg mewakili keseluruhan sangat bijak memilih dan ada otak bukan macam kamu perompak duit rakyat dan penggugut kerajaan. Cepat la berhenti bagi ramai lagi orang kampung boleh masuk gomen yg sedia bekerja.


    Sekarang nie sape yg monyet...aku keje ko keje ke manusia? aku cadangkan tukar TPM sebab PA lain pun nak merasa dapat kenaikan itu dan ini... ko dengki ke? akai ada....

    BalasPadam
  42. Tanpa Nama berkata...
    Sekarang nie sape yg monyet...aku keje ko keje ke manusia? aku cadangkan tukar TPM....
    Khamis, Mei 19, 2011 2:59:00 PM

    Engkau la monyet, kalau berani letak nama dan hp, kalau tak memang sah engkau la monyet kat putrajaya yg ari2 bergayut dekat hutan Putraja tu... tak lama dapatlah pasangan berok mak ye...ko la pengdengki satu dunia? pengecut...

    BalasPadam
  43. Tanpa Nama berkata...
    NUBE berjaya mendapatkan Bonus tetap 2 bulan gaji setiap hujung tahun dan kenaikan tahunan (annual increament) dlm RM 80 - RM 100.....
    Khamis, Mei 19, 2011 12:53:00 AM

    Dia berjaya kerana bersatu dan tidak dengki mendengki dikalangan PA. Umur persaraan mereka pun dah 60 tahun.

    BalasPadam
  44. Tanpa Nama berkata...
    Golongan pemimpin dalam NUBE berani sehingga bt piket depan bank!!!Saya suggest cuepecs bt lencana untuk tunjuk bantahan kita, tu adalah usaha pertama kita boleh bt... biar rakyat dan org luar negara nampak penganiayaan kepada kita.
    Khamis, Mei 19, 2011 12:53:00 AM

    Silap hari hang orang pertama cabut lari bila FRU datang meninggalkan kami semua kena belasah. Kalau berani letak nama betul, jawatan , Jabatan mana dan no. telefon pejabat.
    Satu lagi hang ada bayar yuran dan masuk ahli tak, jangan ganggu PA, sbb kami ada isu kami sendiri...
    bukan hak anda berada dalam blog cuepacs!!! SILA KELUAR KALAU ANDA BUKAN AHLI...

    BalasPadam
  45. naikkan sahaja 60-65 takder hal, asalkan gaji masyuk!, barang pun sudah naik, bile pencen nanti gaji kecik..mana mahu hidup. Naik umur 60 tahun bagus gak dapatlah merasa naik pangkat.hehehe

    BalasPadam
  46. beliaprihatindibawahbayuKhamis, Mei 19, 2011 9:46:00 PTG

    aku mau cadang ba, setuju kah kamu kalau aku, cuepacs kurangkan membuat tuntutan yang berbentuk jangka pendek, maksudnya jangan asyik tuntut bonus 2 bulan gaji, buatlah tuntutan jangka panjang seperti kaji tanggagaji PA yang terlalu tidak seimbang dengan kos sara hidup sekarang. aku mau syorkan agar cuepacs tuntut pada kjaan supaya kaji formula pengiraan pencen contohnya, sekarang ni pencen berdasarkan tempoh perkhidmatan kalau lebih 30 tahun berkhidmat dapat <>70% tapi kalau >25tahun hanya dapat 50%, kalau <25 tahun hanya dapat 1/4 dari gaji pokok.Pengiraan ini macam tidak relevan sudah berbanding kos sara hidup semasa. Saya syor pada cuepacs tuntut n fight habis-habisan kalau PA pencen bayar penuh gaji pokok tanpa mengira tempoh perkhidmatan. Begitu juga dengan ganjaran/graduti selepas pencen kalau aku nda silap sekarang ini sifirnya 1/16 drp tempoh perkhidmatan.pengiraan kasar sepatutnya dalam kos sara hidup sekarang ini, kerajaan sepatutnya membayar graduti pencen PA 1/2 drp tempoh perkhidmatan baru nampak kerajaan membela nasib pesara terutama sekali dalam agenda kerajaan memperkenalkan berpendapatan tinggi dan mengurangkan kadar kemiskinan yang tidak kurang terdiri dari pesara kerajaan. Dan cuba cuepacs kaji dan cadangkan kepada kerajaan kalau mau kasih naik gaji PA mesti melibatkan keseluruhan PA jangan bersyarat-syarat atau birokrasi contohnya sekarang ini kalau kerajaan mau kasih naik gaji PA mesti ada syarat contoh mesti kreatif & Inovatiflah, mesti produktivitilah, mesti mencapai tahap-tahap tertentulah. Ini semua seolah-olah penganiayaan kepada PA secara halus. Mana ada PA tidak Produktiviti kalau adapun sebahagian kecil saja. Sebenarnya yang tidak Kreatif & inovatif pemimpin sebab tidak kreatif & inovatif dalam menangani masalah ekonomi negara.kalau adala masalah kewangan sikit-sikit mau tarik subsidi menyebabkan harga barang melambung naik tapi nda juga dapat dikawal. alasan macam-macam kalau subsidi dikurangkan boleh mengurangkan penyeludupan atau mengurangkan kencing manis. cuba kita fikir adakah penyelesaian bengini menunukkan pemimpin kreatif dan inovatif. Sebenarnya akau amat kagum mantan PM kita Tun Dr.M menangani kemeselesatan ekonomi dulu. tidak juga subsidi dikurangkan tapi Gaji PA dapat juga dinaikkan. Begitu juga PA La walaupun harga minyak dunia naik tapi gaji PA naik juga. Nda tau sekarang ini. Macam aku kurang yakin lah.

    BalasPadam
  47. Mantoya berkata...
    Tanpa Nama berkata...
    Golongan pemimpin dalam NUBE berani sehingga bt piket depan bank!!!Saya suggest cuepecs bt lencana untuk tunjuk bantahan kita, tu adalah usaha pertama kita boleh bt... biar rakyat dan org luar negara nampak penganiayaan kepada kita.
    Khamis, Mei 19, 2011 12:53:00 AM

    Silap hari hang orang pertama cabut lari bila FRU datang meninggalkan kami semua kena belasah. Kalau berani letak nama betul, jawatan , Jabatan mana dan no. telefon pejabat.
    Satu lagi hang ada bayar yuran dan masuk ahli tak, jangan ganggu PA, sbb kami ada isu kami sendiri...
    bukan hak anda berada dalam blog cuepacs!!! SILA KELUAR KALAU ANDA BUKAN AHLI...

    Helo brother cakap elok2 skit!!!
    ang duk suruh org lain tinggal nombor, apa kata ang tinggal nombor telefon, nama dan jabatan bekerja? Ada berani ka?
    Jangan cakap macam bingai, mmg ler Omar Osman sedang berusaha dapatkan kenaikan, tp kalo dah x dpt berita baik lagi maksudnya cara dia salah!!!
    pasal apa FRU nak mai, awat ang ingat semua PA pengganas mcm ang.
    aku minta piket secara aman bukan mengamok mcm ang pikir nak bt!!
    mana ang tau aku x bayar yuran, duk bt mcm ang tu btl sgt..
    entah2 ang nie jenis binatang kepala dua, sini cakap satu disana cakap lain!!! cakap mau elok2 ler!!!!
    ingat susah sangat nak bubarkan Cuepacs!!! Aku bagi idea yg aman, ang cakap mcm laknat!!!
    satu lagi, aku mmg nak masukkan nama aku dlm ulasan aku tp Google akaun problem!!!

    BalasPadam
  48. PUTERISANTUBUNGSARAWAKJumaat, Mei 20, 2011 6:25:00 PG

    aku dan banyak lagi PA sangat sokong pendapat bernas dari BELIAPRIHATINBAWAHBAYU tu! memang patut kerajaan bayar penuh gaji pencen, maksudnya gaji pokok dibayar penuh waktu pencen jangan lagi dipotong mengikut tempoh perkhidmatan, barulah pesara tidak teruk sangat selepas pencen.Kerajaan kena kaji juga sebab kebanyakan pesara jadi miskin selepas pencen sedangkan tanggungjawab masih ramai.Saya berpendapat CUEPACS mesti masukkan GAJI POKOK dibayar penuh setelah pencen dalam agenda perjuangan CUEPACS.Sebab umur pencen hingga 60 tahun banyak implikasinya bagus bayar pencen pesara dengan gajipokok yang penuh.Kerajaan jgn beri alasan kejaan tak mampu sebab pemimpin yang dipilih oleh rakyat mesti mampu menangani ekonomi negara dengan tidak menafikan secara praktikal kebajikan pekerja terutama PA yang sudah hampir pencen.Inilah sebenarnya yang diharapkan oleh seblangan besar PA di Negara kita. PENCEN GAJIPOKOK DIBAYAR PENUH.

    BalasPadam
  49. YBHG, DATO, PRESIDEN,
    CUEPACS.
    Saya amat bersetuju kalau Dato Presiden memperjuangkan agar Gaji Pokok pencen Pesara dibayar penuh tidak dikurangkan berdasarkan tempoh perkhidmatan Penjawat Awam. Justifikasinya:Sekarang ini sesiapa juga berpendapatan RM2000 ke bawah, masih dalam garisan kemiskinan.CubaYbhg Dato, fikirkan, kalau seorang PA telah berkhidmat 25 tahun dan berpencen wajib dengan kadar gaji Pokok RM3000.00. Maka pencen yang dia akan terima hanya RM1500.00. Bayangkan pada tahun 2015 kemungkinan besar garis kemiskinan di bawah pendapatan RM3000.00 atas keadaan kos sara hidup yang tinggi. Ini bermakna bakal pesara yang gaji pokoknya di bawah RM4000.00 dimana perkhidmatannya lebihkurang 25 tahun akan menerima gaji pencen RM2000 sahaja. Ini bermakna pesara tersebut di bawah garis kemiskinan. Bayangkan bagaimana kalau seorang PA akan bersara dalam tangga gaji pokok RM3000.00 ke bawah tidak kah mereka akan menjadi rakyat miskin tegar? Fikirkanlah YBHG Dato Presiden. Minta pemimpin kita kaji betul-betul nasib Penjawat Awam.

    BalasPadam
  50. 60 xlah masuk gayut lagi. jujurnya masih mampu. melainkan yg sakit...tu xyah cite la....yg pentingnya pengalaman.... syg kalau msih boleh guna. lagi pun harganya sudah jadi 'separuh'.

    yg muda x dpt msk menjawat tu....itu msalah lain. pakar guna tenaga lah yg pikir. psl pulak nak salah kupek? munkin sendiri pun kurang kut!

    BalasPadam
  51. Aku cdng kat cuepacs buat cdngan kerja sampai mampus lg best. Mampus sja kira pencen lg senang. Bgmn cuepacs????

    BalasPadam
  52. Lu komen mcm takdo akai punya, cilaka punya beruk

    BalasPadam
  53. saya tidak sokong utk lanjutkan ke 60 tahun..bagilah peluang dekat anak kite akan datang,lebih kretif dan minda terbuka untuk mengeluarkan idea baru..sekarang pn byk yg bergangtung pd yg muda..klo terlalu lame berkhidmat pn ssh jgk..kerjesama org lama dan baru perlu seimbang..pegalaman peg lame perlu dikongsi dgn pegawai baru..ilmu teknologi boleh dikongsi dengan pegawai lama..klo da pencen baru nak isi post..macam mane nak menimba ilmu dengan org2 lama..

    BalasPadam
  54. Saya fikir tak perlu 60 tahun pencen, Saya amat bersetuju kalau Kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia & JPA, agar kaji semula bayar pencen dengan gaji pokok penuh tak perlu kurangkan ikut perkhidmatan kakitangan awam seperti yang berkuatkuasa sekarang ini.

    BalasPadam
  55. Engkau la monyet, kalau berani letak nama dan hp, kalau tak memang sah engkau la monyet kat putrajaya yg ari2 bergayut dekat hutan Putraja tu... tak lama dapatlah pasangan berok mak ye...ko la pengdengki satu dunia? pengecut...

    kalau kau bukan monyet kau letak dulu nama n hp kau..sebab kau kan berani sangat...jangan kata kau penakut lak...monyet...monyet...

    BalasPadam
  56. Kita berterima kasih kepada YAB PM dan TPM kerana memberikan kenaikkan gred kepada GB dan PK. Kita juga meminta supaya GB dan PK yang mendekati umur bersara wajib diberikan lanjutan umur bersara ke 60 tahun supaya mendapat peluang kenaikkan gred 48 dan 52 setelah berpuluh tahun berjuang atas gred yg berkenaan. Terima kasih YAB.

    BalasPadam
  57. Tanpa Nama berkata...
    Kita berterima kasih kepada YAB PM dan TPM kerana memberikan kenaikkan gred kepada GB dan PK.
    Rabu, Mei 25, 2011 11:35:00 PM

    Bersetuju dengan pandangan di atas supaya kami yg bergelar guru berijazah tidaklah merasa dipinggir oleh kerajaan kerana semua PTD buat masa ini umur 30 sudah M48 dan paling koman akan bersara gred M54.

    BalasPadam
  58. Kita minta supaya CUEPACS turut memperjuangkan supaya PA golongan sokongan sekiranya bersara hendaklah di atas gred kenaikan pangkat (gred genap) bukan gred lantikan (gred ganjil). Bayangkan PA berkenaan gred R1,N1,N17 dan N27bersara setelah memberi perkhidmatan selama 30 tahun dilihat seperti tidak dihargai oleh kerajaan.

    BalasPadam
  59. Ape yang mengarut presiden ceupacs nie... PERJUANGKAN GAJI KAMI BUKAN MINTAK BENDE YANG BUKAN_BUKAN...

    APA GUNA CEUPACS SEBENARNYA????
    TIDAK MEMPERJUANGKAN HAK KAMI SEBAGAI
    PENJAWAT AWAM....

    BalasPadam
  60. kategori tua.. tua, tua bangka, tua ngayut.. he..!!he..!!

    BalasPadam
  61. apa perlu bekeja sampai umur 60 tahun lebih baik pergi surau atau masjid beibadat bc umur pun dah sampai kehujung dan tunggu nak mati.. lebih baik cuepacs pikir & berjuang tentang kenaikan gaji/bonus & kebajikan kakitangan...

    BalasPadam
  62. Minta supaya kerajaan lanjut umur bersara sampai 60 tahun atau 62 tahun. Sekarang kami yg mempunyai setahun lagi untuk berkidmat dan masih kuat, bergayut pun boleh takut untuk menjadi pesara memandangkan kawan2 kami yg telah bersara merungut pencen yg mereka dapat RM2,000 tidak dapat menampung kehidupan sekarang. Muka pesara masjid yg duduk bersembang kebanyakkannya amat mendukacitakan. Khabarnya kerana mereka mempunyai anak yg masih belajar di institusi tinggi menggunakan wang sendiri kerana tidak mahu anak terbeban dengan hutang PTPN.

    BalasPadam
  63. Tanpa Nama berkata...
    apa perlu bekeja sampai umur 60 tahun dan tunggu nak mati..

    kalau engkau nak naik gaji tu aku tak sekat tapi jgn sekat aku nak kerja sampai 60 tahun. Engkau nak bagi anak bini aku makan ke, "jangan nak terlalu angkuh, terlalu pentingkan diri, dan terlalu biadap."

    BalasPadam
  64. kau nak bagi makan bini kau, anak kau itu urusan kau, bukan urusan kerajaan, bukan urusan negara.

    siapa suruh kau beranak pinak ramai2 walhal kerja PA ja..pikir la sikit takkan kau nak bebankan problem kewangan kau pada kerajaan

    tak payah lah nak cakap pasai kesetiaan berpuluh2 tahun bekerja...kerja curi tulang asyik bodek bos berpuluh2 tahun tak ke mana beb...orang muda yang nak kerja pun akan berkhidmat selama berpuluh2 tahun & akan jadi tua genyut jugak

    habis la lepas ni golongan tua genyut kaki golf memenuhi sektor kerajaan....matilah BN kali ni dek manjakan golongan tua genyut konpem orang muda akan pangkah PR

    BalasPadam
  65. cadangan'' apa kata cuepacs cadangkan kepada kerajaan supaya PA yang di terima berkhidmat sebagai PA supaya berkhidmat sehinga akhir ayat PA berkenaan..... mungkin dengan cara ini kerajaan boleh menjimatkan wang negara,memajukan serta apa-apa saja yang berupa menguntungkan negara,untuk parapemimpin dan negara.. sekian

    BalasPadam
  66. Saya amat tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan bersetuju dengan tuntutan CUEPACS untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun. Bagaimana dengan nasib kami, siapa yang mahu bela nasib warga muda. Setelah berpuluh ribu dihabiskan untuk belajar, ada yang terpaksa menanggung hutang PTPTN yang "melampau" ramai yang masih lagi tidak berjaya ditawarkan sebarang pekerjaan.
    Kalau nak diharapkan kepada kemahiran yang ada pada kakitangan awam, sampai bila generasi baru nak mahir. Lepas ni kalau nak salahkan generasi muda tak sokong kerajaan, janganlah nak disalahkan. Saya ini setelah diploma, ambil degree, dah tu ambil master, pun tak dapat kerja lagi.. umur pun dah menjangkau tua.. Tak paham ... tak paham... kenapa lah kerajaan boleh setuju dengan tuntutan cuepacs nihh Azizah Melaka

    BalasPadam