22 Jun 2011

GAJI MINIMUM AKHIR TAHUN

Berita Harian
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/06/15



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-112 di Putrajaya, semalam.  Mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri  di Bangunan   Perdana Putra yang bermula jam 10 pagi itu turut dihadiri beberapa menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Mesyuarat   itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain membincangkan pelbagai isu berbangkit.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-112 di  Putrajaya, semalam.  Mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri  di Bangunan    Perdana Putra yang bermula jam 10 pagi itu turut dihadiri beberapa  menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.  Mesyuarat   itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri selain  membincangkan pelbagai isu berbangkit. <b>Pelaksanaan selepas rang undang-undang majlis konsultasi diluluskan Parlimen</b><br><br>SUBANG JAYA: Dasar kadar gaji minimum bagi pekerja berpendapatan  rendah di negara ini dijangka dilaksanakan akhir tahun ini selepas  penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara, kata Datuk Seri Najib Razak.     Perdana Menteri, berkata Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji  Negara 2011 akan dibentangkan Kementerian Sumber Manusia di Parlimen  pada persidangan kali ini.      “Apabila diluluskan, majlis berkenaan akan ditubuhkan dan selanjutnya  gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini,
Pada majlis yang pertama kali dihadirinya, Najib turut melancarkan portal aduan pekerja yang dibangunkan dengan kerjasama Pemuda UMNO, selain menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas Setiausaha Agung MTUC, G Rajasegaran.

Najib berkata, menerusi majlis konsultasi itu, pelbagai isu berkaitan pekerja dapat dibentangkan dan dibincangkan untuk pertimbangan menteri seperti persaraan, usia persaraan, elaun saraan hidup dan pekerja asing.

"Semua perkara ini wajar diperhalusi supaya keputusan yang dicapai mendatangkan kebaikan kepada semua pihak," katanya.
Terdahulu, beliau berkata kehadirannya pada majlis itu sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada MTUC sebagai badan yang memayungi kesatuan sekerja di negara ini.

"Saya percaya MTUC sebagai badan yang boleh memainkan peranan positif untuk menjaga kebajikan 12 juta pekerja di negara ini. Tahniah diucapkan kerana berjaya mentransformasikan negara ini daripada negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dalam jangka masa satu generasi saja.

"Sekarang, cabaran kita sebagai pekerja, majikan, kerajaan dan rakyat sama ada penjawat awam atau pekerja swasta adalah untuk menyumbang ke arah menjayakan transformasi negara kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

Sementara itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan dalam ucapannya, turut meminta kerajaan mengkaji untuk memanjangkan pelaksanaan cuti bersalin selama 90 hari kepada sektor swasta.

"Kebanjiran pekerja asing juga perlu dikaji puncanya kerana ia memberi kesan kepada pekerja tempatan yang bagaikan dipinggirkan, hingga 400,000 rakyat tempatan berhijrah untuk bekerja di luar negara," katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan; Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

INFO: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
  • Penetapan gaji minimum RM900 sebulan
  • 34 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan
  • Perjuangkan sejak 1999
  • Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menaungi 260 kesatuan sekerja
  • Sehingga Disember 2010, 5.5 juta pekerja rasmi dalam sektor swasta di Malaysia.
  • 46 ulasan:

    1. ape ke benda.. itu zaman batu punya gaji da..sape cadang tue.. buat malu jea..

      BalasPadam
    2. ITP RM180 mana bulih pakai zaman sekarang. tangga gaji pokok pun belum tentu dapat tampung belanja dapur,belanja persekolahan anak bagi golongan penjawat awam yang berpendapatan rendah. pemberian bonus tahunan usah kata la..berkira sangat.. better bagi naik gaji terus..

      BalasPadam
    3. Yg bergaji rendah mengalami peningkatan gaji yg rendah, tidak seiiring dgn peningkatan kadar inflasi yg lebih tinggi. Jurang perbezaan gaji semakin besar antara yg miskin dan kaya. Perlu penyelarasan segera bagi mengelakkan masalah sosial.

      BalasPadam
    4. Yang dok kaji skim JURUTEKNIK dh 20 tahun lebih pun tak dapat2 lagi....

      BalasPadam
    5. ITP rm180 tu standard reban ayam punya rumah sewa... sewa bilik dah 200 lebih.

      BalasPadam
    6. Saya simpati kepada penjawat awam kerana imbuhan rumah rm180 sahaja.

      BalasPadam
    7. betul2...patut up lagi la gaji tu..tu kalau kata gaji thn 2012...lagi 2 3 thn...gaji cam tu dah tak relevan lagi...pastu nak kena minta lagi..kalau minta dapat ke???

      Biar lah gaji tu berpatutan sekurang2nya..sehingga 6 ke 10 thn akan dtg

      cadangan tu...tak memikirkan masa hadapan...

      BalasPadam
    8. ..negara kita kearah kemajuan dengan kadar yang agak cepat, kemajuan telah hampir dikecapi tapi gaji masih di takuk lama, proton saga pun sudah bertukar genarasi ke2, jadi sepatutnye lah gaji minima RM1200

      BalasPadam
    9. pendapat aku ttp sama mcm ari tu gak klu bn tetap mau memerintah bn mesti naikkan gaji klu tak kompom kena kasi guling pru akan datang. fikir2kan la wahai pm.

      BalasPadam
    10. LINGKUP TAALA BERKATA.
      BUAH TERUNG,BUAH PERIYA,MANYAK BAHUNG,MANA MANA MAU CAYA?
      UJUNG TAHUN PUN MAU KAJI KAJI,KASI SUDALA,SELESAI CERITA...MANYAK CAKAP MANYAK BN LUGI....KASIHAN SEMUA PA O..LU TARAK HATI KA,,,,DIA SUDAH RAYU BANYAK...JANJI JANJI,SELUPA MAU PILIHANRAYA...AI NAMPAK GAYENYE,REBEN TEBEN GOMEN NI..
      APAPUN SAYA PANDANG DEPAN,TAK BELAKANG,NANTI SAKIT U...BERJUANG,BERAMAL,BERBAKTI,BERLAKU ADIL PADA SEMUA INSAN DAN MAKHLUK..
      ALLAH PENG CHIAU MAHA NYAI,ALLAH ROMBER PERRIYEDE,INGWEI NI ALLAH,CHUNGKUNG SHIR ALLAH,...SALAM......

      BalasPadam
    11. kami mewakili seluruh PA kesal kerana BN tunduk pada tuntukan karut pembangkang ini. pasti ramai PA yang membaca harakah sehinggan tergamak memaksa BN memberi gaji minimum.

      Tiada otakkah? Lepas ni gaji amah naik RM900, terukla sapa2 yg ada anak2 kecil lagi2 dua2 bekerja dan sokongan pula.

      Kilang pun RM900, makin banyak kilang ditutup dan berpindah ke China dan Vietnam kerana kos kompetitif.

      BalasPadam
    12. kesiannye kassim kesal tak sudah.. ala kassim..!!!

      BalasPadam
    13. itp kna slaras,Gaji pokok,gred jawatan kena selaras dgn keadaan sekarang...mana ada sewaan rh kat luar guna 180 lgi...rh sewa d luar je dah cecah 4xx-5xx.utk yg bergaji besar x pe lah bleh idup lagi..utk yg gaji ciput2 sesak nafas tu mana diaorg ada wang byk..nak meyimpan pun x dpt.kalau dah ada family tu lagi lah sesak nafas PA yg bergaji kecil..kesian tau..kerajaan berilh perhatian penuh.dgn kadar gji yg baik dpt menghidarkan dari terjerumus dgn Along dan kerja hakiki pun x terabai...sekian

      BalasPadam
    14. RM900 sebulan bukan munasabah dengan masa beb..ini zaman lama dulu, 70-an boleh le...tak ada sensitif langsung dengan gaji munasabah kejaan kita ni...rm900 bukan masa dah...masa rm900 dah berlalu lama dah...zaman sekarang ni kurang2 rm1500, itu pun miskin lagi tu.

      BalasPadam
    15. bagaimana pula gaji berdasarkan kelulusan? pekerja awam ramai yang ada kelulusan, diploma dan ijazah..malah master...tapi gaji tetap spm...hal ni pun kena ambil pertimbangan juga...zaman IT ni kejaan pun kena peka jugalah..bukan 'make don't know' saje...

      BalasPadam
    16. yg best nyer, gaji dah besar, kereta company, minyak boleh claim, tol boleh claim, surat khabar dpt free, tiap kali meeting dpt makan free. duit gaji memang boleh buat joli katak... yg gaji rendah kena parking berbayar... kesian betoll..

      BalasPadam
    17. kami pasti gembira kerana gaji naik setimpal dengan tugas, kami senang hati gred pt(p/o) kiranya ditambahbaikkan kerana sekarang ni ramai n17, jangan lupa jasa kami, dan kami bekerja keras demi tanpa mengira waktu..tapi kenape pt yang sedia ada belum ditambahnaikkan..yang ada n1 ke n17...

      BalasPadam
    18. Bila N11 dijumudkan, depa masuk N17, la ni N1 Mungkin dijumudkan , depa pun dapat durian runtuh masuk N17.. Yang awal awal N17 dok diam di takok tu juga... kesian N17..Takpa Alhamdulillah.

      BalasPadam
    19. Tiada otakkah? Lepas ni gaji amah naik RM900, terukla sapa2 yg ada anak2 kecil lagi2 dua2 bekerja dan sokongan pula.

      Kilang pun RM900, makin banyak kilang ditutup dan berpindah ke China dan Vietnam kerana kos kompetitif.

      Jumaat, Jun 24, 2011 11:57:00 PM

      komen ni aku sokong wlupun aku tak sokong kassim baharum sbb kat penang ada kilang sorang kawan ni mmg btul2 nak tutup sbb takut akan kenaikan gaji pekerja yg sdang di kaji dan akan di buka di China...kesian kwn ni sbb akan kehilangan kerja selepas ni... dan dngar khabar bnyk lg kilang yg akan ikut jejak yg sama...apa akan jd agaknya jika bnyk pelabur yg akan beralih arah????

      BalasPadam
    20. Najib buat satu kesilapan besar semasa pemerintahan padahal persediaan belum dibuat iaitu mengumumkan High Income Country. Umum sahaja semua harga barang MELAMBUNG tetapi gaji hampeh.Bagi sagu hati RM500 bonus tak ada. Nak buat menara warisan konon. PM takut kat AMIGA KOT. Terima kasih banyak-banyak kat Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana bersikap timbangrasa sanggup menaikkan gaji semasa zaman tun menjadi PM. Kalau tak gigit jarilah kami.

      BalasPadam
    21. Kerajaan kena mempertimbangan pemohonan PA kerana tangga gaji sekarang tidak sepadan dengan kos sara hidup masa kini... ini kenangan saya dimasa zaman persekolahan tahun 1983. ada seorang guru bahasa English dari England telah mengajar didaerah saya (pinjaman) selama 2 tahun, semasa berbual-bual beliau bertanya pada saya berapa gaji bapa saya selama sebulan dan beliau terperanjat bila saya nyatakan RM 300.00 sebulan dan menurut beliau gaji dia dibayar mengikut jam iaitu RM 10.00 satu jam (gaji kerajaan british)bersamaan RM1,200.00 sebulan.selepas 24 tahun baru nak dibincangkan gaji minimun... lojik ke... jangan salahkan golongan berpelajaran tinggi berhijrah ke negara asing berkerja lihatlah gaji yang disediakan di negara kita...

      BalasPadam
    22. bagi gaji ikot klulusan bole x

      BalasPadam
    23. tak malu kea bagi gaji rm900.. dunia dah berubah beb..!! malu sikit la kat singapura.. gaji penyapu sampah jea gaji rm1200.. org yg cadang nie kot sama fikiran dgn penyapu sampah kat singapura.. ha..!!ha..!!

      BalasPadam
    24. gaji ikut kelulusan kurg adil la sebab kalo ada degree tp kerja PAR, xkan gaji 41 keatas kot?

      di sek tertntu yg dpt guru englih dr luar negara mcm sek aku, gaji diorg RM19,000 x tmsk kete free, rumah free, hp free. dia ingt gaji cikgu sini pun sama cm dia, tkejut dia bila rupanya gajinya 10x ganda dr guru sini.

      dia lagi terkejut bila tgk gaji cleaner RM600 sebulan. dia ingat kadar camtu cuma ada di afrika sahaja

      BalasPadam
    25. gua dah cakap sama lu.. lu tak percaya beb.. status gaji kite sama dgn negara negro afrika sana..
      lu tak rasa malu kea beb.. gua cukup malu beb.. IQ dia org nie sama dengan cleaner di afrika sana..

      BalasPadam
    26. Amarah rakyat n PA semakin memuncak.. tak dpt dibendung lagi..

      BalasPadam
    27. MENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.
      Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
      Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
      Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
      Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
      Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
      Terima kasih.
      PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.

      BalasPadam
    28. PM kita pon sneyap ja...ni kan pula cuepacs

      BalasPadam
    29. ape lagi kite bersihkan semuanye..PM n CUEPACS sekali.. habis cite..

      BalasPadam
    30. cuba kau org teka pendapatan sape paling besar tanpa gaji n elaun.. dalam gambar di atas..

      BalasPadam
    31. pru 13 nanti memang aku nak tukar kerajaan...kerajaan sekarang tak boleh harap...boros makan angin guna duit rakyat.suruh kita berjimat..karan naik harga...cukai macam macam kena...nak jimat macam mana ..dah 4 tahun gaji tak naik...ada ka patut...

      BalasPadam
    32. klu dah tukar kerajaan,boleh ker kita naik gaji n lain2 keistimewaan kite dpat...

      tkot krajaan baru xmampu je...

      BalasPadam
    33. Diharap CUEPAC berfikir untuk 2 ke 5 tahun akan datang... kalau mintak gaji minimam mintaklah untuk jangka 2 ke 5 tahun.. janganlah bila dah lulus gaji minimam RM900 nanti.. bila dah 2 tahun kemudian mintak lagi gaji miniman... tidak kan mintak lagi... fikir-fikir lah untuk masa lama/gaji yang di mintak boleh bertahan hingga 5 tahun.. untuk CUEPACS kerja biarlah bijak dan jangan nampak ajak keras tapi kosong..

      BalasPadam
    34. kalau boleh, selaras kn gaji Kakitangan kerajaan ni yang membolehkan kite sume dpt membeli rumah yang makin lame makin mahal...

      cam rumah kt putrajaya..mahal nak mampos..gaji dh ar kcik2..

      BalasPadam
    35. saya fikir minimimum gaji 900 memang tidak munasabah bagi zaman sekarang kerana nilai harga barang tidak seperti dulu.kalaulah kerajaan pada mula-mula tidak bergantung kepada petrol dan diesel sebagai punca sumber tenaga utama yang selalu mengalami kenaikan dan penurunan untuk dijadikan alasan untuk kenaikan harga barang kan bagus.kerana terlalu banyak sumber tenaga boleh diperbaharui boleh di dapati sekarang.dan kerajaan sepetutnya peka dengan keperluan rakyat untuk itu.tidakla terjadi seperti sekarang.Tengok sahaja belanja subsidi kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barang kawalan dan sumber bahan bakar semakin bertambah dan paling ketara sekali punca alasan kenaikan harga barang adalah kerana kenaikan harga bahan bakar dipasaran antarabangsa.
      saya harap dengan adanya penyelidikan dan sumber tenaga yang boleh diperbaharui contohnya kuasa solar,kuasa angin dan lain-lain lagi dapat dikembangkan lagi dan menjadi penggerak sumber tenaga utama yang lebih murah maka seluruh perjalanan ekonomi akan berjalan seperti era pada tahun 90-an dahulu dan mengurangkan jarak antara si kaya dan si miskin.Tuntutsn gaji 1500 sebagai asas gaji permulaan adalah munasabah kerana nilai keperluan semasa dan seterusnyA maaa depan.betullah seperti kata orang 'bila manusia sedikit jumlahnya nilai penggunaan ekonomi terutama keperluan hidup sangat sedikit dan bila manusia semakin bertambah nilai keperluan ekonomi daripada segala segi makin bertambah.Kalau tiada juga perubahan kemungkinan nanti mungkin kami sebagai generasi muda akan memilih wakll-wakli golongan sederhana maksudnya dia bukan pro kerajaan atau pro pembangkang untuk membentuk satu daya usaha mempertingkatkan nilai tambah ekonomi terutama keperluan dan kebajikan rakyat harus diutamakan.Serta mungkin juga kami akan menamatkan wakil2 rakyar yang sudah terlampau kaya untuk memberi laluan kepada generasi baru untuk membuat pembaharuan.tiada guna duduk dikerusi DUN atau Parlimen semata-mata untuk menambah wang ke saku sendiri dan tidak memperdulikan kebajikan dan keperluan rakyat.

      BalasPadam
    36. Salam..
      Pada pendapat aku,kalo takut dengan pelarasan gajini,Xpayahla kita beria menuju kearah negara maju..Kerana apa??kerana negara jer yang maju tapi rakyat tersiksa dan menderita??lihatlah on-the way untuk menjadi negara maju sendiri??jual kete dalam negara mahal,jual luar negara lebih rendah dan spec yang lebih baik,bantu negara2 jiran bila ade musibah dan negara2 lain juga tapi rakyat sendiri??berialah tunjuk sumbangan itu,prihatin tang GAZA lah Afghanla,tapi tang rakyat sendiri??Semata2 ingin dipandang dan dilihat oleh mata dunia semata2??Wahai rakyat Malaysia,sedarlah..kita telah lama MERDEKA!!kenapa harus biarkan jiwa kita terus dijajah??fikir2kanlah..Jangan dek kerana kemasyuran rakyat terus tersiksa..jika ingin terus kearah itu sekalipun,biarla ianya diseimbangkan bersama..

      BalasPadam
    37. Salam..
      Pada pendapat aku,kalo takut dengan pelarasan gajini,Xpayahla kita beria menuju kearah negara maju..Kerana apa??kerana negara jer yang maju tapi rakyat tersiksa dan menderita??lihatlah on-the way untuk menjadi negara maju sendiri??jual kete dalam negara mahal,jual luar negara lebih rendah dan spec yang lebih baik,bantu negara2 jiran bila ade musibah dan negara2 lain juga tapi rakyat sendiri??berialah tunjuk sumbangan itu,prihatin tang GAZA lah Afghanla,tapi tang rakyat sendiri??Semata2 ingin dipandang dan dilihat oleh mata dunia semata2??Wahai rakyat Malaysia,sedarlah..kita telah lama MERDEKA!!kenapa harus biarkan jiwa kita terus dijajah??fikir2kanlah..Jangan dek kerana kemasyuran rakyat terus tersiksa..jika ingin terus kearah itu sekalipun,biarla ianya diseimbangkan bersama..

      BalasPadam
    38. dah lama dengar nak naik gaji, xnaik jgk pun...kata negara pendapatan tinggi, pendapatan rakyat xsama tinggi..mungkin PM ni tido byk kot..setuju dengan mana2 kwn yg coment..kalau sampai hjg tahun x naik jgk gaji, ganti kerajaan br lah malaysia..xguna sokong kerajaan sekarang kalau kerajaan x perihatin psl msykt..

      BalasPadam
    39. aku setuju dengan pendapat semua..itulah keluhan warga kita yang semakin terhimpit oleh keadaan...berfikirlah wahai pemimpin yang telah dipilih.....jgn harapkan pagar..tapi pagar yang merosakan..

      BalasPadam
    40. ibarat tentera yg ingin berperang:-kelemahan musuh sibuk dicari,kwsn taklukan juga sibok diterokai,kaedah serangan dan menakluki juga sibok dipelajari...tp tetap Xmenjadi2 lg..."rupa2nya bodoh Xsedar diri..kelemahan sendiri Xdiperbaiki,angkatan perang tak diperkuatkan lg,kebajikan tentera tak dipertingkatkan..sedangkan yg berjuang adelah tenteranya..biarpun mahir berstrategi,tak sumer benda dengan demokrasi dpt memenangi melainkan kekuatan bala tentera yg tidak terperi..tentera yg dimaksudkan adelah(GOV servan)

      BalasPadam
    41. negara maju konon..tapi x fikir pulak siapa tulang belakang dalam kerajaan..kalo da PA asyik pikir belanja2 hutang2 camana nak naikkan pengkhidmatan..ish3..tapir kat zoo pn kalo x cukup makan pun bley kurus..

      BalasPadam
    42. http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-dan-cincin-nilai-rm244.html

      BalasPadam
    43. YELA TU GAJI MINIMUM LAR APE LARR..NAIK KAN GAJI PASTU NAIK KAN HARGA BARANG,HARGA MINYAK..SERUPE JE MACAM XNAIK..MAKIN NAIK TAHUN MAKIN MAHAL SUME..XPAYAH BAGI RAKYAT HARAPAN LARR..

      BalasPadam