03 Jun 2011

KAMI DILAYAN SEPERTI SETINGGAN

Berita Hariana
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
2011/06/03




KAIN pemidang digantung kerana kakitangan awam yang tinggal di Kuarters Gunung Soga berasa diri mereka terpinggir dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
KAIN pemidang digantung kerana kakitangan awam yang tinggal di Kuarters Gunung Soga berasa diri mereka terpinggir dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

BATU PAHAT: Kira-kira 30 keluarga kakitangan awam yang mendiami kuarters kerajaan dekat Jalan Gunung Soga di sini, bimbang mengenai kebajikan dan masa depan mereka selepas menerima notis pengosongan kediaman masing-masing bagi membolehkan projek perumahan swasta dibangunkan di situ.

Notis yang diserahkan pemaju pada April lalu itu, meminta baki kakitangan awam yang masih menetap di kuarters terbabit mengosongkan kediaman mereka sebelum 8 Julai ini bagi memberi laluan kerja meroboh 140 unit kuarters bersejarah itu bagi membolehkan pembinaan projek perumahan komersial sederhana, separuh mewah dan mewah milik swasta.
Kebimbangan itu timbul berikutan tiada sebarang kepastian sama ada mereka akan diberi ganti kuarters kediaman lain, apatah lagi pembinaan kuarters baru di kawasan Sri Gading adalah milik Jabatan Kerja Raya (JKR).
Malah mereka curiga apabila menyaksikan nasib 110 rakan kakitangan awam lain yang diarahkan berpindah dan mengosongkan kuarters diduduki di situ sejak 2006, kini tidak terbela dan terumbang-ambing apabila pemaju mungkir janji membayar sagu hati berpindah RM600 serta elaun bulanan RM250 sebagai wang sewa rumah di luar.

Lebih mengecewakan kakitangan awam berkenaan pembangunan projek perumahan komersial di situ bukan saja bakal melenyapkan kuarters bersejarah yang dibina British sejak puluhan tahun lalu, malah bakal menghakis status rizab Melayu pada tapak kuarters terbabit di kawasan bandar.

Tinjauan Berita Harian ke kawasan berkenaan mendapati beberapa premis kuarters yang diduduki kakitangan awam di situ masih elok terjaga manakala kuarters yang tidak diduduki sudah semakin usang.

Seorang kakitangan awam serta penduduk di situ yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Huraira berkata, beliau sangat kecewa dengan nasib yang terpaksa ditanggung kakitangan awam daerah ini yang terpaksa menerima nasib seperti melukut di tepi gantang.
“Kebajikan kami kabur kerana sudahlah tidak mendapat sebarang kepastian termasuk tawaran menduduki kuarters baru di Sri Gading itu malahan cubaan segelintir kakitangan awam yang mahu membeli rumah yang mahu dibina atas tapak di sini mendapat layanan dingin pemaju yang mengatakan pembeli sudah ada.

“Apatah lagi kami difahamkan harga rumah yang akan dibina bermula dari RM280,000 ke atas, sudah hampir pasti ia di luar kemampuan kami sebaliknya kami diarahkan pula menyewa rumah di luar, ini tentu akan membebankan kami yang rata-rata kakitangan awam biasa," katanya.

Seorang lagi kakitangan awam serta penduduk di situ yang hanya mahu dikenali sebagai Raihana Tambien, berkata beliau sangat pilu mengenangkan nasib keluarganya yang terpaksa berpindah di kala umat Islam bersedia untuk menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

“Jika penduduk kawasan setinggan pun menerima layanan baik kerajaan negeri sehingga mendapat pampasan puluhan ribu ringgit, adakah kami penjawat awam yang membayar sewa kuarters dan tinggal di penempatan teratur begini terpaksa menghadapi nasib seperti ini.

“Kerajaan British dulu pun amat prihatin menjaga kebajikan kakitangan awam dengan membina kuarters ini sebagai penempatan sebaliknya kini kami seakan-akan dihalau dan tidak dihargai bagi memberi laluan projek perumahan komersial yang bermotif keuntungan yang sudah tentu akan melenyapkan terus satu-satunya rizab Melayu di sini ini," katanya.


5 ulasan:

  1. Saudara Thaibah al-Qanuni Al-BanjariSelasa, Jun 07, 2011 2:30:00 PTG

    ni pun ada lagi bodoh nk sokong BN, satu dr ratusan projek menyamun rizab melayu diberi pada cina. ni yg terdedah, yg senyap ribuan kes pastinya.

    tanah kerajaan dan rizab melayu pula, disedekah pada cina oleh UMNO. pastu riuh kononnya UMNO pembela melayu.

    Adapan ini semuanya ialah dugaan bagi kita semua. ada khabar gembira, ustaz syeikh kami Yang Mulia Istimewa Ustaz Hambali ibni almarhum Ustaz Utama Mahamood, Pengetua dan Syeikh Besar Ajaran Qanuni Yan Kedah, akan mengetuai negara ini tidak lama lagi.

    Semua PA sertailah ajaran Qanuni seblum terlambat. Syeikh Ustaz kami sudah meramalkan keadaan sekarang dan hanya beliau yg mampu mengubah kesengsaraan hidup kita. Gaji akan dinaikkan 3 kali ganda, kita sama2 bahagia. 90% pemimpin BN dan Pas sudah bersama kami.

    BalasPadam
  2. Kalau KUIN pun huru hara tak payah cakap lah.Buat kerja dulu

    BalasPadam
  3. KAMI AMAT SIMPATI NASIB RAKAN-RAKAN KITA DISANA. KAMI YG TINGGAL DIKUATERS COCHRANE BARU SAJA BERPINDAH PD BULAN APRIL YG LALU DGN DIBAYAR PAMPASAN SEBANYAK RM2000 , PENGANGKUTAN PERPINDAHAN PERCUMA DAN WANG PERPINDAHAN RM1000 IKUT KELULUSAN JBT MASING2. JUTAAN TERIMA KASIH PD CUEPACS YG TELAH BERJUANG UTK KAMI. TERIMA KASIH PD DATO' OMAR DAN JUGA JAWATANKUASA BERTINDAK SEMENTARA YG KAMI LANTIK . KAMI TIDAK AKAN LUPA JASA2 MEREKA INI. SEKIAN.

    dari bekas penduduk kuaters Cochrane KL.

    BalasPadam
  4. apa???kalau ikut ajaran sibongok Hambali anak gemulahUstaz Utama Mahamood, PA akan naik gaji 3 kali ganda????ko ni mabuk ke???ajaran sesat apa lak ko nak bawak ni???

    err...ustaz bongok ko tu kaki sex tak???

    BalasPadam
  5. bina rumah kakitangan awam dulu baru laa boleh gadaikan tanah rezab melayu kat gunung soga tu. SEMUA TU TANAH REZAB MELAYU TENGOK LAA NANTI SIAPA YG BELI KALAU TAK TERJUAL

    BalasPadam