22/6/2011
KUCHING 22 Jun - Kerajaan negeri tidak pernah melakukan diskriminasi kaum atau pilih kasih dalam pengambilan penjawat awam di negeri ini sebaliknya memberikan hak sama rata kepada semua rakyat.
Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah berkata, dakwaan itu juga tidak tepat kerana pengambilan kakitangan dilakukan sendiri oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) negeri.
Katanya, jumlah masyarakat Cina yang kurang sebagai penjawat awam di negeri ini bukan kerana kerajaan pilih kasih namun ia disebabkan oleh faktor kurangnya permohonan daripada kaum berkenaan.
''Kurangnya masyarakat Cina sebagai penjawat awam adalah disebabkan mereka sendiri lebih berminat bekerja dalam sektor swasta," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Petra Jaya, di sini, hari ini.
Terdahulu, ketika menjawab soalan David Wong Kee Woan (DAP-Pelawan) pada sidang DUN, Fatimah berkata, berdasarkan pecahan penjawat awam mengikut kaum, sebanyak 82.7 peratus adalah bumiputera diikuti 13.6 peratus bukan bumiputera manakala bakinya sejumlah 3.69 peratus adalah kaum lain.
Katanya, dari segi pecahan mengikut jantina pula, sebanyak 74.4 peratus kakitangan awam adalah lelaki manakala bakinya seramai 25.5 peratus pula wanita.
''Jumlah kakitangan awam di Sarawak ketika ini adalah seramai 22,134 orang merangkumi 14,272 pegawai yang bertugas di kementerian, 4,878 orang bertugas di badan-badan berkanun dan 2,984 orang lagi dengan pihak berkuasa tempatan (PBT),'' ujarnya.
boleh percaya kea..?
BalasPadamhahhaa sokong tetap sokong.....walaupun di ugut gua tetap akan memakai baju kuning di rumah.tanda mahukan kebebasan....walau di ugut mcm mana pun....BN tak leh halang gua dari memangkah PR pd hari mengundi.....
BalasPadamaku nak join baju merah la..sure tak kena tahan.kakakka
BalasPadamMacam Mana Kaum Lain nak join PA kalau tangga gaji bawah paras kemiskinan.. baik dia orang kerja swasta... Tuntutan PA sediada pun tak dilayan.. cuba pihak kerajaan perihatian golongan PA... jangan pentingkan kocek sendiri aje...
BalasPadamkalau dah tak minat join kerana dah tau gaji rendah jangan la Cina DAP ini menuduh yang bukan-bukan. kerajaan patut kumpul statistik jumlah pemohon dari bangsa Cina dan India untuk tutup mulut mereka ni sebab waktu aku masuk gomen 2 tahun lepas pun calon India yang pergi temuduga lebih banyak dari calon Cina sedangkan populasi bangsa Cina di Malaysia jauh lebih tinggi dari bangsa India berkali-kali ganda.
BalasPadammemang kerajaan tak pilih kasih,tapi orang yang di tugaskan untuk interview tu camna... kerajaan dapat laporan dari org2 ni... habis semua kroni dikutip bagi mengisi jawatan... dah pernah kena dah kes cam ni,alasan sedara... boleh ka cam ni,
BalasPadamTanpa Nama berkata...
BalasPadammemang kerajaan tak pilih kasih,tapi orang yang di tugaskan untuk interview tu camna... Isnin, Jun 27, 2011 2:42:00 PM
Aku setuju 100% kalau SPA ok la jugak walaupun baru2 nie PT dia kena tangkap psasal ambil duit dari orang yg nak temuduga. Kalau pengambilan dari badan berkanun, penguasa tempatan dan SPA negeri habis semua kroni dikutip bagi mengisi jawatan, sedara dia je. Kalau pengambilan dari Kementerian/Jabatan Persekutuan pun sama seperti pengambilan Pekerja Awam R1 atau PAP N1 pun serupa pilih sedara dia je, tu sebab mereka banyak yg tak takut peraturan, asyik nak mintak gaji lebih je.
bagi jawatan negeri spt PTN jawatan diisi oleh kaum kerabat, saudara mara, ipar-duai n jawatan itu di isi secara turun menurun oleh org atasan sahaja begitu juga jawatan federal spt PTD.. itulah kebenarannye..
BalasPadamkebanyakan pilih kasih....nak temuduga pakai kabel....piiiraahhh
BalasPadamdunia dah kahir zaman dah..nak kiamat dah..kita kena sedar ler..tuhan kata'dunia akhir zaman ni..kekayaan akan berlegar dikalangan kroni sahaja..so jgn lah pelik sekiranya kes ini berlaku..yg penting kita bodek pm tu biar kekayaan tu dpt jugak kat kita..
BalasPadamkami pernah tanya dgn ustaz, jika seseorang memperoleh JAWATAN dgn mendelete nama orang lain yg sepatutnya dapat (keputusan temuduga telah dibuat tetapi diubah), hukumnya HARAM.
BalasPadamSemua pendapatan PA baru itu HARAM. Gajinya adalah bersumberkan PUNCA HARAM.
Pihak yang bersubahat MENGUBAH KEPUTUSAN INI juga berdosa.
kami dengar anak ahli panel temuduga pun dapat keje.. bapak dia ada sekali masa temuduga .. betul kea..? ape cite tue..mentah kedarahlah kau org duit haram.. bagi anak-bini makan..
BalasPadamAmarah rakyat n PA semakin memuncak.. tak dpt dibendung lagi..
BalasPadamorang interviewer tu sepatutnya tiga orang. melayu india dan cina.. bukan melayu je.. sebab kena sama adil bila calon bukan melayu masuk bikik interviw. dan orang cina pun kena lah ceburi dalam goverment. pasal goverment berkhidmat untuk rakyat berbilang bangsa dan kaum.. walaupun angka melayu paling ramai dalam government, cina dan india pun ada tempat.. janganlah semua melayu je yang dapat.. lagi satu, kaum wanita yang dapat bila interviewer tu lelaki.. ada udang disebalik mee.. so interviewer kena campur jugak.. lelaki dan perempuan..
BalasPadamMENGAPA JPA TERLALU LAMA MENGKAJI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENGGUNAPAKAI SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.
BalasPadamAssalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Berkenaaan perkara di atas saya wakil tidak rasmi kepada semua pemegang sijil Politeknik ingin memohon kepada JPA agar mempercepatkan untuk mengkaji skim yang menggunapakai Sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi dalam perkhidmatan awam.
Pekeliling http://www.jpa.gov.my/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-B3.pdf yang telah dikeluarkan oleh JPA telah termaktub bahawa pemegang sijil Politeknik layak untuk mendapat gred 27 – 40 pada jadual 1 (Pemakaian Gred Sistem Saran Malaysia Mengikut Kelayakan Masuk) tetapi sehingga kini tiada pelaksanaan dan juga tidak dilaksanakan. 'PANDUAN PENGGREDAN SEMULA JAWATAN SELARAS DENGAN PERLAKSANAAN SKIM SARAAN MALAYSIA-Lampiran B3. JPA telah lama menyatakan akan meneliti, membuat kajian tetapi sehingga kini kajian demi kajian yang dilakukan tetapi pelaksanaan tersebut masih tiada . Kami yang memiliki Sijil Politeknik tetap di skim gred 17 dan sama dengan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia. Mengapa ini berlaku, kenapa kami perlu menunggu bertahun-tahun hanya untuk mendapat hak yang sepatutnya? . Melalui Pekeliling tersebut, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan kelayakan Sijil Politeknik setara STPM dan didalam Gred 27-40. Mengapa JPA perlu menunggu masa bertahun – tahun untuk mengkaji dan mengkaji sedangkan pekeliling telah ada? Mengapa sijil Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi ini tidak mendapat mendapat skim gred jawatan yang sepatutnya? Terasa ruginya bila bertahun-tahun pemegang sijil Politeknik tidak mendapat hak yang sepatutnya termasuk elaun-elaun yang ada, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.
Mengapa hanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2009 mengenai penambahbaikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah daripada gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 kepada NT27, NT32, dan NT36 sahaja yang dilaksanakan tetapi tidak jawatan yang lain yang memerlukan syarat Sijil Politeknik dalam perkhidmatan Awam. Mengapa hanya 3 Jawatan yang membolehkan untuk gred 27 contohnya Penolong Pegawai Latihan Gred E27, Penolong Pegawai Meteorologi C27 dan Penolong Pegawai Tanah NT27 yang mengunapakai Sijil Politeknik. Adakah Sijil – sijil Politeknik yang lain tidak setaraf kerana ada lebih kurang 23 kursus diperingkat sijil Politeknik di dalam Kementerian Pengajian Tinggi?
Saya berharap agar pihak JPA mempercepatkan proses tanpa perlu mengkaji lagi dengan adanya dasar dan objektif kualiti JPA yang sedia ada. Kepada Jabatan lain seperti JKR, IPTA, SPA, CEUPACS, Kementerian Pengajian Tinggi dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi seharusnya berganding bahu bersama kita menaiktarafkan dan transformasi Sijil politeknik ke arah yang sepatutnya memandangkan sijil politeknik telah dimansuhkan pada Jun 2010. Sepertimana pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam yang telah Berjaya menaiktarafkan sijil Kemahiran Malaysia tersebut ke arah yang lebih baik manakala Sijil Politeknik tetap tidak mendapat Gred yang sepatutnya.
Terima kasih.
PEMEGANG SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KECEWA.
org atasan tak pandang kumpulan sokongan.. pencacai punya sokongan.. skg tak pakai sijil.. buang jea dlm tong sampah..
BalasPadamSelesaikan dulu masalah PA sokongan yg ada ijazah dan pengalaman dalam kenaikan pangkat dan gaji.. seterusnya PA sokongan yang sudah lama berkerja tanpa ijazah dan diploma.. kenaikan pangkat dan gaji.. barulah terbukti keikhlasan kerajaan terhadap penambahbaikan PA..
BalasPadamMohon sangat-sangat buat KETETAPAN. Kalau boleh janganlah dari ayah, mak, anak2 (ada kes sampai 5 orang sekali) dapat kerja satu organisasi yang sama!!!! Itu belum list yang sepupu sepapat ipar duai lagi...
BalasPadamDan tolonglah, kalau sebenarnya jawatan tersebut telah diisi, minta tidak lagi diiklankan...kesian pemohon-pemohon yang terpaksa berhabis duit fotokopi, setem, poslaju dan sebagainya. Kadang-kadang pihak yang berkenaan buang macam itu je....
ermmm...kerajaan tak memilih kasih ke??ade sesetengah tempat yg pilih kasih atau kroni...lebih2 lagi mcm pbt...lagila...tp yg tak bestnye...kebanyakan ambik yg sedara sedara mcm hampeh j keja...jangan melenting plak kalo pembangkang cakap org kerajaan ni yg tangkap muat dan sedara mara anak beranak sampai cucu sekali...walau sijil xseberapa...pernah terjadi kat saye....sijil spm xlaku...tp start dari jurutaip j..
BalasPadamitu macam kaa.. poorrraahh..!!!
BalasPadambetul kea..? di maklumkan bahawa tiada kenaikan pangkat, gred, gaji dan bonus.. hanya mereka yang memangku jawatan tertentu sahaja di naikkan pangkat dan gred bagi semua gred jawatan bagi mereka yang memangku.. bagaimana pula bagi mereka kumpulan sokongan yang memiliki ijazah dan master.. tiada kenaikan pangkat dan gred, walaupun mereka dah mendaftar dengan spa bagi jawatan baru, tiada panggilan temuduga kea..? begitu juga dengan mereka yang dah lama berkhidmat melebihi 10 tahun ke atas..ape cite.. ape-ape hal kami tunggu bajet 2012 nie.. kemudian kami tunggu PRU-13 pulak..!!
BalasPadamjangan main cakap jer...
BalasPadamselidik diri sendiri dulu
prestasi masa temuduga macam mana?
Lancau..u jawab btoi pon jd x btoi. Sebb yg buat plihan tu adalah mnusia. Mmg plih kasih la. Cuba bayangkan. Seorang budak yg tiada pengalaman sebagai juruteknik, boleh dapat jawatan tersebut. Ini kes interview di kolej kemahiran tinggi mara. Sbb dpat pak sedara dia timbalan pengarah..sblom ni dia keja sbgai tour guide@ pmandu plancong je. Pakai akai la skit. Di pulau pinang kes ni. Anak kelahiran plau pinang terus di pinggirkan. Macam pelaqqqqqqq
Padambro org tanya jea.. yg lu kecoh ape cite..
BalasPadamTak pilih kasih....jangan jadi munafik...
BalasPadamyeke x pilih kasih, kat putrajy tu penuh ngan 70% penjawat awam asal org kelntan kan? guano? negeri lain di ketepikan,lg stu org yg btl2 nk keje x bg keje, org yg dah di beri keje plak x pnah syukur, pdn muka gomen
BalasPadamKERAJAAN MMG ARR XPILIH KASIH TAPI YANG MENGURUSKAN PENGAMBILAN TU YANG PILIH KASIH, PILIH ANAK BUAH, ANAK SENDIRI, SATU KAMPUNG LARRR..TERUTAMA SATU TEMPAT TU HA..PUTRAJAYA BNYAK ORG MANA???SUME ORG DIA. BAIK DARI PENGARAH SAMPAI LARR TUKANG SAPU!!!!!!SUME DIORANG SAPU!!!
BalasPadamhaaaaa....tahu2 ORANG KELANTAN KAN!!!MMG PONNNN...ASYIK NAK PILIH KAUM DORANG JERKK..MANE BOLE MACAM NIE!!!CUEPACS TOLONG LAR NAIK KAN.. SUH JPA TU SELIDIK..JPA BANYAK ORG KELANTAN GAK..PENGARAH PONN SAMA..MAKIN BERLELUASA PULAK..NTAH2 CUEPACS PUN SAMA TAK!!!!!
BalasPadamSampai dlam suk penang pon byk org luaq. Dah dpat kt PH x bayaq bil elektrik plk. Masuk pjbat gelap gelita...huhu
Padambooo.... cara pengambilan penjawat awam tak telus. mesti ada kroni.. takda integriti langsung!
BalasPadamBanyak sgt mkan dwet haram. Haram jadah btoi.
PadamMemang x dapat dinafikan.. Memang kena ada "cable/kroni/mak abah yang keja ngan gomen baru boleh masuk gomen.. Aku dah 7 tahun apply and apply.. sampai guna SPM level punye jawatan pun xlaku...bile interview plak Ada ke patut pernah ditanye ada family keja gomen x? aku jawap x... pastu dia bleh ngan muka selambe je dia cakap kalau ada senang la sikit.. Ada ke pulak cam tu.. Ape kene mengena Parents aku ngan keje yang aku apply.. Walaupun aku marah.. aku tetap hantar borang tiap tiap tahun.. Ni kalau ikutkan dah 7 tahun apply.. Hampeh!!.. Semua sama je.. mesti nak kena ada 'waris' baru leh keje gomen.. Percaya atau x tgk politik kita la gak.. Dulu abah Menteri.. skang anak Pulak.. ni kan pulak keje kecik2 ni.. ermm.. xde intregriti je yang aku mampu cakap.. (tapi aku tetap akan mencuba!)
BalasPadamKlo setakat PA yg dok ada ni aku x heran langsung. Rasa mcm kambing dan lembu yg sedang meragut rumput. Tanpa mengira berduri @ tidak terus makan jer. Gaji jer byk. Tpi x memberi apa2 faedah pd rakyat. Sbb mereka lebih tumpukan pada penampilan bukan kepuasan bekerja. Poorahhh...kerajaan walau dah 100 kali tukar pon ttp x bole telus sbb masih ramai kakitangan yg rasuah dan pecah amanah. Ada pula org kata, manusia biasa la. Bkan mlaikat. Satu soalan. Manusia perlu jadi jahat kah? Klo x sempurna tu mmg la. Tpi klo dah diri sndri yg mnyebabkan jd x bpa nk sempurna..what the fuck la. Huhuhu
BalasPadam