08 Ogos 2011

KERAJAAN UMUM BONUS SETENGAH BULAN UNTUK PENJAWAT AWAM, RM500 UNTUK PESARA

Bernama
8/8/2011



KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

41 ulasan:

  1. alhamdullilah..ada jugak rezeki baju raya untuk mak dan adik2 tahun ni...amin...

    cuma harap2 ada penyelarasan gaji la untuk tahun ni... amin

    BalasPadam
  2. Che Gayah binti SenapiIsnin, Ogos 08, 2011 8:38:00 PTG

    RM2 billion utk kakitangan awam. Kasihan pemimpin BN rela mengorbankan wang mereka demi kesejahteraan rakyat. Siapa yang masih enggan sokong UMNO dan BN memang tidak bersyukur

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana bagi 1/2 gaji bonus. Harap pas ni dapat pelarasan gaji pulak.

    BalasPadam
  4. syukur...semuanyer terjwb dah pasal bonus hehe...puaah doh atii demoo..

    BalasPadam
  5. saudari yang berterima kasih....Isnin, Ogos 08, 2011 8:46:00 PTG

    Tanpa Nama berkata...
    Terima kasih kerana bagi 1/2 gaji bonus. Harap pas ni dapat pelarasan gaji pulak.

    Isnin, Ogos 08, 2011 8:43:00 PM


    sangat2 berharap seperti yang diura2kan..
    20% kenaikan..

    BalasPadam
  6. Minta 2 bulan, tapi dapat 1/2 bulan. Bila la agaknya permintaan CUEPACS betul2 dipenuhi dan dianggap serious

    BalasPadam
  7. penyelarasan gaji bila dumumkan pulak

    BalasPadam
  8. che gayah..memang patut pun BN bg bonus..itu hak ryt

    BalasPadam
  9. habis lar blog nie..nanti kena carca marba lagi...hahaha

    BalasPadam
  10. x perlu le nak caca marba ... sepatutnya bersyukur ... x bagi ckp x bagi kalau dah bagi jangan kutuk lagi ...SEBAIKNYA SYUKUR >>> ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
  11. 500 je ke bonus tahun ni?? hujung tahun tak de lagi ke???

    BalasPadam
  12. gaji aku 600,dpt bonus separuh gaji jadi nya 300,ok la tu dpt la beli seluar dalam raya.syukur Alhamdullilah

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah,harap lepas ini PM beri pelarasan gaji untuk ringan beban PA kesan dari harga barang yang sangat tinggi dalam sejarah negara.

    BalasPadam
  14. LEBIH BAIK BAGI SAMA RATA,
    2000ke , 1000ke. kan adil
    KESIAN YANG GAJI KECIL,
    TAPI APAPUN ALHAMDULILLAH ,
    YG PENTING DAPAT

    BalasPadam
  15. tq ngan kerajaan atas prihatin pemberian bonus setengah bulan gaji tapi memandangkan barang2 yang naik melampau sekarang nie benar2 tidak mencukupi sebanyak itu, walau macamanapun bagi pihak penjawat awam kami masih mengharap penyelarasan gaji.

    BalasPadam
  16. syukran omar.. sayangnye tak dapat 1-2 bulan gaji..tak adil..!!! bagi jusca A,B,C and gred 48-56 sedawa besar nampaknye.. kalau gaji RM8000setengah bulan RM4000..bagaimana pun walau gaji kami kecil, kami kembalikan wang rakyat tue dengan cara zakat fitrah,bersedekah pada jiran tertangga yang daif and fakir-miskin.. Insya'Allah..

    BalasPadam
  17. btul tue..yg bgaji besar,dpt la bonus besar..ksian yg gaji kecik..npela kjam sgt dgn kump sokongn.pdhal,mereka yg bnyk jlnkn kje. Xpela,rezeki jugak,kn..alhamdulillah.. Bukn bn yg bg duit diorg.rakyat yg bg duit mereka kat bn btahun2 lama dr dulu lg..

    BalasPadam
  18. kalo bagi semua RM1000, perbelanjaan kerajaan baru RM1.8 bilion. ni bagi RM500 pun RM2 bilion sebab pegawai tinggi dapat beribu2.

    'rakyat didahulukan'

    BalasPadam
  19. harap dapat bagi sekaligus pada pertengahan bulan ini.akhir tahun harap dapat bonus juga

    BalasPadam
  20. apapn allahamdulillah besyukur kehadrat allah yg mbri rezeki... trima kasih pd yg menghulur.... akan tetapi berharap sngt di buat penyelarasan gaji pd tahun ini terutama bg kumpulan sokongan...
    terasa sangat dengan keadaan ekonomi skrg...

    BalasPadam
  21. Alhamdulilah.. memang hak PA untuk dapat tapi gaji tinggi sedap duduklah wpun setengah gaji tapi banyakkkkk....moga ada pelarasan gaji untuk meringankan beban PA. bukan apa untuk sara hidup seharian bukan nak kaya...agar PA tak merempat dan pinjam sana pinjam sini.. over lap sana over lap sini....hanya untuk tampung belanja harian...moga ada pelarasan gaji bajet tahun ini..Insya Allah...

    BalasPadam
  22. Terima kasih dpt bunus 1/2 gaji, tp syok la kak rosmah 1/2 gaji pun 24juta.

    BalasPadam
  23. mungkin ramai mempersoalkan kenapa 1/2 bulan gaji....sapa gaji besar dia dapat banyak...tetapi pernahkan kita lihat sudah berapa lama kerajaan menganaktirikan gred pegawai ini dalam pemberian bonus..?bila last dapat bonus dalam pengiraan bulan..?sebelum2 ini bonus raya semua sama ja dapat...bonus nak masuk sekolah pun sama ja..dah berapa tahun. aku bukan gred pegawai tetapi aku bersyukur kerana ada daripada tak ada...mungkin tahun depan pengiraan cara lain pula...janji dapat daripada xdapat...bersyukurlah kawan2....yang gaji 600 tu bukannya dapat 300...minimum 500...so fikirlah sendiri adakah ianya tak adil bagi anda....dengan cara pengiraan bonus/bulan ini siapa yang sudah lama kerja dalam sektor ini lebih rasa dihargai....ini sahaja pandangan dari aku...x ada niat nak bagi sesiapa terasa...harap semua bersyukur....

    BalasPadam
  24. kepada tanpa nama..
    Gaji RM 600 dapat setengah RM300 sahja

    Anda dapat bayaran minimun RM 500.00. bukan Rm 300.00. Ok saja nak bagi tau..hu..hu

    BalasPadam
  25. 2000000000/1900000=1052.....kalau bagi sama rata tuk semua PA pun rasa2nya xda bunyi dah pasni...tuk yang basic bwh 1k campur ngan bonus hujung thn dah kira tahun ni dua bulan bonus...simple politik pun takleh nak pikir....sekurang2nya nampak cam tuntutan cuepacs berjaya n PM betul2 mendengar keluhan PA ni....

    BalasPadam
  26. alhamdulillah dan terima kasih kepada CUEPACS and Kerajaan yang memerintah. tak perlulah nal terima kasih kepada Barisan Nasional okey coz bukan depa yang tentukan gaji walaupun kerajaan yang memerintah adalah BN. hak rakyat memang patut dikembalikan kepada rakyat.sepatutnya yang dah kaya tu tak payah bagi dah.gaji dah tinggi tapi masih diberi bonus manalah kerajaan tak terbeban sangat. memang kesian kepada kakitangan sokongan yang bergaji kecil walaupun minima dapat RM500.harap-harap hujung tahun ni dapat lagi bonus. Kerajaan Selangor umumkan bonus tambahan RM500 kepada PA negeri selangor..errghh nyesal lak kerja kat Putrajaya. Putrajaya sendiri tak de ke niat yan murni nak bagi bonus tambahan kat PA di Putrajaya?

    BalasPadam
  27. alhamdulilah.akhirnya dpt gak bonus cuma aku tertanya-tanya apa bezanya bonus stgh bln gaji pd thn ni dgn bantuan khas yg dterima spt thn2 lps bg golongan brpendptn rendah mcm aku ni?bg aku bezanya hnya pd namanya shj.

    BalasPadam
  28. Senapi bapak Che GayahSelasa, Ogos 09, 2011 9:24:00 PG

    Kita semua PA semua patut berterimakasih kpd Kak Mah dan PM Najib kerana memberi bonus stgh bulan gaji tukm blanja raya. TQ PM.

    BalasPadam
  29. alhamdulillah..... kami PA amat2 bersyukur..... Kami terus berdoa pihak atasan terus prihatin terhadap PA...Terima Kasih.

    BalasPadam
  30. Tkojut den dongar radio pagi tadi..timo kaseh yo Pak Jib....

    BalasPadam
  31. Dengarnya,peruntukan Bonus RM2.0b dan jumlah PA yang diwar-warkan 1.2j.
    Kira-kira mudah ialah RM2b/1.2j bersamaan dengan RM1,666.66 atau genapnya RM1,500.00.
    Sekiranya pembahagian bonus secara pukul samarata perghhh jamin majoriti puashati...
    Secara tak langsungnya beza yang digenapkan itu dapat mengurangkan peruntukan bonus sebanyak RM166.66 x 1.2j(PA) bersamaan RM199,992,000.00.Penjimatan yang ketara tue...

    Ceritanya begini, untuk 2 tahun lepas kita diberi Bantuan Hari Raya RM500.00 setiap seorang-kaedah pukul samarata.
    Untuk tahun ini, pegawai sokongan yang tangga gaji tertinggi RM2,000.00 mendapat SEKALI ganda kenaikan bonus iaitu RM500.00 + RM500.00.tetapi pegawai atasan yang tangga gajinya RM5k, mendapat EMPAT kali ganda RM500.00 + RM2k.
    Kesimpulannya,ialah...hmmm lu pikirlah sendiri (nabil yang kata)

    BalasPadam
  32. ALHAMDULILLAH
    SYUKRAN-SYUKRAN YA NAJIB PM MALAYSIA.

    BalasPadam
  33. Bonus 1/2 bulan kira adillah juga sebabnya rata-rata PA yang berkeluarga tu dah ada gaji rm1500++ hingga rm3000++ manakala yang masih bujang tu antara RM1000++ so kira oklah ada extra sikit dlm rm700 hingga 1500++ utk raya ni..

    BalasPadam
  34. RM 500? TANDA-TANDA PM NAJIB AKAN HILANG KUASA DI PUTRAJAYA.

    RM 500 MANA CUKUP MAA. CUEPACS MINTA 2 BULAN, KAU BAGI 1/2 BULAN?

    TUNGGU SAHAJA PILIHANRAYA KE 13 NI. SELAMAT BERSARA AWAL PM NAJIB!

    BalasPadam
  35. mana lagi satu setengah bulan. Bila nak bayo. Kepada nek Gayah, ko pulangkan balik bonus tu!

    BalasPadam
  36. kepada yang merungut pegawai dpt lbh harap pas ni smbung la study..hehe n kdg2 kita kena bersyukur jngn asyik melawan je, bnyk benda yang kita cakap cara elok baru hati sejuk, kalo asyik marah2 je sape yg suka...harap bersyukur..

    BalasPadam
  37. terima je lah BONUS 1/2 bulan tu...kita tunggu penyelarasan gaji lagi baik. itu lebih penting kerana nak isi perot rakyat di rumah tu..bonus dapat hanya setahun sekali je sekejap dah habis..

    BalasPadam
  38. tq BN bg duit rakyat dgn pemberian bonus..saper yg x brterima kasih atas sbb katakan duit rakyat, x pikir igt suma rakyat keja gome ka..jd yg tak dpt duit tu x dptlah duit rakyat..duit yg diberi mmg duit rakyat tp hasil dr penjimatan berhemah kerajaan BN, nk harap org DAP bg, ptui..tnyala mereka yg kerja under tokey2 cina, adaka mereka diberi bonus melainkan ptong gaji yg byk..hidup BN..punahla PAKATAN

    BalasPadam
  39. kata bonus setengah bulan gaji...tp apasal sy dpt xsmpai separuh?gaji pokok rm1626, patut nye dpt dlm rm813, apasal lak dpt rm723?????mana pergi lg rm90 2????hairan,janji xserupa bikin ni......

    BalasPadam
  40. Kepada yang mendapat bonus 1/2 bulan gaji tu patut bersyukur..bagi pekerja sambilan yang turut sama menyumbang tenaga (kadang-kadang lebih besar tanggungjawab/kerja) jangankan 1/2 bulan gaji, suku pun tidak dapat..agaknya pekerja sambilan ni makan pasir, pakaian pula daun-daunan..semoga Allah swt memberkati rezeki pekerja sambilan, Amin.

    BalasPadam
  41. ALHAMDULILLAH...Allah Lah YAng Maha Adil..Tiada Yang Selebih Adil Dari Nya...Sedawa La Besar-besar kepada Gaji BEsar..Bonus Pun Besar...Maka Gaji Bawah Rm1ribu atau Golongan Miskin ni Telan Air Liur...T.q Sgt2..Aku Kira lepas2 paras tekak jer dapat rm445 setelah di potong EPF walau dianggap bonus..har-har-har...masih tak sadau2 lagi rupenye mereka di atas ni...

    BalasPadam