Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my
20/8/2011
TELOK KEMANG 20 Julai – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) melaksanakan kaedah yang tersendiri dalam pemberian bonus setengah bulan seperti yang diumumkan oleh kerajaan, baru-baru ini.
Ia diberikan secara tunai oleh Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin kepada 425 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada satu majlis khas di Port Dickson dekat sini, semalam.
Abdul Wahab berkata, pemberian secara tunai itu membolehkan semua kakitangan menzahirkan terima kasih terhadap keputusan kerajaan memberikan bonus tersebut.
“Pemberian dengan kaedah ini juga diharap meningkatkan kesedaran di kalangan kakitangan supaya menghargai sumbangan kerajaan terhadap mereka.
“Jika duit ini dimasukkan ke dalam akaun, kita mungkin tidak nampak sangat. Oleh itu, kita beri secara tunai kepada kakitangan,” katanya kepada para pemberita selepas majlis tersebut.
Kalau masuk dalam akaun kena potong income tax la jawabnya. setengah bulan bunyi mcm banyak, tapi bila kena potong cukai tinggai seciput
BalasPadamKami ni kumpulan sokongan 1 dan 2, dapat celah gigi ajerlah..........
BalasPadamx ada bezanye......
BalasPadamLebih berkesan sekiranya diberi dalam bentuk unit saham AHB,LTHaji & SSP bagi memupuk kesedaran berjimat.
BalasPadam